.:: ZULAIKHA ::.: June 2011

.::duit sewa rumah::.

Tuesday, June 28, 2011

Sasaran dikenal pasti.

Seletah kepenatan melayan karenah bebudak kelas X tadi, aku terfikir untuk tak mengajar di sekolah lepas grad nanti. Hurm.. Jadi, sasaran aku sekarang ialah mengajar di kolej matrikulasi. Berbakti kat sana pulak.


So, hari ni aku berterima kasih kat budak-budak kelas X sebab buat aku terfikir macam ni. Memang letih melayan korang tahu! so nak beralih angin pulak. hehe..


Jadi, buat kawan - kawan pembaca sekalian, doakanlah saya ada rezeki kat matrikulasi lepas grad nanti ye.. Amin~~

Monday, June 27, 2011

sembang petang.

Hye.. Assalamualaikum dan salam sejahtera! Anda masih bersama saya Zulaikha Mohd Nor dalam ruangan sembang petang @Blog ZMN. Apa khabar anda hari ni? Sihat kah? atau sakit kah? Walauapapun jawapan anda, saya doakan anda berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Okay! Hari ni 27 Disember opssss.. silap pulak, hari ni 27 Jun 2011. Tarikh keramat untuk adik tersayang yang berusia 19 tahun. Haa.. Dah tuo dah ekau ngah. Haha. Jadi, dengan suka citanya, saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI


Part kat bawah ni ZMN harap dia tak baca walaupun dia tau URL blog ni. Hehe. Well, as a sister, mengeluarkan ayat - ayat yang touching sebegini agak susah yea... Orite, lets continue. 

Angah, walaupun angah rasa angah dah besor, angah still kecik bagi along and it's my responsibility to take care of you and the others. 2nd. September is coming. Tak lama lagi InsyaAllah angah sambung Degree pulak, do your best! Jangan sia - siakan zaman tu. Actually banyak lagi amanat nak bagi ni.. Tapi, nanti nanti la.. 

 Okay lah. Buat masa ni, tu je dulu. Oh ya, HAPPY BIRTHDAY jugak untuk Intan Shaffinaz. Lama betul tak jumpa ko, intan!.



27 Disember tu birthday I okay. So, you all jangan lupa ye. haha...

Tuesday, June 21, 2011

pasanan penaja.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya dapat jugak ZMN update blog ni setelah sekian lama ZMN tak jenguk. Ampun maaf sangat - sangat. First week lepas cuti sekolah hari tu sangat - sangat la sibuk. Sibuk tahap maksima!.


Akibat daripada kesibukan ntah apa minggu lepas, 3 serangkai datang menjenguk. Ya! 3 penyakit serangkai itu. Demam, selsema dan batuk. Dugaan.. Alkisah daripada batuk ni, tak dapek la den nak cakap kuat - kuat kat kelas tu. Seksa betul. Student dah la aktif kemain. Cikgu pulak sakit tekak. Geram je rasa. Sabar.. Sabar..


Okay la. Sampai sini je dulu. Singgah kejap je ni... Buat kawan - kawan blog yang sebelum ni ZMN selalu jenguk, buat follower yang masih bersama dengan blog ni, buat pembaca yang menjenguk blog ni, jutaan terima kasih saya ucapkan. Ampun maaf juga saya pohon sebab tak dapat nak jenguk kalian semula.


p/s: dah banyak miss entry incik Asada dan blog Goreng Baik. Bila nak baca pun tak tau la...
Related Posts with Thumbnails