Inilah dia gerangan buku yang aku baru habis baca tu. Buku ni recomended by aku-pun-tak-kenal-siapa-dia di facebook Big Bad Wolf. Mesti terkejut kan tetiba je aku gi buka facebook Big Bad Wolf tu? Haaa...Okay, meh nak story sikit.
Idea nak pergi Big Bad Wolf punya sales datang lepas aku tengok Yan, Azam, and Wahidah duk show off
Okay. Lepas beli buku ni, baca sikit sinopsis dia. Aku pun rasa buku ni best. Ayat dia boleh difahami oleh aku budak-baru-belajar-baca-buku-BI ni. A lot of thanks to Mitch Albom yang tulis simple je. Kalau tak, mesti dah berhabuk sebab aku akan biar je buku tu di almari atau mana - mana tempat yang aku rasa sesuai.
Haa.. Pasal tajuk tu pulak. Memandangkan aku tak nak rasa bosan baca buku ni timbul, jadi aku baca sikit - sikit dan aku stop baca bila aku rasa tepu. Yeah, memang agak lama nak habiskan satu buku ni. Tak macam zaman aku habiskan novel BM dalam satu dua hari je. Nak pulak bila buku For One More day ni aku baca bila dalam train balik rumah. Memang lambat la nak habis kan =.=' tapi... tak apa la.. yang penting memupuk amalan membaca okey.
gambar ihsan google
Macam ni la aku masa dalam train tu. Okay, kecuali part tak pakai tudung dan part angkat kaki macam tu. Aku tak buat dua benda tu ye.
So, moral of the story, buat sikit - sikit asalkan berterusan. Alamak!! Aku pun ada assignment nak buat ni. Dari hari tu buat tak habis - habis lagi. Mungkin sebab aku buat sikit - sikit kot. Jumpa lagi! tata....
Assalamualaikum!
p/s: Sekarang ni aku sedang membaca buku ke 2 iaitu buku bertajuk Winter Garden.