.:: ZULAIKHA ::.: April 2012

.::duit sewa rumah::.

Tuesday, April 3, 2012

Rindu merantau

Assalamualaikum! Selamat pagi!

 

Tingkatan 1 hingga 5 = 5 Tahun

Matrikulasi = 1 Tahun

Universiti = 4 Tahun

Total = 10 Tahun.

Sepuluh tahun dah rupanya aku duduk jauh (jauh la sangat) dari family. Eceh.. Sebenarnya tak de la jauh mana, sebab boleh je train komuter tu sampai kat setiap tempat aku merantau tu..

 

Bila dah duduk kat rumah ni, baru aku sedar yang best jugak merantau ni.. haha.. Nak tahu apa yang best, kamu kena la merantau jugak. Muahaha…

 

Kalau dulu, tiap kali nak balik kolej, mesti rasa berat hati. Sampaikan sem last kat U, aku boleh postponed balik kolej ke hari isnin. Mentang – mentang la hari isnin tak ada kelas.. hehe.. Sekarang ni mana ada lagi dah.. huhu… Duduk je la kat umah sampai kawen. Opss.. Over tu.. Sampai posting la kot.. (Posting dengan kawen mana dulu ek? haha..)

 

Bila fikir-fikir balik, aku rasa teruk pulak. Huhu.. Dulu orang bagi merantau sibuk cakap “Lamanya”.. Tapi sekarang baru rasa rindu zaman dolu-dolu.. Serius ohhh.. Boleh tak nak balik ke zaman sekolah?

 

Okey la.. Cakap macam mana pun tak mungkin aku balik ke zaman dulu kala.. Hidup mesti diteruskan… Selamat maju jaya! :)

 

p/s: Teringin nak posting kat johor. Hahaha.. Boleh aku teruskan dengan hajat hati (Tak boleh la cerita apa hajat hati aku.. hehe)… Tapi mak macam tak bagi je kerja jauh-jauh… Hurm….

Monday, April 2, 2012

Kelaut lagi

Hye..Hye..Hye… Apa kabar semua!! Harap – harap korang semua sihat dan okey saje~~

 

Yeah.. Topik sembang petang kita pada hari ini adalah seperti diatas. Jangan risau sebab sebenarnya laut yang dimaksudkan bukanlah laut betul – betul tapi lebih kepada melalut.

 

Oh ya. Hakikat kejadian entry hari ni disebabkan penulis yang agak tak tahu nak buat apa di rumah memandangkan penulis baru sahaja habis internship dan sedang menunggu keputusan permohonan kerjanya. Selain daripada itu, rumah penulis juga yang jauh dari laut menolak kemungkinan yang penulis sedang menangkap ikan di laut.

 

Jika sebelum ni korang ternampak blog ni kosong tanpa ada sebarang entry, harap maaf dan harap maklum sebab penulis sebelum ni sangat busy. Tapi, mulai hari ini sehingga tak tahu bila, blog ini tidak lagi sunyi sepi sebab dah ada satu entry. Diharapkan entry blog ini akan sentiasa bertambah dan bertambah dan bertambah dan bertambah.

 

Sekian entry agak merapu dari saya. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails