.:: ZULAIKHA ::.: May 2012

.::duit sewa rumah::.

Wednesday, May 23, 2012

Wishlist

“Aku nak beli benda tu, tapi sekarang ni tak ada duit lagi. Tunggu kerja dulu la” 


Itu statement yang biasa Zu bagi bila nak pujuk diri sendiri suatu masa dahulu. Sekarang ni, perasaan nak beli itu nak beli ini masih lagi membuak - buak dan wishlist pun semakin panjang. Yezza, bila list pun dah panjang Zu jadi tak tahu nak beli mana dulu. 


Nak beli ikut kepentingan atau beli ikut harga? 


Beli ikut harga ni maknanya beli yang termurah dalam senarai dulu, lepas tu baru beli yang makin mahal. Kalau beli ikut kepentingan pulak, alkisahnya tak dapat la nak galaxy tab bagai.. huhu.. 


Apa pendapat awak? Jangan lupa share idea kat ruang komen ye.. Terima Kasih!! :)

Tuesday, May 22, 2012

Happy 3rd Anniversary Sayang

Firstly, sorry sangat – sangat sebab lambat wish dan lambat buat entry ni. 


Alhamdulillah, dah tiga tahun kita bersusah senang sama - sama. Waktu ada masa ada idea, banyak kali la Zu jenguk kamu. Tapi bila idea kering, kamu duduk sensorang. 


Sorang ke? Ahh.. Tak kisah la.. 


Tapi apa pun yang berlaku, jangan risau sayang. Kamu tetap dalam hati. 
Kan nama kita sama :D 


Dan tak lupa juga kepada 


Pengunjung kami, terima kasih kerana terus bersama. Kehadiran kalian sememangnya bermakna dan berjaya membuatkan saya terus mencoret sesuatu di sini. 


Doakan saya terus bersemangat dan banyak idea untuk membebel kat sini lagi ye. Thank you! 


Love;
-zulaikha-

Sunday, May 20, 2012

Ada chemistry...

Hi Chemistry, rupa - rupanya kita ni ada chemistry jugak ye!! :)


Firstly, lot of thanks to Alumni SMK Sungai Pusu sebab sudi jemput saya untuk jadi fasi subjek Kimia bagi Detention Class yang dijalankan 19 May lepas. Actually tawaran tu diterima dengan perasaan yang bercampur - baur. Excited dan takut. Don't know why bila melibatkan sekolah dan asrama saya jadi excited! Maybe sebab kenangan yang banyak kat situ kot~ Selain dari rasa teruja tu, saya juga rasa takut sebab dah lama tinggal subjek Kimia, and now kena ajar adik - adik form 4 dan form 5 subjek tu!! Jadi, berbekalkan ilmu yang masih diingat (sebab kena ajar adik jugak kat rumah) maka saya terima tugas ni.


Berat jugak rasanya ajar Kimia ni memandangkan saya ingat part kira - kira je. Part baca - baca mostly dah tak berapa ingat sangat. Huhu. Terpaksa la diorang baca sendiri sebab saya tak dapat nak terangkan dengan lebih lanjut. Maaf la ye.


Tapi, part yang saya paling suka ialah part jawab soalan. Ouh, walaupun skema jawapan diberi, saya kena cuba buat soalan tu dulu okey. Nanti diorang tanya, tak la terkujat! Dan masa jawab soalan tu serius rasa macam zaman dolu - dolu. Ala.. Zaman form 4 form 5 dulu tu~~


Tapi........


Bila tengok keliling, semua junior2. Ada yang baru habis matrik dan asasi. Time tu tersedar sekejap, dah tua saya ni ye. =.=' Huhu..

Monday, May 14, 2012

Tripple K: Konvo Kerja Kahwin


Hye guys. Apa khabar?

Alhamdulillah secara rasminya Zulaikha bt Mohd Nor telah bergelar Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris. Syukur sekali lagi sebab Zu dan keluarga tak ada halangan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke-14 UPSI. Err.. tak ada halangan ke? Actually, adik – adik terpaksa dipontengkan. Haha.. Luckily Eli, Amin, Akim dan Syira tak ada exam pada hari Selasa 8 Mei 2012 so boleh la mereka dipontengkan and thanks a lot untuk angah yang sanggup tak datang kelas dia. Ponteng ler jugak tu.. Hehe.. Luv you sis! Semoga subjek tu angah boleh dapat A!. Tak dilupakan Mr. F yang sudi datang dan menambahkan makna kepada hari yang sememangnya sangat bermakna bagi saya.

Done for the first K. Kalau ada request baru Zu cerita lagi. Hehe.. Kalau ada la..

Rasanya ini kali kedua Zu kerja since Zu pernah kerja selama 4 hari masa lepas SPM dulu. Haha. Kenapa 4 hari? Hurm.. Sebab tak ada soul kerja kat situ kot. Hehe.. Apa pun, untuk 4 hari tu dapat la RM80. Boleh la pergi Pesta Buku Antarabangsa KL dengan kawan-kawan sekolah. Hehe..

Kerja untuk 2nd time ni Alhamdulillah bertahan lama sikit. At least kalau sehingga hari ni ada la 1 bulan 5 hari. Sempat la selesaikan urusan konvo tu dengan gaji pertama. ^_^ Cuma setakat ni kerja adalah berkadar songsang dengan enjoy. Huhu. Tak apa la, mungkin semua ni masa permulaan kerja je. Hurm.. (positif habis~~ huhu)

And for the last K. Sabor la dulu akak abang. Seru tak sampai lagi. Agak-agak dah sampai masanya nanti, teman kabo ler..


Itu je la buat masa ni, nanti teman cerita lagi. Selamat malam :)
Related Posts with Thumbnails