.:: ZULAIKHA ::.: 2013

.::duit sewa rumah::.

Saturday, December 28, 2013

life | a precious gift

Alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

24 years. such a long period given for me. Will He give me another 24 years? 24 months? or 24 weeks? or 24 hours? or 24 minutes? or 24 seconds? no body knows.

but the main things is did I use the previous year wisely?

Saturday, October 26, 2013

Pantun 4 kerat

Masuk sekolah belajar menari,
Jangan menari di jalan mati,
Biar hari berganti hari,
Aku tak sabar mahu cuti...

Walau cikgu sakit hati,
Tetap doa berjaya exam,
Walau cuti tak rasa cuti,
Hilang separuh dek jaga SPM...

Belajar menari hari-hari,
Imbang diri di atas titi,
Rombak semula planning diri,
Harap tiada yang kecil hati.

Sekian. Selamat berhujung minggu... ;)

Thursday, May 23, 2013

2 Bulan

Holla!! I'm back!!

Lepas dua bulan lebih tak menaip kat sini, malam ni nak merepek sikit la kan. Al kisahnya bukan ape, sebenarnya time laptop rosak dulu bukan main gian nak menaip. Ni ha, dah ada depan mata tak pulak kau update banyak-banyak. Mengada!


Well. Well. Well. Hidup jadi cikgu ni susah rupanya. Eh kau ni, siapa pulak yang cakap jadi cikgu tu senang? Selalu duk fikir nak ajar apa kat bebudak ni esok? Sebelum ajar kena study dulu sikit. Bukan apa, tak nak salah ajar. Kesian budak tu nanti. Tapi aku yakin, awal-awal ni je macam merangkak dulu. Nanti dah biasa, dah tahu benda penting, benda tak penting, apa patut diberi tahu, apa patut ditekankan mesti jalan cerita akan jadi lebih senang. Kan?


Oh ye, khabarnya urusan penempatan dah semakin hampir. Hujung bulan Jun ni dapat tahu keputusan. So tunggu je la. Kalau ditakdirkan aku masih di sekolah ni, Alhamdulillah. Kalau pun bukan di sekolah ni, aku kena terima la. Pastinya Allah lebih tahu tentang diri aku. Pastinya tempat yang Allah tetapkan nanti adalah tempat yang terbaik untuk aku kembangkan lagi potensi individu. InsyaAllah.


Last but not least, bulan Mei ni kali kedua aku sambut hari guru. Alhamdulillah. Semoga aku dapat sambut untuk tahun - tahun akan datang juga. Selamat Hari guru buat semua guru-guru diluar sana. Selamat Hari Lahir untuk insan-insan yang lahir pada bulan Mei. Selamat mendidikan rumah tangga buat sahabat-sahabat yang dah menikah atau akan menikah pada bulan Mei ni. Tak lupa juga, selamat la apa-apa yang kalian nak buat. Janji tak buat benda-benda yang salah disisi agama.


Semoga jumpa lagi. Tapi tak tahu la dua bulan lagi ke dua minggu lagi ke, dua hari lagi ke. Huhu.


salam sayang;
ZMN

Saturday, March 9, 2013

Cikgu

Alhamdulillah.

Akhirnya, apa yang aku hajatkan sejak kecil hampir tercapai. Aku gunakan perkataan hampir sebab tugas ni belum dikategorikan sebagai tetap. Hanya guru interim atau dalam bahasa mudahnya - guru kontrak tapi tak kira apa pun nama jawatan tu, aku tetap bersyukur.


Dan tambah bersyukur sebab ada gaji. Hahaha. Kalau masa praktikal dulu mana ada gaji kawan~~ Semuanya bergantung kepada duit yang dipinjamkan oleh PTPTN dan tak lupa jugak duit sumbangan mak abah dan adik beradik tercinta. ^_^


Kalau dikenang-kenang zaman kecil-kecil dahulu, aku selalu main cikgu-cikgu dengan adik-adik, jiran-jiran, sepupu sepapat. Diorang la yang jadi muridnya. Tak tau la pasai apa suka sangat main cikgu-cikgu, tak pula aku main doktor-doktor. Kalau aku main doktor-doktor, aku la tukang jadi pesakit yang kena check dengan doktor. Hihi.


Pernah suatu ketika cita-cita aku TERlari sekejap. Sejak masuk matrik, aku teringin nak jadi chemical engineer, kalau tak pun aku nak ambil course yang berkaitan dengan kimia dan bermain dengan radas bahan  dan segala macam eksperimen kimia. Time tu minat nak jadi cikgu dah hilang. Lepas matrik, aku usulkan kat mak dengan abah untuk jadi ahli farmasi, aku nak ambil course farmasi. Tapi dibangkang sekeras-kerasnya oleh mak dan abah. Menangis jugak la sebab tak dapat ambil course tu. Memandangkan masa isi borang UPU tu kursus pendidikan kena letak sebagai pilihan pertama dan/atau kedua, aku pun isi la Sains (Matematik) dengan Pendidikan di UPSI sebagai pilihan pertama, Pendidikan Sains (Kimia) UKM di pilihan kedua dan Kejuruteraan Kimia di UMP sebagai pilihan ketiga.


Tap tap tup tup.. Dah habis dah pengajian aku kat UPSI dalam kursus Sains (Matematik) dengan Pendidikan. Dan pada tarikh 27 Feb 2013 aku dapat arahan untuk lapor diri di sekolah ni bermula 1 Mac 2013 setelah menunggu selama 11 bulan (since April 2012). Sekarang ni tak tahu la berapa lama aku akan berkhidmat di sini dan tak tahu jugak la dimana aku akan ditempatkan untuk jawatan tetap nanti. Apa yang penting, harapnya aku diserap untuk jawatan tetap la. Dan kalau boleh, biar cepat-cepat sikit dapat DG41 tu. Amin..



Yang pasti,

mak (yang juga seorang cikgu) serta cikgu-cikgu yang telah mengajar aku selama ini la yang telah membuatkan aku berminat dan tertarik untuk menjadi seperti mereka.



Monday, February 11, 2013

The road not taken

The Road Not Taken - Robert Frost


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 

------------------------------

Entah knapa scara tiba-tiba aku teringat tentang sajak ni. Belajar masa tingkatan berapa entah, aku sendiri pun dah lupa. Mungkin tingkatan satu rasanya. Sebab, masa tingkatan 2 belajar pasal Phantom of the Opera. Tingkatan 3 belajar Dr. Jekyll and Mr. Hyde. Form 4 tak ingat, Form 5 pulak belajar The Pearl. So agak-agak antara form 1 atau form 4 je la. Apa pun, apa yang aku nak tulis hari ni bukanlah berkenaan tajuk buku-buku yang aku belajar masa zaman sekolah dulu tapi aku nak cakap tentang...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Jangan salah faham. Asalnya memang aku nak cerita tentang jalan hidup aku tapi bila fikir balik, cancel la nak tulis sebab cerita tak menarik. Nanti korang bosan pulak. So poem kat atas tu je la yang ada. :)


Tuesday, January 1, 2013

Hey.. Apa sudah jadi?

Apa sudah jadi sama blog ini?
Umpama hidup segan mati tak mahu.


Aku rasa blog ini perlu ada perubahan. Dari segi warna mungkin? 
- Tapi aku perlukan masa yang panjang untuk mengubah segala setting bagai. Sudah la dah lama meninggalkan dunia HTML, script, dan bla bla bla. Sungguh aku lupa term yang berkaitan. Aku perlu belajar semula semua tu. Hurm..


Aku rasa blog ni perlu di kemas kini lebih kerap. Paling tidak sekali seminggu.
- Oh, aku kira itu sudah bagus buat masa ini. Sekali seminggu adalah cukup sebagai sasaran memandangkan kadar terkini adalah sebulan sekali. Eh, ye ke sebulan sekali? Macam tak je. Macam berbulan - bulan sekali je.


Aku rasa kena tukar pemilik blog ni.
- Hish, jangan la macam tu. Kalau ye sekali pun, setakat ni aku tak pernah terfikir lagi nak tukar pemilik ke apa. Kan ini blog zulaikhamohdnor, insyaAllah selagi zulaikhamohdnor ada, dan mampu update maka dia la yang akan update. Kalau zulaikhamohdnor dah tak ada tu lain la kan..



Aku rasa ...
  okey, sekarang turn korang pulak untuk sambung apa yang korang rasa. Mana tahu kot-kot boleh perbaiki blog ni dari semasa ke semasa. Siapa tahu kan :)
Related Posts with Thumbnails