29 Januari 2002
SMK Sungai Pusu
Seorang pelajar, Z datang dengan family dia untuk mendaftar di asrama. Masa tu umur dia 13 tahun. Dalam excited, dia sebenarnya sedih, takut, tak tahu nak buat apa, dan macam - macam lagi perasaan yang ada. Lepas daftar, kemas - kemas barang semua, family dia pun balik. Z pun mula belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Dengan kawan - kawan. Kawan pertama dia, Nursofia Diana.
Pada tahun ketiga dia di sekolah tu (Form 3 la ni), dia berbincang dengan cikgu dia dan kawan dia tentang cita - cita, dan hala tuju selepas SPM. Bila ditanya "Kamu nak jadi apa nanti?" Z jawab "Saya nak jadi cikgu". Itu yang Z tahu. Haluan mana? Dia belum fikirkan.
Tahun keempat. Dia mula pasti hala tujunya. Cikgu Matematik. UPSI. Sebabnya? Sebab cikgu matematik dia pun dari UPSI juga. Itu je alasannya. Course? Dia tak pasti course yang dia nak ni macam mana. Yang dia tahu dia nak B.Sc (Math). Dalam fikiran dia, mesti course ini belajar sains(kimia) dan matematik. Dua subjek yang dia suka. Dia sangat suka "B.Sc (Math)" tu. Rasa something bila dapat title tu.
Dalam pada tu, Z ada cita - cita lain jugak. Dia nak jadi pharmacist. Kalau tak pun nanti dia nak amik Master dalam Psychology. Tiga benda tu je la yang dia tayang kat pintu almari.
Masa berlalu. Banyak yang dah berubah, termasuklah cita - cita dia dulu. List cita - cita bertukar. Jadi cikgu jatuh tempat nombor tiga.
9 Mei 2011
SMK Sungai Pusu
Rezeki setiap orang Allah dah tetapkan. 9 tahun dulu dia datang sebagai student, 2 minggu lagi dia datang sebagai guru praktikal. Kalau dulu dia datang menuntut ilmu dari cikgu - cikgu, sekarang juga begitu. Secara tak langsung, dia belajar di sekolah ni sekali lagi.
Lepas habis praktikal bulan Ogos ni, dia ada 1 semester lagi. Lepas tu, kalau tiada aral melintang, dia akan dapat B.Sc. Mathematics yang dia nak dulu. InsyaAllah.
p/s: Kawan - kawan, doakan Z berjaya capai apa yang dia hajatkan ye.
0 127 comments:
Post a Comment