.:: ZULAIKHA ::.: October 2011

.::duit sewa rumah::.

Wednesday, October 19, 2011

for one more day...


For one more day by Mitch Albom. Tu antara buku yang sempat Zu beli masa bookfair Big Bad Wolf di Maeps Serdang. Thanks to Yan, Azam, & Wa yang upload dan war-warkan pasal pesta buku ni. Memang terbaik la! Seronok sangat!


Sebenarnya ada 4 buku yang Zu plan nak beli. 
- Men are from Mars, women are from Venus.
- For one more day by Mitch Albom
- Thans for the memories by Cecelia Ahern dan
- The man from Saigon by Marti Leimbach.

Dalam banyak - banyak buku dalam list tu, ada satu je yang Zu betul - betul tahu, yang lain semua tengok  orang recommend kat facebook Big Bad Wolf. 

jemuh jugak nak sampai ke Maeps tu. Pergh.. Nasib baik semangat juang tinggi. So, bila dah sampai kat sana, rasa berbaloi sangat la. Banyak bebenor bukunya. Orang pun ramai jugak. Then pencarian pun bermula. Oh, ya.. Zu pergi sana dengan Najwa, Yana, Umi and Emi. Mula - mula tu jalan nak dekat - dekat je la. Malas nak berpecah, last - last.. haaa.. Sorang sana, sorang sini. At last, Umi dah siap beli dulu, lepas tu dia tunggu kat luar. 




Okay, dalam misi pencarian buku - buku tu, ada la terserempak dengan buku ni. Cantik kan cover dia? Mula - mula ingat nak beli, tapi since dia tak ada dalam list so abaikan je la. Bajet woo.. Bajet... Misi pencarian diteruskan. Jumpa pula buku The man from Saigon. Yeah!! Seronok bukan main. 
Okay, misi masih diteruskan. Tapi, jalan punya jalan buku lain yang Zu ambil. Buku Why do bears go fishing? untuk adik - adik kat rumah. Baikkan saya? (haha. perasan). Okay la.. skip sampai nak bayar dah, tetiba rasa tak puas hati, since 3 lagi buku tu tak jumpa, Zu ingat nak ambil je la buku Winter garden ni. 
Then, tiba - tiba Zu nampak buku For one more day! Excited bukan main. 


Finally, habis RM32 hari tu. Tapi takpe, ni sebahagian dari pada plan untuk wujudkan mini library kat rumah. Semoga  plan tu berhasil. Amin..

Sunday, October 9, 2011

Sebahagian dari maksud ayat dalam surah Al-Kahfi.

Assalamualaikum dan salam sejatera.

Di sini saya ingin kongsikan makna bagi beberapa ayat dalam surah Al-Kahfi, semoga kita semua mendapat sesuatu yang bermakna darinya. InsyaAllah.

1. Kita disuruh untuk sentiasa mengatakan InsyaAllah terhadap sesuatu perkara. Sesiapa yang terlupa untuk menyebut insyaAllah haruslah segera menyebutnya.
"Dan jangan sekali - kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "Aku pasti akan melakukan itu esok pagi," " (Surah al-Kahfi: ayat 23)
"kecuali (dengan mengatakan), "InsyaAllah." Dan ingatlah kepada Tuhan-mu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah - mudahan Tuhan-ku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini."" (Surah Al-Kahfi: ayat 24)
Menurut riwayat, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad saw. tentang roh, kisah Ash-habulkahf (penghuni gua), dan kisah Dzulqarnain, lalu beliau menjawab, datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan kepadamu. Dan beliau tidak mengucapkan insyaAllah (ertinya jika Allah Menghendaki). Tapi rupanya sampai esok harinya wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tidak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 di atas, sebagai pelajaran kepada Nabi; Allah mengingatkan pula bilamana Nabi lupa menyebut insyaAllah haruslah segera menyebutnya kemudian.(sumber: Al-Quran dan Terjemahannya terbitan Dar El-Fajr, 2008)

2. Kita juga diingatkan tentang perhiasan dunia dan disuruh untuk melakukan amal kebajikan yang terus - menerus.
"Harta dan anak - anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus - menerus adalah lebih baik di sisi Tuhan-mu serta lebih baik untuk menjadi harapan." (Surah Al-kahfi: ayat 46)

Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada 3 ayat diatas dan semoga hari kita esok dan seterusnya menjadi lebih baik dari hari ini. Amin..




Bersama perbaiki diri. Segala kekurangan harap dimaafkan.


Monday, October 3, 2011

Tips Peperiksaan (Motivasi dan Keyakinan diri): Pandangan dari bekas calon peperiksaan.

Assalamualaikum dan salam pagi Isnin!


Dalam tak sedar rupa - rupanya dah masuk hari ke 3 dalam bulan Oktober. Cepat sungguh masa berlalu kan? Dan esok, hari penuh debaran bagi pelajar - pelajar tingkatan 3. Sebab apa? Sebab esok diorang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sebelum Peperiksaan
Bagi yang dah lepas peperiksaan PMR ni boleh la korang sebut huruf P, M, dan huruf R tu dengan bangga. 

"Yeah! Aku dah lepas dah.. "
"Ala.. Senang je PMR tu."
"PMR tu tak ada apa, yang penting SPM"
dan
macam - macam ayat lagi.


Tapi!


Bagi yang tengah berdebar - debar nak exam tu, diorang akan rasa macam "Aarrrgghh!! Esok exam!. Takut nya!"


Jadi, kesimpulan daripada dua situasi ialah, JANGAN SESEKALI MELEMAHKAN SEMANGAT dan MOTIVASI CALON PMR (DAN SPM)!

Pada waktu - waktu macam ni diorang sangat memerlukan sokongan moral daripada ahli keluarga dan rakan - rakan untuk mengekalkan motivasi diri. Selain daripada tu, percaya pada USAHA + TAWAKAL + DOA juga adalah sesuatu yang penting.untuk mengelakkan calon - calon PMR dan SPM tertekan. Percayalah Allah akan memberikan balasan yang setimpal dengan usaha kita. Usaha itu jugak datang dengan pakej iaitu usaha dengan cara yang betul. Ada ke usaha dengan cara yang tak betul?


Jawapannya ada. Salah satu contoh yang boleh ZMN bagi adalah belajar dengan teknik yang betul. See.. Belajar tu satu usaha, tapi teknik belajar mesti betul. Pulun belajar sampai tak tidur tak makan. Salah tu dik..

Okay, berbalik semula kepada motivasi dan keyakinan diri.


Semasa hari peperiksaan.

Jangan lupa call/mesej ibu bapa setiap kali sebelum peperiksaan, mohon supaya mereka doakan kita berjaya dengan cemerlang, boleh jawab semua soalan, tak careless dan lain - lain lagi. Sememangnya setiap ibu bapa akan doakan anak - anak mereka walaupun tak diminta, tapi apa salahnya kalau kita call minta mereka doakan. Bukan ke doa ibu/ayah itu makbul. Bagi calon yang ibu/bapa mereka telah pergi untuk bertemu penciptanya, jangan bersedih. Anda boleh call/mesej adik beradik anda. Merekalah kekuatan anda sekarang. :)

Sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan, berdoa supaya Allah ingatkan balik apa yang kita terlupa, permudahkan urusan kita menjawab soalan, dan lain - lain. Langkah masuk dengan kaki kanan dan baca Bismillahirrahmanirrahim.



Selepas peperiksaan

Bila dah lepas satu paper, simpan paper tu. Jangan duk sibuk nak semak balik betul ke salah ke. Kalau kawan - kawan duk bincang pasal soalan tadi, jangan join! Sebabnya, nanti kita duk fikir je pasal exam yang dah habis tu. Ini boleh mengganggu emosi, fikiran, motivasi dan keyakinan calon peperiksaan. Fokus! Fokus kat next paper. Yang dah lepas tu biarlah, bukan boleh ubah dah pun. 


Tapi, 


Kalau masa exam tadi kita ada confuse dengan jawapan, boleh tengok semula buku dan tengok jawapan yang betul. Risau jugak kot - kot soalan yang sama keluar lagi. 


Rasanya cukup la tu tips - tips dari bekas calon SPM yang dah 5 tahun berlalu ni. Tips yang ZMN kongsi dalam entry kali ni 95% berdasarkan pengalaman ZMN sendiri dan 5% lagi dari apa yang ZMN dengar dari orang lain atau dari pembacaan. Dan ada antara tips - tips ni masih ZMN amalkan especially part call mak tu :)

Selamat maju jaya!
Related Posts with Thumbnails