Tips Peperiksaan (Motivasi dan Keyakinan diri): Pandangan dari bekas calon peperiksaan. | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Monday, October 3, 2011

Tips Peperiksaan (Motivasi dan Keyakinan diri): Pandangan dari bekas calon peperiksaan.

Assalamualaikum dan salam pagi Isnin!


Dalam tak sedar rupa - rupanya dah masuk hari ke 3 dalam bulan Oktober. Cepat sungguh masa berlalu kan? Dan esok, hari penuh debaran bagi pelajar - pelajar tingkatan 3. Sebab apa? Sebab esok diorang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sebelum Peperiksaan
Bagi yang dah lepas peperiksaan PMR ni boleh la korang sebut huruf P, M, dan huruf R tu dengan bangga. 

"Yeah! Aku dah lepas dah.. "
"Ala.. Senang je PMR tu."
"PMR tu tak ada apa, yang penting SPM"
dan
macam - macam ayat lagi.


Tapi!


Bagi yang tengah berdebar - debar nak exam tu, diorang akan rasa macam "Aarrrgghh!! Esok exam!. Takut nya!"


Jadi, kesimpulan daripada dua situasi ialah, JANGAN SESEKALI MELEMAHKAN SEMANGAT dan MOTIVASI CALON PMR (DAN SPM)!

Pada waktu - waktu macam ni diorang sangat memerlukan sokongan moral daripada ahli keluarga dan rakan - rakan untuk mengekalkan motivasi diri. Selain daripada tu, percaya pada USAHA + TAWAKAL + DOA juga adalah sesuatu yang penting.untuk mengelakkan calon - calon PMR dan SPM tertekan. Percayalah Allah akan memberikan balasan yang setimpal dengan usaha kita. Usaha itu jugak datang dengan pakej iaitu usaha dengan cara yang betul. Ada ke usaha dengan cara yang tak betul?


Jawapannya ada. Salah satu contoh yang boleh ZMN bagi adalah belajar dengan teknik yang betul. See.. Belajar tu satu usaha, tapi teknik belajar mesti betul. Pulun belajar sampai tak tidur tak makan. Salah tu dik..

Okay, berbalik semula kepada motivasi dan keyakinan diri.


Semasa hari peperiksaan.

Jangan lupa call/mesej ibu bapa setiap kali sebelum peperiksaan, mohon supaya mereka doakan kita berjaya dengan cemerlang, boleh jawab semua soalan, tak careless dan lain - lain lagi. Sememangnya setiap ibu bapa akan doakan anak - anak mereka walaupun tak diminta, tapi apa salahnya kalau kita call minta mereka doakan. Bukan ke doa ibu/ayah itu makbul. Bagi calon yang ibu/bapa mereka telah pergi untuk bertemu penciptanya, jangan bersedih. Anda boleh call/mesej adik beradik anda. Merekalah kekuatan anda sekarang. :)

Sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan, berdoa supaya Allah ingatkan balik apa yang kita terlupa, permudahkan urusan kita menjawab soalan, dan lain - lain. Langkah masuk dengan kaki kanan dan baca Bismillahirrahmanirrahim.



Selepas peperiksaan

Bila dah lepas satu paper, simpan paper tu. Jangan duk sibuk nak semak balik betul ke salah ke. Kalau kawan - kawan duk bincang pasal soalan tadi, jangan join! Sebabnya, nanti kita duk fikir je pasal exam yang dah habis tu. Ini boleh mengganggu emosi, fikiran, motivasi dan keyakinan calon peperiksaan. Fokus! Fokus kat next paper. Yang dah lepas tu biarlah, bukan boleh ubah dah pun. 


Tapi, 


Kalau masa exam tadi kita ada confuse dengan jawapan, boleh tengok semula buku dan tengok jawapan yang betul. Risau jugak kot - kot soalan yang sama keluar lagi. 


Rasanya cukup la tu tips - tips dari bekas calon SPM yang dah 5 tahun berlalu ni. Tips yang ZMN kongsi dalam entry kali ni 95% berdasarkan pengalaman ZMN sendiri dan 5% lagi dari apa yang ZMN dengar dari orang lain atau dari pembacaan. Dan ada antara tips - tips ni masih ZMN amalkan especially part call mak tu :)

Selamat maju jaya!

0 127 comments:

Related Posts with Thumbnails