Semester akhir, tapi belajar tak habis.! | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Saturday, January 7, 2012

Semester akhir, tapi belajar tak habis.!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tak sangka kan? lagi 9 hari je nak habis semester ni. Mungkin ni sem terakhir saya bergelar pelajar (degree la. Master insyaAllah kalau ada rezeki..). Harap - harap sem ni last. Tak mau kena repeat or extend. Tak sabar dah nak habis sem ni. Macam tak percaya, empat tahun berlalu dengan sangat cepat! Masa masuk UPSI dulu, rasa macam.. "Empat tahun? lamanya~~" Tapi... biasala... permainan waktu. Ceewaaah! Pejam celik pejam celik, tinggal lagi dua minggu je lagi bergelar pelajar UPSI dengan no. matrik D 2008 bla bla bla.


Tapi, walau apa pun, proses pembelajaran kita tak akan terhenti. Teringat comment seorang kawan kat Facebook. "Belajar tak kan pernah habis." - Betul cakap dia. Walaupun nanti secara rasminya dah tak bergelar pelajar, tapi proses pembelajaran mesti diteruskan. Belajar daripada alam. Belajar daripada kesilapan. Dan yang paling penting, belajar untuk perbaiki diri dari segenap aspek.


Jadi, untuk masa yang singkat ni. Marilah kita set balik minda bahawa pembelajaran takkan pernah terhenti. Ia satu proses yang panjang. Dan tempohnya adalah seumur hidup kita. Jadi, walau apa pun yang berlaku. Teruskan belajar.


p/s:: Belajar untuk mengajar. Belajar untuk berkongsi. Belajar untuk menerima.


with love;
Zulaikha Mohd Nor
Student of  School of Life.

1 127 comments:

lulu said... [Reply to comment]

orang kata, belajar tak akan berakhir sampai ke liang lahad...

:)

Related Posts with Thumbnails