.:: ZULAIKHA ::.: follower

.::duit sewa rumah::.

Showing posts with label follower. Show all posts
Showing posts with label follower. Show all posts

Saturday, September 4, 2010

PERUTUSAN EIDUL FITRI 1431H (September 2010)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Bahawasanya dengan ini saya, Zulaikha binti Mohd Nor ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada keluarga tersayang, keluarga mertua, atuk nenek, pak sedara dan mak sedara, sepupu sepapat, dan yang sama waktu dengannya. Kepada sanak saudara yang berada di Kelantan, tahun ni kami tak balik kampung. T__T


Tidak lupa juga ucapan SELAMAT HARI RAYA buat guru - guru yang mendidik dan mengajar saya sehingga ke tahap ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada rakan taulan yang telah bersama - sama mengharungi penat lelah, duri ranjau selama kita bergelar pelajar. Ampun dan maaf dipinta. Kalau ada sesiapa yang beraya di Kuala Lumpur jemput la datang ye. Tapi make sure call dulu, takut saya pergi beraya pulak.. hehehe.


Buat teman maya, geng - geng twitter geng - geng fabecook, ahli - ahli gengBlogger, ahli - ahli Nuffnang, blogger - blogger sekalian, dan yang disayangi pembaca -pembaca blog ini. kalian tidak dilupakan. 

Biar kita tidak pernah bersua, namun ukhwah itu tetap ada,
Biar entah bila akan berjumpa, daku tetap nak ucap SELAMAT HARI RAYA.


Buat sesiapa yang beraya diluar negara, (en. Asada, anda tersenarai oke) Sabar yer.. masa kalian beraya di Malaysia akan tiba..


Akhir sekali, kepada sesiapa yang tidak disebutkan, ampun maaf dipinta.. dan SELAMAT HARI RAYA juga.. :)


Kalau kalian balik beraya, drive elok - elok. Jangan memecut. Biar lambat asal selamat kan?

Jangan main mercun. Ok. Ni tak best. Jangan main mercun sampai sengsara diri. Kalau nak main tu, agak - agak la. Jangan la duduk dekat - dekat dengan mercun tu. 


Dikesempatan ini marilah kita bermuhasabah diri, merenung nasib insan - insan yang di serata dunia yang serba kekurangan. Diharapkan dengan ingatan ini kita dapat meminimumkan pembaziran yang kerap berlaku di hari raya. 


Oh ya. Buat pemandu - pemandu bas, khususnya pak cik bas yang nak bawak aku balik kejap lagi bawak la bas elok - elok. Zu tak nak dengar nama anda, nombor plat bas anda, dan nama penumpang - penumpang anda tersenarai dalam paper. Mintak dijauhkan. 


Akhir kalam, ku susun sepuluh jari memohon AMPUN DAN MAAF andai ada terkasar bahasa, terlanjur kata sehingga membuatka kalian berkecil hati. Dan dengan ini juga, saya memaafkan insan - insan yang pernah membuatkan hati ini terguris luka. 


Nota pengarang: Sekarang dah 8.10am. Kejap lagi pada jam 9.00 am naik bas. Tak sabar woo!! babai...

Thursday, April 22, 2010

review blog: 100th follower.

Hari ni zu nak review tentang follower ke 100 blog .::ZULAIKHA::. =) Sebanarnya dah lama Zu fikir nak buat ni. Masa tu my follower baru 99 and tetiba terdetik la pula kat hati ni ..


"orang ke 100 nanti aku nak buat review la.. Sebagai tanda terima kasih."

:
:
:

 dan blogger bertuah tersebut adalah......... Pn.Fazrin..!! yea!! sila tepuk tangan. 


kata beliau....

"Pn.fazrin menulis dari apa yang dilihat, apa yang didengar, apa yang dibicarakan, dan apa yang difikirkan.. kerana..menulis adalah perjalanan kehidupan.."


haaa.. kalau nak tahu apa yang pn.fazrin a.k.a kak farah tulis, boleh la ke blog beliau di.... 




Jom klik [sini] ramai - ramai.. lepas tu jom kita follow beliau. =)


Kalau korang melawat blog beliau, cuba korang tengok jam ( time = gold ). Zu suka tengok sebab nampak best. Betul..!! Cuba korang tengok. Kadang - kadang duk tenung je nombor tu bertukar. haha. opss.. kantoi.


p/s: 1st time review blog orang lain. Sangat tak tahu nak tulis apa. Nampaknya kena belajar dari Uncle Ben ni..


love,
-zulaikha-
Related Posts with Thumbnails