.:: ZULAIKHA ::.: nota cikgu praktikal

.::duit sewa rumah::.

Showing posts with label nota cikgu praktikal. Show all posts
Showing posts with label nota cikgu praktikal. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Diari Cikgu Praktikal: Sambutan Hari Guru Slot 1

Halluuuuu.. Assalamualaikum semua!


Wahh.. Seronoknya cuti hari ni. Apa plan you all hari ni? Rehat kat rumah je atau dah plan nak pergi jalan - jalan? Hurm.. Apa pun planning you all, harapnya plan tersebut berjaya. Orite, dalam entry kali ni, kita akan bercerita tentang sambutan hari guru kat sekolah Zu.


Hari Isnin 16 Mei 2011 bermula dengan ceria dan excited. Hampir terlupa yang saya ni guru praktikal je. Haha. Sambutan Hari Guru Slot 1 bermula dengan perarakan masuk pihak pentadbir dan guru - guru. Sebelum masuk pintu dewan tu, ada persembahan silat dari pelajar. Lepas tu pihak pentadbir dan guru - guru masuk dan mengambil tempat masing - masing. Then ada bacaan Surah Yaasin.


Majlis diteruskan dengan bacaan doa, bacaan Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia.dan Perutusan Perdana Menteri. Lepas tu ada ucapan perasmian oleh Puan Pengetua.Then the best part sampai.


Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia, dan lagu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Punya la panjang tajuk dia..huhu. Tapi Zu suka lagu Kami Guru Malaysia je. Haha. Then ada bacaan ikrar guru.


Aktiviti seterusnya, sukaneka. Zu tak involve mana - mana sukaneka. Just jalan - jalan keliling sekolah ambil gambar. Sempat la jugak naik ke asrama puteri tapi tengok dari pagar je la. Dah cantik wehh... Banyak berubah. Beruntung betul budak - budak ni. Alang - alang dah naik asrama ni kan.. bergambar la kejap..hehe. oh! lupa nak bagi tahu, kat court bola jaring (depan aspuri a.k.a asrama puteri) ada perlawanan bowling kelapa.


Kat kantin pulak ada pertandingan memasak tanpa menggunakan api. Jenuh la duk fikir, macam mana la memasak tanpa menggunakan api tu. Rupa - rupanya, masak sandwich! Memang la tak payah guna api. Kreatif - kreatif semua peserta. Caya lah cikgu! Sebelum pertandingan masak - memasak, ada pertandingan makan durian. Pergghh. Sedap tu. Tapi Zu terlambat, sampai - sampai je diorang dah habis. Dah nak kemas dah pun.


Untuk cikgu - cikgu yang mengandung pun ada aktiviti ye. Pertandingan memasukkan benang dalam jarum. Bukan satu jarum je, tapi 5 jarum yang halus - halus je lubangnya. Bunyi macam senang, tapi mencabar juga. Cikgu - cikgu yang tak pregnant dan berkaca mata pun boleh join. Pertandingan yang ni Zu sempat ambil 1 2 gambar. hehe.


Treasure Hunt! Ada satu check point ni, peserta kena tulis lirik lagu sekolah. Bagi cikgu - cikgu dan murid - murid lama okay la. Bagi cikgu praktikal dan cikgu - cikgu baru? Kena la panggil student lain untuk bantu. Err.. sebenarnya.. sebenarnya.. Zu pun dah tak ingat sangat lagu sekolah. Ingat rangkap first tu je. Ceit!


Eh, panjang dah ni. Nak stop ke nak teruskan?Okaylah, kita teruskan sikit je lagi. Banyak lagi aktiviti yang ada, lawan chess, bola tampar, futsal, musical chair (dua kategori: guru lelaki dan guru perempuan) dan ada beberapa aktiviti lagi.


Lepas habis semua aktiviti tu, ada acara penutup. Semua orang kena turun ke dewan semula untuk penyampaian hadiah dan persembahan pelajar. Ada pelajar kelas apa saya tak ingat, buat tayangan filem pendek. Memang terbaik la. Ada juga penyasyid sekolah buat persembahan. Ada sketsa juga. memang berbakat la diorang ni!


So, itu je la cerita untuk kali ni. Untuk slot 2, lain kali pulak ye. Adios amigo!


p/s: ada ahmad syazwan juga.

Thursday, May 12, 2011

Diari Cikgu Zu: Hari pertama masuk sekolah

Yuhuuu!! Hello readers! How are you today? It's been a long time I'm not pot pet pot pet here since the last update. Really sorry dear, not having enough time to write the story. Ahh.. How come I can share all the stories, visiting this blog when online also I can't.


Pergh. Tergeliat lidah sama jari nak menaip dalam Bahasa Inggeris. Kita sembang - sembang dalam Bahasa Melayu je la boleh? Orite! Kita mula sekarang.... Eh!! Kejap! Kejap! Cepat je korang klik tajuk ni kan bila baca tajuk Diari Cikgu Zu. Okay la.. Since tak nak mengecewakan you all yang buka atau terbuka blog ni, kita sembang - sembang pasal first day Zu kat sekolah boleh?


Orite. Masa first day kena relief untuk 3 kelas. Mula - mula masuk untuk relief memang tak tau nak buat apa. Tak ada pengalaman langsung. Kelas ok la, terkawal lagi cuma bising sikit. Tapi untuk relief kedua dah ada improvement. Hehe. Seronok! Kelas ketiga mencabar sikit. Student dia agak mencabar. Tapi after all, semua ok la kot. Since tak ada pun student yang lari - lari keluar kelas, kira ok la tu..


Seriously satu hari ni rasa penat sangat! Pergi kelas selalunya pun tak penat macam ni. Sakit kaki wa cakap lu. Memang kagum sangat - sangat la kat cikgu - cikgu sebab tabah tahap maksimum mengajar murid - murid. Lama kot diorang kena berdiri. Zu ni baru masuk 3 kelas dah lenguh kaki. Tabik sprrriiinnnggg la kat cikgu. 


Emm.. itu je kot untuk first day. Eh, ni nak pesan untuk semua terutamanya adik - adik yang masih sekolah lagi tu. Hormati la cikgu - cikgu korang, bukan senang tau nak jadi cikgu ni. Oh.. please take note, Zu cakap ni bukan sebab Zu bakal jadi cikgu atau apa. Cuma nak menyampaikan apa yang perlu je. 


Okay la. Nanti kita sembang untuk hari kedua ketiga keempat pulak. Esok dah hari kelima. Kejap je kan?
Related Posts with Thumbnails