Hye... Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Sihat? atau pun ada sesiapa yang demam? Kalau demam cepat - cepat la makan ubat ye.. Nanti melarat....
Hari ni, Zu nak sambung cerita kita yang tergantung sebelum ni.. Before that, Zu nak minta maaf sebab lambat sambung dan buat korang tertunggu - tunggu entry ni.. (erk..ada ke yang tunggu ni? huhu.. ke aku syok sendiri je?) T_T..Ok lah..tak nak sedih - sedih.. here we go!!
hari ke 3: RABU; 14 Julai 2010.
Hari ni bermula dengan baik sehingga pukul 11.00am.
(10:35am) Aku: ‘Lambat nye lagi nak pukul 12.00. Alahai..’
(+/- 10.55am) Pensyarah subjek Complex Variable (TMK 3083): “Ok. Itu je untuk hari ni. Jumpa lagi hari Jumaat. “
Aku: Eh, awal pulak habis kelas hari ni.? Hmm.. mungkin hari first kot.
Then, semua coursemate keluar kelas (tak dipanggil lecture hall sebab bilik dia kecik je..). Dan diorang masuk ke kelas sebelah kecuali aku dan Umi. Kitorang pergi kedai fotostat, keluar duit, take our branch (breakfast + lunch) sambil sembang – sembang, then kitorang pun pergi beli barang – barang sikit.
On the way ke bus stop untuk balik kolej…
(11.30am) Ida (salah seorang coursemate): Zu, Umi. Korang pergi mana? Tak masuk kelas tadi.. Kelas PDE (partial differential equation).
Aku: Eh, orang tak de kelas..('orang' sebagai ganti kepada 'saya')
Umi diam je.
Ida: Eh, ape pulak tak ade nye. Kita kan sama group.?
Aku: Eh, ye ke. Orang group lain la.. (sambil tangan keluarkan fail dari beg. Tengok jadual.)
Aku: Eh, ha’ah laa. Laaa.. Orang ingatkan puan habiskan kelas awal tadi. Haha.
Ida: (Ida gelak.) Nasib baik lecturer tak masuk tadi.
Umi: Saya pun ingat kelas dua jam. (ayat dia lebih kurang cam tu la..dia pun gelak jugak)
Aku: Orang pun ingat kelas dua jam. hahaha. Hari pertama kelas dah ponteng.
note: Ayat – ayat dalam ni tak ikut 100% tapi main point ada.
………………………
Haaa… itu lah dia cerita terakhir untuk sesi kali ni.
Confident kan? Meh sini nak tunjuk kat korang jadual Zu tu.
Ini jadual untuk 1 week. Ok. Kita zoom ke hari Rabu jam 9.00am ke 12pm.
Haaa.. dah tengok?
TMK 3083 dengan TMK 3093 kan dah nak – nak sama je. Dah tu pulak dua – dua group A. Kelas pula kat tempat yang sama, sebelah menyebelah je. Mana lah Zu tak tertukar. Adoiii….
p/s: Bila dah balik bilik baru Zu teringat yang if 2 hours punya kelas Zu akan merge cell. Tengok gambar kat bawah pulak.
so, habis la cerita kita untuk sesi ni. Moral of the story:
- tengok jadual anda.
- jangan over confident
Jumpa lagi lain kali.. (tu pun kalau Zu rajin nak bercerita.. heheh)...sekian..
assalamualaikum..
-zulaikha-