.:: ZULAIKHA ::.: sharing is caring

.::duit sewa rumah::.

Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Monday, July 12, 2010

RM xx.xx before you get paid!

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? harap - harap sihat la ye. Hari ni atau lebih tepat lagi malam ni Zu tak nak cakap banyak. Just nak tunjukkan 1 gambar pembakar semangat untuk Zu terus berkarya. Karya ke?? huhu..


sedia??


tada!!!



Haa.. tu la dia gambarnya. Al - kisahnya kan, semua tu Zu dapat sejak aktif blogging since Januari 2010. So, dalam 1 sem Zu dapat kire RM29 la.. Agak - agak la kan? boleh tak sem ni Zu dapatkan lagi RM21.00 tu?? Hmm..harap - harap la boleh kan.. 



Zu target nak dapatkan RM50 (bila dah 50 ringgit baru boleh cash out) dalam tahun ni. Doa - doakan la ye. plus tolong - tolong la klik.. hehe. (mampuih kalau nuffnang dapat tau..hahha)



Yang penting, blogging biar happy.. Jangan tension2..Okeh?? ok la.. sampai kat sini je la ye bebelan Zu kali ni..Jam kat lappy ni pun dah tunjuk pukul 1.00am. Time to sleep..Zzzzz...



Notalantairumah: pagi tadi terjaga pukul 4pagi. Pastu dah tak boleh tidur. huhu. Termenung sorang. Bila dah pukul 5 baru berani nak bangun. Tak tau nak buat apa, tengok movie taiwan.. hehe.. harap - harap malam ni dapat tidur dengan nyenyak la ye.. amin...





salam sayang;
-zack.emm.ann-

Thursday, July 1, 2010

cubaan photoshop tutorial 1a

Hye...Assalamualaikum.. bertemu lagi kita dalam slot cubaan photoshop tutorial. Kali ni still teknik yang lepas juga iaitu teknik 'Grunge Rubber Stamp'. Cuma, atas cadangan kawan baik saya yakni Cik Azyan Azilah yang memiliki blog "to cry and still be happy", saya buat lagi satu gambar(?) supaya kita boleh compare dengan gambar yang sebelumnya. Rujuk entry sebelum ni ye [entry ini].



Ok lah.. setelah banyak kali delete, copy, paste, guna threshold dan sebagainya, maka terhasillah gambar @ tulisan ni...



ni pula gambar yang sebelum ni....

Jom kita buat refleksi sikit..

1- Kalau nak buat effect ni, tulisan kena besar. Seeloknya, satu perkataan je.

2- Kalau dicondongkan sedikit, dia jadi lebih cantik. kan? (ni dari sudut mata Zu la..)

3- emm...ada sesiapa nak tambah?? silakan...



ok lah.. sekian saja laporan dari saya untuk kali ni... masa pun semakin mencemburui kita (dah pagi..ngantuk) jumpa lagi lain kali...




 budak baru belajar;
-zulaikha-

Wednesday, June 30, 2010

cubaan photoshop tutorial

Assalamualaikum...hye ols!! hari ni zu nak share something yang Zu buat. FYI, sekarang ni (dulu pun sama sebenarnya) Zu dalam proses belajar hasilkan gambar(?) atau apa - apa effect menggunakan Photoshop. Buat masa ni Zu try text effect dulu. Nak buat yang lain tu..agak tak berapa terror lagi..huhu...



Ok.. nak di pendekkan cerita, hari ni (baru je kejap tadi) Zu belajar 1 trick baru. Nak tengok hasilnya?? 



haaa... ni lah dia... 



Amacam?? Ok ke KO ni? huhu.. komen? komen? Jom kita compare dengan contoh yang dia bagi....



Haaaa.. korang dah tengok kan?? So, apa pendapat korang? Siapa dah ada pendapat boleh scroll bawah ye. Kalau belum tak boleh...hehe...















Ok...Ni la website photoshop tutorial yang Zu belajar tu. Kalau korang nak jenguk - jenguk boleh la ke sini ye..


ataupun kalau nak terus ke tutorial 'Grunge Rubber Stamp' (nama dia) sila [klik sini].

Kalau korang rasa nak try jugak boleh je.. Syarat utama kena ada software yang berkenaan. software Photoshop la senang cerita..


budak baru belajar;
-zulaikha-

Sunday, April 25, 2010

adalah amat menyakitkan bila.....

Memang sakit bila kau rasa sangat sangat sedih dan down dan kau rasa nak ceritakan and luahkan kat orang lain tapi at the same time kau rasa kau tak patut luah kat dia sebab mungkin dia pun tengah ada problem yang dia sendiri tak bagi tahu kau.



(kau faham tak apa yang aku tulis? Kalau kau faham. Bagus. Kalau tak faham, baca lagi sampai faham.)



Dan aku nak bagi tahu kau bahawa ada yang sudi mendengar segala luahan hati nurani dan problem kau. Dia mendengar dan bantu tunjukkan jalan keluar dari masalah kau kalau kau betul - betul berharap dan bergantung kat Dia. Kau ceritalah apa saja. Kalau kau rasa nak menangis pun kau buat lah. Dan lepas tu kau akan rasa lega dan tenang. 



Dialah Yang Maha Mendengar.
Dialah Yang Maha Mengetahui.
Dialah Yang Maha Pemurah.
Dialah Yang Maha Mengasihani.



Dan (lagi) andai kau rasa resah, gelisah, lemah tak bermaya. Kau rasa kau tak mampu lagi nak tanggung dugaan yang kau hadapi, kau bacalah surah Al-Insyirah (Alam nashrah..) dan berserahlah kepada-Nya. InsyaAllah hati kau akan tenang. 



Berikut aku kongsikan makna Surah Al-Insyirah (Surah ke-94)..


the translation of Al - Insyirah in english..

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.
{1} Have We not opened your breast for you,
{2} And removed from you your burden,
{3} Which weighed down your back,
{4} And have We not raised high your fame.
{5} Verily, along with every hardship is relief,
{6} Verily, along with every hardship is relief.
{7} So when you have finished, devote yourself to Allah's worship,
{8} And to your Lord turn intentions and hopes.



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
{1} Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?
{2} dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu, 
{3} yang memberatkan punggungmu,
{4} dan Kami tinggikan sebutan (nama) mu bagimu.
{5} Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
{6} sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
{7} Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah berkerja keras (untuk urusan yang lain),
{8} dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.


Cuba tengok kat tulisan bold tu... Rasa tenangkan?? Rasa macam safe je. Rasa macam tak bersendirian menghadapi dugaan....

nota lantai rumah: Pesanan ini juga ditujukan untuk diri aku. Manusia biasa yang punya hati dan rasa. 

 dari hati,
-Zulaikha-

Friday, April 16, 2010

penipu yang terkantoi!! apakah??

ape punya tajuk daaa.. seriously Zu tak tau nak bagi tajuk apa...

nak cerita pasal ni ha...
ok..let's check it out!!!

>> klik untuk mencantikkan mata<<

Alahai... kalau ye pun agak - agak la.. dah la ....

1. Aku tak pernah lagi nak buat apa - apa urusan bank secara online walaupun bende tu menyenangkan kerja.
2. Aku tak pernah ada akaun bank ni.. So, apa kes nak unblock akaun aku?? 
3. Bila aku letak cursor kat link yang dia bagi, kat status bar tu bagi alamat ntah ke mana - mana ntah. yang pasti bukan ke public bank punya site.
4. Cuba korang tengok, alamat email aku pun dia tak tau..hmm.. sah - sah dia main bagi je kat sape - sape..

ok lah...

Senang cerita...kalau korang dapat email cam ni.. semak - semak la dulu.. jangan main klik je...ok??

sekian, saya Zulaikha melaporkan untuk .::ZULAIKHA::.

Saturday, March 27, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010. (siri 1)

assalamualaikum.. mood untuk mengemaskini (update) blog muncul lepas dapat tahu yang GengBlogger (GB) dah boleh bukak. yippy!! Rupanya kuat jugak pengaruh Gb ni dalan hidup saya. hehe Sepanjang GB ada masalah, saya pun jadi tak semangat nak update blog. Ye la.. Tak boleh nak ping blog. hahah..


Pesta Buku Antarabangsa 2010.
Tempat: PWTC

Alhamdulillah.. Akhirnya jadi juga rancangan nak pergi pesta buku tahun ni. Dah beberapa tahun saya tak berkesempatan nak pergi. T_T. Masa balik rumah minggu lepas pun hajat hati nak pergi dengan adik2. Tapi tak sempat. Sampai rumah pun dah petang (Sabtu). Then, semalam....


Farah: Zu, nak gi book fair tak esok?
Aku: Nak!!!


lepas tengok status cikgu rajiah kat facebook, lagi bertambah semangat Zu nak pergi.. hehe..

Ok. Nak pendekkan cerita, pada hari ni. Jumaat, 26 Mac 2010. Lepas kelas Linear Programming. (ok..ok.. lepas kelas kitorang gi lunch dulu) Zu, Farah and Syu (akan disebut sebagai kitorang) pun bertolak ke PWTC. bertolak dari Tg. Malim pukul 1pm. Nasib baik sempat kejar bas pukul 1). Lepas enak2 tidur dalam bas dan melihat adik cute dalam train, kami pun menjejakkan kaki di PWTC pada jam +- 3.00pm. Masa nak pergi solat zohor, Zu ternampak seseorang... nak tahu siapa??


jeng.jeng..jeng...


 Maaf cikgu sy cilok gambar cikgu =) 

Mula tu ragu - ragu jugak nak tegur. Takut salah orang, Then fikir - fikir balik, kalau salah biar la kan.Susah apa. heh.

haaaaaaa...Nasib baik tegur, kan betul tu cikgu gue..hehhe.. Sukanya!! Sembang la jap.. Sekejap je.. Takkan la tegur2 pastu blah cam tu je. Haa.. Cikgu Shakirah pun ada. (^_^)v

Cikgu jangan marah ye sy ambik gambar ni =)

tapi cikgu Rajiah tak ada time tu. Tak apa lah.. Tak ada rezeki barangkali..




then, kitorang pun pergi surau. 

 


Nak tahu tak? Kat surau tu Zu jumpa Cikgu Rajiah. Yeaa!!! Seronok! 

sumber: fb cikgu Rajiah =)


Haa.. sebenarnya SMKSP ada buat rombongan ke PBAKL 2010 ni. 
Cikgu cakap diorang pergi 3 buah bas.. Wooo.. ramai tu...


- i.k.l.a.n -
Teringat time sekolah dulu2..
ni la lencana sekolah Zu (Form 1 - Form 5)
- proud to be SMKSP's student -
- i.k.l.a.n.t.a.m.a.t -



ok. Kita teruskan perjalanan. 

Jalan2 lagi.. Then, terjumpa cik Hawa pulak. F.Y.I, cik Hawa ni jiran Zu masa kat UiTM.

 sumber: fb cik hawa


Murah rezeki betul hari ni. Jumpa ramai orang.. hehhe..
Haaa.. Anda pula bagaimana? Ada terjumpa sesiapa??
Kongsikan bersama pengalaman anda di ruangan komen.. =)


Bersambung..Nantikan Pesta Buku Antarabangsa 2010. (siri 2)
salam sayang;
-zulaikha-

Saturday, March 20, 2010

(off to gombak) + (off until sunday) = home sweet home.

hoyeah!!!!!!!
masa yang dinanti telah tiba!! 
Kejap lagi saya nak balik rumah. =) yippy!!!
Tata semua..  jangan jeles ye.. heheheh..
Balik kampung.. 0o0o. balik kampung...0o0o balik kampung.. hati girang!!!


- oh ya, sorry sangat - sangat sebab lama dah tak update blog kemas rumah ni. Sorry jugak sebab tak dapat buat lawatan segera. huhu.. Jangan risau. Zu pasti akan buat lawatan tu, cuma agak lambat sikit ye. Semalam zu sempat buat lawatan balas kat beberapa orang. Bagi yang belum dilawat tu, harap korang bersabar ye.. =)

-I will be back on Sunday. (Kalau tak pun Monday.. hahahha)

- to shidi, sorry tak sempat nak buat tag lagi. Nanti Zu buat ye. 

my first doodle =) 
haha. happy punya pasal.

ohh.. baru perasan yang Zu salah eja. heee.. uptade = update. I'm really sorry. (updated on 21March2010, 9.15pm)

love;
-z.u.l.a.i.k.h.a-

Tuesday, March 9, 2010

photo sharing

nota bumbung rumah: Zu nak minta maaf kepada sesiapa yang terbaca entry ni sebelum zu edit title entry. kesilapan tidak disengajakan.


assalamualaikum.. hari ni zu tak nak cakap banyak2. zu just nak share gambar2 je.
layan..zass...



"Duit untuk hidup tapi bukan hidup untu duit" - renung2kan.





kalau bawak motor tu pandai2 la pakai helmet. haisy.. aku pon reti daa...







saya tak bersalah la... bukan saya yang curi ikan tu. 
moral of the pict: jangan suka buli2 binatang apatah lagi buli orang.





shhh.. i'm studying. don't disturb me!







 last pict for today. 
saje je letak gambar cacing. Korang geli tak????
hahhahahahahhaha...*gelak kejam. tak tau jadi ke tak*

Monday, March 8, 2010

[tips] Tingkatkan taffic blog!! Rugi kalau tak cuba!!

First of all bagi salam dulu.. Assalamualaikum (jawab jangan tak jawab). Hari ni zu nak share tips and trick untuk tarik traffic ke blog korang at the same time menambah back-link ke blog kesayangan korang.. 
 

ok. Nampaknya masing - masing dah tak sabar ye..sabar2. yezza.. here we go!!!




Senang je cara dia. Korang ikut je step2 di bawah ni elok2..

a.     Post satu artikel seperti ni atau boleh copy artikel ni kalau mahu. Then, bagi tajuk yang gempak dan best. 
b.     Korang copy link URL kat bawah ni dan letak dalam artikel ni jugak.


Next,
Korang baca ni BETUL2 dan BANYAK2 kali. kalau tak faham ulang lagi. ini penting untuk pastikan trick ni berjalan lancar. 

1)   Sebelum korang meletakkan Link URL web-web komuniti di atas ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2) INGAT!!!  Jangan Ubah urutan link - link tersebut. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62
wow!!!!!! tak ke banyak tu???? 
bayangkan kalau semua blogger buat benda yg sama n ini berjalan dengan sempurna maka korang akan dapat backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang korang tak pernah bayangkan sebelum ni.

kalau ada pengunjung datang ke blog korang dari Link List yang di-list-kan kat atas maka korang akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog korang jugak.

Ingat! Aturan permainan, link blog korang harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil korang dapat Maksimum backlink.

Jangan salahkan sape2 kalau korang tak ikut step2 tadi dengan betul dan link korang tiba-tiba berada di urutan No.1 & menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah sekali okay (No.15)!! jangan tamak. lagi atas korang duduk, lagi cepat korang dikeluarkan dari list nanti.
good luck!! semoga kita dapat tengok hasilnya nanti. =D

luv u all;
-zulaikha-

Saturday, March 6, 2010

.no entry.

apa kejadahnya zu buat post no entry ni? dia tak bagi masuk blog dia ke??



kawan2 baca baik2 tau.. zu bukan tak bagi baca blog ni. bukan. jangan salah faham ye.. korang nak jelajah and khatamkan semua entry zu pon tak pe. zu alu - alukan. no entry kat sini bermaksud tiada entry. eh, entry dalam bahasa melayu maksudnya apa ye? hoho.. 



korang perasan tak dah seminggu blog ni terbiar. dah macam anak terbiar pun ada. nasib baik blog ni kita tak nampak debu2. kalau tak, mesti dah penuh bersawang kan? hehehuhu. fyi, zu sentiasa buka blog ni, cuma tak berpeluang nak update je. huuu.. busy ohhh.. dengan assignment yang banyak, test + kuiz lagi, teater (minggu lepas je), lagi ape ek? haa.. facebook lagi. hehe.. (macam mana nak hilangkan facebook-addicted ye?) hoho. 


haaa.. lagi satu, terima kasih la kepada yang sudi jenguk2 blog zu even tak ada entry baru. saya sangat terharu. (^.^) terima kasih banyak2 berjuta - juta kat siapa2 yang dengan baik hati mengklik tabung zu. hati korang memang baik. =D nanti zu klik tabung korang balik ye.. lagi satu, zu nak minta maaf jugak kat siapa2 yang zu x sempat nak lawat blog dia. awak maafkan saya eh.. =( 

haaa.. nak carita tentang perjumpaan blogger esok.. zu rasa sedih jerr sebab tak dapat pergi. T_T mesti best kan? huhu.. siapa2 yang free tu jemput la datang ye. kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh skodeng2 kat blog en.mazidul dan blog ondscene okay. bagi yang tinggal berdekatan dengan negeri selagor amatlah digalakkan. para blogger dialu2kan untuk bawa keluarga dan rakan2. nota untuk para - para sakura blogawan a.k.a blogger, anda digalakkan untuk berpakaian warna merah (calit merah sikit pon takpe)


sekian saya melaporkan untuk info @ .::ZULAIKHA::. 



-zu the owner-

Friday, February 26, 2010

shoutbox dah hilang??

nota bumbung-rumah: kalau korang cari shoutbox zu tapi tak jumpa. korang jangan bimbang. shout box tu tidak dibuang. cuma disorokkan je... jangan la pulak korang melompat ke blog lain pulak sebab tak jumpa shoutbox ye...hehhe..

alhamdulillah.. akhirnye shoutbox zu dah selamat disorokkan.. hehhe... thanks to mr.anarm dan pisyek sebab share cara - cara nak buat shoutbox ni menyorok...hehe... f.y.i, tutorial ni dr mr.anarm tapi diedit sedikit sebanyak dan digabungkan idea yang dicedok dr pisyek. then the result is.. jadi la macam apa yang korang tengok kat belah kanan ni...

okey la.. nak inform tu je.. Salam Maulidurrasul untuk semua umat Islam... =)

love;
-zulaikha-

.an entry in happy mode.

hai..hai..hai.. selamat pagi Malaysia..!! saya sangat seronok pagi ni. kenapa??
sebab... hari ni cuti!! yeayy!! hari ni bersamaan dengan 12 rabiulawal a.k.a Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW. *selawat weyh*. pagi ni rasa tenang je. cuaca redup dengan angin sepoi2 bahasa melayu. ohh.. indahnya hari ini. harap2 sampai ke petang. bukan hujan di tengah hari. ecece.. bagi peribahasa la pulak zu ni.

sejak lepas subuh tadi sampai sekarang duk mengadap lappy dan berblogwalking. mentang2 la hari ni cuti. So macam2 entry blog yang zu jumpa dan baca. most of the blog memang cantik-menarik-tertarik-kau-memang-da-bom la. 

one of them is blog pisyek. memang banyak tutorial photoshop kat situ. kalau korang pun kaki-edit-gambar-guna-photoshop boleh la menjengah ke blog ni. ni bukan kes promot pisyek sebab dier bagi duit  kat zu yer.. mesti tersedak2 si pisyek ni nanti. just nak kongsikan dengan korang yang minat photoshop sebab zu pun memang minat gila juga. so, lepas baca entry ni korang boleh la pergi blog dia pulak yer..baca la sampai habis dulu yer.

then zu sambung blogwalking kat blog2 yang zu follow. pastu zu jumpa lagi entry menarik kat blog cik zara. nak tahu apa dia?? jeng3.. perjumpaan antara blogger di Malaysia. ni bukan perjumpaan biasa tau. ni nak buat Malaysian Book Of Record. tarikh: 6 mac 2010. best nya kalau dapat pergi. tapi time tu zu agak busy dengan assignment dll.. huuh.. kalau nak lebih detail, klik kat sini. klik elok2 yerr... 

okey la.. sampai sini je coretan hati dari miss zu. lain kali kite sembang2 lagi yer...

jangan lupa untuk tinggal link korang di .::ZULAIKHA JR::. okeh.. =)

-zulaikha-

Wednesday, February 24, 2010

lycanthropy? apa tu??

assalamualaikum..
intro:
tarikh & hari: 13 februari 2010. Sabtu.
masa: lepas balik dr kenduri kat rumah adda. abang dia kahwin ok. bukan dia.
ahli2 ronggeng: ahmad syazwan rusli a.k.a amad, azyan azilah halimi a.k.a yan dan zulaikha mohd nor a.k.a zul.
situasi: amad nak tgk My Name is Khan. tapi cite tu lak xde. pastu yan cadang tengok Percy Jackson And The Lightning Thief tapi cerita tu pukul 7++ (7.30 kalau tak silap). lepas pikir-punya-pikir kitorang decide nak tengok Wolfman.

 

 vs


ok.stop.tukar carita. 


sebenarnya nak cerita pasal Lycanthropy.
apa kaitan Lycanthropy ni dengan cerita wolfman??

bagi yang dah pernah tengok cerita ni, mesti korang pernah dengar perkataan ni.
sebenarnya...
  • Lycanthropy ni adalah kemampuan atau kekuatan manusia untuk mengalami transformasi menjadi serigala, atau untuk memperoleh karakteristik mirip serigala. perkataan lycanthropy kadang-kadang digunakan secara umum untuk setiap transformasi daripada manusia kepada bentuk haiwan, padahal istilah yang tepat untuk transformasi tu secara teknikal ialah "therianthropy".
  • asal usul istilah ni adalah dari lykánthropos (λυκάνθρωπος). λύκος, lýkos ("serigala") dan άνθρωπος, anthropos ( "manusia").
  • Lycanthropy ni pun sejenis penyakit mental.(kadang - kadang disebut lycanthropy clinical). dalam kes ni pesakit percaya bahawa dia adalah/telah bertukar menjadi binatang dan pesakit akan berkelaluan macam binatang tersebut. (kalau dalam cerita wolfman, dia jadi serigala dan perangai dia pun macam serigala. makan daging, suka2 hati pecahkan muka+badan+perut+dll orang lain).
  • masalah lycanthropy ni selalunya dikaitkan dengan sihir, kepercayaan terhadap perkongsian jiwa antara manusia dan haiwan. Bagi lycanthropy clinical, seseorang pesakit dikatakan berhalusinasi dengan transformation yang dia alami. selain daripasa itu, mungkin pesakit mengalami perbezaan atau perubahan di bahagaian otak diorang. 
sekian dr zu. kalau korang nak tau lebih lanjut, sila tanya en.wiki ye.. =). 



p/s: HAPPY BIRTHDAY 2 AHMAD SYAZWAN n SYAFIQ SALLEH!!!

    -zulaikha-

      Monday, February 15, 2010

      ambil perHATIan dan baca HATI2.

      salam... ni ada aktikel yang zu rasa menarik untuk dikongsi dengan korang... artikle ni saya petik dari buku "Teori Pendidikan Pemikiran Global" karya Dato' Prof. Dr. Mohd. Yusof Hasan.

      -HATI DALAM BUDAYA MALAYSIA-
      Dalam kebudayaan masyarakat Melayu terdapat beberapa simpulan bahasa yang berkait rapat dengan hati atau kalbu. Ada beberapa cerita dalam anekdot dan episod dalam kehidupan orang - orang Melayu. Misalnya:
      "Kita mesti menjaga hati orang tua-tua kita kerana mereka senang jauh hati, susah hati dan makan hati. Mereka akan berasa teguh hati dan tetap hati serta sentiasa terbuka hati kalau kita berhati-hati dalam usaha menawan hati mereka. Pintu hati mereka akan terbuka sekiranya kita dapat mencuri hati mereka. Oleh itu janganlah bersifat busuk hati, tanpa berhati perut dan sebaliknya sentiasa bersih hati dan suci hati kita."
       Kini manusia menghadapi masalah hati - hati yang baik dan hati yang jahat. kalau semua baik hati dan bersih hati, kekacauan tidak berlaku, pergaduhan tidak berlaku, dan peperangan tidak berlaku.

      Moral of the story: jagalah hati anda. jangan jadi busuk hati.

      Monday, February 8, 2010

      let's learn mandrin - wo ai jiaren.

      Assalamualaikum.. Nǐ hǎo!.. cheyywah!! dah pandai cakap bahasa mandrin da dia ni..hehe..sem ni zu ambil subjek Communicative Chinese 1. kire belajar bahasa mandrin asas. Masa mula2 masuk kelas tu rase macam nak terbelit jugak lidah ni nak sebut perkataan2 dia. huhu..



      FYI, tadi kitorang ada simulasi. Ala2 ujian lisan jugak laaa... semua orang kena perkenalkan diri dan keluarga. jom tengok ape yang zu cakap pasal family zu. 


      Korang boleh la belajar skali yer...*kalau ada salah, zu mintak maaf awal2 ye...*


      Nǐ hǎo!

      Hello.



      Wǒ jiào Zulaikha.

      Nama saya Zulaikha.



      Wǒ èrshíyī sui.

      Saya berumur 21 tahun.



      Wǒ shì Sūdān Yī Dé Lìsī Shīfàn Dàxué xuésheng.

      Saya ialah pelajar Uni. Pendidikan Sultan Idris.



      Wǒ zhùzài Za'ba Sùshè.

      Saya tinggal di Kolej Za'ba.



      Wǒ Xuělán'é ren.

      Saya orang Selangor.



      Wǒ xǐhuan kàn xiáo shuō.

      Saya suka baca novel.



      Wǒ gēn jiārén zhùzài Gombak Permai Huāyuán.

      Saya dan keluarga saya tinggal di Taman Gombak Permai.



      Wǒ bàba jiào Mohd Nor Che Hassan.

      Nama ayah saya Mohd Nor Che Hassan.



      Wǒ bàba bù xǐhuan chànggē.

      Ayah saya tak suka menyanyi.



      Wǒ māma jiào Roslina Mohamed.

      Nama emak saya Roslina Mohamed.



      Tā shì lǎoshī.

      Dia adalah seorang guru.



      Wǒ māma xǐhuan cái féng.

      Emak saya suka menjahit.



      Māma jiāxiāng zài Jílándān.

      Emak saya berasal dari Kelantan.



      Wǒ yǒu liǎng ge dìdi hé sì ge mèimei.

      Saya ada 2 adik lelaki dan 4 adik perempuan.



      Wǒ dì-yì dìdi jiào Aminnordin. Tā jīnnián jiǔ suì.

      Adik lelaki pertama saya bernama Aminnordin. Dia berumur 9 tahun.



      Wǒ dì-èr dìdi jiào Lokman Hakim. Tā jīnnián bā suì.

      Adik lelaki kedua saya bernama Lokman Hakim. Dia berumur 8 tahun.



      Wǒ dì-yì mèimei jiào Nur Asilah. Tā jīnnián shíbā suì.

      Adik perempuan pertama saya bernama Nur Asilah. Dia berumur 18 tahun.



      Wǒ dì-èr mèimei jiào Nur Suhaili. Tā jīnnián shíwǔ suì.

      Adik perempuan kedua saya bernama Nur Suhaili. Dia berumur 15 tahun.



      Wǒ dì-sān mèimei jiào Nur Syahira. Tā jīnnián wǔ suì.

      Adik perempuan ketiga saya bernama Nur Syahira. Dia berumur 5 tahun. 



      Wǒ dì-sì mèimei jiào Aina Mardhiah. Tā jīnnián sì suì.

      Adik perempuan keempat saya bernama Aina Mardhiah. Dia berumur 4 tahun.



      Wǒ ài jiārén.

      Saya sayang keluarga saya. 



      Xièxie.

      Terima Kasih. 




      sekian... haaaa.... tu je la yang zu cakap tadi. kire ok la kan?? hehe... tapi kan.. ade yang zu main letak je. ikut suka..


      sukahati 1: betul ke wo baba tak suka nyanyi?? haha..tatau la..


      sukahati 2: Wǒ Xuělán'é ren.??? bukan kelantan dah ker??? ngeh3..* sebab kalau orang tanya pasal kelantan, zu cam taktau nak cakap ape. memang la kat 891227-03-****... tapi I duk slangor dah lame..*

      Sunday, January 24, 2010

      bila rasaku ini rasa mu~

      ahakzzz...juwang nya tajuk..
      firstly saya nak minta maaf *again* dekat reader2 yang tunggu soseh2 dari saya. err..ada ker eh??soseh2 kali ni saya nak cerita pasal rasa. ok. cikgu zu nak tanya. korang rasa cikgu nak cerita pasal apa??cepat2 siapa nak jawab?? dah2. straight to the power point.

      rasa 1: ggrrrr.. Geram!!
      saya geram sangat dengan driver yang tak reti - reti nak bagi signal bila nak pusing kanan pusing kiri.saya tau la awak tu ada kereta. saya ni jalan kaki je. tapi agak2 la. tau tak perbuatan awak tu menyusahkan saya.?? saya punyalah tunggu kat situ, ingatkan awak nak jalan straight. rupa - rupanya awak nak belok. yang awak tak bagi signal tu kenapa?? ishh...

      rasa 2: rasa nak tengok sangat cerita The Spy Next Door.
      naaaakk sangat. Jackie Chan berlakon tuuu...




      tapi bila cuti raya cina nanti ada lagi ke cerita ni?huhu..
      planning: bila dah dapat duit + movie tu ada lagi, zu nak pergi tengok. hehe.. siapa nak ikut??sila angkat tangan.

      rasa 3: rasa cam nak jadi promoter.
      siapa rasa tak tahu nak buat apa sepanjang 28-31 jan 2010 ni?  haaa.. meh la datang sini...

      HARI TERBUKA KOLEJ ZABA
      "Jelajah Ilmu Menyusuru Warisan"
      tarikh: 28 -31 Januari 2010.
      tempat: Kolej Za'ba, Kampus Sultan Azlan Shah,
      Uni. Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.




      jemput datang la yerr...

      errr...siapa2 yang rasa nak jumpa saya tu datang la yer..ekeke...opsss!!! ada ke orang nak jumpa aku???tettt!

      "Majulah Kolej Za'ba untuk Negara." *err..sem depan saya duk kolej lagi kan??heheh*

      -zulaikha-

      Monday, January 18, 2010

      thanks semua!!! (edited version)

      sat lagi ada kelas. tapi zu sempat buka nuffnang jap. nak tau tak ape yg zu nampak??
      jeng..jeng..jeng!!!!
      ni dia...mempersembahkan...

      **buat2 la korang nampak ada gambar earning dr nuffnang yang tertera RM2.25**
      *disebabkan ada masalah sikit, photo akan diupload kemudian..hehe..sori ek..*

      alaaaa... baru dua hinggit dua puluh lima sen pon nak kecoh???

      ok. kalau yang dah lame bergiat dalam industri pem-blog-an ni mesti rasa cam sikit je ni. tapi as beginer cam saya, ni dah dikira rezeki BESAR..hehehe..ye la siapa la yang senang2 nak bagi duit kat kita kan?

      so, zu nak ucapkan baaaanyak2 terima kasih kat kawan2 yang rajin dan tak jemu2 lawat blog ni. thanks jugak pada yang rajin tinggalkan comment kat blog zu.

      p/s: amalkan lah klik2 bila nampak iklan kat blog orang. nanti orang tu akan rasa happy bila earning dia meningkat lalu orang tersebut akan meng-klik2 kat blog anda. ohh..


      amalan kat atas tu dah tak boleh pakai ye, nanti kena banned..



      jotaan terima kasih kpada sifu2 blogger yang zu da cilok sikit ilmu2 diorang. daripada diorang la zu belajar cara nak buat itu ini.
      thanks nuffnang. muuaahhh!!


      thanks mak sebab lahirkan along. ^.^

      last, sebelum zu shut down laptop ni. zu nak cakap thanks skali lagi kat korang semua.

      mood: happy dan excited nak pergi kelas.
      lokasi kejadian: dalam bilik dan ditemani buku communicative chinese 1.
      pesanan penaja: nanti malam zu update lagi kay. gtg now. salam...

      with love;
      -zulaikha-

      Sunday, January 17, 2010

      cubaan pertama

      assalamualaikum. apa khabar semua? sihat? sebagai orang yang baru belajar, zu nak cuba 1 benda iaitu cuba buat schedule post. **ok. saya tahu saya agak terlambat** otai2 blogger semua jangan la gelak yer..malu den.

      kepada yang belum tahu, meh sini zu nak ajar..cheyywah.. padahal zu tulis apa yang google bagi tau je.

      1. kat bawah editing box tu kan ada post option. ada tak? haaa... klik kat situ, then korang akan nampak post date and time kan?? ok, korang tukar ke masa yang korang nak post tu keluar.

      2. then, korang taip la ape korang nak tulis. lepas tu baru publish.

      pesanan penaja: korang tuka dulu sebelum nak publish tau. sebab kalau dah publish, pastu baru korang tukar tarikh, dier still akan publish.


      budak baru belajar yang sayang sangat kat pembaca2 dier;
      -zulaikha-

      Friday, January 15, 2010

      nak naikkan traffik blog anda?

      ini bukan kerja rumah yg lecturer bagi.
      ini jugak bukan homework kelas tusyen aku.
      dan ini jugak bukan lah ole-ole cuti sekolah yang cikgu2 selalu bagi time cuti sekolah.
      ini adalah kerja memblog yang aku sengaja cari. ok. jangan membebel.

      sambil jalan2 blogwalking sana sini, aku terjumpa satu blog yang bagi banyak tips2 yang berguna untuk blogger2 baru dan yang lama. sebenarnya banyak dah blog2 yang bagi aku tips nak tingkatkan mutu blog aku. cheyyywah. tapi aku sangat busy **bizi la sangat. huh!!** untuk meng update blog ni lantas meletakkan link2 mereka.

      ok. jangan bagi aku membebel lagi.

      klik link dibawah untuk belajar. jangan malas2 eh.

      1. tips menaikkan traffik blog melalui forum.
      2. buffered earnings and metered earnings. ape ni? haaa.. klik la kalau nak tahu.
      3. tips dapatkan buffered earning.

      thanks to mathsensei. and kepada sifoo00 blogger yang saya timba ilmu dar ianda tapi tak dapat nak letak link anda disini, saya mintak maaf banyak2. lain kali kalau ada kerajinan + masa saya akan promot blog anda kat sini yer.. hehe..


      tuan punye blog yang earningnya masih ciput.
      -zulaikha-

      Monday, January 11, 2010

      blogger - we care!!


      assalamualaikum.
      1 malaysia = 1 blogger = 1 ringgit.

      that's it. ini adalah satu entry khas. atas dasar prihatin, saya menyeru rakan2 blogger sekalian untuk meletakkan ribbon khas BLOGGER - WE CARE ini di blog anda.

      cara-caranya?
      mudah saja. ikuti langkah2 ini.
      1. copy dan paste ribbon diatas.
      2. letakkan di blog masing2. dimana2 sahaja yang anda suka. anda juga boleh resize gambar tersebut.
      3. biarkan ribbon ini bertapak di blog anda selama seminggu.
      4. maklumkan bahawa anda telah meletakkan ribbon diatas melalui comment kepada http://www.hydir.com/?p=268

      Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menyumbang RM1 kepada en.Megat. Anda boleh mengikuti apa yag tersurat dan tersirat tentang en.Megat di post ini: Tangisan Aku, Isteri dan Anak-anak.

      Untuk mengetahui apakah itu ribbon Blogger - We Care, sila klik di sini.

      a little support means a lots.

      sharing is caring, caring is sharing.

      i am me;
      zulaikha
      Related Posts with Thumbnails