.:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

.::penulis::.

My Photo
Blog ini mungkin beku buat beberapa ketika. Teruskan bersama kerna ku sayang kamu selamanya.

Thursday, January 19, 2012

Selamat tinggal.

29 Jun 2008 - 19 Jan 2012


19 Januari 2012
12:58pm
Meja Najwa, or might be 'bekas' meja Najwa.


Mungkin ini merupakan entry terakhir yang aku taip dari bumi Tanjong Malim. Lebih spesifik, Kolej Za'ba, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tempat suka duka sepanjang hampir 4 tahun. 


Kalau nak diceritakan segala suka duka tu, mungkin 3 hari 3 malam pun belum tentu habis. Dan yang pasti belum tentu aku setegar tu nak taip entry panjang berjela. Okey, so lepas ni apa? Destinasi yang pasti lepas ni balik Gombak. Bersiap sedia untuk buat Latihan Industri dan bersiap sedia menempuh alam pekerjaan. Kerja apa? Itu belum pasti sebabnya hanya Allah yang tahu rezeki yang telah ditetapkan untukku. 



Buat teman seperjuangan, ampun dan maaf andai diri ini tidak mampu menjadi yang terbaik untukmu. Terima kasih juga kerana menerima diri ini seadanya. Terima kasih untuk segala kenangan yang tercipta. Perjuangan kita belum selesai. Ingat! Sebagai Pilot kita kena terbangkan pesawat dengan baik. Jangan hancurkan harapan orang.



Okay lah. Last but not least, lagu ni untuk kalian. Untuk insan - insan yang aku rindu dan bakal dirindui. Selalunya, orang akan bagi lagu sedihkan? Tak pe la.. Kali ni tak ada lagu sedih. Ada jodoh kita jumpa lagi. 





salam  sayang;
zulaikha mohd nor
D 200810#####

Friday, January 13, 2012

Menulis blog: Aku ingin menulis sepertinya. [part 1]

Blog yang bermanfaat.

Niat dihati nak kongsi satu doa untuk jadi insan yang bersyukur tapi saya terlupa ayat tersebut. Mujur doa tu diberikan oleh seorang sahabat, jadi terus tergerak hati untuk tanya dia. Dalam kiriman SMS yang dibalas, sahabat tadi minta saya lihat blognya. Katanya dia dah post doa tersebut dalam blog. Lepas buka blog sahabat ni, perkara pertama yang saya buat bukanlah cari doa berkenaan, tapi baca dulu kandungan blognya. 


Ya Allah. Blog ini sangat ber'isi'. Jauhnya beza dengan blog saya. Kalau dibuat perbandingan, saya rasa blog saya kosong. Tidak berisi. Sebab, saya terfikir, apa manfaat yang orang boleh dapat dari blog saya? Ya. Itu definisi berisi yang saya sebut tadi. Berisi dalam ertikata memberi manfaat kepada orang lain.



Untuk sejenak, saya berfikir. Adakah pembaca blog saya dapat manfaat dari apa yang saya kongsikan? Saya tak pasti. Melihat kepada penulisan sahabat ini juga membuatkan saya berfikir. Bila saya mampu menulis seperti dia? Menulis sebagai medium perkongsian apa yang dibacanya. Menulis dengan matang. Dan sekali lagi saya terfikir. Dari mana saya harus mula?



Sementara saya mencari halatuju blog ini, saya kongsikan kepada anda semua blog sahabat tersebut. Blog Pengemis Nur Tuhan
Related Posts with Thumbnails

.::sejarah penulisan::.