.:: ZULAIKHA ::.: October 2010

.::duit sewa rumah::.

Sunday, October 31, 2010

pendapat saya tentang CEREKARAMA AKU INGIN KE SYURGA (TV 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kalian? Kita akan bercerita sekitar cerekarama: Aku ingin ke syurga. Bagi sesiapa yang masih samar - samar, harap maaf ye. :)


Mula - mula zu tengok cerita ni memang sangat kecewa. Sebab dalam 30 - 40 minit pertama zu nampak hanya perbuatan yang tak baik. Tolong lah! Berjudi. Kurang ajar dengan emak. Semua kerja - kerja jahat si Hanafi (lakonan Zamarul Hisyam)  tu buat. kecewa sebab scene yang ditayangkan sangat tak elok untuk budak - budak!. Masa ni juga rasa macam nak rotan - rotan je dia. Geram tahu??!! Bila si Hanafi tu kena pukul dengan gengster, rasa macam kesian pulak. Mula dari scene kena pukul ni, si hanafi ni dah mula melalui saat - saat pembalasannya.


Okay. Zu bukan nak tulis tentang sinopsis cerekarama ni. Kalau nak tau sinopsis, korang boleh cari dekat google.  Apa yang zu nak tekankan kat sini ialah moral of the story. Nilai - nilai yang patut kita ambil dari cerita ni..


1. Walaupun anak buat jahat dekat emak, emak akan tetap sayang anak dia. Jadi, sayangilah ibu anda. 

Dalam cerita ni mak cik tu tak pukul pun anak dia kan? Lepas tu, bila anak dia balik rumah dalam keadaan sakit dan tak boleh nak urus diri sendiri tu, mak cik tu masih nak jaga dia kat rumah. Tak nak hantar kat hospital.


2. Setiap orang yang berdosa tu akan diampunkan oleh Allah kalau dia bertaubat nasuha dan dia minta maaf kat semua orang telah dianiaya.

Bak kata ustaz X (tak ingat nama) dalam cerita tu, selagi nyawa kita masih ada, kita masih ada peluang untuk bertaubat. Jadi, bertaubat lah. Bukan setakat tau buat. Ok. Ayat last tu bukan ayat ustaz tadi.


3. Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali. 

Mungkin kita patut cakap ayat ni kat budak - budak yang join tengok cerekarama tadi. Boleh juga pesan kat adik/anak macam ni..

"Jangan buat jahat. Nanti tuhan marah, lepas tu dapat balasan atas perbuatan jahat kita."

Ni sekadar cadangan je ye. Korang boleh reka ayat lain yang lagi baik. :)



Kesimpulannya, kita patut ambil pengajaran dari setiap cerita yang kita tengok. Tapi jangan la pula pegi tengok cerita - cerita lucah! Hampeh!!


nota pengarang: Baru first time tengok cerita sambil online. Sangat best rupanya ye! Ok lah. Mata pun dah mengantuk, selamat malam semua. Mimpi indah ye! :)


salam sayang;
-zulaikha-

Wednesday, October 27, 2010

30 keping 20sen, 40 keping sepuluh sen.

Ya. Itulah dia jumlah yang Zu tukar dekat cafe semalam. Jumlah tu Zu simpan sepanjang sem ni. Sikit? Memanglah. Zu bukan simpan tiap – tiap hari. Zu simpan bila ada duit syiling 20 sen dan 10 sen je.


Kenapa simpan 20 sen dan 10 sen je? Sebab.. tak nak beratkan beg duit a.k.a purse. Jadi, kalau ada baki seposen ke, dua posen ke semua tu masuk tabung la. Kalau duit 50 sen baru Zu simpan dalam purse. Sebabnya bila beli makanan, kalau tak harga genap, mesti ada 50 sen kat belakang tu. RM2.50. RM3.50. RM4.50. Haaa.. Bagi aje duit syiling tu. So, senang la makcik cafe tu. Diri sendiri pun senang jugak.


Sebenarnya simpan duit syiling ni boleh jadi salah satu cara untuk kita menabung. Cuma dalam kes Zu ni tabungannya tak lama. Hehe. Bila akhir sem, duit pun dah pokai, tukar aje la dengan mak cik cafe. Macam sekarang. Kan dah dapat RM10.00. :) Ok. Berbalik kepada point asal.


Simpan duit syiling ni memang boleh galakkan kita menabung secara konsisten. Ye la. Kadang – kadang kita ni liat sikit nak menabung. Ye dak? Kalau nak harapkan tiap – tiap hari simpan duit seringgit dalam tabung comey lagi cute tu memang tak terbuat la. Kan? Kan? Jadi ini lah cara dia. Memang la Zu akui lambat bebenor nak penuh. Tapi bukan ke orang tua –tua cakap SIKIT – SIKIT LAMA – LAMA JADI BUKIT??


Jadi bagi sesiapa yang rasa liat nak menabung ut, apa kata kita mula dengan cara ni. Siapa tahu satu hari nanti duit dalam tabung korang lagi banyak dari Zu. Waktu tu boleh la kita share. kan? kan? hehe.


Oh ya! Ni gambar duit tu. hehe. Nak jugak tunjuk kan?. Abaikan bungkusannya. Plastik itu aje yang ada. Ala. Untuk tukar je pun. Bukan nak bagi hadiah. So peduli apa.!


DSC00704 edit 

Ok. Lah. Zu nak sambung tengok cerita The Arrival. Sekarang dah part 23. Bagi sesiapa yang belum tengok lagi tu, Zu sarankan korang tengok. Rupa – rupanya banyak yang kita tak tahu dan banyak yang kita alpa + leka.





salam sayang;
zulaikha

Tuesday, October 26, 2010

sebab tu la aku panggil ko bestfriend!!

Assalamualaikum!! Entry ni khas untuk cik Azyan Azilah. Sebab apa?. sebab sesekali buat sesuatu yang buat orang tersenyum boleh jadi terapi untuk kita tahu?




Dulu kita sekelas,
ko tanya aku, aku tanya ko,
sekarang kelas kita jauh berbatu,
tapi
ko tetap cikgu aku. (cikgu BI)
ko jugak la yang aku cari kalau nak tanya pendapat. :)


Dulu kita balas - balas surat;
Sekarang dah moden, kita berbalas di FB, dan blog, dan formspring.
tapi
Nadanya masih sama. 
Hanya isi cerita yang berbeza.


Dulu....
(oke. aku dah tak ada idea.)


credit: picture


nota pengarang: Aku insan yang tak reti nak berpuisi, berpuitis. Maaf.

nota hati: Ni first time aku buat entry untuk seseorang.

Related post: Hati tisu

ai am me;
-zulaikha-

Monday, October 25, 2010

ShoutMix telah menumpaskan ChatBox!!

Hye, Assalamualaikum. Salam sejahtera. Selamat menyambut hari isnin! 


Pada suaru hari yang hening, diriku sesaja menaip kat Google 'Shoutmix VS chatbox'. Setelah diterjah laman sesawang (website) yang tersenarai, memang banyak perbezaan, kelebihan serta kekurangan antara keduanya. Ada yang cakap shoutmix ni kengkadang ada suka buat hal. Chatbox kureng sikit perangai menggedikya a.k.a suka buat hal. Ada jugak kata - kata bahawa shoutmix menyenangkan masa blogwalking sebab kita tak perlu tulis nama dan URL banyak kali. Kalau chatbox pulak, kita kena tulis banyak kali.


Masa diriku mencari tu, tak ingat pun yang diriku ni guna ChatBox ke ShoutMix. Ohh.. baru tahu, rupanya diriku pun guna Chatbox. Kesian kat pelawat blog ni kan? Tiap kali blogwalking, mesti kena tulis details banyak kali.. Isk..isk..isk.. Maka, untuk menyenangkan anda blogwalking ke sini, diriku dah tukar ke shoutmix! Hoyeah!


Oh, ya, kalau shoutMix kat blog ni menggedik tak nak tunjukkan diri dia, sila rotan refresh (tekan je F5). Nanti dia akan muncul dan mula menggedik dihadapan kalian. 


Ok. Lah.. Selamat menjamu selera berblog. Lagi satu, jangan risau kalau anda dah komen kat chatcox. Scriptnya masih ku simpan. Malah telah ku letak dalam http://zulaikhajunior.blogspot.com | blog untuk blogwalking.


Ada lagi!!!! Jangan lupa letak kink anda kat ruangan BlogList kat atas tu ye.. :)

sayang kamuu;
-zulaikha-

Saturday, October 23, 2010

Jemput anda semua untuk letak link blog anda..

Hye.. Assalamualaikum. Hari ni, blog ni dah mengalami sedikit perubahan. Korang perasan tak? Haaa.. Kalau nak tahu, zu dah tambah satu page kat blog ni. page untuk semua blogger kongsi link blog korang

Jemput la letak link korang ye. Lagi satu, kalau rasa - rasa tak tau nak terjah blog siapa masa blog walking, boleh la jenguk - jenguk kat page zu ni. 


Oh ya, zu harap sangat tak ada sesiapa yang salah guna. Harap sangat tak ada sesiapa yang ketak link 'selain dari link blog dia'.. ehem..ehem.. paham paham la kan link ape yang dimaksudkan~~ 


Oklah, sekian saja dari saya untuk hari ni. Haa.. Esok saya ada pertandingan memanah, doakan arrow saya tak mensasar ke padang ye. huhu.. dan doakan tangan saya tak cedera lagi  T__T


.klik gambar untuk letak link.



atau pun korang boleh jugak letak link kat blogwalking list zu. 


tapi yang kat blog ni lebih digalakkan. :)

Wednesday, October 20, 2010

Cubaan teknik SEO berjaya!!. Syukur.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!

Alhamdulillah. Syukur, akhirnya cubaan zu untuk buat eksperimen tentang SEO (Search Engine Optimization) berjaya. Buktinya, blog ini berjaya mendapat unique visitor (UV) daripada hasil carian di Google, Yahoo! dan sebagainya.


Jom tengok gambar - gambar kat bawah ni. Oppss. Ni bukan untuk berlagak ye!. Sekadar untuk berkongsi kegembiraan. \(^_^)/ Lagi pun, ramai lagi blogger kat luar sana dapat UV dari SEO. So, motif menunjuk - nunjuk tak ada dalam entry ni okey!. :)


Statistik pengunjung dari SEO untuk hari ini sehingga jam 3.30pm

Ada empet ketul untuk hari ni. Ok la tu kan? Bak kata orang yang memiliki sebuah rumah warna coklat dekat selatan tanah air, sikit - sikit lama - lama jadi bukit. OK. Abaikan ayat bermula dari perkataan YANG sampai TANAH AIR. 


Ini pulak pengunjung yang datang dari search engine turbo untuk minggu ni.


Untuk minggu - minggu sebelum ni zu rasa tak perlu la nak tunjuk. Nanti jadi riak pulak. Tak baik. Kan? Kan?


Kebanyakan keyword ni merujuk kepada entry zu pasal maksud disebalik warna bunga mawar dan  kaligrafi cina. Ada jugak yang masuk dari keyword facebook sign in. Tu pulak sebab ada salah satu entry Zu tentang facebook



Kalau korang nak tahu, banyak lagi yang zu tak tahu, nak tahu, perlu tahu, makan tauhu pasal SEO ni. So memang kena banyak belajar dan banyak menulis la. TAPI... Kadang - kadang tak sempat. Kerja banyak. (-.-)'



Ok la. Sebelum mencarut mengarut yang tak tentu pasal, baik kita berhenti kat sini. Kita sambung cerita lain kali pulak. Boleh? Korang jaga diri ye. Yang mana nak exam tu, good luck. jangan nakal -  nakal ye. Sayang korang! Ahakss..



Oh ye. Kalau nak tahu apa yang diorang nampak bila search kat google or yahoo, cuba la klik tiga link ni. makna disebalik warna bungacara penulisan kaligrafi cina,  dan facebook sign in


saya sayang blog saya;
-zulaikha-

Tuesday, October 19, 2010

ayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Post kali ni nak ajak korang layan lagu ni. Syahdu la pulak. 


Tajuk: Ayah.
Penyanyi: Kumpulan Aeman
Album: Permata Ayah Bonda

ketika berjauhan
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.


Dengar di Youtube: Ayah - Aeman
Sumber lirik: LirikNasyid.com

Friday, October 15, 2010

MAKSUD DISEBALIK WARNA BUNGA MAWAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang kita sedia maklum sekarang ni musim Konvokesyen di kebanyakan Universiti. Justeru, pemberian bunga mawar atau dikenali juga sebagai bunga ros kepada graduan amat sinonim dikalangan kita. Pasti kita tertanya - tanya apakah makna disebalik warna bunga tersebut. Maka, pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua makna disebalik warna bunga mawar. Harapnya ia dapat membantu anda dalam memilih bunga yang sesuai untuk diberikan kepada teman - teman yang bergraduat.


................................................

Mawar Merah (Red roses)
Meaning: Love, Respect, Courage, Passion, Well Done, Congratulations


Ros merah biasanya diberikan untuk menyatakan perasaan cinta. Ia juga sebagai simbolik kepada keberanian dan penghargaan.



Mawar putih (White roses)
Meaning: Purity, Secrecy, Innocence, Reverence, Worthiness


Sesuai dengan warnanya, mawar putih melambangkan kesucian dan ketulusan hati.



Mawar merah jambu / Merah muda ( Pink roses)
Meaning: Happiness, Elegance, Romance, Admiration, Sweetness, Thank You


Mawar pink secara umumnya membawa maksud kegembiraan. Makna pada mawar pink bergantung kepada kepekatan warnanya. Warna pink pucat/muda (light pink) simbolik kepada kekaguman atau simpati terhadap penerima. Warna yang lebih pekat/tua (deep pink) memberi simbolik kepada penghargaan dan terima kasih.



Mawar peach (Peach roses)
Meaning: Appreciation, Sincerity, Gratitude, Modesty

Mawar peach sebagai simbolik kepada penghargaan. Ia juga boleh digunakan untuk menyatakan terima kasih.



Mawar kuning (Yellow roses)
Meaning: Friendship, Caring, Welcome or Welcome Back, Joy


Bunga mawar kuning menjadi lambang persahabatan dan kegembiraan. TAPI bunga ros kuning juga lambang cemburu. Jadi untuk mengelakkan salah faham, bagi bunga dengan nota sekali. Nanti kalau salah faham lagi haru.



Mawar Biru (Blue roses)


"Blue roses also convey inner feelings of love at first sight, being enchanted by something or someone. The color blue is also traditionally associated with royal blood, and thus the blue rose can also denote regal majesty and splendor" [Wikipedia]. Tetapi mawar biru juga sebagai simbol misteri atau  sesuatu yang tak dicapai. 

Nota: Bunga mawar biru sebenarnya tidak wujud secara semulajadi. Menurut Wikipedia "Blue roses do not exist within nature, as they lack the gene which produces the blue pigment. Traditionally, white roses have been dyed blue and recently researchers have used genetic modification to create blue pigmented roses."

................................................



Sekian saja info tentang rahsia disebalik warna bunga mawar. Harap dapat membantu kalian dalam memilih warna bunga untuk dihadiahkan kepada teman - teman. Tak lupa juga, TAHNIAH diucapkan kepada para graduan. 


Kredit
Gambar: Google.com

p/s: Orang cakap kalau tanam bunga ros, kita kena selalu bercakap dengan pokok tu. baru bunga tu tumbuh cantik. Betul ke eh? Siapa tahu?

nota pengarang: Jangan terkejut ye ayat kali ni agak skema. Ni untuk kegunaan masa akan datang. (^_^)

red & white rose lover;
-zulaikha-

Thursday, October 14, 2010

Header baru blog dan koleksi header lama.

Assalamualaikum semua!!!Hye! (tanda - tanda mood ok)

Jeng!! jeng!! jeng!! Korang perasan tak blog ni dah bertukar header. Hehe. Sebelum ni Zu guna header lain. Sedar atau tak dah banyak header yang Zu guna untuk blog ni. Ok jom kita ingat balik kenangan - kenangan lalu...


Header #1


Header ni Zu buat guna PhotoScape je. Masa ni tak mahir langsung lagi guna Photoshop. So ubah sana sikit. Ubah sini sikit. Jadi la header ni. Memang seronok sangat masa tu. ye la, baru nak merasa header baru. Jom tengok entry ni "Header baru .::ZULAIKHA::. Apa pendapat anda?" 


Header #2


yang ni guna online editor je. Tak ingat guna apa. Maaf sangat. Sebab Zu just google je online photo editor. Sweet kan? Hahaha. *pengsan*


Lepas tu asyk tukar - tukar header tapi sekejap je guna. So rasanya tak perlu la list kat sini. Dan, lepas dah ok sikit guna Photoshop, Zu pun cuba buat header kat bawah ni.


Header #3

Zu suka header ni sebab ia terhasil dari proses eksplorasi. Bahasa pasarnya cuba - cuba sendiri. 


Header #4
Header ni terhasil masa masih dalam proses belajar Adobe Photoshop. 




Tak ingat sangat Zu guna header ni berapa lama. Tapi lepas tu Zu tukar sebab theme blog warna pink + merah. dan rasa macam header ni suram sikit.


Header #5


Sejujurnya Zu lagi suka header #4 berbanding header ni. Sebab bagi Zu yang #4 tu lagi smart *perasan lagi* even dia macam kelam. Tapi tak tau la pulak bagi orang lain. (=.=)'


Header #6 (The latest)



Yeah!! Header untuk hari ini. Dihasilkan menggunakan perisian Adobe Illustrator. Baru belajar dan masih dalam proses belajar. Rupa - rupanya adobe Illustrator lagi senang dari Photoshop eh. :) Hurm...

Ok la.. sekian sahaja memori header blog bersama cik Zulaikha. Kalau ada masa kita jumpa lagi. 

p/s: Korang suka yang mana?

pengarang: tiap kali belajar, mesti dalam bentuk header blog.


saya sayang blog saya;
-zulaikha-

Wednesday, October 13, 2010

Bila kebosanan menjelma. Handphone jadi mangsa.

Hye. Assalamualaikum. Setelah sekian lama Zu tak buka friendster, tadi cuba la menjenguk kejap. Geledah sana, geledah sini akhirnya Zu jumpa gambar ni.




Gambar ni diambil masa Zu sem 1 di UPSI. Waktu malam dan tak tahu nak buat apa. So kitorang penghuni rumah **** isi masa lapang kitorang dengan mengambil gambar handphone2 kami. 


Gambar kat atas tu semestinya Zu yang ambik. ye la, siapa yang promote nama kita kalau bukan diri sendiri. Kan? Kan? 


Handphone yang jadi mangsa kebosanan kami malam tu...


Jangan tertipu dengan bilangan handphone ye. Jumlah handphone ada 10 (termasuk yang tengah mengambil gambar) tapi dalam rumah tu ada 6 orang je. 


Sekian. Inilah jadinya bila kebosanan melanda. Sebenarnya banyak lagi gambar - gambar yang kitorang ambik. Tapi kalau letak semua lambat pulak nak loading kan? Tengok dua ni je la ye.. heheh. :) Korang pulak macam mana? Apa korang buat kalau bosan?

pengarang;
-zulaikha-
Related Posts with Thumbnails

.::sejarah penulisan::.