30 keping 20sen, 40 keping sepuluh sen. | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Wednesday, October 27, 2010

30 keping 20sen, 40 keping sepuluh sen.

Ya. Itulah dia jumlah yang Zu tukar dekat cafe semalam. Jumlah tu Zu simpan sepanjang sem ni. Sikit? Memanglah. Zu bukan simpan tiap – tiap hari. Zu simpan bila ada duit syiling 20 sen dan 10 sen je.


Kenapa simpan 20 sen dan 10 sen je? Sebab.. tak nak beratkan beg duit a.k.a purse. Jadi, kalau ada baki seposen ke, dua posen ke semua tu masuk tabung la. Kalau duit 50 sen baru Zu simpan dalam purse. Sebabnya bila beli makanan, kalau tak harga genap, mesti ada 50 sen kat belakang tu. RM2.50. RM3.50. RM4.50. Haaa.. Bagi aje duit syiling tu. So, senang la makcik cafe tu. Diri sendiri pun senang jugak.


Sebenarnya simpan duit syiling ni boleh jadi salah satu cara untuk kita menabung. Cuma dalam kes Zu ni tabungannya tak lama. Hehe. Bila akhir sem, duit pun dah pokai, tukar aje la dengan mak cik cafe. Macam sekarang. Kan dah dapat RM10.00. :) Ok. Berbalik kepada point asal.


Simpan duit syiling ni memang boleh galakkan kita menabung secara konsisten. Ye la. Kadang – kadang kita ni liat sikit nak menabung. Ye dak? Kalau nak harapkan tiap – tiap hari simpan duit seringgit dalam tabung comey lagi cute tu memang tak terbuat la. Kan? Kan? Jadi ini lah cara dia. Memang la Zu akui lambat bebenor nak penuh. Tapi bukan ke orang tua –tua cakap SIKIT – SIKIT LAMA – LAMA JADI BUKIT??


Jadi bagi sesiapa yang rasa liat nak menabung ut, apa kata kita mula dengan cara ni. Siapa tahu satu hari nanti duit dalam tabung korang lagi banyak dari Zu. Waktu tu boleh la kita share. kan? kan? hehe.


Oh ya! Ni gambar duit tu. hehe. Nak jugak tunjuk kan?. Abaikan bungkusannya. Plastik itu aje yang ada. Ala. Untuk tukar je pun. Bukan nak bagi hadiah. So peduli apa.!


DSC00704 edit 

Ok. Lah. Zu nak sambung tengok cerita The Arrival. Sekarang dah part 23. Bagi sesiapa yang belum tengok lagi tu, Zu sarankan korang tengok. Rupa – rupanya banyak yang kita tak tahu dan banyak yang kita alpa + leka.





salam sayang;
zulaikha

14 127 comments:

yana zuera said... [Reply to comment]

yeah!. terer la zu. hehe tapi klaw sya lagi suka simpan 50 sen ngan 20 sen. :)

Ahmad Shafiq Bin Othaman said... [Reply to comment]

nak tukar syiling! hahahaa, ada lagi tak? heehhe, layan arrival ke? best tak?

Sca Ndx said... [Reply to comment]

syiling siap asing ea. arrival byk bongkar benda yang tak nampak kan,

cik zulaikha said... [Reply to comment]

@yana zuera;
haaaa.. sy tau sebab ape.. kuikuikuiii...


@Ahmad Shafiq Bin Othaman;
Ada tapi RM2 je. Tu pun untuk basuh mesin nanti. huahuahua.. ;p

A'ah. Layan arrivals, best. Dia buat sy berfikir 2kali. :)

@Sca Ndx;
asing ni sebab nak gi tukar je. :)

Setuju! Bila tengok cerita ni baru la o0o0 sana o0o0 sini. hehehe.

Amni said... [Reply to comment]

Menabung jugak.. malas nak simpan syiling banyak2 dalam beg.. beran je kan..

=) arrival tu de 50 episod kan? jum baca ulasan dari sorang blogger ni.. kereta mayat dia nyer owner... baca tau.. ni link dia.. sangat memberi kesan pada saya la...

http://keretamayat.blogspot.com/2010/10/pernah-tengok-arrivals.html

Along Tapa said... [Reply to comment]

aku menabung gak..tapi sampai hujung bulan, ngam2 habis semua..haha...ngok

Gorengbaek - Entri emo...ikut korangla nak baca ke taknak

Hangit habis dah - Apa??suka ati aku la nak tak puas ati pun..

cik zulaikha said... [Reply to comment]

@Amni;
yeah.. kita serupa~~ ;p yup! berat je letak syiling banyak2 dalam purse.

thanks utk link blog keretamayat tu. :)


@Along Tapa;
ni pun sy same jugak. macam sekarang ni. dah guna dah pun duit yang ditukar tu.. hehe..

Nawza said... [Reply to comment]

Nawza pown de simpan gak...tpi kekadang bnyak je duet2 syiling 2 betaburan atas lantai bilik..hahaha....wat gne tuk basuh baju gne machine...huhu

cik zulaikha said... [Reply to comment]

@Nawza
wahh.. ni tahap kayo ni sampai duit bertaburan.. hehe..
basuh baju? same!! haha. tapi tu kalau malas je.. biasanya rajin.. kuikuikui...(baru 2 kali guna mesin sepanjang duk sini) heeeeeee

F.I.C.K.R.Y said... [Reply to comment]

Wahhhh! Kak Zulaikha punyer tabiat simpan duit syiling sama la dengan Fikk heheheee...
Even kat perantauan ni pon still kumpul duit syiling China...

Fikk suke entry ni pasai ader kait rapat ngan diri Fikk! Menabung amalan mulia~

Ehhh! Layan gaks yea citer The Arrival! Fikk dah tengok dah kesemuanya. Siap ader subtitle Melayu lagi hehehee...

Nawza said... [Reply to comment]

@mis Zu xde la kayo ner..kalau sehari tejatuh 2 kupang pastu maleh nk kutip...bnyak la jdi nye kalau ari2..hahaha.

cik zulaikha said... [Reply to comment]

@F.I.C.K.R.Y;
fikk!!! kita same! yea! give me 5!! (ni kesan daripada makan dadih. dadih ye. bukan dadah.!)

tengah layan cerita the arrivals. lambat lagi nak habis ni.. baru setengah. huhu..


@Nawza;
kalo cam tu mintak tolong sape2 tolong kutipkan la.. pastu nanti bagi kat zu.. hehehe..

Aisyah AR said... [Reply to comment]

ok gak cara ni nk kumpul duit buat beli kereta inspiria...hahahha!!!

cik zulaikha said... [Reply to comment]

@Aisyah AR;
boleh. cuma lambat la nak penuh. :)

Related Posts with Thumbnails

.::sejarah penulisan::.