Maksud nama ZULAIKHA | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Monday, March 28, 2011

Maksud nama ZULAIKHA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Masa Zu belek-belek bahagian keyword kat website Nuffnang tadi Zu ada jumpa orang cari maksud nama Zulaikha. So dengan rasa baik hati, Zu nak kongsi la dengan orang tersebut dan dengan awak-awak semua maksud nama saya a.k.a ZULAIKHA. 


Maksud nama ZULAIKHA ni ialah kecantikan yang menawan


Sebenarnya dulu-dulu pun Zu ada cari jugak maksud dia. Sebab sebelum ni bila buka buku maksud nama-nama baik dalam Islam mesti dia tulis Zulaikha - Isteri Al-Aziz. Al-Aziz tu pemerintah di zaman Nabi Yusuf. Sampai la satu hari tu Zu baca satu buku ni (tak ingat dah buku apa sebab dah lama baca). Lepas baca buku tu baru la tahu Zulaikha tu maksudnya kecantikan yang menawan. ;)


Bila sebut nama ni, secara tak langsung orang akan relate dengan kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha. Orang cakap Zulaikha penggoda. Ada juga yang admire kisah Yusuf-Zulaikha ni. Based on apa yang Zu baca, last sekali Zulaikha dan Yusuf disatukan. Masa tu Zulaikha dah insaf dan banyak beribadat. Dari cinta manusia dia beralih ke cinta-Nya. Seriously, Zu pun suka dengan kisah ni. Sangat-sangat-sangat suka.


Oh ya, korang jangan jeles ye kalau pak imam ada sebut nama Zulaikha (dan Yusuf) dalam doa orang kahwin. Hehe. Actually, selalu je rasa excited bila dengar doa ni. *wink* Lepas tu senyum sorang-sorang. #kantoi. hehe. Dekat kad undangan pun ada. Kad undangan? err.. Macam skema je. Okay. Kad kawin. 


Ok. Cukup la untuk hari ni ye. Harapnya orang yang cari tu atau orang yang bakal nak cari maksud nama Zulaikha tu jumpa blog ni di ranking 1st dalam Google. Hehe. Once again, Zulaikha tu maksudnya kecantikan yang menawan. hehe. #sajejekan


Apa pun, Zulaikha ini dan Zulaikha yang ini bukan si penggoda. Sekian


salam sayang;
-zulaikha-

7 127 comments:

Yastro said... [Reply to comment]

Berbanggalah dgn nama yg baik, insyaallah nama tu mencerminkan sifat pemiliknya...

zulaikha said... [Reply to comment]

@Yastro

insyaAllah.. harapnya macam tu la..


Terima kasih singgah ke sini..

beliamuda said... [Reply to comment]

Teringin nak letak anak dengan nama yang ada Zulaikha;

Nurul Alisha Zulaikha. :)

zulaikha said... [Reply to comment]

@beliamuda
silakan.. silakan.. sedap jugak nama tu. Boleh tambah jumlah Zulaikha yang ada :)

ejoy said... [Reply to comment]

nama saja dah menawan tgk org yang boleh tertarik kot

Breadcrumb Navigation Blogspot Lebih SEO Friendly

bukan penggoda said... [Reply to comment]

kahkahkah. comel je backlink ke sy. weeee~

bdw, sy mmg dah tau pon mksd nama tu. tp salu segan klw org tny mksd nama sndri. takot dorg kate perasan la pulek. kikiki.

Anonymous said... [Reply to comment]

Terima kasih atas penjelasan makna Zulaikha . Sebab saya juga ada anak yg bernama Intan Noor Zulaikha beliau adalah seorang gadis yg kuat mkn, keras hati dan bijak.

Related Posts with Thumbnails