Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ahad yang ceria!! Korang puasa tak hari ni? Puasa? Bagus! Sahur tak pagi tadi? Sahur? Bagus! Apa? sahur pukul 7am? Ish..Ish..Ish.. Tu tak bagus.
Ok lah.. Tutup cerita puasa dan sahur. Hari ni Zu nak cerita keywords yang pernah sampai kat blog .::ZULAIKHA::. ni. Keyword kat bawah ni fokus untuk minggu ni sahaja. Iaitu dari 15 hingga 21 Ogos 2010.
klik gambar untuk lebih jelas
1. Facebook sign in
Zu pun tak tahu la macam mana boleh sampai ke blog ni. Pelik juga. Dah la sampai 10 hits. Hurmm..Tapi yang pasti ia berkaitan dengan entry sebelum ni. Klik sini untuk baca entry berkaitan.
2. Gambar kaligrafi cina, kaligrafi cina dan berus kaligrafi cina.
Banyak juga la reader masuk blog ni melalui keyword kaligrafi cina. Tiap kali tengok keyword ni mesti teringat time Zu belajar tulis kaligrafi. Fuh! semangat!.. Siap beli berus dan dakwat lagi. Memang best la. Walaupun tak menang. Ye la.. Macam mana nak menang kalau tulisan pun keras je. Heh! Jom imbau (baca: flashback) balik apa yang berlaku. Baca kat sini. Zasss!! Oh ya, kat entry tu ada link belajar kaligrafi juga. Jom la try. :)
3. kawan tak guna
Hukhukhuk.. Ada jugak ye yang cari tentang kawan tak guna. Zu tak pernah pulak cerita pasal kawan tak guna dalam blog ni..
Hurm...Jom tengok ni..
Sila klik gambar untuk lebih hensem dan cantik
Ohhh.. Patut la.. Rupa rupanya terjumpa word 'tak guna' dan word 'kawan' kat entry ni.
4. Sebab fb terkantoi
Apa yang terkantoinya eh? Huhu. yang Zu faham dari ayat dia ni ialah sebab guna fb (baca: facebook) maka seseorang tu terkantoi. Betul ke apa yang Zu faham ni?Any idea?? Ohh.. Lupa pulak, keyword tu disebabkan entry ini.
5. Puasa dan raya sakan.
Hohoho. Masa baca ni memang rasa nak gelak. Sambil tu recall balik kot - kot Zu pernah tulis pasal raya. Hmm.. Yang ni tak tahu la dia ke entry yang mana. Huhu.
6. www.zoolaikha.blogspot.com
Untuk keyword ni tiba - tiba Zu curious nak tahu dia a.k.a si pencari ni guna search engine apa. Pelik juga, macam mana boleh sampai ke blog ni. Ramai lagi Zulaikha lain kat arena blog ni.. Hmmm.. Jom siasat!
Kalau yang ni dia tak search guna google. Mungkin dia guna Yahoo atau search engine yang lain. Sebab, kalau dia guna google insyaAllah terus dapat. Zu try search guna Google. Dan ini hasilnya...
Ok.. Kita cuba guna Yahoo! pulak.
Ini hasilnya.
Kalau si pencari ni klik 'show only www.zoolaikha.blogspot.com', maka akan keluar yang ini.
dan kalau dia klik kat 'Did you mean zoolaikha blogspot' tu, akan jadi macam ni...
Maka, conclusion yang dapat Zu buat ialah...
1) saudari / saudara si pencari ni tak guna Google dan berkemungkinan dia guna Yahoo!
2) Google lagi best dari Yahoo! sebab Google tidak mengecewakan.
Amacam? ok tak ni? ke ada pening - pening? Harapnya tak ada la ye.. huhu..
Ok lah..Zu minta maaf kalau entry ni cam kelaut sikit. Asalnya nak cerita tentang keyword. Alih - alih termasuk part siasat - menyiasat ni. heee..
Daaaaaaa.. Jumpa lagi lain kali..
budak yang tengah pening;
-zulaikha-
23 127 comments:
em klaw zulaikha, pnggil zu. tapi klaw zoolaikha pun pnggil zoo jgak. sme pronounce tpi da lain mksud ni. hahaha em zoo zoo~. ;p *peace.
traffik sume tue..kena gak keyword dia tue
salam kak zue, kak zue dah bpe bulan blogging?
sy kimie, dah follow akak tadi..
*kimie blogging dalam 2 bulan , then dia kuar kat google je, yahoo mmg xda..huhu..
salam kak zue, kak zue dah bpe bulan blogging?
sy kimie, dah follow akak tadi..
*kimie blogging dalam 2 bulan , then dia kuar kat google je, yahoo mmg xda..huhu..
@yana:
opss.. sensitif tu.. part2 nama ni jangan buat main.. :)
@zuriey:
keyword yang macam ni kena la.. sebab dah specific.. :)
@kimie:
salam... akk blogging dah 1 tahun 3 bulan 2 minggu dan 3 hari :)
keywords!!! :)
nie nak jdi mcm penyiasat yg ner nieh???sherlock holmes atau conan???hahaha
@molmolla:
yup! sekatang ni pun tengak belajar guna keyword. Biar makin ramai... hehhe
@azwan:
nak jadik macam conan :)
Cantik arr kaligrafi cina tue...
SMART sangat~ :)
Kat maner belajar?!
@fickry:
belajar kat internet je.. hehhe..
smart? hohoh.. thanks.. :)
pergh... famous gler blog nih. ramai tuh search. :D
@aidi:
mane ade..blog aidi lagi famous...
hahaha... mane ade famous. zulaikha x comment pon kat blog aidi. nampak sangat tak pames.. :(
@aidi:
eh.. mana boleh macam tu.. Zu tak tau nak komen ape la.. huhuhu..
owhh.. kene pakai keyword best2 la ni ek
@suxie:
lebih kurang macam tu la.. kena main ngan SEO. Ramai blogger yang tulis pasal SEO ni. Cuba la google..
owh~~ thanks zu.. nanti nak google~~
@suzie:
welcome.. opss.. sorry, xperasan salah eja nama.. huhu..
xpe~~ dulu ade kawan dr thai, die panggil suzie as suxie~~ rase cam comel je suxie.. hee~~
@suzie:
a'ah.. eja suxie cute la.. tp suzie pun cantik :)
Post a Comment