Assalamualaikum, salam sejahtera dan SALAM KEMERDEKAAN.
Alhamdulillah kita masih lagi dapat merasai nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi selama 53 tahun. Sama - samalah kita berdoa dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini. Tak lupa juga, marilah kita bersama - sama memerdekakan diri kita dari segala sikap mazmumah (sikap yang buruk) supaya kita dapat mengecapi nikmat hidup yang lebih baik. Marilah kita....
1. MERDEKAKAN DIRI DARI ZINA DAN PEMBUANGAN BAYI.
Kepada belia - belia zaman sekarang ni, janganlah pulak korang 'memerdekakan' diri korang dari status gadis / teruna secara tidak sah. (Ni ayat berlembut.) Ayat kasar: Tak payah la nak berzina! Kalau dah tak boleh tahan nafsu tu kahwin je la!.(ni ayat kasar.) Lagi teruk kalau hasil dari zina tu menghasilkan berita - berita yang bertajuk "MAYAT BAYI LELAKI DITEMUI DALAM TONG SAMPAH" atau "MAYAT BAYI BERUSIA EMPAT HARI DITEMUI DALAM SEMAK" atau "LAGI MAYAT BAYI DITEMUI".
Bayi secomel ini untuk disayangi dan diberikan kasih sayang. Bukan dibiarkan seperti ini
picture credit: google
Cukup lah! Merdekakan diri kita dari berperangai seperti orang jahilliyah. Berikut adalah beberapa perkara yang saya petik dari Wikipedia.
"Masyarakat jahiliyah tidak merujuk pada masyarakat bodoh dalam pengertian tiadanya pengetahuan dan peradaban, melainkan pada nilai-nilai yang jauh dari kebenaran (fitrah, Islam)"
"Masyarakat Arab Jahiliyah hanya jahil dari segi agama, bukan dari aspek lain seperti bidang kesusasteraan atau kejuruteraan yang mereka telah lama maju."
"Malah ada yang sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup demi menjaga maruah mereka."
Jelas bukan? Saya petik juga maksud ayat dari Surah An-Nisa ayat 93 untuk pedoman untuk kita semua..
"Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. " An-Nisa;93
Beratkan balasannya? So untuk mengelakkan perkara - perkara yang tak baik ni berlaku, kita atas dasar seagama, sebangsa, mahupun senegara patut membantu.Bagaimana?Jom kita jaga perkara - perkara asas ni dulu.
1 - Kukuhkan institusi kekeluargaan (sebab tu la tak boleh nak kahwin cerai kahwin cerai. ). Tanggungjawab raja dan ratu dalam keluarga: Terapkan nilai - nilai Islamiah dalam keluarga. Tanggungjawab anak - anak: Mentaati ibu bapa. Kalau perents tegur tu ada baiknya. Jangan melawan. Jaga maruah diri, maruah keluarga.
2 - Jaga pemakanan. Akal yang sihat datang dari tubuh badan yang sihat. Bila akal sihat dapat berfikir dengan waras. Jaga pemakanan juga bermaksud, makanan mestilah dari sumber yang halal dan penyediaan yang halal. (say NO to riba! say NO to rasuah!)
2. MERDEKAKAN DIRI DARI PERKARA YANG MEMBAWA PERPECAHAN.
(Bahagian ni agak kontroversi. Demi menyampaikan matlamat 'MERDEKAKAN DIRIMU' penulis terpaksa membincangkan isu ini. Penulis cuba menjaga sensiviti pelbagai pihak. Sekiranya terdapat pernyataan yang mengguris hati, harap dimaafkan)
Kita hidup ni nakkan keamanan dan kesusilaan. So, tanggungjawab kita yang pertama untuk halang diri sendiri dari melakukan sesuatu yang boleh membawa perpecahan. Berfikir sebelum bertindak. Mungkin bagi anda ianya wajar. Namun, bagi sesetengah yang lain tidak. Hentikan perkara yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama bangsa mahupun dengan bangsa lain.
Kedua, Kurangkan perdebatan politik, dan fokuskan untuk kebaikan rakyat. Jika semua orang ikhlas untuk memajukan dan menjaga rakyat, bukankah lebih baik kita berbaik - baik dan bukan saling menjatuhkan.? Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Bukankah begitu?
Plus: Hentikan sikap gift under table (ni term penulis untuk rasuah.) Susah sebenarnya bila melibatkan rasuah. Contoh, meluluskan sesuatu yang tak sepatutnya diluluskan (setelah 'disuap').
3. MERDEKAKAN DIRI RAKYAT - RAKYAT PALESTIN.
Tengok! Ni bukan sebarang penjajahan. Ini rompakan paling besar dalam dunia. (Yang hijau tu Palestin)
Picture credit: google.
Perhatikan pula jadual dibawah ini.
sumber: wikipedia
Negara yang diwujudkan?? Hello!! Bukan ke negara mereka dirampas?
Bila dah tengok gambar - gambar ni, harap kita rasa terpanggil untuk membantu rakyat palestin. Klik [sini] untuk tengok gambar - gambar lain yang berkaitan
Sekian saja edisi khas merdeka dari saya. Pendapat ini ditulis dari sudut pandangan penulis. Ia juga pesanan kepada diri penulis. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Sebarang kekasaran bahasa harap dimaafkan kerana adakalanya kita terpaksa berkasar dan adakalanya kita perlu berlembut dalam memberi kesedaran.
Salam Kemerdekaan;
-zulaikha-
4 127 comments:
bgus2, hujah yang lantang lgi bernas... semoga sme2 fikir semula erti kemerdekaan kita...
selamat hari merdeka ke-53, Malaysia...
Perspektif MERDEKA bukan sahaja melingkupi aspek bebas dari penjajan politik & ketenteraan, tapi merangkumi agama, sosial serta pemikiran minda yang sihat serta bebas dari anasir propaganda budaya kuning...
apepun kite tetap hambe pdNya....
semoge hari kemerdekaan ini memberi kite kesedaran agar terus bersyukur dgn nikmat yg ade ini!
@Mohd Zairy Firdaus:
thanks.. selamat hari merdeka juga..
@fickry:
betul tu..
@kf:
betul..betul..
Post a Comment