Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jadi anak sulung memang la best. Boleh mintak tolong buat itu ini. haha. Tapi jadi along ni pun kena buli jugak tau. Entry kali ni nak cerita pasal kes - kes di mana aku sebagai seorang along terpaksa surrender dengan adik - adik. Sebelum tu nak introduce sikit adik - adik aku ni..
Angah - 18 tahun
Eli - form 3
Amin - darjah 3
Akim - darjah 2
Syira - 5 tahun
Aina - 3 tahun
Okey. Tu dia intro tentang adik - adik aku. Now, the story begin..
Situasi 1.
Masa: Around 7.20pg.
Lepas semua orang keluar pergi sekolah, mak abah pergi kerja, tinggallah aku, Syira dengan Aina. Biasanya pagi - pagi macam ni diorang tak bangun lagi. So, duduk lepak depan TV. Tengok TV3 - Malaysia Hari Ini (MHI). Dalam 7.30 macam tu, dak kecik yang bernama Aina pun bangun dan datang kat aku.
Aina: Ayong, nak cite ai fi...
(Along, nak cerita hi-5...)
Aku: Tengok cerita ni kejap boleh? Jap lagi along tukar
Aina: Aaa.. Nak ai fi..( Time ni nada suara dia dah bertukar. Dah ada unsur - unsur nak nangis. )
Aku: Ala.. kejap je.
Time ni still buat tak tau. Tapi bila dah tengok muka macam nak mengamuk..
Aku: Ye la.. ye la. (sambil tukar channel.)
Situasi ni selalu jadi bila ada segmen yang best. Dan selalunya bila cerita Hi-5 dia tu dah habis, (means lepas diorang nyanyi - nyanyi) aku terus cakap..
"Haaa.. dah habis dah. Kita tengok cerita along pulak eh." heheh.
Kalau mood Aina ok time tu, dia ikut je. Kalau tak, dia suruh tukar cerita kartun yang lain. Haisyy.. Ni okay lagi sebab dia bangun awal. Cerita Hi-5 tu tak habis lagi. Kalau cerita tu dah habis, jenuh aku nak terangkan. P/s: Kalau segmen tak best, aku tukar je. Malas nak gaduh.
credit: google
Situasi 2.
Masa: Bila cerita Korea/Taiwan/Jepun/drama Mandrin dll.
Time macam ni kadang - kadang aku (biasanya aku dan angah dan/atau eli) menang. Kadang - kadang aku kalah. huhu. Biasanya bila kau nak tengok cerita - cerita macam ni ada je dak - dak kecik ni halang. Kalau hari Isnin sampai Khamis, mesti kena berebut dengan cerita Sinetron kat TV3. Kalau sinetron tu best tak pe jugak. Ni makin lama makin bosan.
Biasanya aku akan bukak TV3 dulu. Dari 2.30pm sampai pukul 3pm aku bagi je diorang tengok. Tapi bila dah nak pukul 3, mula la proses rundingan. Hasil rundingan, bila time iklan kitorang tukar channel. hahaha. Punya la tak nak mengalah. Ala.. Alaa.. nego dengan Aina ngan Syira senang. hehe. Tapi bila Amin dan Akim cuti. Proses rundingan makin payah. Kadang - kadang kalah! Ceh! Mana tak kalah, diorang bukak channel yang diorang nak, lepas tu sorok remote TV. Sabor je la. P/s: kadang - kadang aku sorok jugak. Hahaha.
Situasi 3.
Masa: Masa cuti. Saat bersuka ria.
Situasi ni biasanya antara aku, Amin dan Akim.. Permulaan cerita boleh jadi macam - macam. Ada yang aku menyibuk time diorang tengah main. Ada yang diorang saje kacau aku. Tak tentu. Tapi pertengahan dia, akan ada sesi kejar - kejar. Geletek - menggeletek. At first Amin jadi mangsa. Last - last, Amin ngan Akim bahan aku. Diorang geletek aku. dua lawan satu. Mana boleh!. Kalah la camni!!
Aku gelak macam ni?? Eh, mesti la tak. Lagi comel ade la.. Hahahha.
Ok. Fine! Aku tipu. Budak ni lagi comel. hehehe.
Time ni la aku akan cakap..
Okey! Okey! Along surrender! Tak nak main dah. Dah! Dah!
Dan Amin akan tersengeh je. Heh! Konon dah menang la tu!
Haaa.. tu la dia tiga situasi dimana aku sebagai seorang along terpaksa mengaku kalah. huhu. Korang pulak macam mana?
with love;
zulaikha
12 127 comments:
Hadoiii... lawak arr cik Zulaikha nie hehehee...
Berebut tengok tv tue cam sama jer ngan situasi Fikk kat umah huhuhuuu...
Suke tengok citer Thailand tak?! Pkol 3 petang...
kalo pisyek, pisyek je yg nk menang.. kah3.. xD
Salam zulaikha..adik beradik zulaikha panggil 'ayong' ye.Samalah,adik2 akak pun akan panggil akak 'ayong' gak he3
kalau kat umah.. bosan-bosan layan je Hi-5 tu.. rasa cam budak2 bile tgk citer tu.. tapi bile abang kuar je, terus tukar cenel.. erks.. malu.. da besar panjang tgk hi-5 lg.. hee~~
@F.I.C.K.R.Y
hahha. kite mesti rebut2. nak eratkan ukhwah.. hahha.
cite thai? tak tengok la pulak.. best ke cerita tu?
@Pisyek
hahaha. kalau ikutkan memang nak menang je.. tapi dalam kes ni.. 'terpaksa' kalah. huhu.
@Jieda
salam.. kat rumah panggil along.. tapi diorang pelat.. tu yang jadi ayong.. hehe.
@suziesanji
layan Hi-5 ni best jugak sebenarnye. hehe. dance dia best kan?
walaupun akak bkan anak sulong, tapi selalu dikenakan adik2..kakak kena beralah..itu pesan emak.Tapi kenapa kakak kena beralah ekk?
@kakrose@kakyon
sebab kalau kakak tak beralah, adik2 akan kalah... (disebabkan kuasa veto kakak. haha)
a'ah~~ suke tgk diorg tergeik2.. nak tergedik, nanti kene marah lak.. hehe
@suziesanji
kalau nak tergedik kena tengok kiri kanan.. tapi kalau ade ngan adik je kat umah, xde la nak tergedik pun.. ekekek..
Post a Comment