Tak ada idea nak update or tulis blog? Jom baca ni. | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Saturday, September 25, 2010

Tak ada idea nak update or tulis blog? Jom baca ni.

Hye. Korang pernah tak rasa tak ada idea nak update? Niat nak update tu ada cuma tak tahu nak tulis apa. Haaa.. Kalau korang rasa tak ada idea jom try cadangan kat bawah ni..


1. Baca Surat khabar. (eww..skema je rasa)

Tak kisah la baca paper online atau yang beli kat kedai - kedai tu yang penting baca. Sebab dari paper ni korang boleh komen tentang berita berita terkini. Komen tentang gambar. Macam - macam la korang boleh tulis. Dekat Malaysia ni pun banyak surat khabar. kalau tak beli, boleh baca online. So, should be no prob la..

Tapi jangan la tulis atau komen semberono je. Kita kena pastikan yang penulisan kita tu tak menyentuh sensitiviti mana - mana pihak. tentang cara menulis tu tak payah la cerita ye sebab tu dah masuk bab lain. Kan?


2. Baca blog orang lain ataupun blog walking.

Haaa.. yang ini memang betul. Ada satu entry Zu kat sini terhasil daripada kerja - kerja blogwalking. Kalau tak percaya, baca tampalan ini : Stop the music please.

Selain dari tu, korang pun boleh bagi respon kepada penulisan blogger lain.


3. Share video di youtube.

You Tube jugak boleh bagi idea kepada blogger. Contoh yang Zu ingat, ada satu video tentang annoying orange tapi Zu lupa la pulak siapa blogger yang tulis tentang tu. Kalau nak best lagi, kena rajin - rajin cari video yang jarang dijumpai. Hurm..paling senang, share lagu yang korang suka. Lepas tu cerita la sikit kenapa? apa? bagaimana? dan macam - macam lagi la..Ok?


4. Tengok wayang.
Bagi sesiapa yang sentiasa follow movie -  movie baru kat Malaysia ni, boleh la review sikit tentang cerita yang korang tengok tu. Macam sorang brader ni, yakni pemilik blog AIDI-SAFUAN. Zu selalu la jugak baca komen dia walaupun Zu bukan kaki wayang. Antara movie yang telah di-review diulas oleh incik Aidi ni ialah.. Step Up 3, The Expendables, dan banyak lagi la.. korang cuba la tengok kat blog Aidi-Safuan okey?


5. ermm..ape lagi eh??




Nota penulis: Err.. entry ni pun sebenarnya lahir sebab Zu tak ada idea. Tak percaya?? Tengok gambar kat bawah ni.


See, dah lama tak update kan?? 4 post je untuk bulan ni. Ish..ish..ish..

sayang korang;
zulaikha

11 127 comments:

Adha said... [Reply to comment]

sama la kita..nak update tapi tak tau nak wat en3 ape..kalu baca kat blog adha mesti rasa cam pelik..merepek..pasal tulis en3 tak berlandaskan idea hehe..cube try blog mamat ni http://nizamsani.blogspot.com/ memang simple giler arr hehe..

Aku X-PO said... [Reply to comment]

yg pasal suratkhabar tu, sy tgk ramai org yg just copy paste je info dlm paper tu..buat apa? macamlah org tak reti nk baca kat paper..so baik ulas apa yg paper tu ckp, tak perlulah nk copy paste 100%.

Malu Ke Untuk Mengunci Motor Depan Orang Ramai?

ken said... [Reply to comment]

pergi lawat tempat ke..
blog tentang latest news.. =)

Aidi-Safuan said... [Reply to comment]

hahahaha.... sekarang dah kerja nih, xde mase la plak nak tengok movie. tensen jerr

wannurfazrini said... [Reply to comment]

kalau tak tulis je status mcm kat facebook. kann ? hahaha

zulaikha said... [Reply to comment]

@Adha

dah baca dah blog tu. memang simple habis. haha. tapi best jugak. kan??

zulaikha said... [Reply to comment]

@Aku X-PO

setuju!!. sebab tu la saya guna 'komen' dan bukannya salin. :)

zulaikha said... [Reply to comment]

@ken

betul2.. lawat tempat pun boleh buat entry jugak..

zulaikha said... [Reply to comment]

@Aidi-Safuan

tension? alahai.. tak pe, nanti cuti pulun habis2.

F.I.C.K.R.Y said... [Reply to comment]

Fikk suke ngan idea Kak Zu nie..
Taruk video youtube kat entry pon style gaks hehehee...
*Kak Zu punyer pantun ari tue memang kaw-kaw bombastik arrr!!!
Kagum fikk hehehee~

zulaikha said... [Reply to comment]

@F.I.C.K.R.Y
thanks fikk.. :)

Related Posts with Thumbnails