.:: ZULAIKHA ::.: 2011

.::duit sewa rumah::.

Sunday, December 18, 2011

Happiness is a gift and it is a choice.

Happiness is a gift.


Kebahagian itu suatu anugerah dari yang Maha Pengasih yang Maha Penyayang. 



Kebahagian juga satu pilihan.

Happiness is a choice.

Choose to be happy. Live happily. Always smile.

and some times don't take things too serious. 




Nota hati:
Alhamdulillah. Bersyukur dikuniakan keluarga, sahabat dan dikelilingi individu yang selalu membuat aku rasa bahagia. Terima kasih yang tak terhingga. 


menanti detik 271211;
menanti jumlahnya cukup 100;

Wednesday, December 14, 2011

Sabar sayang, nanti kita jumpa lagi.

"Sabar sayang, nanti kita jumpa lagi."


Itulah kata - kata keramat aku kat blog ni dan pembacanya.

Sabar la ye.. Lepas semua kerja - kerja ni settle, nanti kita bersama kembali.


love;
zulaikha.

Saturday, December 3, 2011

Finding the Girl: Panduan mencari jodoh.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebelum Zu cakap panjang - panjang kat sini, meh kita tengok video ni dulu.


Dah tengok?

Best kan? Video ni ada seorang kawan share kat facebook. Rasa best pulak, so Zu share la dengan awak semua pulak. :)

Bagi Zu, video ni sangat - sangat menbantu bagi sesiapa yang sedang mencari teman hidup. Cara dia sampaikan isi dalam video ni sempoi je tapi sangat bermakna. Memang terbaik lah!

last but not least,

 for queenofgrungedom,

Well done and thanks for the video!. It is very informative, interactive, and nice! Thanks again! May Allah blessed you. =)

Monday, November 21, 2011

Well done dear!

Beribu - ribu tahniah aku ucapkan untuk diri aku sebab dah habis baca buku For One More Day. Rasanya ini buku berbahasa Inggeris yang kedua aku habis baca. Sebelum - sebelum ni aku baca sekerat je. Lepas tu stop. haha...Oh, ya. Sebenarnya aku habis baca buku ni pertengahan minggu lepas tapi baru hari ni tergerak hati nak menulis.



Inilah dia gerangan buku yang aku baru habis baca tu. Buku ni recomended by aku-pun-tak-kenal-siapa-dia di facebook Big Bad Wolf. Mesti terkejut kan tetiba je aku gi buka facebook Big Bad Wolf tu? Haaa...Okay, meh nak story sikit.


Idea nak pergi Big Bad Wolf punya sales datang lepas aku tengok Yan, Azam, and Wahidah duk show off diorang punya buku buku - buku mereka. Dan bagi seseorang yang pantang tengok buku - buku murah macam aku, mesti la rasa excited-macam-nak-lompat-lompat. Walaupun tahu kat situ jual buku - buku BI je, tapi tak apa la.. Dengan harapan, satu masa nanti aku akan baca.. Tapi masalahnya aku tak tahu nak beli buku apa! Then dari situ la aktiviti bertanya kepada En. Google dan membuat sedikit survey bersama En. Facebook. Dalam banyak - banyak buku, orang cakap buku ni best. Jadi, nak dipendekkan cerita. Akhirnya buku ni jadi milik aku. Kalau nak tahu lebih - lebih pasal hari-memborong-buku tu, boleh tengok entry tentang BBW book fair.


Okay. Lepas beli buku ni, baca sikit sinopsis dia. Aku pun rasa buku ni best. Ayat dia boleh difahami oleh aku budak-baru-belajar-baca-buku-BI ni. A lot of thanks to Mitch Albom yang tulis simple je. Kalau tak, mesti dah berhabuk sebab aku akan biar je buku tu di almari atau mana - mana tempat yang aku rasa sesuai.


Haa.. Pasal tajuk tu pulak. Memandangkan aku tak nak rasa bosan baca buku ni timbul, jadi aku baca sikit - sikit dan aku stop baca bila aku rasa tepu. Yeah, memang agak lama nak habiskan satu buku ni. Tak macam zaman aku habiskan novel BM dalam satu dua hari je. Nak pulak bila buku For One More day ni aku baca bila dalam train balik rumah. Memang lambat la nak habis kan =.=' tapi... tak apa la.. yang penting memupuk amalan membaca okey.


gambar ihsan google

Macam ni la aku masa dalam train tu. Okay, kecuali part tak pakai tudung dan part angkat kaki macam tu. Aku tak buat dua benda tu ye. 


So, moral of the story, buat sikit - sikit asalkan berterusan. Alamak!! Aku pun ada assignment nak buat ni. Dari hari tu buat tak habis - habis lagi. Mungkin sebab aku buat sikit - sikit kot. Jumpa lagi! tata....
Assalamualaikum!


p/s: Sekarang ni aku sedang membaca buku ke 2 iaitu buku bertajuk Winter Garden.

Thursday, November 17, 2011

draf jadual peperiksaan akhir sem 1 2011/2012

Assalamualaikum. Salam sejahtera. 


Draf jadual peperiksaan akhir sem 1 2011/2012 sudah pun keluar. ZMN pun dah tengok, dan conclusion-nya ZMN ada 5 paper untuk final kali ni. 3 subjek math, 1 subjek edu, dan 1 subjek sejarah. yes! it is HISTORY. Ingatkan dah tak payah jumpa sejarah lagii.. huhu.. Tapi takpe, sejarah kali ni considered as best la sebab sejarah matematik. Ni kali kedua yang ZMN rasa sejarah best!. Haha.. 1st masa belajar sejarah form 4. Sejarah dunia... dan kali ni. belajar History of Mathematical Science.


Oh ya, niat asal nak cerita tarikh - tarikh cantik untuk final.... Dan tarikh yang sangat 'cantik' tu jatuh pada..


3 Jan 2012          2.30pm          Multi-Objectives Model
4 Jan 2012          2.30pm          Numerical Solution of Ordinary Differential Equation
5 Jan 2011          2.30pm          Numerical Solution of Partial Differential Equation
9 Jan 2011          2.30pm          History of Mathematical Science
16 Jan 2011        9.00am          Trends and issues in Education for Mathematical Science


Tuuuuuuu dia. 3 hari berturut - turut ada paper Math. Terbaik laa....



Apa pun, dengan keluarnya draf jadual exam ni bermakna exam pun dah dekat. Kalau tak ada apa - apa yang berlaku, kiranya ni la semester akhir ZMN kat bumi Tg. Malim ni.... T__T (ye ke sedih? haha..)


Okay la.. Itu je dulu untuk hari ni. Ada rezeki kita jumpa lagi. Assalamualaikum.

Wednesday, October 19, 2011

for one more day...


For one more day by Mitch Albom. Tu antara buku yang sempat Zu beli masa bookfair Big Bad Wolf di Maeps Serdang. Thanks to Yan, Azam, & Wa yang upload dan war-warkan pasal pesta buku ni. Memang terbaik la! Seronok sangat!


Sebenarnya ada 4 buku yang Zu plan nak beli. 
- Men are from Mars, women are from Venus.
- For one more day by Mitch Albom
- Thans for the memories by Cecelia Ahern dan
- The man from Saigon by Marti Leimbach.

Dalam banyak - banyak buku dalam list tu, ada satu je yang Zu betul - betul tahu, yang lain semua tengok  orang recommend kat facebook Big Bad Wolf. 

jemuh jugak nak sampai ke Maeps tu. Pergh.. Nasib baik semangat juang tinggi. So, bila dah sampai kat sana, rasa berbaloi sangat la. Banyak bebenor bukunya. Orang pun ramai jugak. Then pencarian pun bermula. Oh, ya.. Zu pergi sana dengan Najwa, Yana, Umi and Emi. Mula - mula tu jalan nak dekat - dekat je la. Malas nak berpecah, last - last.. haaa.. Sorang sana, sorang sini. At last, Umi dah siap beli dulu, lepas tu dia tunggu kat luar. 




Okay, dalam misi pencarian buku - buku tu, ada la terserempak dengan buku ni. Cantik kan cover dia? Mula - mula ingat nak beli, tapi since dia tak ada dalam list so abaikan je la. Bajet woo.. Bajet... Misi pencarian diteruskan. Jumpa pula buku The man from Saigon. Yeah!! Seronok bukan main. 
Okay, misi masih diteruskan. Tapi, jalan punya jalan buku lain yang Zu ambil. Buku Why do bears go fishing? untuk adik - adik kat rumah. Baikkan saya? (haha. perasan). Okay la.. skip sampai nak bayar dah, tetiba rasa tak puas hati, since 3 lagi buku tu tak jumpa, Zu ingat nak ambil je la buku Winter garden ni. 
Then, tiba - tiba Zu nampak buku For one more day! Excited bukan main. 


Finally, habis RM32 hari tu. Tapi takpe, ni sebahagian dari pada plan untuk wujudkan mini library kat rumah. Semoga  plan tu berhasil. Amin..

Sunday, October 9, 2011

Sebahagian dari maksud ayat dalam surah Al-Kahfi.

Assalamualaikum dan salam sejatera.

Di sini saya ingin kongsikan makna bagi beberapa ayat dalam surah Al-Kahfi, semoga kita semua mendapat sesuatu yang bermakna darinya. InsyaAllah.

1. Kita disuruh untuk sentiasa mengatakan InsyaAllah terhadap sesuatu perkara. Sesiapa yang terlupa untuk menyebut insyaAllah haruslah segera menyebutnya.
"Dan jangan sekali - kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "Aku pasti akan melakukan itu esok pagi," " (Surah al-Kahfi: ayat 23)
"kecuali (dengan mengatakan), "InsyaAllah." Dan ingatlah kepada Tuhan-mu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah - mudahan Tuhan-ku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini."" (Surah Al-Kahfi: ayat 24)
Menurut riwayat, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad saw. tentang roh, kisah Ash-habulkahf (penghuni gua), dan kisah Dzulqarnain, lalu beliau menjawab, datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan kepadamu. Dan beliau tidak mengucapkan insyaAllah (ertinya jika Allah Menghendaki). Tapi rupanya sampai esok harinya wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tidak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 di atas, sebagai pelajaran kepada Nabi; Allah mengingatkan pula bilamana Nabi lupa menyebut insyaAllah haruslah segera menyebutnya kemudian.(sumber: Al-Quran dan Terjemahannya terbitan Dar El-Fajr, 2008)

2. Kita juga diingatkan tentang perhiasan dunia dan disuruh untuk melakukan amal kebajikan yang terus - menerus.
"Harta dan anak - anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus - menerus adalah lebih baik di sisi Tuhan-mu serta lebih baik untuk menjadi harapan." (Surah Al-kahfi: ayat 46)

Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada 3 ayat diatas dan semoga hari kita esok dan seterusnya menjadi lebih baik dari hari ini. Amin..




Bersama perbaiki diri. Segala kekurangan harap dimaafkan.


Monday, October 3, 2011

Tips Peperiksaan (Motivasi dan Keyakinan diri): Pandangan dari bekas calon peperiksaan.

Assalamualaikum dan salam pagi Isnin!


Dalam tak sedar rupa - rupanya dah masuk hari ke 3 dalam bulan Oktober. Cepat sungguh masa berlalu kan? Dan esok, hari penuh debaran bagi pelajar - pelajar tingkatan 3. Sebab apa? Sebab esok diorang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sebelum Peperiksaan
Bagi yang dah lepas peperiksaan PMR ni boleh la korang sebut huruf P, M, dan huruf R tu dengan bangga. 

"Yeah! Aku dah lepas dah.. "
"Ala.. Senang je PMR tu."
"PMR tu tak ada apa, yang penting SPM"
dan
macam - macam ayat lagi.


Tapi!


Bagi yang tengah berdebar - debar nak exam tu, diorang akan rasa macam "Aarrrgghh!! Esok exam!. Takut nya!"


Jadi, kesimpulan daripada dua situasi ialah, JANGAN SESEKALI MELEMAHKAN SEMANGAT dan MOTIVASI CALON PMR (DAN SPM)!

Pada waktu - waktu macam ni diorang sangat memerlukan sokongan moral daripada ahli keluarga dan rakan - rakan untuk mengekalkan motivasi diri. Selain daripada tu, percaya pada USAHA + TAWAKAL + DOA juga adalah sesuatu yang penting.untuk mengelakkan calon - calon PMR dan SPM tertekan. Percayalah Allah akan memberikan balasan yang setimpal dengan usaha kita. Usaha itu jugak datang dengan pakej iaitu usaha dengan cara yang betul. Ada ke usaha dengan cara yang tak betul?


Jawapannya ada. Salah satu contoh yang boleh ZMN bagi adalah belajar dengan teknik yang betul. See.. Belajar tu satu usaha, tapi teknik belajar mesti betul. Pulun belajar sampai tak tidur tak makan. Salah tu dik..

Okay, berbalik semula kepada motivasi dan keyakinan diri.


Semasa hari peperiksaan.

Jangan lupa call/mesej ibu bapa setiap kali sebelum peperiksaan, mohon supaya mereka doakan kita berjaya dengan cemerlang, boleh jawab semua soalan, tak careless dan lain - lain lagi. Sememangnya setiap ibu bapa akan doakan anak - anak mereka walaupun tak diminta, tapi apa salahnya kalau kita call minta mereka doakan. Bukan ke doa ibu/ayah itu makbul. Bagi calon yang ibu/bapa mereka telah pergi untuk bertemu penciptanya, jangan bersedih. Anda boleh call/mesej adik beradik anda. Merekalah kekuatan anda sekarang. :)

Sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan, berdoa supaya Allah ingatkan balik apa yang kita terlupa, permudahkan urusan kita menjawab soalan, dan lain - lain. Langkah masuk dengan kaki kanan dan baca Bismillahirrahmanirrahim.



Selepas peperiksaan

Bila dah lepas satu paper, simpan paper tu. Jangan duk sibuk nak semak balik betul ke salah ke. Kalau kawan - kawan duk bincang pasal soalan tadi, jangan join! Sebabnya, nanti kita duk fikir je pasal exam yang dah habis tu. Ini boleh mengganggu emosi, fikiran, motivasi dan keyakinan calon peperiksaan. Fokus! Fokus kat next paper. Yang dah lepas tu biarlah, bukan boleh ubah dah pun. 


Tapi, 


Kalau masa exam tadi kita ada confuse dengan jawapan, boleh tengok semula buku dan tengok jawapan yang betul. Risau jugak kot - kot soalan yang sama keluar lagi. 


Rasanya cukup la tu tips - tips dari bekas calon SPM yang dah 5 tahun berlalu ni. Tips yang ZMN kongsi dalam entry kali ni 95% berdasarkan pengalaman ZMN sendiri dan 5% lagi dari apa yang ZMN dengar dari orang lain atau dari pembacaan. Dan ada antara tips - tips ni masih ZMN amalkan especially part call mak tu :)

Selamat maju jaya!

Wednesday, September 28, 2011

Angry Bird Rio Game! Play Online Now!



Kenal burung merah ni?

Anda fikir Angry Bird untuk smart phone sahaja?

Kini tidak lagi dengan Angry Bird Rio Online Game!



Wahh.. Dah macam iklan pulak ye. So, bagi peminat setia sampai addicted dengan game Angry Bird, ini peluang baru kalau korang bosan. ZMN dah cuba beberapa game Angry Bird Online, tapi pada pendapat ZMN game kat website yang ni paling best!




Tak percaya?

Serious tak nak percaya?

Okay! kalau macam tu, korang cuba la main sendiri!

Caranya??

1. Klik gambar kat bawah ni. 

2. Tunggu game ni loading dalam masa lebih kurang 15 saat (bergantung kepada kelajuan internet anda)

3. Once dah ada interface macam gambar kat bawah ni dan korang klik play, dia akan open 1 lagi tab/window (www.myhappygames.com). Close (pangkah) je tab/window My Happy Games - Play Angry bird tu sebab dia tak berkaitan pun.



4. Finally, interface yang akan lihat:


Haa! Tunggu apa lagi? Korang dah boleh play! Jom main game \(^.^)/

Tuesday, September 13, 2011

Pemalas punya kucing!

Hye guys, dalam duk belek - belek video kat youtube tadi, Zu terjumpa 1 video kucing yang agak pemalas. You guys layan je la eh. Untuk rehatkan minda di petang hari.. :)




See? Pemalas betul dia nak turun tangga. Haha.. Kucin~ Kucin~

hurm..

116 097 107 032 116 097 104 117 032 110 097 107 032 107 101 108 097 115 107 097 110 032 105 097 032 115 101 098 097 103 097 105 032 097 112 097 046 032 097 107 097 108 032 115 117 114 117 104 032 108 101 112 097 115 107 097 110 044 032 116 097 112 105 032 104 097 116 105 032 107 097 100 097 110 103 032 107 097 100 097 110 103 032 100 101 103 105 108 046 032 109 097 115 105 104 032 116 097 107 032 112 117 097 115 032 104 097 116 105 032 115 101 108 097 103 105 032 116 097 107 032 116 097 110 121 097 032 100 105 097 032 098 101 116 117 108 032 098 101 116 117 108 046 032 107 097 108 097 117 032 116 097 110 121 097 032 109 097 108 117 032 112 117 108 097 107 044 032 107 097 108 097 117 032 116 097 107 032 116 097 110 121 097 044 032 109 101 110 121 101 115 097 108 032 110 097 110 116 105 046 032 106 097 100 105 044 032 097 112 097 032 112 097 116 117 116 032 115 097 121 097 032 098 117 097 116 063 032 104 117 114 109 046 046

kalau tahu tak apa la... kalau tak tahu, hafal je la nombor nombor ni. Any tips? Never!

Saturday, September 10, 2011

SELAMAT MENERUSKAN PENGAJIAN

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillah pengajian Semester 1 Sesi 2011/2012 sudahpun bermula. Selamat mendaftar dan selamat menjalani minggu orientasi buat semua pelajar-pelajar baru di semua IPT. Walau di mana pun jua anda meneruskan pengajian, rancanglah hidup anda, masa anda dan pengajian anda dengan baik.

 

Bergelar seorang mahasiswa/i sahaja belum cukup untuk kita berbangga dengan gelaran ‘pelajar universiti’. Selagi kita tidak menggenggam segulung ijazah, selagi itu kita perlu berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk diri kita dan untuk kedua ibu bapa. - Itu antara pesan seorang kawan abah kat Zu dan Angah. Masa tu Zu ikut Abah dan Mak pergi hantar Angah kat UTM kampus KL.

 

Bila Zu fikir-fikir balik, mendalam maksud ayat tu. Itu bukan je nasihat untuk pelajar-pelajar baru, tapi peringatan untuk senior-senior. Apatah lagi yang bakal jadi super duper senior. Walaupun tinggal satu semester je lagi, selagi tak amik final exam, selagi tak dapat transkrip, selagi tak ambil scroll tu selagi itu lah perjuangan belum selesai.

 

Jadi, siapa pun kita, pelajar semester satu, dua, tiga, empat, dan seterusnya mahupun pelajar semester akhir selagi kita tak grad dengan keputusan yang boleh membanggakan ibu dan ayah, selagi tu kita tak boleh leka, dan kita mesti fokus dan sentiasa berusaha untuk dapat kan apa yang kita cita-citakan.

 

Dan yang paling penting, kejar cita-cita dan cinta akan menyusul kemudian. Itu pesan yang akan sentiasa ZMN pegang sampai bila-bila.

 

Sehingga berjumpa lagi! Take care!

 

Love;

-Zulaikha-

Thursday, August 25, 2011

Bila cikgu Zulaikha berucap…

Hye. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Hari ni kita dah 25 Ogos 2011 dan juga 25 Ramadhan 1432H. Maknanya esok lusa sekolah akan bercuti. Buat yang lupa atau yang dah malas nak ambil tahu, sekolah akan mula bercuti pada 27 Ogos 2011 (ataupun 26 Ogos 2011 bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu).

 

Dan itu juga bermakna, tempoh praktikal Zu kat SMK Sungai Pusu (SMKSP) tercinta pun dah nak tamat. Ya, Zu habis praktikal 26 Ogos 2011. Yakni ESOK! ya! ESOK! Macam tak percaya pulak, dah nak habis rupanya. Kadang – kadang rasa tak sabar, tapi bila fikir – fikir lagi rasa sedih pulak. Lepas ni entah bila la nak datang sekolah lagi.

 

So, dengan ini cik Zu nak bagi ucapan sikit .. boleh?

Here we go!

 

To all teachers yang jadi my teachers for 2nd time. Thanks sebab banyak membantu saya melalui hari – hari yang sangat mencabar sebagai seorang guru praktikal. Terima kasih tak terhingga buat Puan Muslimah(Pengetua SMKSP) yang sudi terima saya kat SMKSP ni, juga kepada Pn Nik Karimah(PK SMKSP) sebab bagi kepercayaan dan tunjuk ajar kat saya & cikgu praktikal lain, terima kasih juga buat Pn. Maizatul (PK Ko-k) atas tunjuk ajar yang diberikan. Last but not least, seinfiniti terima kasih untuk En. Abd Samat (PK HEM merangkap guru pembimbing saya) atas kepercayaan yang diberi untuk mengajar kelas 4 Ibnu Sina (sedih la pulak). Tak lupa juga buat Pn. Salfariza (guru Matematik 2 Digital). Thanks kak, your support and ideas sangat bermakna dan membantu saya. Kesimpulannya, TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA buat semua yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau pun tak langsung. Jasa kalian sangat bermakna buat insan kerdil yang baru berjinak – jinak dengan dunia pendidikan ni. Banyak lagi rasanya yang tak terbelajar. oh ya.. maaf sangat sebab tak dapat nak senaraikan nama semua…

 

And you guys, semua student SMK Sungai Pusu. Students kelas 2 Digital & 4 Ibnu Sina, student 2 Excel yang tution dengan cikgu. Student yang cikgu pernah relief kelas dia. Yang cikgu tak pernah relief kelas. Senang cerita semua sekali lah! Kalau cikgu ada marah – marah tu, cikgu marah sebab cikgu sayang kamu. Cikgu nak kamu jadi insan berguna. Insan berjaya. Cikgu tak nak kamu menyesal kemudian hari. So, belajar rajin – rajin okey, usaha tangga kejayaan. Don’t you ever dare to give up! Ingat!! yang penting hubungan sesama manusia, hubungan dengan Allah kita kena jaga. And after all, thanks for the great moments! gonna miss all of you~ <3

 

As a conclusion, thanks for the great moment! Love u!

Tuesday, August 2, 2011

Wa rindu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan Al-Mubarak. 


Wah.. Hari ni dah hari kedua kita berpuasa. Harapnya tak terlambat lagi la ZMN nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua teman setia blog ni. Sama-samalah kita berdoa agar diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan bulan mulia ni hingga ke akhirnya. Amin..


Oh, ya. Hari ni, atau lebih tepat lagi 11.40am tadi, ZMN baru je diselia oleh guru pembimbing. Cuak tak ingat la sebab lagi sejam nak masuk kelas, baru tau cikgu nak observe. Hoho. Tapi, nasib baik instinct den agak kuat. Lesson plan den hari ni okay la. Thanks kat cikgu masa sebelum tu sebab minta student bagi kerja sama. huhu... Thanks juga kat student yang bagi kerjasama. Korang memang pandai berlakon! Tapi cikgu harap sangat kalau korang duduk baik-baik macam tadi tiap-tiap hari. Tak de la penat cikgu nak jerit sana jerit sini. Eh, penat tau! Sakit tekak. Okay, minggu depan cikgu kena observe lagi, kita berlakon lagi skali ye ;p


Haa... Dalam tak sedar, rupa-rupanya dah masuk minggu ke-11 ZMN di sekolah ni. Ada lagi 3MINGGU!! Seronok woo.. tak sabar nak habis ni. Rasanya ini kali kedua ZMN rasa rindu kat UPSI, to be more specific KOLEJ ZA'BA!. Lantak la kolej tu jauh dari kampus ke ape ke.. Yang penting wa rindu sama itu UPSI-JARING meh~~ rindu sama kawan-kawan jugak. Rindu mau pigi itu bazar ramadhan. Rindu la semua!


Aha.. Since ni dah lepas bulan Julai, July test pun dah lepas la jugak. Hurmm.. Macam-macam perasaan ada masa tanda kertas soalan tu. Kuciwa. Sedih. Suka. Gembira. Memang down la jugak. Motivasi pun turun huhu. Tapi, lepas dapat suntikan motivasi pagi tadi, i feel better. Thanks Cikgu Rajiah Hassan. :) Cikgu cakap, take it easy. Kita tak boleh letak high expectation sangat. Yang mana lemah kita bantu. TAPI bagi saya, student tu pun kena lebih dari orang lain la. Buat latihan lebih dari orang lain. Study lebih dari orang lain. Yeah, bantuan cikgu tu penting, tapi STILL membantu diri sendiri lagi penting!


Ehmmm... So, that all for today. Lain kali saya sambung lagi.. Daaa~~~

Saturday, July 23, 2011

Ogos yang bakal tiba dan Julai yang akan berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak sangka kan, sekarang ni dah hujung bulan tujuh dan tak lama lagi kita akan masuk bulan Ogos.

Ogos yang bakal tiba ni mungkin banyak ceritanya. Cerita Ramadhan. Cerita Syawal. dan yang paling penting berakhirnya Cerita Seorang Guru Praktikal. 


Sepanjang bulan 3 bulan berada GOMBAK tercinta, baaaanyak peristiwa menarik yang syok lagi masyuk berlaku. Tapi akibat kekangan masa, idea nak melapor kat blog tu selalu terbiar. Laporan pertama ZMN dalam entry kali ni berkenaan Hari Kejohanan Sukan Sekolah yang terbaik la! dan juga Hari ko-kurikulum yang buat aku merasa cara handle budak sorang - sorang. Cikgu lain ada hal penting yang menyebabkan diorang tak dapat datang. Dah la itu hari ko-kurikulum pertama since aku kat sekolah. Tapi Alhamdulillah and THANKS A LOT to student Kelab Komputer dan Fotografi yang bagi full cooperation. Thanks juga kat semua yang terlibat dengan Unit Beruniform BSMM sebab kita berjaya buat Medic Explorace. Walaupun tak sempat habis, kalian memang best!

Itu, cerita sekolah. Cerita reunion 4th batch SMK Sungai Pusu pun seronok sangat! Selama ZMN tinggal kat Gombak sejak 1997, ini kali pertama ZMN panjat tangga Batu Caves tu. Hoho. Penat tapi seronok. Puas sangat bila dah sampai kat atas tu. Next, check point kitorang pergi membasahkan tekak minum air kelapa (campur air gula yang agak manis). Lepas tu pekena nasi beriani sebelum solat zohor dan bertolak ke Taman Tasik Titiwangsa. 


cukup la tu sampai sini. Lain kali ZMN tulis lagi eh~ Oh ya, terima kasih kat wifi di kawasan rumah saya ni. So boleh la mengupdate blog kali ni :) 

Monday, July 11, 2011

why?

Opocot!!! Eh, dashboard blogger dah bertukar.Sejak bila ni? Huhu.. Ye la.. dah lama tak update la katakan~~Huhu. Okay, malas nak cerita kenapa lama tak update bla bla bla.


Sekarang ni ZMN nak tanya kenapa orang merokok eh? Sekarang ni tengok makin ramai dan makin menjadi - jadi pulak jumlah orang yang merokok. Pengaruh. Pengaruh. Entah la,... Dalam banyak - banyak pengaruh tu, ada beberapa sumber pengaruh yang saya tak dapat terima. Siapa yang terkena, nasib la ye..


Now tell me, macam mana anak nak terpelihara dari pengaruh rokok kalau bapa diorang pun duk hembus asap rokok tu?

Now tell me, macam mana nak suruh anak tak merokok kalau hari - hari diorang tengok ayah diorang merokok.

Now tell me, macam mana nak suruh anak jauhi rokok kalau ayah (sometimes abang) sendiri yang mintak tolong belikan rokok tu?

Now tell me, macam mana nak suruh adik tak merokok kalau abang kantoi merokok depan dia?

Now tell me, macam mana nak larang student merokok kalau cikgu pun merokok jugak.

Now, okay. Cukup la tu... Cuba kita renungkan balik. Cuba kita muhasabah balik diri kita.

Boleh ke ketam ajar anak dia berjalan lurus?

Saturday, July 2, 2011

That should be me

...
That should be me,
Holdin' your hand,
That should be me
Makin' you laugh,
That should be me,
This is so sad,
That should be me,
That should be me,
That should be me,
Feelin' your kiss,
That should be me,
Buyin' you gifts,
This is so wrong,
I can't go on,
Till you believe that,
That should be me
...


... a part of justin bieber's song, "that should be me".

Tuesday, June 28, 2011

Sasaran dikenal pasti.

Seletah kepenatan melayan karenah bebudak kelas X tadi, aku terfikir untuk tak mengajar di sekolah lepas grad nanti. Hurm.. Jadi, sasaran aku sekarang ialah mengajar di kolej matrikulasi. Berbakti kat sana pulak.


So, hari ni aku berterima kasih kat budak-budak kelas X sebab buat aku terfikir macam ni. Memang letih melayan korang tahu! so nak beralih angin pulak. hehe..


Jadi, buat kawan - kawan pembaca sekalian, doakanlah saya ada rezeki kat matrikulasi lepas grad nanti ye.. Amin~~

Monday, June 27, 2011

sembang petang.

Hye.. Assalamualaikum dan salam sejahtera! Anda masih bersama saya Zulaikha Mohd Nor dalam ruangan sembang petang @Blog ZMN. Apa khabar anda hari ni? Sihat kah? atau sakit kah? Walauapapun jawapan anda, saya doakan anda berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Okay! Hari ni 27 Disember opssss.. silap pulak, hari ni 27 Jun 2011. Tarikh keramat untuk adik tersayang yang berusia 19 tahun. Haa.. Dah tuo dah ekau ngah. Haha. Jadi, dengan suka citanya, saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI


Part kat bawah ni ZMN harap dia tak baca walaupun dia tau URL blog ni. Hehe. Well, as a sister, mengeluarkan ayat - ayat yang touching sebegini agak susah yea... Orite, lets continue. 

Angah, walaupun angah rasa angah dah besor, angah still kecik bagi along and it's my responsibility to take care of you and the others. 2nd. September is coming. Tak lama lagi InsyaAllah angah sambung Degree pulak, do your best! Jangan sia - siakan zaman tu. Actually banyak lagi amanat nak bagi ni.. Tapi, nanti nanti la.. 

 Okay lah. Buat masa ni, tu je dulu. Oh ya, HAPPY BIRTHDAY jugak untuk Intan Shaffinaz. Lama betul tak jumpa ko, intan!.



27 Disember tu birthday I okay. So, you all jangan lupa ye. haha...

Tuesday, June 21, 2011

pasanan penaja.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya dapat jugak ZMN update blog ni setelah sekian lama ZMN tak jenguk. Ampun maaf sangat - sangat. First week lepas cuti sekolah hari tu sangat - sangat la sibuk. Sibuk tahap maksima!.


Akibat daripada kesibukan ntah apa minggu lepas, 3 serangkai datang menjenguk. Ya! 3 penyakit serangkai itu. Demam, selsema dan batuk. Dugaan.. Alkisah daripada batuk ni, tak dapek la den nak cakap kuat - kuat kat kelas tu. Seksa betul. Student dah la aktif kemain. Cikgu pulak sakit tekak. Geram je rasa. Sabar.. Sabar..


Okay la. Sampai sini je dulu. Singgah kejap je ni... Buat kawan - kawan blog yang sebelum ni ZMN selalu jenguk, buat follower yang masih bersama dengan blog ni, buat pembaca yang menjenguk blog ni, jutaan terima kasih saya ucapkan. Ampun maaf juga saya pohon sebab tak dapat nak jenguk kalian semula.


p/s: dah banyak miss entry incik Asada dan blog Goreng Baik. Bila nak baca pun tak tau la...

Monday, May 30, 2011

eh, dah cuti sekolah?

Ha! Kamu! Berapa lama dah tak menaip? Mana pergi selama ni?


 Okay. Maafkan saya, sangat sangat sibuk minggu lepas. Sibuk tanda kertas exam sambil sibuk jalan - jalan. Haha. Jadi, bila ada kat bilik, sempat bukak facebook je lepas tu mengantuk dan tido. So, blog diabaikan sekejap. Dan.... memandangkan sekarang ni cuti, jadi rasanya boleh la singgah sini sat.


Baiklah, apa plan cuti sekolah ni? Ceh, soalan baik punya! Macam la free sangat kan? Okay, plan saya first week buat segala kerja - kerja dan 2nd week baru boleh berjalan - jalan. Itu plan saya, apa pulak plan korang?


Err.. idea dah beku. Babai.

Tuesday, May 17, 2011

Diari Cikgu Praktikal: Sambutan Hari Guru Slot 1

Halluuuuu.. Assalamualaikum semua!


Wahh.. Seronoknya cuti hari ni. Apa plan you all hari ni? Rehat kat rumah je atau dah plan nak pergi jalan - jalan? Hurm.. Apa pun planning you all, harapnya plan tersebut berjaya. Orite, dalam entry kali ni, kita akan bercerita tentang sambutan hari guru kat sekolah Zu.


Hari Isnin 16 Mei 2011 bermula dengan ceria dan excited. Hampir terlupa yang saya ni guru praktikal je. Haha. Sambutan Hari Guru Slot 1 bermula dengan perarakan masuk pihak pentadbir dan guru - guru. Sebelum masuk pintu dewan tu, ada persembahan silat dari pelajar. Lepas tu pihak pentadbir dan guru - guru masuk dan mengambil tempat masing - masing. Then ada bacaan Surah Yaasin.


Majlis diteruskan dengan bacaan doa, bacaan Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia.dan Perutusan Perdana Menteri. Lepas tu ada ucapan perasmian oleh Puan Pengetua.Then the best part sampai.


Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia, dan lagu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Punya la panjang tajuk dia..huhu. Tapi Zu suka lagu Kami Guru Malaysia je. Haha. Then ada bacaan ikrar guru.


Aktiviti seterusnya, sukaneka. Zu tak involve mana - mana sukaneka. Just jalan - jalan keliling sekolah ambil gambar. Sempat la jugak naik ke asrama puteri tapi tengok dari pagar je la. Dah cantik wehh... Banyak berubah. Beruntung betul budak - budak ni. Alang - alang dah naik asrama ni kan.. bergambar la kejap..hehe. oh! lupa nak bagi tahu, kat court bola jaring (depan aspuri a.k.a asrama puteri) ada perlawanan bowling kelapa.


Kat kantin pulak ada pertandingan memasak tanpa menggunakan api. Jenuh la duk fikir, macam mana la memasak tanpa menggunakan api tu. Rupa - rupanya, masak sandwich! Memang la tak payah guna api. Kreatif - kreatif semua peserta. Caya lah cikgu! Sebelum pertandingan masak - memasak, ada pertandingan makan durian. Pergghh. Sedap tu. Tapi Zu terlambat, sampai - sampai je diorang dah habis. Dah nak kemas dah pun.


Untuk cikgu - cikgu yang mengandung pun ada aktiviti ye. Pertandingan memasukkan benang dalam jarum. Bukan satu jarum je, tapi 5 jarum yang halus - halus je lubangnya. Bunyi macam senang, tapi mencabar juga. Cikgu - cikgu yang tak pregnant dan berkaca mata pun boleh join. Pertandingan yang ni Zu sempat ambil 1 2 gambar. hehe.


Treasure Hunt! Ada satu check point ni, peserta kena tulis lirik lagu sekolah. Bagi cikgu - cikgu dan murid - murid lama okay la. Bagi cikgu praktikal dan cikgu - cikgu baru? Kena la panggil student lain untuk bantu. Err.. sebenarnya.. sebenarnya.. Zu pun dah tak ingat sangat lagu sekolah. Ingat rangkap first tu je. Ceit!


Eh, panjang dah ni. Nak stop ke nak teruskan?Okaylah, kita teruskan sikit je lagi. Banyak lagi aktiviti yang ada, lawan chess, bola tampar, futsal, musical chair (dua kategori: guru lelaki dan guru perempuan) dan ada beberapa aktiviti lagi.


Lepas habis semua aktiviti tu, ada acara penutup. Semua orang kena turun ke dewan semula untuk penyampaian hadiah dan persembahan pelajar. Ada pelajar kelas apa saya tak ingat, buat tayangan filem pendek. Memang terbaik la. Ada juga penyasyid sekolah buat persembahan. Ada sketsa juga. memang berbakat la diorang ni!


So, itu je la cerita untuk kali ni. Untuk slot 2, lain kali pulak ye. Adios amigo!


p/s: ada ahmad syazwan juga.

Saturday, May 14, 2011

Diari Cikgu Zu: Hari kedua dan ketiga

Assalamualaikum! Hallu!!


Apa khabar hari ni? Sihat? Bagus la kalau you all semua sihat. Kalau ada yang sakit, jangan tunggu lama – lama tau. Cepat ubati. Tapi kannn.. Kalau hati pedih macam mana nak ubat ye? Hurm...


Okay lah.. Dalam entry yang lepas Zu dah kongsi alkisah hari pertama kan? Entry kali ni kita sembang – sembang pasal hari kedua dan ketiga pulak ek? Hari kedua dan ketiga ni lebih kurang je, so kita combine dalam satu entry boleh?


Orite! The story begin~


2nd and 3rd day tak ada relief, tapi kena tolong pihak pentadbir kemaskini rekod. Actually, hari keempat pun kena jugak. Tapi sikit je la.


Seronok sebenarnya buat kerja – kerja ni. Sebabnya Zu memang suka berkerja dengan data, nombor dan keluarga mereka. Nak story lebih – lebih karang ada yang menyampah pulak, tapi itu la saya. Suka sama data – data. Err.. teringat pulak dulu pernah bercita – cita nak berkerja di Jabatan Perangkaan tapi disebabkan subjek statistik tu ada rumus yang banyak, jadi cita – cita tu tersisih. Kesian dia kan?


Eh, sambung cerita tadi. Memang dua hari ni Zu tak masuk kelas la. Ha, itu pun suatu yang menyeronokkan. Haha. Tapi hari – hari lain tak boleh la kan nak lari dari masuk kelas sesuka hati, karang tak pasal – pasal kena tindakan. Kali ni tak apa, ada pengecualian. Hehe.


Masa hari ketiga a.k.a hari Rabu, Zu dapat rumah sukan. Eh, cikgu pun ada rumah sukan tau. Bukan murid – murid je. Ala.. Macam kat sekolah dulu, kan ada cikgu yang conduct rumah sukan. Jangan buat – buat lupa ye. Haa.. Zu dapat rumah SUKOM. Okay, nak buat pengumumuan kejap.
Kepada Ex-Student SMKSP, siapa yang dapat rumah SUKOM angkat tangan cepat! Angkat tangan macam saya (^_^)/

Okay, dah buat pengumuman dah. Kalau you all nak tahu, masa kat sekolah dulu pun Zu rumah SUKOM. Jadi, Cikgu F, merangkap cikgu sukan sekolah assign Zu untuk rumah SUKOM. Eh, lupa pula SUKOM tu rumah biru ye kawan – kawan.


Selain dari tu, S/U Ko-K pun ada bagi surat kena datang Kokurikulum hari sabtu. Yes dear, hari sabtu pun cikgu – cikgu kerja ye sayang. Tapi bukan setiap hari Sabtu, ada tarikh – tarikh yang telah ditetapkan.


Okay lah, cukup la tu sampai sini. Banyak dah ni rasanya, cerita pun dah habis. Plus, kalau bagi Zu terus menaip memang panjang la. Tak larat korang nak baca nanti. Kita sambung lain kali la pula ye. Daaa~~

Thursday, May 12, 2011

Diari Cikgu Zu: Hari pertama masuk sekolah

Yuhuuu!! Hello readers! How are you today? It's been a long time I'm not pot pet pot pet here since the last update. Really sorry dear, not having enough time to write the story. Ahh.. How come I can share all the stories, visiting this blog when online also I can't.


Pergh. Tergeliat lidah sama jari nak menaip dalam Bahasa Inggeris. Kita sembang - sembang dalam Bahasa Melayu je la boleh? Orite! Kita mula sekarang.... Eh!! Kejap! Kejap! Cepat je korang klik tajuk ni kan bila baca tajuk Diari Cikgu Zu. Okay la.. Since tak nak mengecewakan you all yang buka atau terbuka blog ni, kita sembang - sembang pasal first day Zu kat sekolah boleh?


Orite. Masa first day kena relief untuk 3 kelas. Mula - mula masuk untuk relief memang tak tau nak buat apa. Tak ada pengalaman langsung. Kelas ok la, terkawal lagi cuma bising sikit. Tapi untuk relief kedua dah ada improvement. Hehe. Seronok! Kelas ketiga mencabar sikit. Student dia agak mencabar. Tapi after all, semua ok la kot. Since tak ada pun student yang lari - lari keluar kelas, kira ok la tu..


Seriously satu hari ni rasa penat sangat! Pergi kelas selalunya pun tak penat macam ni. Sakit kaki wa cakap lu. Memang kagum sangat - sangat la kat cikgu - cikgu sebab tabah tahap maksimum mengajar murid - murid. Lama kot diorang kena berdiri. Zu ni baru masuk 3 kelas dah lenguh kaki. Tabik sprrriiinnnggg la kat cikgu. 


Emm.. itu je kot untuk first day. Eh, ni nak pesan untuk semua terutamanya adik - adik yang masih sekolah lagi tu. Hormati la cikgu - cikgu korang, bukan senang tau nak jadi cikgu ni. Oh.. please take note, Zu cakap ni bukan sebab Zu bakal jadi cikgu atau apa. Cuma nak menyampaikan apa yang perlu je. 


Okay la. Nanti kita sembang untuk hari kedua ketiga keempat pulak. Esok dah hari kelima. Kejap je kan?

Friday, May 6, 2011

Happy Anniversary Sayang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

6 Mei 2011.
Genap 2 tahun blog ni wujud di alam maya ni. Alhamdulillah, syukur. 


Detik - detik awal bergelar blogger

Sepanjang perlajanan memastikan blog ni terus kekal macam sekarang, banyak yang Zu belajar. Ya, Zu bermula dengan kosong. Tak ada ilmu apa pun pasal blog memblog ni. Yang Zu tahu, Zu seronok tengok orang menulis. Zu nak tulis something. Nak bagi pendapat.. Nak bebel - bebel. Ye la, kang kalau asyik bebel kat orang, orang pun naik bosan. Ye dak?

Oh ya, individu yang banyak tolong masa Zu mula - mula join alam blogging ni Azyan Azilah nama dia. Sebelum ada blogspot ni, Zu ada 1 blog wordpress. Alamatnya tak payah la korang tahu. Hehe. Disebabkan masa tu blur - blur lagi, so Zu rasa guna wordpress susah. Tu yang tanya Yan tu. Then dia cakap blogspot senang sikit. So, apa lagi. Zu pun sign up blogger.


Nama dan URL blog

http://zulaikhamohdnor.blogspot.com. URL yang Zu guna since daftar dulu. Masa mula - mula tu, nama blog ni bukan nama yang ada sekarang lagi. Nama dia "it's my point of view". Ye la, kan saya nak berkongsi pandangan. Hehe. Sejak bila ntah Zu tukar nama blog ni. Tak ingat dah. Masa tu ada baca 1 entry, apa ntah tajuknya tapi pasal nama blog, ada lagi satu entry tu pasal nama kat profile. Kiranya blogger ni kena ada satu trademark. Ala, kira kalau sebut Zulaikha, ingat blog ni. Lebih kurang macam tu la. FYI, nama kat profile time tu memang Zulaikha. So, why not Zu buat penjenamaan semula blog? (penjenamaan semula? ayat tak mau kalah. hehe) maka, lepas fikir - fikir terhasillah .::ZULAIKHA::. macam yang ada sekarang ni.


Berkenalan dengan Nuffnang

Lebih kurang 5 bulan blogging, Zu mula berkenal - kenalan dengan Nuffnang. Buat homework sikit pasal Nuffnang. Apa dia Nuffnang tu, apa dia nak, apa kaitannya dengan blogger, apa blogger perlu buat, macam mana nak dapat earning, dan macam - macam lagi soalan yang ada. Then, pada 11.10.09 (cantik kan tarikh ni. Tak perasan pun masa daftar tu. hehe) Zu pun daftar dengan Nuffnang. Payah jugak memula tu, bukan nya hari ni sign up, esok dapat earning.

Antara entry - entry Zu pasal Nuffnang:
Ada banyak lagi, kalau korang rajin cuba cari la. ngeh3. Emm.. Cukup la kot cerita pasal Nuffnang, sikit - sikit sudeh~~ 


Header blog

Ada je cerita kan?kehkehkeh.. kali ni pasal header blog pulak. Banyak kali dah bertukar header tu. Setiap kali belajar benda baru pasal Photoshop ni, mesti header bertukar. Haha. Takpe la, kali ni biar guna header ni lama - lama sikit, plus tak sempat nak sambung belajar edit - edit lagi.


Rasanya cukup la tu. Panjang bebenor dah ni. Lain kali kita sambung lagi ye. Jaga diri, jaga akhlak, jaga iman.  

Tuesday, May 3, 2011

i'm not ready.

i'm not ready to write the things that i'm not ready.

Thank you.

Boleh aku tulis macam tu je? Seriously tak tahu macam mana nak share dengan korang, tapi still nak share something. Finally, ayat kat atas tu je la yang keluar.


Note:
aku masih dalam mod peralihan. Jadi, blog mungkin terabai sekejap. Nanti aku dah dapat rentak yang sesuai untuk jari jemari aku menari atas keyboard ni, baru aku sambung menulis. 

Friday, April 29, 2011

perubahan kecil

Assalamualaikum dan salam ceria. Apa khabar hari ni? Sihat? Alhamdulillah kita masih diberi nikmat kesihatan yang baik. Bagi yang kurang sihat, demam dan sebagainya, anggaplah ia suatu ujian untuk kita meningkatkan lagi aras iman. InsyaAllah.


Hari ni ada beberapa perubahan berlaku kat blog ni. Antaranya...

1. Pertambahan box page 'Blog Zulaikha' dan widget Networked Blogs.

Jenuh fikir nak buat page Blog Zulaikha ke tak. Nak, tak nak, nak, tak nak, nak, tak nak. Last sekali nak. Maka wujudlah page Blog Zulaikha kat facebook. Nanti pakat ajak orang kampung like ye. kehkehkeh.. Maaf la, tak sempat nak personalize habis. Gambar pun under construction. 

Link:


2. Tanya ZMN

Widget formspring ni sebenarnya memang dah ada kat blog ni, cuma hari ni Zu tukar kedudukan jadikan dia kat pages. Kalau korang rasa nak tanya apa, sila zass kat situ ye.

Kalau tak pun, klik gambar untuk tanya ZMN. :)


3. Dua tu je la kot yang bertambah. Ada yang berkurang jugak. Kalau korang perasan, bagus la. Kalau tak, cepat cari apa yang kurang! Okay~ Memain je.


Okay la, sampai sini je dulu pot pet pot pet hari ni. Eh, awak nak tahu tak? 6 Mei 2011 ni umur blog ni cukup dua tahun. Thanks sebab sentiasa menyokong blog ni ye. 

Monday, April 25, 2011

mengulang kenangan

29 Januari 2002
SMK Sungai Pusu

Seorang pelajar, Z datang dengan family dia untuk mendaftar di asrama. Masa tu umur dia 13 tahun. Dalam excited, dia sebenarnya sedih, takut, tak tahu nak buat apa, dan macam - macam lagi perasaan yang ada. Lepas daftar, kemas - kemas barang semua, family dia pun balik. Z pun mula belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Dengan kawan - kawan. Kawan pertama dia, Nursofia Diana.

Pada tahun ketiga dia di sekolah tu (Form 3 la ni), dia berbincang dengan cikgu dia dan kawan dia tentang cita - cita, dan hala tuju selepas SPM. Bila ditanya "Kamu nak jadi apa nanti?" Z jawab "Saya nak jadi cikgu". Itu yang Z tahu. Haluan mana? Dia belum fikirkan.

Tahun keempat. Dia mula pasti hala tujunya. Cikgu Matematik. UPSI. Sebabnya? Sebab cikgu matematik dia pun dari UPSI juga. Itu je alasannya. Course? Dia tak pasti course yang dia nak ni macam mana. Yang dia tahu dia nak B.Sc (Math). Dalam fikiran dia, mesti course ini belajar sains(kimia) dan matematik. Dua subjek yang dia suka. Dia sangat suka "B.Sc (Math)" tu. Rasa something bila dapat title tu.

Dalam pada tu, Z ada cita - cita lain jugak. Dia nak jadi pharmacist. Kalau tak pun nanti dia nak amik Master dalam Psychology. Tiga benda tu je la yang dia tayang kat pintu almari.

Masa berlalu. Banyak yang dah berubah, termasuklah cita - cita dia dulu. List cita - cita bertukar. Jadi cikgu jatuh tempat nombor tiga.


9 Mei 2011
SMK Sungai Pusu

Rezeki setiap orang Allah dah tetapkan. 9 tahun dulu dia datang sebagai student, 2 minggu lagi dia datang sebagai guru praktikal. Kalau dulu dia datang menuntut ilmu dari cikgu - cikgu, sekarang juga begitu. Secara tak langsung, dia belajar di sekolah ni sekali lagi.

Lepas habis praktikal bulan Ogos ni, dia ada 1 semester lagi. Lepas tu, kalau tiada aral melintang, dia akan dapat B.Sc. Mathematics yang dia nak dulu. InsyaAllah.


p/s: Kawan - kawan, doakan Z berjaya capai apa yang dia hajatkan ye.

Wednesday, April 20, 2011

JATUH CINTA SAMA DIA...

Assalamualaikum dan salam ceria.




Ya! Tajuk di atas tu betul. Awak semua tak salah baca. Kali ni betul - betul Zu jatuh cinta sama dia. Nak tahu siapa dia tu? tuuu.. gambar kat bawah tu.. jemput la tengok.. hehe..



Sony Ericsson Xperia arc
klik gambar untuk lebih jelas

Ngeh3.. tengok la.. Siapa tak cair beb..



Asalnya tadi Zu tengah baca blog Blogger Buzz, masa selak entry - entry lama dia tetiba nampak tajuk Introducing Blogger Android App. Excited kejap. Lepas tu terus google sony ericsson with android operating (klik link kalau nak tahu apa google jawab). Tak cukup dengan tu, Zu buka pulak website Sony Ericsson(Malaysia). Haaa.. Kat sini la den jatuh cinta pandang pertama tu. Sebab bila buka je website ni, nampak gambar Xperia arc. Handsome! hehe..




Untuk makluman, antara smart phone Sony Ericsson yang guna Android operating system (OS) (klik link kalau nak tahu) ni adalah my sweet heart kat atas tu. hehe.. Apa tu Android operating system? Meh baca kat sini - Android (operating system). Kalau nak lebih lagi, kat sini ada sedikit info pasal smartphone dan OS. Nak lagi? Cari sendiri la pulak..




Orite. Berbalik kepada cerita kita tadi, lepas bukak website Sony Ericsson dan buat comparison antara Xperia arc, dan beberapa smartphone lain, Xperia X10, Xperia X10 mini, dan Xperia X10 mini pro,  ternyata cinta pandang pertama itu tidak mengecewakan. 


Sebenarnya, bila tengok gambar Xperia X10 kat wikipedia handsome la jugak, okay la.. okay la.. tengok kat website SE pun still Xperia X10 handsome cuma ntah la.. Tak tertarik. Tak ada kimia (baca: chemistry) kot. Yeah.. Mungkin jugak kimia saya dengan smartphone kat bawah ni.. hehe



Siapa tahu kalau - kalau kita berjodoh, kan Xperia arc sayang?


Beberapa perkara menarik yang Zu suka tentang my sweet heart ni sebab:

- Ada application for blogger. Zu tak tahu OS lain ada atau tak, tapi since kesayangan saya support blogger okay la kan, buleh update blog di mana saje. hehe.. Kira menepati citarasa la.


- Built-in GPS (okay, yang ini sangat membantu sebab bab - bab jalan ni saya agak memang fail.)

- Wi-Fi support. Ini pun kira sangat membantu.

- Camera dia 8.1mp (boleh tahan la, nampak jerawat semua tu..)

- Last but not least, FM radio. Ni mungkin nampak macam pelik, yeah..mungkin. Tapi ni la salah satu benda wajib yang perlu ada bagi handphone Zu. Jangan main - main.!


Okay lah. Panjang berjela Zu bebel pasal pakwe-to-be ni. hehe.. Punya la banyak link di sediakan. Boleh bayang tak Zu bukak semua link tu semata - mata untuk entry ni? Boleh bayang tak betapa saya dah jatuh cinta sama ini Xperia arc?


Apa pun, still kena tunggu harga dia turun.. huhu. Paling tidak, kena tunggu ada duit. Sabo je la~ Err, kalau buat sebagai hantaran boleh ke? haha...



Nota Zu: DSLR ke Xperia arc?


Update: Muhammad Abdul Rahim kata, harga dia RM2099. T__T lambat lagi la nak dapat ni.. huhu..

Monday, April 18, 2011

bila huruf - huruf menunjukkan perasaan

Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Salam ceria baru habis satu paper. hehe.. Baru satu paper dah nak kecoh..


Orite, dalam entry sebelum ni Zu ada tunjuk beberapa perasaan yang boleh dibina dengan menggunakan huruf - huruf kan? Kalau ada sesiapa yang belum baca, boleh jenguk - jenguk kat sini ye. Kali ni, Zu nak sambung perasaan - perasaan lain pulak.


Check it out!~


"iiiiiiiiiiiiiiiiiiiii                     i"
terasing


"uuuuuuuuuuu  n  uuuuuuuuuuuuu"
sedih


"db  bd  qp  pq  dp  qb"
keliru


"zzzzzzzzzzzzzzzzzzz"
mengantuk
(okay. yang ni semua tahu rasanya. kan?)


Okay. Sekarang Zu dah "                       " (baca: blank). Itu je la setakat ni. Nanti kalau idea datang, kita sambung lagi ye. Andaikata ada yang tak berapa jelas/faham dengan entry ni, cuba take 5 kejap, bancuh kopi teh dsb lepastu baru sambung. 


Haaa.. Yang mana tengah exam atau nak exam tu, GOOD LUCK and ALL THE BEST Zu ucapkan. Oh ya, Zu ada 3 paper je final sem ni. Kalau ikutkan ada 6 subjek yang Zu ambil, tapi lagi 3 tu tak ada final exam. Satu dah lepas, ada lagi dua. Korang?

Friday, April 15, 2011

take 5

"                                                            "
blank


"asksanfcigkjnfkjfclwckinfcaflhckinlkxvl"
celaru/berterabur/dll


"a b z"
tak sabar nak habis
(baca: dari 'b' terus nak ke 'z')



Sebenarnya banyak lagi perasaan yang ada. Tapi sebab ini entry take 5, so kena tulis sikit je la.
Sekian.


update: tempat melepak minggu ini


Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI

Friday, April 8, 2011

PENULISAN ILMIAH vs PENULISAN DI BLOG

Assalamualaikum. Hye. 




Singgah sini jap untuk bebel-bebel sebelum pergi library, cari bahan untuk penulisan ilmiah. Err.. skema pulak rasanya. Okay la, untuk proposal thesis. Zu agak busy ye minggu ni dan minggu depan. Ohh. Bukan agak lagi dah, tapi memang busy. Bukan buat-buat. Tapi sempat lagi kau hapdet (baca: update) blog kan? =.=' 




Sebenarnya nak cakap pasal ni..


Banyak lagi draft yang tak disambung.




Haaa.. See, alahaii.. bila la nak sambung semua draft yang ada tu. Huhu. 




Okay la. Jam kat lappy dah pukul 8.13am. Nak pi siap-siap, mau pigi library. huhu.




Tata~~~ Jumpa lagi~~


p/s: gigih jugak nak mengemaskini (baca: update) blog. Entry pendek-pendek pun jadi la...
p/s/s: Oh ya. Jawapan penulisan ilmiah vs penulisan di blog: mesti la penulisan blog menang!! haha. tengok ni. nak pi buat penulisan ilmiah pun sempat lagi menulis blog. hahaha.


#okbye
eh, dah 8.20am.. arrrghhh..

Wednesday, April 6, 2011

Menabung: Jaminan kewangan di akhir-akhir semester.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Waahh. Tajuk tu dah macam pakar ekonomi je kan? hehe. Well, Zu nak tanya sikit. Korang ingat lagi tak entry menabung yang pernah Zu share dulu? Ingat lagi tak berapa ringgit? Kalau tak ingat, meh baca kat sini.


Haa. Itu untuk semester lepas, sekarang kita tengok pulak berapa total collection Zu untuk semester ni. 


Tadaaaa..

tulisan dalam gambar: 
RM0.10 x 70 kpg keping
RM0.20 x 40 kpg keping


Alhamdulillah, dapat RM15 semester ni. Okay la kan, semester lepas RM10 je. Lepas jugak la duit makan kat cafe tu.. Hehe..


Sebenarnya kawan-kawan, tak susah pun nak menabung cuma nak start simpan dan nak consistent tu yang payah sikit. 


Dan macam biasa, duit tabung saya mesti kering bila hujung semester. =.='
Related Posts with Thumbnails

.::sejarah penulisan::.