Ogos yang bakal tiba dan Julai yang akan berlalu | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Saturday, July 23, 2011

Ogos yang bakal tiba dan Julai yang akan berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak sangka kan, sekarang ni dah hujung bulan tujuh dan tak lama lagi kita akan masuk bulan Ogos.

Ogos yang bakal tiba ni mungkin banyak ceritanya. Cerita Ramadhan. Cerita Syawal. dan yang paling penting berakhirnya Cerita Seorang Guru Praktikal. 


Sepanjang bulan 3 bulan berada GOMBAK tercinta, baaaanyak peristiwa menarik yang syok lagi masyuk berlaku. Tapi akibat kekangan masa, idea nak melapor kat blog tu selalu terbiar. Laporan pertama ZMN dalam entry kali ni berkenaan Hari Kejohanan Sukan Sekolah yang terbaik la! dan juga Hari ko-kurikulum yang buat aku merasa cara handle budak sorang - sorang. Cikgu lain ada hal penting yang menyebabkan diorang tak dapat datang. Dah la itu hari ko-kurikulum pertama since aku kat sekolah. Tapi Alhamdulillah and THANKS A LOT to student Kelab Komputer dan Fotografi yang bagi full cooperation. Thanks juga kat semua yang terlibat dengan Unit Beruniform BSMM sebab kita berjaya buat Medic Explorace. Walaupun tak sempat habis, kalian memang best!

Itu, cerita sekolah. Cerita reunion 4th batch SMK Sungai Pusu pun seronok sangat! Selama ZMN tinggal kat Gombak sejak 1997, ini kali pertama ZMN panjat tangga Batu Caves tu. Hoho. Penat tapi seronok. Puas sangat bila dah sampai kat atas tu. Next, check point kitorang pergi membasahkan tekak minum air kelapa (campur air gula yang agak manis). Lepas tu pekena nasi beriani sebelum solat zohor dan bertolak ke Taman Tasik Titiwangsa. 


cukup la tu sampai sini. Lain kali ZMN tulis lagi eh~ Oh ya, terima kasih kat wifi di kawasan rumah saya ni. So boleh la mengupdate blog kali ni :) 

0 127 comments:

Related Posts with Thumbnails