.:: ZULAIKHA ::.: August 2011

.::duit sewa rumah::.

Thursday, August 25, 2011

Bila cikgu Zulaikha berucap…

Hye. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Hari ni kita dah 25 Ogos 2011 dan juga 25 Ramadhan 1432H. Maknanya esok lusa sekolah akan bercuti. Buat yang lupa atau yang dah malas nak ambil tahu, sekolah akan mula bercuti pada 27 Ogos 2011 (ataupun 26 Ogos 2011 bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu).

 

Dan itu juga bermakna, tempoh praktikal Zu kat SMK Sungai Pusu (SMKSP) tercinta pun dah nak tamat. Ya, Zu habis praktikal 26 Ogos 2011. Yakni ESOK! ya! ESOK! Macam tak percaya pulak, dah nak habis rupanya. Kadang – kadang rasa tak sabar, tapi bila fikir – fikir lagi rasa sedih pulak. Lepas ni entah bila la nak datang sekolah lagi.

 

So, dengan ini cik Zu nak bagi ucapan sikit .. boleh?

Here we go!

 

To all teachers yang jadi my teachers for 2nd time. Thanks sebab banyak membantu saya melalui hari – hari yang sangat mencabar sebagai seorang guru praktikal. Terima kasih tak terhingga buat Puan Muslimah(Pengetua SMKSP) yang sudi terima saya kat SMKSP ni, juga kepada Pn Nik Karimah(PK SMKSP) sebab bagi kepercayaan dan tunjuk ajar kat saya & cikgu praktikal lain, terima kasih juga buat Pn. Maizatul (PK Ko-k) atas tunjuk ajar yang diberikan. Last but not least, seinfiniti terima kasih untuk En. Abd Samat (PK HEM merangkap guru pembimbing saya) atas kepercayaan yang diberi untuk mengajar kelas 4 Ibnu Sina (sedih la pulak). Tak lupa juga buat Pn. Salfariza (guru Matematik 2 Digital). Thanks kak, your support and ideas sangat bermakna dan membantu saya. Kesimpulannya, TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA buat semua yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau pun tak langsung. Jasa kalian sangat bermakna buat insan kerdil yang baru berjinak – jinak dengan dunia pendidikan ni. Banyak lagi rasanya yang tak terbelajar. oh ya.. maaf sangat sebab tak dapat nak senaraikan nama semua…

 

And you guys, semua student SMK Sungai Pusu. Students kelas 2 Digital & 4 Ibnu Sina, student 2 Excel yang tution dengan cikgu. Student yang cikgu pernah relief kelas dia. Yang cikgu tak pernah relief kelas. Senang cerita semua sekali lah! Kalau cikgu ada marah – marah tu, cikgu marah sebab cikgu sayang kamu. Cikgu nak kamu jadi insan berguna. Insan berjaya. Cikgu tak nak kamu menyesal kemudian hari. So, belajar rajin – rajin okey, usaha tangga kejayaan. Don’t you ever dare to give up! Ingat!! yang penting hubungan sesama manusia, hubungan dengan Allah kita kena jaga. And after all, thanks for the great moments! gonna miss all of you~ <3

 

As a conclusion, thanks for the great moment! Love u!

Tuesday, August 2, 2011

Wa rindu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan Al-Mubarak. 


Wah.. Hari ni dah hari kedua kita berpuasa. Harapnya tak terlambat lagi la ZMN nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua teman setia blog ni. Sama-samalah kita berdoa agar diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan bulan mulia ni hingga ke akhirnya. Amin..


Oh, ya. Hari ni, atau lebih tepat lagi 11.40am tadi, ZMN baru je diselia oleh guru pembimbing. Cuak tak ingat la sebab lagi sejam nak masuk kelas, baru tau cikgu nak observe. Hoho. Tapi, nasib baik instinct den agak kuat. Lesson plan den hari ni okay la. Thanks kat cikgu masa sebelum tu sebab minta student bagi kerja sama. huhu... Thanks juga kat student yang bagi kerjasama. Korang memang pandai berlakon! Tapi cikgu harap sangat kalau korang duduk baik-baik macam tadi tiap-tiap hari. Tak de la penat cikgu nak jerit sana jerit sini. Eh, penat tau! Sakit tekak. Okay, minggu depan cikgu kena observe lagi, kita berlakon lagi skali ye ;p


Haa... Dalam tak sedar, rupa-rupanya dah masuk minggu ke-11 ZMN di sekolah ni. Ada lagi 3MINGGU!! Seronok woo.. tak sabar nak habis ni. Rasanya ini kali kedua ZMN rasa rindu kat UPSI, to be more specific KOLEJ ZA'BA!. Lantak la kolej tu jauh dari kampus ke ape ke.. Yang penting wa rindu sama itu UPSI-JARING meh~~ rindu sama kawan-kawan jugak. Rindu mau pigi itu bazar ramadhan. Rindu la semua!


Aha.. Since ni dah lepas bulan Julai, July test pun dah lepas la jugak. Hurmm.. Macam-macam perasaan ada masa tanda kertas soalan tu. Kuciwa. Sedih. Suka. Gembira. Memang down la jugak. Motivasi pun turun huhu. Tapi, lepas dapat suntikan motivasi pagi tadi, i feel better. Thanks Cikgu Rajiah Hassan. :) Cikgu cakap, take it easy. Kita tak boleh letak high expectation sangat. Yang mana lemah kita bantu. TAPI bagi saya, student tu pun kena lebih dari orang lain la. Buat latihan lebih dari orang lain. Study lebih dari orang lain. Yeah, bantuan cikgu tu penting, tapi STILL membantu diri sendiri lagi penting!


Ehmmm... So, that all for today. Lain kali saya sambung lagi.. Daaa~~~
Related Posts with Thumbnails