.:: ZULAIKHA ::.: November 2011

.::duit sewa rumah::.

Monday, November 21, 2011

Well done dear!

Beribu - ribu tahniah aku ucapkan untuk diri aku sebab dah habis baca buku For One More Day. Rasanya ini buku berbahasa Inggeris yang kedua aku habis baca. Sebelum - sebelum ni aku baca sekerat je. Lepas tu stop. haha...Oh, ya. Sebenarnya aku habis baca buku ni pertengahan minggu lepas tapi baru hari ni tergerak hati nak menulis.



Inilah dia gerangan buku yang aku baru habis baca tu. Buku ni recomended by aku-pun-tak-kenal-siapa-dia di facebook Big Bad Wolf. Mesti terkejut kan tetiba je aku gi buka facebook Big Bad Wolf tu? Haaa...Okay, meh nak story sikit.


Idea nak pergi Big Bad Wolf punya sales datang lepas aku tengok Yan, Azam, and Wahidah duk show off diorang punya buku buku - buku mereka. Dan bagi seseorang yang pantang tengok buku - buku murah macam aku, mesti la rasa excited-macam-nak-lompat-lompat. Walaupun tahu kat situ jual buku - buku BI je, tapi tak apa la.. Dengan harapan, satu masa nanti aku akan baca.. Tapi masalahnya aku tak tahu nak beli buku apa! Then dari situ la aktiviti bertanya kepada En. Google dan membuat sedikit survey bersama En. Facebook. Dalam banyak - banyak buku, orang cakap buku ni best. Jadi, nak dipendekkan cerita. Akhirnya buku ni jadi milik aku. Kalau nak tahu lebih - lebih pasal hari-memborong-buku tu, boleh tengok entry tentang BBW book fair.


Okay. Lepas beli buku ni, baca sikit sinopsis dia. Aku pun rasa buku ni best. Ayat dia boleh difahami oleh aku budak-baru-belajar-baca-buku-BI ni. A lot of thanks to Mitch Albom yang tulis simple je. Kalau tak, mesti dah berhabuk sebab aku akan biar je buku tu di almari atau mana - mana tempat yang aku rasa sesuai.


Haa.. Pasal tajuk tu pulak. Memandangkan aku tak nak rasa bosan baca buku ni timbul, jadi aku baca sikit - sikit dan aku stop baca bila aku rasa tepu. Yeah, memang agak lama nak habiskan satu buku ni. Tak macam zaman aku habiskan novel BM dalam satu dua hari je. Nak pulak bila buku For One More day ni aku baca bila dalam train balik rumah. Memang lambat la nak habis kan =.=' tapi... tak apa la.. yang penting memupuk amalan membaca okey.


gambar ihsan google

Macam ni la aku masa dalam train tu. Okay, kecuali part tak pakai tudung dan part angkat kaki macam tu. Aku tak buat dua benda tu ye. 


So, moral of the story, buat sikit - sikit asalkan berterusan. Alamak!! Aku pun ada assignment nak buat ni. Dari hari tu buat tak habis - habis lagi. Mungkin sebab aku buat sikit - sikit kot. Jumpa lagi! tata....
Assalamualaikum!


p/s: Sekarang ni aku sedang membaca buku ke 2 iaitu buku bertajuk Winter Garden.

Thursday, November 17, 2011

draf jadual peperiksaan akhir sem 1 2011/2012

Assalamualaikum. Salam sejahtera. 


Draf jadual peperiksaan akhir sem 1 2011/2012 sudah pun keluar. ZMN pun dah tengok, dan conclusion-nya ZMN ada 5 paper untuk final kali ni. 3 subjek math, 1 subjek edu, dan 1 subjek sejarah. yes! it is HISTORY. Ingatkan dah tak payah jumpa sejarah lagii.. huhu.. Tapi takpe, sejarah kali ni considered as best la sebab sejarah matematik. Ni kali kedua yang ZMN rasa sejarah best!. Haha.. 1st masa belajar sejarah form 4. Sejarah dunia... dan kali ni. belajar History of Mathematical Science.


Oh ya, niat asal nak cerita tarikh - tarikh cantik untuk final.... Dan tarikh yang sangat 'cantik' tu jatuh pada..


3 Jan 2012          2.30pm          Multi-Objectives Model
4 Jan 2012          2.30pm          Numerical Solution of Ordinary Differential Equation
5 Jan 2011          2.30pm          Numerical Solution of Partial Differential Equation
9 Jan 2011          2.30pm          History of Mathematical Science
16 Jan 2011        9.00am          Trends and issues in Education for Mathematical Science


Tuuuuuuu dia. 3 hari berturut - turut ada paper Math. Terbaik laa....



Apa pun, dengan keluarnya draf jadual exam ni bermakna exam pun dah dekat. Kalau tak ada apa - apa yang berlaku, kiranya ni la semester akhir ZMN kat bumi Tg. Malim ni.... T__T (ye ke sedih? haha..)


Okay la.. Itu je dulu untuk hari ni. Ada rezeki kita jumpa lagi. Assalamualaikum.
Related Posts with Thumbnails