MAKSUD DISEBALIK WARNA BUNGA MAWAR | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Friday, October 15, 2010

MAKSUD DISEBALIK WARNA BUNGA MAWAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang kita sedia maklum sekarang ni musim Konvokesyen di kebanyakan Universiti. Justeru, pemberian bunga mawar atau dikenali juga sebagai bunga ros kepada graduan amat sinonim dikalangan kita. Pasti kita tertanya - tanya apakah makna disebalik warna bunga tersebut. Maka, pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua makna disebalik warna bunga mawar. Harapnya ia dapat membantu anda dalam memilih bunga yang sesuai untuk diberikan kepada teman - teman yang bergraduat.


................................................

Mawar Merah (Red roses)
Meaning: Love, Respect, Courage, Passion, Well Done, Congratulations


Ros merah biasanya diberikan untuk menyatakan perasaan cinta. Ia juga sebagai simbolik kepada keberanian dan penghargaan.



Mawar putih (White roses)
Meaning: Purity, Secrecy, Innocence, Reverence, Worthiness


Sesuai dengan warnanya, mawar putih melambangkan kesucian dan ketulusan hati.



Mawar merah jambu / Merah muda ( Pink roses)
Meaning: Happiness, Elegance, Romance, Admiration, Sweetness, Thank You


Mawar pink secara umumnya membawa maksud kegembiraan. Makna pada mawar pink bergantung kepada kepekatan warnanya. Warna pink pucat/muda (light pink) simbolik kepada kekaguman atau simpati terhadap penerima. Warna yang lebih pekat/tua (deep pink) memberi simbolik kepada penghargaan dan terima kasih.



Mawar peach (Peach roses)
Meaning: Appreciation, Sincerity, Gratitude, Modesty

Mawar peach sebagai simbolik kepada penghargaan. Ia juga boleh digunakan untuk menyatakan terima kasih.



Mawar kuning (Yellow roses)
Meaning: Friendship, Caring, Welcome or Welcome Back, Joy


Bunga mawar kuning menjadi lambang persahabatan dan kegembiraan. TAPI bunga ros kuning juga lambang cemburu. Jadi untuk mengelakkan salah faham, bagi bunga dengan nota sekali. Nanti kalau salah faham lagi haru.



Mawar Biru (Blue roses)


"Blue roses also convey inner feelings of love at first sight, being enchanted by something or someone. The color blue is also traditionally associated with royal blood, and thus the blue rose can also denote regal majesty and splendor" [Wikipedia]. Tetapi mawar biru juga sebagai simbol misteri atau  sesuatu yang tak dicapai. 

Nota: Bunga mawar biru sebenarnya tidak wujud secara semulajadi. Menurut Wikipedia "Blue roses do not exist within nature, as they lack the gene which produces the blue pigment. Traditionally, white roses have been dyed blue and recently researchers have used genetic modification to create blue pigmented roses."

................................................



Sekian saja info tentang rahsia disebalik warna bunga mawar. Harap dapat membantu kalian dalam memilih warna bunga untuk dihadiahkan kepada teman - teman. Tak lupa juga, TAHNIAH diucapkan kepada para graduan. 


Kredit
Gambar: Google.com

p/s: Orang cakap kalau tanam bunga ros, kita kena selalu bercakap dengan pokok tu. baru bunga tu tumbuh cantik. Betul ke eh? Siapa tahu?

nota pengarang: Jangan terkejut ye ayat kali ni agak skema. Ni untuk kegunaan masa akan datang. (^_^)

red & white rose lover;
-zulaikha-

11 127 comments:

lady-D said... [Reply to comment]

suke yg kaler putih & biru..comeyyyy :)

zulaikha said... [Reply to comment]

@d_LA
warna putih memang sweet kan? ;)

SyazwanJaudin said... [Reply to comment]

merah la bagus... sebab bini aku suke... aku plak suke bg tiga kuntum... hahaha

Cikgu Nurin said... [Reply to comment]

Betul..akak ada tanam ros oren...dah dua tahun beli tak berhenti berbunga,sebab selalu bercakap dengan pokok pokok tu...memang dia naik cantik...

hamzah ian said... [Reply to comment]

apesal la tak pernah aku jmper yg kaler pink tuh.. grrr

Mr. Asada said... [Reply to comment]

xde plak yg kaler purple @ violet.. apa maksud ea?

zulaikha said... [Reply to comment]

@Blog Leader;
merah itu menawan. yeah! sy pun suka ros merah. cakap kat isteri encik, dia ada geng! hehhe.


@Cikgu Nurin;
wahhh.. bestnya! teringin nak pegi umah akk.. :)


@hamzah ian;
tak pernah? hurmm.. kena jalan2 cari bunga lagi ni.. hehe. :)


@ASaDa RyutaRo;
yang purple tak pasti la apa maksudnya. kena rujuk link yang zu bagi tu.. :)

bunga said... [Reply to comment]

Terima kasih Informasi dengan bunga mawar dengan rangkaian sangat bagus

zulaikha said... [Reply to comment]

@bunga thanks :) jemput la datang lagi :)

Toko Bunga Online said... [Reply to comment]

Nice article! Mawar memang bunga yang sangat cantik ^_^

PERINDU SEPI said... [Reply to comment]

kenapa dgn mawar biru

Related Posts with Thumbnails

.::sejarah penulisan::.