Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kalian? Kita akan bercerita sekitar cerekarama: Aku ingin ke syurga. Bagi sesiapa yang masih samar - samar, harap maaf ye. :)
Mula - mula zu tengok cerita ni memang sangat kecewa. Sebab dalam 30 - 40 minit pertama zu nampak hanya perbuatan yang tak baik. Tolong lah! Berjudi. Kurang ajar dengan emak. Semua kerja - kerja jahat si Hanafi (lakonan Zamarul Hisyam) tu buat. kecewa sebab scene yang ditayangkan sangat tak elok untuk budak - budak!. Masa ni juga rasa macam nak rotan - rotan je dia. Geram tahu??!! Bila si Hanafi tu kena pukul dengan gengster, rasa macam kesian pulak. Mula dari scene kena pukul ni, si hanafi ni dah mula melalui saat - saat pembalasannya.
Okay. Zu bukan nak tulis tentang sinopsis cerekarama ni. Kalau nak tau sinopsis, korang boleh cari dekat google. Apa yang zu nak tekankan kat sini ialah moral of the story. Nilai - nilai yang patut kita ambil dari cerita ni..
1. Walaupun anak buat jahat dekat emak, emak akan tetap sayang anak dia. Jadi, sayangilah ibu anda.
Dalam cerita ni mak cik tu tak pukul pun anak dia kan? Lepas tu, bila anak dia balik rumah dalam keadaan sakit dan tak boleh nak urus diri sendiri tu, mak cik tu masih nak jaga dia kat rumah. Tak nak hantar kat hospital.
2. Setiap orang yang berdosa tu akan diampunkan oleh Allah kalau dia bertaubat nasuha dan dia minta maaf kat semua orang telah dianiaya.
Bak kata ustaz X (tak ingat nama) dalam cerita tu, selagi nyawa kita masih ada, kita masih ada peluang untuk bertaubat. Jadi, bertaubat lah. Bukan setakat tau buat. Ok. Ayat last tu bukan ayat ustaz tadi.
3. Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali.
Mungkin kita patut cakap ayat ni kat budak - budak yang join tengok cerekarama tadi. Boleh juga pesan kat adik/anak macam ni..
"Jangan buat jahat. Nanti tuhan marah, lepas tu dapat balasan atas perbuatan jahat kita."
Ni sekadar cadangan je ye. Korang boleh reka ayat lain yang lagi baik. :)
Kesimpulannya, kita patut ambil pengajaran dari setiap cerita yang kita tengok. Tapi jangan la pula pegi tengok cerita - cerita lucah! Hampeh!!
nota pengarang: Baru first time tengok cerita sambil online. Sangat best rupanya ye! Ok lah. Mata pun dah mengantuk, selamat malam semua. Mimpi indah ye! :)
salam sayang;
-zulaikha-
2 127 comments:
owh....
tapi kalo nak diikutkan, cerita cenggitu la bebudak taknak tengok..diorang lagi suka tengok spongebob yang mengajor budak jadik nakal dan tak senonoh...cemana ek??
Gorengbaek - Apa ada dengan nama??
Hangit habis dah - Betul ke ek??
Post a Comment