.:: ZULAIKHA ::.: April 2010

.::duit sewa rumah::.

Thursday, April 29, 2010

tak ada tajuk.

jeng!! jeng!! jeng!!! haaa... perasan tak header blog ni dah lain. Hehe.. Percubaan je tu.. Bosan. So main edit - edit gambar la pulak.. heheh. Hmm.. Ok la.. Zu pun nak ada meeting jap lagi. sempat lagi mengupdate kan. Hehehe. 

Salam...
Tata..

with love;
-zulaikha- 

pizza, kek dan sambutan birthday.

Hye..jumpe lagi kita hari kan? chet!! macam la jarang buka blog. haha. Ok2.

Memandangkan sekarang ni dah tengah hari...

... dan tengah lunch hour..

...dan korang semua pun mesti tengah relax -relax..

...dan tetibe zu rasa nak jadi nakal sikit kat sesiapa yang tak makan lagi tu.. 

...so....

.....kita layan gambar dulu.. Boleh??

Nanti kejap lagi baru zu cerita.. hahahha.

gambar 1: kek birthday aisyah. Orang tu salah eja nama..


gambar 2: Pizza sedap yang besar.


Gambar 3: Pizza sedap yang kecik.


Ok. Cukup la tiga gambar tu buatkan korang semakin lapar. Sekarang kita bercerita pulak. Macam yang korang tengok kat gambar 1. Kitorang pergi pizza ni untuk sambut birthday aisyah. ala - ala suprise gitu.Yana, Umi and Najwa pergi dulu. Zu and Aisyah follow kemudian.


Mula - mula plan miss and syu pun ikut, then miss ada hal, so dia tak jadi ikut. Tinggal la kami berenam. Lepas tu syu pulak tak jadi pergi. 7 - 2 = 5. Haaa. Kan dah ber-matematik kat situ. Ni la awek - awek cun yang pergi makan kat Pizza Hut tuuuuuttt semalam ye. Haha. Saje je tak nak bagi tau tempat. Tapi rasanya  kalau korang follow entry - entry zu korang dah boleh agak kot Zu duk mane. Eh, ade ke orang nak follow? Oops...

gambar 4: puteri - puteri bergambar. Time ni semua sopan - sopan lagi (termasuk la penulis. hehe)
Eh, yang ambil gambar ni pun puteri jugak ye. Jangan lupa.
Lupa nak bagi tahu, zu duduk sebelah aisyah. Yaa! Pizza besar itu dihadapanku saja. hahahahha


ni gambar 3 puteri lepas makan.


Ohh. Pinggan telah disorok ye. Heheh.


..dan ini hanya lakonan semata - mata. Bukan nak tambah ye. Tolong la percaya.. Please...


Sekian. Selamat menjamu selera. =) 

Nota lantai rumah: Sedapnya kalau ada ais krim time - time macam ni kan? 

...gambar ikhlas dari pak cik google...


salam sayang;
-zulaikha-

Wednesday, April 28, 2010

Tag dari shidi dan sis zilajai.

Salam dan selamat malam. Kali ni Zu nak jawab tag dari shidi dan sis zilajai pulak. Tag ni pasal apa eh?


Haaa.. Kalau nak tahu, tag ni suruh Zu...

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.

Ok. Let's see what i've here. 

2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.



dan gambarnya ialah...



Penerangan: Gambar ni diambil masa study week kat UiTM Shah Alam. Time ni kami ke fakulti untuk bagi souvenir kat lecturers. So, macam biasa la..sesi bergambar pun start. Oh ya, beg ni Najwa beli masa pesta Konvo.

Entry berkaitan dengan Zu - UPSI - UiTM. (sekadar berkongsi.. kalau nak baca, di persilakan. Maaf, gaya penulisan time ni biasa - biasa je. Belum dapat ilmu tentang cara penulisan yang baik.)
sekian. TQVM.

Nota lantai rumah: Soalan no. 4 mintak Zu tag sesiapa. Tapi Zu rasa tak payah la kan? 
salam rindu;
-zulaikha-

ABMM 2010 dan Interesting Blog Award. Thanks Kak Yan.



Haaa.. disebabkan korang dah baca apa yang ada dalam gambar ni, maka tak payah la zu nak cerita panjang - panjang ye. hehe. Kalau tulisan tak jelas, sila klik gambar okeh...? 


Maka dengan ini saya dengan rasminya nak mengambil award yang kak yan bagi ni.


dan...


Thanks kak yan coz bagi award ni kat Zu. Ni award ke-2 dan ke-3 yang Zu dapat. Hope lepas dapat award ni...

Zu akan lebih bersemangat dan rajin nak up date blog.
Lebih rajin nak blog walking.
Lebih pandai nak guna SEO.
Keluarkan entry yang lebih bermutu.
Dapat lebih banyak earning. Opsss...
Dapat buffered earning macam blogger - blogger lain.
Dapat... 
ahh.. sudah - sudah. Ucapan mengalahkan pemenang Bintang Popular ABPBH pulak.


Ok lah. Sekian... 

Nota lantai rumah: Sesi langsaikan hutang tag bermula. 

Nota dinding: Tengah berfikir apalah nak jadi dengan blog ni bila Zu balik rumah untuk cuti sem. 2 bulan tu. Kalau bulan ni je (setakat ni) Zu dah keluarkan 17 entry. Okay. Memang sikit kalau nak dibandingkan dengan blog Ben Ashaari. Oh Incik Ben, macam mana la anda boleh ada banyak idea.? 

me;
-zulaikha-

Tuesday, April 27, 2010

Tag dari nor.

jeng.jeng.jeng!! Zu kembali lagi. Hari ni Zu nak jawab tag dari Nor. Sori weh, aku lambat buat. Jom kita tengok apa yang Nor tanya.

3 names in your message inbox:
To be fair, Zu bagi tau untuk kedua - dua nombor (3 nama teratas).
Celcom: Yana, Mak, Misz (bila ko nak update blog?)
Maxis: Mak, Angah, Izaat. 


Your Ringtone:
Nokia: Zapin Usik Mengusik (tak sure la tajuk dia) - Senario
Sony Ericsson: Cun Saja - Sleeq. best woo lagu ni. 
 
 
What u did at 12 last night?
Study Ordinary Differential Equation (ODE) dengan Ida. FYI, hari ni paper ODE. Geram sebab soalan (equation) dia panjang sangat. Grrr..
 
 
Who was the last person you went out with? Where?
Keluar pergi mana? Kalau pergi kelas tu biasa la kan. Kalau keluar jalan - jalan.. emm.. jap. nak ingat balik. Kalau tak silap keluar tengok Wolfman dengan Amad, and Yan lepas balik dari kenduri kahwin abang Adda. (Mirul dah balik time tu.)
 
 
The colour of the T-shirt you're wearing now :
Red.
 
 
The last thing u did:
Check handphone untuk tengok 3 nama dalam inbox.
 
 
3 of your everyday favorite items:
- Buku. Ok. Tipu.
- Laptop
- Handphone 
 
 
The color of your bedroom:
Putih tapi cam cream je. Ntah la. 
 
 
How much money in your wallet now:
Ok. Part ni Zu suka. Sebab baru je keluarkan duit. Haha. Kalau tak, part ni la yang paling den tak suka.! Dalam wallet ada RM 76.50. Ada sesiapa nak tambah lagi?? =D
 
 
How's life?
Great!! Great la sangat. Baru je lepas huru hara dengan soalan ODE. 
 
 
Your favorite song:
Saya jenis tak memilih.Cehh!! Paling terbaru saya suka lagu Kekasih Yang Tak Dianggap - Kertas Band. Ni senua gara - gara tengok cerita Cinderella Blues. Best!
 
 
What will you do next week:
Next week? Emm.. Ada paper Falsafah dan Dasar 4Mei. (err.objektif kan? hehe) Mungkin 5Mei tu balik rumah. Siapa - siapa yang duk kat Gombak tu jom kite ronggeng - ronggeng nak? hehe.
 
 
When was the last time you saw your mum:
15 April 2010. Sebelum balik kolej. Time tu balik rumah untuk study week. Sangat sedih bila salam mak. Dah bergenang dah air mata. Rindu kat mak. Tak sabar nak balik rumah \(^_^)/
 
 
Where is she now?
Kat rumah. 
 
 
When was the last time you talked to your parent?
Baru je tadi. (^_^)
 
 
Who is the last that talked with you last night:
Semalam? emm..Siapa eh? Tak sure la. Rasanya tak ada kot. T_T 
 
 
Where did you have dinner last night.
Dinner? Saya tak dinner la semalam. 
 
 
The last surprise you got.
Suprise? Alaahai.. Siapa la nak wat suprise kat saya. Mak aih.. Sedihnya. 
 
 
Last thing you borrowed from your friend:
Pinjam iron dari leen.
 
 
Who is your bf/gr or husband/wife?
Azhar (watak lakonan Awal Ashaari). =D Masih lagi terkena penangan cerita cinderella blues.
 
 
What do you feel now?
Bored. 
 
 
Wanna share with who?
Tak mention kan tag berapa orang?? hehe. Nak tag semua orang boleh?
Cukup dah tu kot. kalau sesiapa ya ng nama dia tak ada dalam list ni, tapi nak buat pun boleh. Saya tag awak =)
 
 
Who knows your secret?
Angah and Eli (both of them are my lil cute sis). Tapi Yan kata "Aku tau semua laki yang Zul suka" - Zul itu saya ok. Baca kat sini kalau nak tahu lebih - lebih. Soalannya: adakah itu bermakna dia tahu rahsia Zu?(-.-)?
 
 
They keep your secret??
Yup. Dan saya percayakan mereka.
 
 
Are you angry with someone?
Setakat ni mood masih cool. Tapi akan jadi marah kalau orang kena tag dengan Zu tak jawab. (muka serious) 
 
 
What do you order at McD:
Tak ada specific menu. Saya order je mana yang berkenan time tu.
 
 
The last time you feel so sad..
Baru - Baru ni je. Sedih. Kuciwa. Semua ada. maka terkeluarlah entry ni.


Ehhh. Dah habis? Okay la.. Salam. Daa~~

nota lantai rumah: Sesiapa yang rasa nama dia ada dan di-link-kan dalam ni means anda telah di tag. Yana, Yan, Amad -jangan buat2 tak nampak nama korang ea.
love;
-zulaikha-

Sunday, April 25, 2010

adalah amat menyakitkan bila.....

Memang sakit bila kau rasa sangat sangat sedih dan down dan kau rasa nak ceritakan and luahkan kat orang lain tapi at the same time kau rasa kau tak patut luah kat dia sebab mungkin dia pun tengah ada problem yang dia sendiri tak bagi tahu kau.



(kau faham tak apa yang aku tulis? Kalau kau faham. Bagus. Kalau tak faham, baca lagi sampai faham.)



Dan aku nak bagi tahu kau bahawa ada yang sudi mendengar segala luahan hati nurani dan problem kau. Dia mendengar dan bantu tunjukkan jalan keluar dari masalah kau kalau kau betul - betul berharap dan bergantung kat Dia. Kau ceritalah apa saja. Kalau kau rasa nak menangis pun kau buat lah. Dan lepas tu kau akan rasa lega dan tenang. 



Dialah Yang Maha Mendengar.
Dialah Yang Maha Mengetahui.
Dialah Yang Maha Pemurah.
Dialah Yang Maha Mengasihani.



Dan (lagi) andai kau rasa resah, gelisah, lemah tak bermaya. Kau rasa kau tak mampu lagi nak tanggung dugaan yang kau hadapi, kau bacalah surah Al-Insyirah (Alam nashrah..) dan berserahlah kepada-Nya. InsyaAllah hati kau akan tenang. 



Berikut aku kongsikan makna Surah Al-Insyirah (Surah ke-94)..


the translation of Al - Insyirah in english..

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.
{1} Have We not opened your breast for you,
{2} And removed from you your burden,
{3} Which weighed down your back,
{4} And have We not raised high your fame.
{5} Verily, along with every hardship is relief,
{6} Verily, along with every hardship is relief.
{7} So when you have finished, devote yourself to Allah's worship,
{8} And to your Lord turn intentions and hopes.



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
{1} Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?
{2} dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu
{3} yang memberatkan punggungmu,
{4} dan Kami tinggikan sebutan (nama) mu bagimu.
{5} Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
{6} sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
{7} Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah berkerja keras (untuk urusan yang lain),
{8} dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.


Cuba tengok kat tulisan bold tu... Rasa tenangkan?? Rasa macam safe je. Rasa macam tak bersendirian menghadapi dugaan....

nota lantai rumah: Pesanan ini juga ditujukan untuk diri aku. Manusia biasa yang punya hati dan rasa. 

 dari hati,
-Zulaikha-

Saturday, April 24, 2010

Penghargaan untuk commentator. Adakah anda tersenarai?? jom semak!!

Haluuuuuuuu.. Kali ni Zu rasa nak bagi sedikit penghargaan buat commentator (peng-komen) tegar blog .::ZULAIKHA::.  sebab kalian telah membuat zu terharu dengan komen yang tak putus - putus kalian bagi. Ok. mari kita tengok siapa yang kena bertuah tu..!!!

[ edit ]: nombor - nombor ni tak memberi makna apa - apa. sekadar untuk makluman tuan rumah berapa orang yang pernah tinggal jejak. list ni disusun berdasarkan nama kat email zu. =)

1. hazen - pemilik blog  -Tidak Best-

2. zuely - pemilik blog  | aku bukan si penggoda |

3. amad - pemilik blog A wALk tO ReMEmBer

4. aidi safuan - pemilik blog aidi-safuan

5. ainnur farihah - pemilik blog BE SIMPLE

6. aisha - pemilik blog AISHA INANI

7. amieynna amin - pemilik blog ::Hopes is Harapan ::

8. fuad akmal - pemilik blog Anak Pendang Sekeluarga

8. bro anarm - pemilik blog Anarm.Net

9. anif - pemilik blog Anif..Version 2.0

10. arekeyz - pemilik blog FENOMENASYID Islamic Intertainment

11. asada ryutaro - pemilik blog ThE sToRy oF LiFe

12. bro azrul hisham - pemilik blog Azrul Hisham - My Real Life

13. azyan azilah - pemilik blog to cry and still be happy

14. uncle ben - pemilik blog BEN ASHAARI

15. bobo - pemilik blog ~bObO~

16. BOM321 - pemilik blog Best Of Me 321

17. buaya - pemilik blog Buaya-Merah

18. budakhitam (BH) - pemilik blog Budak Hitam

19. buxx_szmania (cik fa) - pemilik blog CERITERA HIDUP

20. cik nurulain - pemilik blog bicara hati gadis ini

21. cik Yang - pemilik blog Kekunciku Berdansa

22. CikLilyPutih - pemilik blog CikLilyPutih Story's

23. danz - pemilik blog IKUT JEJAK MAYA (teringat cerita adamaya)

24. diana - pemilik blog It's aLL abOuT mY jOuRNey

25. shafiq hashim - pemilik blog - s h a f i q -

26. encik mimpi - pemilik blog Encik Mimpi - Lirik Gitar & Lagu Macho

27. eyriqazz - pemilik blog Great Teacher Onizuka

mak aih... banyak lagi ke ni.... huhuhu

28. ezany - pemilik blog Ezany-Kun

29. faez naem - pemilik blog Fafaezfez Nafaemfem

30. FarhanaDr - pemilik blog Cahaya Yang Riang Gembira (suka tengok penguin tu. hehe..)

31. fatin aqilah zulkefli - pemilik blog Fatin Aqilah Zulkefli (: (tapi dia nak buka blog baru nnt)

32. hanis aleeya - pemilik blog Detik Hati Aleeya


34.  hasrol nizam - pemilik blog Serol-Nizam

35.  hawa - pemilik blog HaWa

36.  Hood XVIIC - pemilik blog TWISTEDRELEVATIONS

37.  ikin cikLi - pemilik blog Ikin Cikli

38.  Noor Afzan - pemilik blog !!simple me!! (dia tengah buat contest. due date 25April 2010. Sempat join lg ni. jom join!!)

lapar la pulak menaip entry ni. Penat i tau.. u all nak belanja i tak??

39. park air - pemilik blog Comicstriper

40. wachak - pemilik blog Republic guaOtai

41. Ir. hydir - pemilik blog kbsoccernet.com

42. Irs (salina) - pemilik blog SALINA

43. sis ismaliana - pemilik blog ~ kaudihatiku ~

44. jai - pemilik blog TERATAKARMO

45. jejemput (ida) - pemilik blog ~::REALITI BUKAN FANTASI::~

46.  joegrimjow - pemilik blog ItS aLL aBouT JoURneyS 

47. kaizen shinobi (khairul nizam) - pemilik blog KaiZeN SHiNoBi

48.  kanip mito san - pemilik blog Theatre Of Dream

49. kapten - pemilik blog unfiltered-madness.com

50. kasihkuamiera - pemilik blog segalanya bermula disini

51. kenwooi - pemilik blog kenwooi.com

52. kisah sensasi - pemilik blog Himpunan Kisah Sensasi

53. laila - pemilik blog ~HitamPutihKehidupan~

54.  lukisan pena - pemilik blog Da' Next Level

55. mario - pemilik blog  Pangkin4rest

56. Mazidul Akmal Sidik - pemilik blog Bersama Mazidul (entry berkaitan: baca sini, komen oleh beliau: baca sini)

57. MC - pemilik blog Read For Pleasure!

58. Meh Kongsi - pemilik blog BILA KEPALA BERGETAR (KB)

59. Mimie.Candy Cane - pemilik blog ♫ A mimie.omx♫

60. Mr Kamikaze - pemilik blog KAMIKAZE

61. Mr. Cuz - pemilik blog Cuzshar-DOT-K0m

62. Mr. J pengeRindu - pemilik blog www.pengerindu.com

64. Mummy Chubby - pemilik blog Mummy Chubby - Tale n Time

65. mus (teringat sheikh muszaphar ^_^ ) - owner of bedroom furniture guide

66. azwan - owner of HIKAYAT NAWZA

67. Nisa A. - owner of Saya Suka Menaip

68. nor - owner of .the.silent.talk.

69. Othman Juliana - owner of Othman, Juliana (February 11, 1979)

70. pak long - owner of  bicara kehidupan

71. phycrewz - owner of PHYCREWZ | Dot Com

72. Pisyek - owner of Dunia Pisyek

73. saiful afzan (sebelas) - owner of NomBor SEbeLaS

74.  sharinginfoz - owner of Sharing is Power

75. shidi - owner of ~~kongsi dari minda~~*

76. shuko - owner of Lantakos Blog (suka tengok layout blog beliau)

77. sitija - owner of PAUTAN MAYA

78. sniffa - owner of ourcrazyncolourfullife

79. sylarius - owner of Anak Askar Pencen

80. timun cino (ann) - aNsWeRiNg tHe NaTuRe's CaLLinG

81.  tinie - owner of TuLiSaN HaTi HaRTiNi

82. Uruchimaru @ kf - owner of Blog Tuan Uruchimaru

83. Wawa Takizawa - owner of WaWa taKiZaWa

84.yana zuera - owner of  ~mY pRecIoUs LiFe~

85. kak yan (yanmie) - owner of yanmieonline.com

86. Zack ~ 'A (kak zai) - owner of Zack ~ 'a Life Story

87. zella - owner of this is... zella story 
88. zilajai - owner of Zilajai's Zone

89. pakKaramu - pemilik blog PakKaramu


Akhirnya.. selesai juga sesi ni. (tak tahu nak panggil sesi apa). Penat.




nota lantai rumah:
  • maaf la kalau ada yang salah. kalau ada sila bagi tahu ye. 
  • semua link dan nama blog saya ambil berdasarkan email comment notification yang saya terima. Andai kata nama anda tiada mungkin saya dah terdelete email tersebut 1 masa dahulu~~
  • kepada sesiapa yang tak tersenarai. Jangan salahkan saya. Penghargaan ini hanya untuk commentor yang meninggalkan komen sebelum entry ini di post. Yang komen lepas entry ini di post, sila cuba lain kali. =)
  • secara jujurnya ada beberapa blog yang saya singgah dan tinggalkan jejak (tak baca sampai habis). Biasanya bagi blog - blog yang ada ayat panjang - panjang. Ada yang saya baca + tinggal jejak tapi tak komen. dan ada juga yang saya baca + komen + tinggal jejak... ada yang saya baca tapi tak tinggal jejak. Senang cerita macam - macam ada laa...
  • tak tahu nak cakap apa lagi. Jom tengok blog orang lain. Mana tahu kot - kot dapat idea nak update blog. Kan?? =)

oh ya.Yang ni special case untuk saudara azfar.Thanks for the badge. Cun. hehe. \(^.^)/

yang dah mengantuk;
-zulaikha-

Friday, April 23, 2010

JANGAN TIRU AKSI INI.

Kepada adik - adik, kawan - kawan, abang kakak sekalian. Tolong jangan tiru aksi kat bawah ni ye..





sebenarnya gambar ni ditujukan kepada diri saya sendiri. Tak tahu la.. sekarang ni bukan main malasnye. haishhh.. ape nak jadi la kan??? tapi yang geramnya, bila online boleh pulak segar bugar je mata ni. Grrrr...  okey la.. malas nak cakap banyak.. 

daaaaaaaaa...

sekian dari saya. Good luck ye semua... =)

salam sayang;
-zulaikha-

apa kaitan kreatif dengan pandai masak? ada kaitan ke?

Haaa.. jangan korang tak tahu, sebenarnya kreatif dengan pandai masak ni ada kaitan. Jom kita tengok kes dengan kreatif dan pandai masak ni...


Kreatif plus pandai masak / suka memasak -> 1 kelebihan.

Kreatif tapi malas nak masak -> boleh di adjust. (adjust apa?? tunggu.. baca sampai habis ye)

Suka / pandai masak tapi tak kreatif -> pun boleh (apa yang boleh?? tunggu~~~)



Haaa... mesti korang pening kan.. Zu ni tengah membebel pasal apa la.. kan? 

Ni.. sebenarnya Zu nak cakap pasal MAGGI MEE MY WAY ni ha..


So, apa kaitannya??

Maggi ni ada buat satu contest. Sangat simple. Korang kena submit video. Nanti 30 finalist akan terpilih untuk diundi. Hadiah dia sangat menarik!! 

Tengok bawah ni..

-> klik kalau nak tengok dengan lebih jelas <-


Haaa.. menarik kan?? Okeh. Sekarang jom tengok apa perlu korang buat.



Mudah kan?? Oh ya. Psss.. meh sini nak bagi tahu, 

- kalau korang tak berapa kreatif tapi pandai masak.. korang mintak la adik / abang / kakak / sesiapa je yang masak. Kalau menang nanti, korang share la hadiah tu. Amboi.. susah sama - sama, takkan bila menang kau nak bolot sorang - sorang kot..

- Korang kreatif, tapi tak pandai masak or tak ada idea. Haa.. Ni pun sama jugak macam kat atas. Buat la sama - sama. Apa yang penting??? -Kerjasama!!~~


Hmm.. so, ada sesiapa yang rasa nak join?? (^_^)? Boleh la klik kat [ sini ] ye.


Berita baik untuk semua!! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 July 2010 jam 23:59:59. Alah,.. 11.59 malam la senang cerita. Marilah kita bersama memeriahkan peraduan (contest) ni ye.!! 



MAGGI MEE MY WAY


nota lantai rumah: alaaa.. lapar la pulak cakap pasal maggi malam - malam ni.. huhu. siapa nak belanja saya? (^.^)v
love,
-zulaikha-

Thursday, April 22, 2010

review blog: 100th follower.

Hari ni zu nak review tentang follower ke 100 blog .::ZULAIKHA::. =) Sebanarnya dah lama Zu fikir nak buat ni. Masa tu my follower baru 99 and tetiba terdetik la pula kat hati ni ..


"orang ke 100 nanti aku nak buat review la.. Sebagai tanda terima kasih."

:
:
:

 dan blogger bertuah tersebut adalah......... Pn.Fazrin..!! yea!! sila tepuk tangan. 


kata beliau....

"Pn.fazrin menulis dari apa yang dilihat, apa yang didengar, apa yang dibicarakan, dan apa yang difikirkan.. kerana..menulis adalah perjalanan kehidupan.."


haaa.. kalau nak tahu apa yang pn.fazrin a.k.a kak farah tulis, boleh la ke blog beliau di.... 




Jom klik [sini] ramai - ramai.. lepas tu jom kita follow beliau. =)


Kalau korang melawat blog beliau, cuba korang tengok jam ( time = gold ). Zu suka tengok sebab nampak best. Betul..!! Cuba korang tengok. Kadang - kadang duk tenung je nombor tu bertukar. haha. opss.. kantoi.


p/s: 1st time review blog orang lain. Sangat tak tahu nak tulis apa. Nampaknya kena belajar dari Uncle Ben ni..


love,
-zulaikha-

Tuesday, April 20, 2010

1st Award : Beautiful Blogger Award. [updated]

Hye..hye..hye.. Zulaikha kembali lagi. Amboi..baru lepas dua paper kak dik oiiii.. (dik = bajet muda. miahaha) Setelah sekian lama award ni duk terperap kat blog ASaDa RyutaRo maka hari ini saya datang untuk menuntutnya. Maaf la Incik Taro baru hari ni saya datang ambil. huhu. 


okeh. Jom cerita tentang award ni.


"BEAUTIFUL BLOGGER AWARD"


Beautiful? cantik? aku ke yang cantik? (perasan sebentar) atau blog ni yang cantik? Hurm.. tak pasti. Tak pe, blog ni ke, aku ke yang penting dua - dua ZULAIKHA. kan? heee..


pemenangnya ialah....  .::ZULAIKHA::.
ok. jangan perasan lebih - lebih.


Macam tajuk yang awak tengok kat atas tu, award ni merupakan award pertama yang Zu dapat since join dunia blog ni. Terharu. huhu.


Alamak. Kena buat homework la pulak kalau ambil award ni. Tak pe lah. Memandangkan Zu tengah rajin ni. Jon kita tengok apa homeworknya.....


1. Thank and link the person that give you the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3. Contact said  blog and tell them know they've won the award.
4. State 7 thing about your self.


ok. Here we go!!


Sudah terang lagi nyata dan Zu pun dah bagi tau kat atas tadi yang award ni diberikan oleh Mr. Asada Ryutaro. Saya sangat terharu dan saya juga nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kat beliau. Lain kali kalau ada award lagi jangan lupa saya eh.. ekekeke..


Hmm.. nak pass kat siapa ye?? Kalau tak nak bagi boleh tak?? hahhah. Boleh  la.. boleh la...
Saya dah ubah fikiran. Award ni saya bagi kepada:

  1. sylarius
  2. hanismalik
  3. yana
  4. cik lily
  5. azwan
  6. azyan
  7. shidi
  8. kaizen shinobi
  9. cik nurulain
  10. kaptenLuffy
  11. pangkin4rest - maaf. zu tak tahu nama awak.
  12. sis dahlia - thanks coz sharing pasal baju tu =)
  13. nisa - yang suka menaip
  14. bro aidi-safuan - thanks coz bagi keberanian itu (^.^)
  15. Pn.Fazrin - follower ke 100. Terima kasih =)


Kalau no.2 tak buat, no.3 tak yah la kan? hehe...
Ok. Saya akan bagi tau mereka.=)


7 perkara tentang diri saya?? hmmm...

1.   Suka matematik tapi tak suka mengira
2.  Suka edit gambar tapi tak berapa kreatif
3.  Suka (dan sekarang ni addicted to ) blogging tapi kat rumah tak ada internet
macam mana la nak update waktu cuti sem nanti. T_T  Pokai la kalau asyik - asyik pergi cybercafe.
4.  Suka beli buku tapi ada banyak lagi buku yang Zu beli and tak belum baca.

rasa susah la pulak soalan ni. adoiii...

5.  Suka jadi cikgu (dari kecik sampai form 5 + matrik) tapi sekarang ni mood jadi cikgu tu dah kurang. Kenapa eh?
6.  Yan kata saya tak tegas. Betul ke? klik [sini] kalau nak tahu apa yang yan cakap tulis.
7.  Still single and available. Heheheh.  -Belajar dulu la zulaikha oiii-


ok lah.. Cukup la tu. Lain kali kita jumpa lagi..

salam sayang,
-zulaikha-

Monday, April 19, 2010

Hey Ladies!! Nak T-Shirt free tak??

Masa tengah study tadi, Zu rasa mengantuk. Biasa la kan.. so bukak la blog. Tengok chat box ada mesej dari sis Dahlia. Dia cakap "Ladies Blogger Only… Nak Tshirt free tak?" maka, dengan kelajuan maksimum zu terjah blog sis ni. Ok. Sikit - sikit dah la...

-------------------------------------




Mahukan T-Shirt netQueen edisi terhad ini? Edisi terhad ini hanya bagi setiap 100 pendaftaran pertama sebagai ahli netQueen sahaja. Jadi bagaimanakah caranya mahu mendapatkan T-Shirt ini? - netQueen


100 keahlian pertama?? mak aih..sempat ke ni?? tak pe la.. bedal jek.

Ok. Apa perlu zu buat??
1. Daftar sbg ahli netqueen.-dah.
2. Masukkan blog netqueen dalam blog list. -dah.
3. Buat entry tentang netqueen. -errk.. entry ni boleh tak kak??
4. Letakkan gambar banner netQueen di side bar & link back - dah
5. Promotekan netQueen  kepada 5 rakan blog anda.-dah
6. Tinggalkan komen. -jap lagi

ok lah. kalau korang nak join gak. meh klik sini [sini laaa]

tenkui...

Saturday, April 17, 2010

Achik Spin maut nahas ngeri

seriously aku terkejut tengok ada 1 blog cerita pasal ni. betul ke weh??? aku dah la minat ngan dier ni. dengan pantas aku google. Tapi cam tak puas hati. Aku bukak GengBlogger. Ramai yang cerita pasal ni. Dan yang paling terbaru aku tengok kat utusan. Aku terkedu. Korang baca la kat [sini]

Al-Fatihah untuk arwah.

hoyeah!! Dapat topup RM10 free!!

alhamdulillah.. macam tau - tau je aku ni malas nak gi topup. hahha.. Lagi pun sekarang ni kan tengah hujung - hujung sem. Faham - faham je la status kewangan aku macam mana kan..Ok lah. Intro sikit - sikit sudeh~~


Camni kisah dia. Dulu aku pernah jawab online survey pasal "Kajian Mengenal Pasti Tahap Kebimbangan Belia Terhadap Isu Jenayah di Malaysia". Survey dari IPPBM ( Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia )


Time ni aku pun tak sure sangat betul ke dapat topup free. Tapi aku jawab je. Kalau dapat kira rezeki. Kalau tak dapat pun aku tak luak apa - apa. 


Then dapat lagi satu survey dari IPPBM. Kali ni tentang "Keberkesanan Program Rakan Muda". Well... Untuk kelihatan lebih muda, aku pun jawab la. Lagi pun aku memang minat ngan program rakan muda ni. Untuk survey ni pun dia (IPPBM) nak bagi topup free. Kali ni aku mintak untuk Hotlink pulak. hehe.


Bila dah submit, aku pun wat dunno je. Ye la. Tak de la berharap gila - gila kan. Tengok - tengok semalam aku dapat 1 e-mail yang membuatkan aku senyum sorang - sorang. haha. Meh aku nak share sikit email tu.


>> klik untuk penglihatan yang lebih menarik <<

Yang ni untuk survey yang first tu. Topup untuk no.celcom. 
Nombor aku lak: 019 - 43...... teka sendiri. Tak de nya aku nak bagi.


>> klik untuk mata yang cantik <<
Yang ni untuk 2nd survey. 


Akhir kata, aku nak ucap terima kasih banyak - banyak la sebab bagi aku topup free ni. hehe. 
Ok la... adios amigos!! (^_^)v 

jiwa muda;
-zulaikha-

Friday, April 16, 2010

boleh tak saya ambil paper 'edit - edit gambar' untuk exam kali ni?

 
Sumpah aku tengah buat kerja gila! 
Orang duk sibuk study aku leh duk sibuk wat lencana untuk blog aku.
haha. *dua kali je ok.*

tolong la aku..
ZULAIKHA!!!! EXAM DAH DEKAT LA WEI!!!
PERGI STUDY SEKARANG!!
oh... dah la.. ko jerit la macam mana pun.. kalau tak ada kesedaran dalam diri tak jadi ok!

Arrghhh!!! Aku rasa baik aku stop sekarang
sebab ..
dikhuatiri tangan aku menaip dengan lebih laju dan akan menghasilkan entry yang panjang.

ok. babai.


nota lantai rumah: oh ya, mungkin tajuk entry tak ada kaitan dengan apa yang aku tulis. eh..ade la sikit - sikit. 

p/s lagi: jemput la amik lencana ni dan letak kat sidebar korang. linkkan ke http://zulaikhamohdnor.blogspot.com
love;
-zulaikha-

penipu yang terkantoi!! apakah??

ape punya tajuk daaa.. seriously Zu tak tau nak bagi tajuk apa...

nak cerita pasal ni ha...
ok..let's check it out!!!

>> klik untuk mencantikkan mata<<

Alahai... kalau ye pun agak - agak la.. dah la ....

1. Aku tak pernah lagi nak buat apa - apa urusan bank secara online walaupun bende tu menyenangkan kerja.
2. Aku tak pernah ada akaun bank ni.. So, apa kes nak unblock akaun aku?? 
3. Bila aku letak cursor kat link yang dia bagi, kat status bar tu bagi alamat ntah ke mana - mana ntah. yang pasti bukan ke public bank punya site.
4. Cuba korang tengok, alamat email aku pun dia tak tau..hmm.. sah - sah dia main bagi je kat sape - sape..

ok lah...

Senang cerita...kalau korang dapat email cam ni.. semak - semak la dulu.. jangan main klik je...ok??

sekian, saya Zulaikha melaporkan untuk .::ZULAIKHA::.

Sunday, April 11, 2010

[article sharing]: Getting High on Lizard Liquor.

Assalamualaikum. Entry kali ni (dan mungkin juga untuk entry2 akan datang & membawa konsep yang sama) merupakan sedikit perkongsian dari saya. Motifnya 'sharing is caring'. Sebelum anda membaca artikel yang saya sertakan ada beberapa perkara yang perlu anda tahu..:

1. Artikel yang saya kongsi di sini tidak semestinya artikel baru. Mungkin juga artikel lama dan anda pernah baca. Dan artikel ini of course bukan saya yang tulis.
2. Artikel yang dipaparkan dipilih atas sebab ia menarik minat saya. Dan minat saya berubah mengikut keadaan.
3. Saya tidak menterjemah keseluruhan artikel kerana saya bukanlah cik translator. Saya hanya mencari  dan berkongsi maksud beberapa perkataan sahaja.
4. Saya menggunakan Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi ketiga. Kalau tak puas hati, boleh check kamus masing - masing.
5. tu je kot buat masa ni.. kalau ada lagi, nanti saya tambah...

-------------------------------------------------

Title: Getting High on Lizard Liquor. [baca online di sini]
Source: News Straits Times; Thursday, 8th April 2010.

MUAR: It is not a drink for just anybody. Some Vietnamese workers employed at furniture factories here are causing a stir with their special brew - homemade liquor fermented with the carcass of monitor lizards.

They claim that the concoction strengthened their kidneys, and best of all, improved their libido.

Locals, keen to make some extra cash, are supplying the workers with the monitor lizards (Varanus salvator) which is the essential ingredient of the drink.

"The Vietnamese workers seem to be willing to pay a rather high price for the reptile," said a monitor lizard supplier who wished to remain anonymous.

The choice lizard for the brewing process are those weighing under three kilogrammes. They cost between RM20 and RM30 each.

The reptile would be placed alive into a container filled with the liquor. 

The drink would then be sold to other foreign workers at RM5 per glass.

Several foreign workers in Bakri near here yesterday said they drank the "tonic" to get extra energy to carry out their strenuous jobs.

"It is really good. The drink is also supposed to improve our sexual prowess," said a 24-year-old Vietnamese worker who wanted to be identified as Min.

He said some of his fellow workers also knew how to prepare the drink and sometimes, they shared the cost of brewing it themselves.

Min said the "special" ingredient was accidently discovered last year when a monitor lizard, which entered the workers' quarters, fell into a container of the liquor and drowned.

He said the workers enjoyed the taste of that liquor and it had since become a craze among them.

The workers also bought bigger monitor lizards but the animal would be cooked and eaten after brewing the liquor.

However, it is illegal to brew the liquor, known by locals as samsu biawak.

On Feb 25, about 12.30am, a police team raided a single-storey terrace house in Bakri which a group of Vietnamese workers were renting.

They discovered a container filled with the liquor and a monitor lizard carcass inside it.



Three of the workers were detained to facilitate investigations for preparing the drink.


Lucky word: 
1. brew - (i) membuat (bir) dengan cara menjerang hingga mendidih, meragi dan dibiarkan manapai; membuat teh dengan cara merendam daun teh; mengakibatkan
- (ii) cecair atau hasil yang dibru.
2. carcass - rangka.
3. concoction - rekaan / bancuhan.
4. strenuous - yang mengguna atau memerlukan tenaga dan kekuatan; berat.
5. drowned - mati lemas.


------------------------------------------------
eiiiiiiii.. geli je baca artikel ni. Nak tahu lebih - lebih tentang Varanus Salvator?? [..klik sini..]

haaa... nah, tengok ni.. ni la Varanus Salvator tu...


laaaaaaaaaa... biawak rupanya...


tengok ni pula..


Nak gelak tengok biawak ngan nyamuk tu. hahahahah. Muka je ganas. 
Tengok, nyamuk tu dah kenyang dah hisap darah dia...huhu..

Nota lantai rumah: Dulu selalu sangat tengok bewak ni lalu depan rumah. Tapi kitorang (saya dan adik - adik) yang lari masuk rumah. Menyorok. Takut ooo. So, intai je la ikut tingkap. hehe.

ok la.. dah penat. see you next time =) daaaa~~~

ehh.. ada lagi.. jangan lupa tinggal komen tentang konsep article sharing ni ye. Apa pendapat korang?


love;
-zulaikha-

Tuesday, April 6, 2010

1 bulan je lagi.

--> gambar ini dibesarkan untuk mengelakkan anda sakit mata <--

Dah 11 bulan? Macam tak percaya je. Tapi saya aktif ni pun start bulan 12 2009. Sebenarnya  dah banyak yang saya belajar since mula ber-blog ni. Blogger2 semua tak kedekut ilmu even tak pernah bersua muka. *saya tak join perjumpaan blogger hari tu.. T_T *

:
:
:
:
:
:

dan gambar di bawah ini khas buat anda.. 
..teman reality dan teman maya saya..



Saturday, April 3, 2010

.PATAH HATI.

.PATAH HATI.

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati
Patah hati 
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri

Bukankah Tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah Tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang




Artis: Saujana.
Lirik: Fedtri Yahya
Lagu: Hafiz Hamidun


Jom Dengar: [klik sini]
Sumber lirik: [klik sini]
peminat saujana?: [klik sini]
Lagi Lirik Nasyid: [klik sini]


nota lantai rumah: Dari tadi duk ulang lagu ni je.. =)Best!!

love;
-zulaikha-

Thursday, April 1, 2010

saya tak nak kena BANNED!! | nuffnangers, sila baca.

BANNED! 

Uish.. kes berat jugak tu. Kalau kena banned, boleh jadi akaun Nuffnang ku kena gantung. erkk. Tak nak la kan... tak best la. Tapi tu ok lagi kot dari kena blacklist. Hwaaaa... Kalau kena ni lagi parah. Dah tak boleh join Nuffnang langsung. =( Dah la ku baru je join Nuffnang ni. Earning pun takat buku lali je baru. Nak bagi dia cecah juta - juta. hehe..... juta? boleh ke?


Nak tahu kenapa tiba -tiba Zu cakap pasal BANNED ni?. 


Sila baca entry ni. [ klik sini ok. ]



Thanks to Aried coz bincangkan isu ni. =)
Thanks to sis Jieda. Coz Zu mula2 baca berita ni dari dia.=)

Daaaaaaaa~~~

love;
-zulaikha-

Pesta Buku Antarabangsa 2010. (siri 2)

i'm back!! =) Ok. Hari ni Zu nak share pasal pesta buku hari tu. Sorry la sebab Siri 2 ni lambat keluar. Ok. Straight to the Ampang point.

Dalam entry kali ni Zu nak cerita tentang apa yang Zu beli. Tak kira, nak cerita jugak walaupun dah lambat. 

Ok.

First, untuk diri sendiri dulu.


1. Pergilah Air Mata by Hanni Ramsul.
Buku ni Zu start baca secara online di MANISNYA KENANGAN. Buku Kak Hani yang sebelum ni (Biar YM Berbicara) pun sudah dimiliki. =) Masa jumpa buku ni rasa excited sangat. Hahah. Dah lama tunggu kot, mesti la excited. Lagi pun saya ni novel mania ok. =) Tapi kan, sekarang ni dak kurang baca novel sebab asyik baca blog - blog orang. \(^.^)/



2. Practical Mandrin Guidebook. 
Buku ni Zu berkenan start sem lepas. Masa tu teringin nak ambil Mandrin. Sekarang dah ambil la. Baru ambil Bahasa Mandrin Komunikasi 1. Rasa macam nak sambung Mandrin 2 pulak tapi tak pasti lagi. Tengok credit hour subjek sem depan. Eh, dah lari tajuk da.. Ok. Kembali ke pangkal jalan. Mula - mula ingat nak beli kamus, tapi bila fikir - fikir balik, rasa baik ambil yang ni. Ada ayat - ayat sekali. =D

Ohh. Lupa nak bagi tau, ada CD sekali. Tapi Zu tak dengar lagi. hohoho..

ni CD dia....

Percuma ke?


3. Doa - doa pengasih. 
Malas nak komen. Malas juga nak ambil gambar sebab kecewa dengan buku tu. hmmm..~~ *Macam pelik - pelik je buku tu. Takut lak* 



Ok. Masa untuk adik - adik. Adik yang kecik - kecik je ok. Diorang tak ada duit lagi. Yang dah besar beli sendiri. hahahha..




--> Buku untuk Amin.


 Buku yang Zu beli dulu dia baca. Yang ni hope dia baca jugak la. (^.^)v


--> Buku untuk Akim. 


Oleh sebab Akim ni tak berapa mahir lagi membaca, Zu pilih buku yang ada nama dia. Harap - harap bila dah ada nama dia ni, dia jadi semangat sikit nak membaca. =)


--> Buku untuk Syira.


Tak tahu la jadi ke tak plan ni. Takut abang - abang dia yang buatkan je. huhu..


--> Buku untuk Aina. 


Memandangkan Aina ni suka kaler2 je. Zu beli la buku ni. Biar dia kenal buah - buahan tempatan. =)
Sekian. Saya Zulaikha Mohd Nor melaporkan untuk buletin TV18. 

salam kasih sayang;
-zulaikha-
Related Posts with Thumbnails

.::sejarah penulisan::.