.:: ZULAIKHA ::.: January 2013

.::duit sewa rumah::.

Tuesday, January 1, 2013

Hey.. Apa sudah jadi?

Apa sudah jadi sama blog ini?
Umpama hidup segan mati tak mahu.


Aku rasa blog ini perlu ada perubahan. Dari segi warna mungkin? 
- Tapi aku perlukan masa yang panjang untuk mengubah segala setting bagai. Sudah la dah lama meninggalkan dunia HTML, script, dan bla bla bla. Sungguh aku lupa term yang berkaitan. Aku perlu belajar semula semua tu. Hurm..


Aku rasa blog ni perlu di kemas kini lebih kerap. Paling tidak sekali seminggu.
- Oh, aku kira itu sudah bagus buat masa ini. Sekali seminggu adalah cukup sebagai sasaran memandangkan kadar terkini adalah sebulan sekali. Eh, ye ke sebulan sekali? Macam tak je. Macam berbulan - bulan sekali je.


Aku rasa kena tukar pemilik blog ni.
- Hish, jangan la macam tu. Kalau ye sekali pun, setakat ni aku tak pernah terfikir lagi nak tukar pemilik ke apa. Kan ini blog zulaikhamohdnor, insyaAllah selagi zulaikhamohdnor ada, dan mampu update maka dia la yang akan update. Kalau zulaikhamohdnor dah tak ada tu lain la kan..



Aku rasa ...
  okey, sekarang turn korang pulak untuk sambung apa yang korang rasa. Mana tahu kot-kot boleh perbaiki blog ni dari semasa ke semasa. Siapa tahu kan :)
Related Posts with Thumbnails