.:: ZULAIKHA ::.: UPSI

.::duit sewa rumah::.

Showing posts with label UPSI. Show all posts
Showing posts with label UPSI. Show all posts

Friday, April 15, 2011

take 5

"                                                            "
blank


"asksanfcigkjnfkjfclwckinfcaflhckinlkxvl"
celaru/berterabur/dll


"a b z"
tak sabar nak habis
(baca: dari 'b' terus nak ke 'z')



Sebenarnya banyak lagi perasaan yang ada. Tapi sebab ini entry take 5, so kena tulis sikit je la.
Sekian.


update: tempat melepak minggu ini


Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI

Friday, April 8, 2011

PENULISAN ILMIAH vs PENULISAN DI BLOG

Assalamualaikum. Hye. 




Singgah sini jap untuk bebel-bebel sebelum pergi library, cari bahan untuk penulisan ilmiah. Err.. skema pulak rasanya. Okay la, untuk proposal thesis. Zu agak busy ye minggu ni dan minggu depan. Ohh. Bukan agak lagi dah, tapi memang busy. Bukan buat-buat. Tapi sempat lagi kau hapdet (baca: update) blog kan? =.=' 




Sebenarnya nak cakap pasal ni..


Banyak lagi draft yang tak disambung.




Haaa.. See, alahaii.. bila la nak sambung semua draft yang ada tu. Huhu. 




Okay la. Jam kat lappy dah pukul 8.13am. Nak pi siap-siap, mau pigi library. huhu.




Tata~~~ Jumpa lagi~~


p/s: gigih jugak nak mengemaskini (baca: update) blog. Entry pendek-pendek pun jadi la...
p/s/s: Oh ya. Jawapan penulisan ilmiah vs penulisan di blog: mesti la penulisan blog menang!! haha. tengok ni. nak pi buat penulisan ilmiah pun sempat lagi menulis blog. hahaha.


#okbye
eh, dah 8.20am.. arrrghhh..

Wednesday, March 9, 2011

Cikgu ni garangla..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa mood hari ni? Harapnya ceria la ye. Kalau tak, cepat-cepat ceriakan diri. Ok. Hari ni kita nak sembang-sembang pasal macro-teaching ZMN kat kelas. Yang ni untuk 30 minit. Err.. Tapi sebenarnya terlebih 5 minit. Haha. Cikgu excited lebih. Ngee..


Sebelum ZMN cerita lebih lagi, ZMN nak ucapkan terima kasih kat kawan-kawan yang menjadi pelajar ZMN dan memberikan kerjasama sepenuhnya tak lupa juga buat kawan-kawan yang kena point a.k.a sebut nama minta maaf la ye. hehe. By the way, spontaneous is better. Rupanya best juga buat cara macam ni (tak bagi tahu awal-awal yang kita nak tanya siapa) sebab kita boleh tengok siapa yang respons dan siapa yang tak. 


Oh ya, berbalik kepada tajuk kat atas tu.. Masa macro-teaching semalam, ZMN cuba buat-buat garang. Apa? Tak dapat nak bayangkan ZMN garang? hurmm.. cuba la tanya classmate ZMN. hehe.. Ok, mula-mula ingat nak garang masa mula mengajar tu je, sikit-sikit pun jadi la kan. Test power. kuikuikuii.. Then bila dah buat-buat garang tu rasa macam best pula. Apa lagi.. teruskan je la lakonanku. Masa dalam kelas tu ada juga student (classmate ZMN juga..diorang kena berlakon jadi student) cakap cikgu ni garang sangat la. Haha. Sekali keluar statement 


"Dalam kelas kita kena serius, kalau kat luar awak boleh gelak-gelak dengan saya. Waktu belajar cikgu nak awak semua serius." - garang tak? garang tak?


Lepas habis kelas ada sorang lagi member cakap, ZMN garang sampai dia tak jadi dah nak kacau. Mula-mula tu ada la juga kacau sikit-sikit, lepas kena panggil nama terus diam. Dia pun tak sure ZMN ni memain ke serius. Masa awal-awal tu ok la garang sikit-sikit. Bila lama-lama nampak macam serius garang. perghh...


Sampai tahap ni ZMN terfikir, 'aku ni garang sampai macam tu sekali ke?' Errr.. Ingatkan nak garang sikit-sikit je. huhu..


The conclusion is don't judge a book by its cover. haa. Walaupun I ni boleh gelak-gelak sempoi punya dengan you all semua, I pun boleh jadi garang tau~ hehe.


Ok la. Sampai sini je la kite menyembang hari ni. Lain kali ZMN cerita lagi. Nak gi buat kerja lain pulak. :)


p/s: Doakan ZMN boleh jawab test esok ye. Test esok, tapi sempat lagi mengupdate kan? dan doakan perjalanan ZMN ke/dari KL selamat. Nak pi sekolah, lawat koperasi. Dah macam YB kan lawat-lawat ni?

luv;
-zulaikha-

Tuesday, November 2, 2010

Berperang dengan nombor 22.

Alhamdulillah. Selesai sudah proses pendaftaran kursus untuk semester hadapan. Proses penambahan jam kredit juga berjalan dengan baik walaupun masing - masing agak kelam kabut. Sem depan saya akan berdepan dengan 22 jam kredit. Jumlah yang sangat banyak saya kira. Kalau orang lain cakap sikit tu tak tau la kan. Setiap orang ada pandangan masing - masing.


Nak tengok subjek apa yang bakal perperang dengan saya sem depan? Ni dia...

Koperasi (1 credit hour)
Research Project (6 credit hours)
Matematik Perniagaan (3 credit hours)
Numerical Solution of Linear Algebra (3 credit hours)
Pengajaran Teknologi dan Penaksiran 2 (6 credit hours)
Introduction to Mathematical Modelling (3 credit hours)

Total: 22 credit hours

Ohh.. Saya cakap berperang kan tadi? Sebabnya berperang nak siapkan assignment, nak kuiz lagi, test lagi, presentation lagi. Itu je, bukan la perang guna senapang ke, pedang ke, tombak ke. alaa.. semua orang pun berperang dengan menda - menda macam ni kan? :)


Alamak!!. Perut dah menyanyi macam - macam lagu ni. Mintak izin pergi makan dulu ye. heee.. Korang dah makan? kalau belum jom la. Makan sama, tapi tempat lain - lain. Bayar of course la asing. Hehehe. :)

Jom layan gambar ni sat. Hee. Jangan marah ea.. :)

Gambar: Saya suka subjek Math :)

Maklumat tambahan:
Adik - Adik, Kakak - Kakak, Abang - Abang;
Kalau belum daftar lagi, boleh daftar kursus kat sini ye: MYSIS UPSI


Nota pengarang: Tak sabar nak balik rumah. Nak jumpa adik chumil. Nak makan masakan mak :) Nak balik Kelantan Raya Haji ni InsyaAllah. nak itu.. Nak ini.. Oh, study jangan lupa. Exam weh! Exam!


-zulaikha-

Sunday, January 31, 2010

openday Za'ba

assalamualaikum semua... skarang ni tengah rehat. so, zu pergi rumah umi and yana, and sempat la online kejap. ni ada sedikit cerita+gambar buat tatapan korang semua... ahaksss..

cerita 1: masa bengkel fotografi...
1st, kitorang duduk dalam kumpulan dan En.Azlan bagi penerangan pasal DSLR, macam mana nak hasilkan gambar yang cantik..lepas tu kami diarahkan untuk ambil gambar sendiri. yang penting guna manual setting yer. bukan auto. kena kawal f-stop, ISO, shuttle speed.. kalau nak tahu lebih lanjut pasal term2 ni, sila tanya incik. google ye..lepas ambil2 gambar tu, kami kena pilih 5 gambar untuk dikritik... waktu petang pulak, kitorang belajar pasal photo editing. guna photoshop. overall, benkel ni best la..yang penting zu dapat amek gambar dengan DSLR.. hahah... rasa cam nak beli la satu hari nanti. tapi kena pro dulu. kalau tak, sia-sia jer...
gambar2 ni diambil oleh cik Umi masa bengkel fotografi...layannnn...

macam pro je.. hahaha..padahal ape pon tak tau..

jangan cakap saya gilecamera eh...diorang yang tak nak..heheh


next....
 
cerita 2: 
haaa.. nak tunjuk kat korang.. jeng3...
 
cantik kan gelang ni? friends forever...

cerita 3: 
gambar ni masa pertandingan nasyid.. destiny datang buat persembahan.


 
saya: tiada dalam gambar. tapi kena masukkan jugak gambar ni sebab, nak tunjuk kump destiny.


 
haaa... yang ni saya ada.

Saturday, January 30, 2010

jom!!!!

-sticky mode entry. scroll down kalau nak baca entry2 lain.-


marilah kita beramai2 memeriahkan majlis perkahwinan saya  
Hari Terbuka Kolej Za'ba.
"JELAJAH ILMU MENYUSURI WARISAN"
tempat: Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Tanjong Malim, Perak.
antara aktiviti yang dianjurkan...

1. Forum Perdana.
     hari: khamis
     tarikh: 28 jan 2010
     tempat: perkarangan pentas utama.


2. pertandingan nyanyian lagu irama Malaysia

3. pemeriksaan kesihatan percuma. (bersama Hosp. Slim River)
     tarikh: 30 Jan 2010 dan 31 Jan 2010
     tempat: Bilik TV dan bilik bacaan Blok A.

4. program derma darah.(baik korang derma..)
     tarikh: 30 Jan 2010 dan 31 Jan 2010
     tempat: Bilik TV dan bilik bacaan Blok A.

5. pertandingan nasyid
     artis jemputan: kumpulan Destiny.

6. pertandingan kompang.

7. pertandingan koir lagu patriotik.

8. pertandingan teh tarik, gubahan buah, dan hiasan kek.

9. pertandingan tadarus al-Quran.
     persembahan istimewa: kump.Qasidah

10. bengkel posting.

11. majlis penutup
     tarikh: 31 januari 2010
     hari: ahad
     tempat: perkarangan pentas utama
     artis jemputan: UNIC

12. pameran dan jualan

jemput datang ye!!!
kehadiran korang amatlah dihargai.
Related Posts with Thumbnails