1 Step Forward | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Wednesday, January 19, 2011

1 Step Forward

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Salam ceria di hari Rabu.

Jujurnya selama hampir 3 tahun bergelar seorang pelajar UPSI (yang orang cakap bakal jadi cikgu), Zu jarang terasa aura nak jadi cikgu. Masa zaman sekolah dulu memang la cita-cita dulu-kini-dan-selamanya nak jadi cikgu, tapi since masuk matrik minat Zu dah berubah sikit. Dah terpesong ke arah kejuruteraan. Memandangkan Zu terlebih minat subjek Matematik dan Kimia, so planning nak ambil chemical engineering. Tapi sampai sekarang Zu tak faham, macam mana Zu boleh isi course pendidikan sebagai pilihan pertama & ke-2. Chemical engineering pulak Zu letak pilihan ke-3. 


Dan selama hampir 3 tahun ni jugak, subjek EDU Zu memang hancus. Jarang bebenor dapat A, sampai pernah penasihat akademik(PA) Zu tanya macam mana boleh dapat B untuk subjek Falsafah dan Dasar. So, bertambah la rasa kuciwa plus minat pun makin kurang. 


Ok. Stop kat situ. Panjang pulak intronya ye. 


Hari ni, Zu dan lagi 4 orang kawan pergi SMK Dato' Zulkifli Muhammad, Slim River, Perak. Kitorang pergi sana untuk minta izin pengetua untuk buat assignment makro-pengajaran (macro-teaching) kat sekolah tu then, kitorang kena minta izin cikgu (Math) untuk ganti dia mengajar (for 2-period class). 


Bila masuk je sekolah tu, da rasa something dah. Takut. Risau. Berdebar. Excited. Semua ada. Lepas jumpa pengetua & sambil tunggu jumpa cikgu (sebab cikgu ada kelas), macam-macam kitorang fikir. Suasana kat sekolah nanti. Macam mana nak mengajar. Student macam   mana. Pokoknya semua lah! Lagi pun, semester depan kitorang dah nak praktikal dah. So, sambil tu fikirkan untuk praktikal sekali dan bukan untuk kali ni je.


Maka, buat pertama kalinya baru Zu betul-betul rasa yang 
"Aku ni dah nak jadi cikgu rupanya.." 
Serious! Selama ni perasaan tu macam tak timbul lagi. Kalau ada pun just sikit-sikit je. Tu pun sempat lagi nak main-main. Lepas ni dah tak boleh main-main dah. Kena serius sikit. 


Oh ya, InsyaAllah pertengahan bulan Feb ni Zu akan jumpa dengan 1st student Zu. Pelajar tingkatan 4. Zu akan ajar Matematik Moden. Doakan Zu berjaya ye. Tak sabar la pulak. Apa jadi agaknya kan?


So, tu la ceritanya. Kisah hidup insan bernama Zulaikha yang sekarang ni dah bergerak setapak ke hadapan. Sekarang dia dah terima hakikat yang dia insyaAllah bakal menjadi seorang cikgu. Pada masa yang sama, dia cuba untuk kekalkan semangat tu sambil cuba baiki apa yang kurang dalam diri dia. Tamat.


p/s: Lagi suka Add math dari Math Mod. Ada sesiapa yang se-geng tak? 

p/s lagi: Jutaan terima kasih buat cikgu-cikgu SMK Dato' Zulkifli Muhammad (khususnya cikgu-cikgu Math) sebab bantu kami hari ni. Siap bagi tips-tips mengajar lagi. Terbaik la!!

salam dari perantauan(?);
-zulaikha-

6 127 comments:

mashitah said... [Reply to comment]

go2 chaiyok zul! :d i love both, math+add math! heee

Along Tapa said... [Reply to comment]

nasib ko tak amik chem engineering dulu...susah...tak caya tanya aku...

math mod terlampau senang..add math lebih membotakkan kepala..tu la best..

Gorengbaek - Kelemahan-kelemahan kaum jantan..

Hangit Habis dah - Transformasi HHD

Nawza said... [Reply to comment]

taniah...bulan 5 nanti mesti dapat adiah..buat bek ngan student...hahahaha

cik zulaikha said... [Reply to comment]

mash:
thanks. i love both to0. tp love add math more :)

along tapa:
susah eh, seb baik tak amik. :)

wan:
bulan 5 ni x ngajo lagi.. start bulan 8..sampai bulan 11..time tu org dah nak exam..

Faizal Syukri @ Peja said... [Reply to comment]

nasib baik Peja langsung xminat jadik cikgu...

zulaikha said... [Reply to comment]

@Faizal Syukri @ Peja

:)

Related Posts with Thumbnails