Betul ke internet buat anda tak tidur malam?
Jawapan:
a) Ya
b) Tidak
c) Mungkin
(macam kat sekolah pulak)
Ok. Kalau tanya Zu, Zu akan jawab MUNGKIN.
Kalau masa muda belia zaman first year dulu mungkin jawapan dia YA. Sebab masa tu baru dapat laptop, plus internet yang agak laju berbanding internet cyber cafe kat rumah tu. Memang rasa tak boleh tinggal la. Selalu tidur lambat. Kalau nak compare masa study dengan online, boleh kata online lagi banyak. JANGAN TIRU! Masa tu kalau tak silap facebook tak famous lagi. Ntah la dah ada atau tak. Orang ramai masih guna friendster dan Yahoo! Messenger.
Bila final exam, baru la kelam kabut. Masa tu la baru nak rasa menyesal. Masa tu konon tak nak bukak seminggu. Memang la berjaya, tapi gelisah macam kucing hilang anak. Ish..Ish..Ish..
Waktu dapat result, rasa sedih tapi nak buat macam mana, dah sape suruh awak main - main. Tapi syukur Alhamdulillah walau pun sipi - sipi je lagi nak ... (part ni tak nak bagi tau la..).
Sekarang ni jawapan Zu dah bertukar. Jawapan buat masa ni ialah MUNGKIN. hehe. Sebab bila dah ngantuk sangat internet laju tahap apa sekalipun, bantal jugak yang Zu cari.
Korang pulak macam mana? Betul ke internet buat korang tak tidur malam?
p/s: Kalau tak ada internet macam mana nak update blog.. huhu..Yang penting, jangan jadi macam gambar ni sudah..
credit: google
Soalan asal: YouthSays
pengguna internet tegar;
-zulaikha-
8 127 comments:
my answer is A. I'm a nightingale most of the days thanks to internet haha.
@chris federick
we should thanks the internet a lot. :)
Jawapan aku adalah ya. Siot betul internet ni. Semenjak rumah saya ada internet ni, tidur saya semakin terganggu.
@Sylarius
nasib baik kau rumah saya tak ada internet. kalau tak, bukan tidur je terganggu, bil elektrik pun akan terganggu. Asyik online aje nanti.
kadang-kadang.....
so boleh dikira sbg jawapan ape yew..??hiks
memang buat sy tidur lambat.contohnya mcm skarang.dah nak pukul 3 pagi.
@n@jwamz
kadang2 pun boleh dikira sebagai jawapan.. ^_^
@Sophie Al-yahya
same la kite.. 2-2.30 tu biasa... ehheh..
Post a Comment