Bunuh Syafiah Humaira: Fazli dihukum gantung sampai mati. | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Wednesday, September 22, 2010

Bunuh Syafiah Humaira: Fazli dihukum gantung sampai mati.

SHAH ALAM 22 Sept. – Pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari. ..... [baca selanjutnya di UtusanOnline]
Lepas Zu baca Syafiah Humaira Disepak, Pijak Guna Kasut Bola di mStar Online, Zu rasa hukuman ni memang patut. Kesian sangat kat adik ni. Apalah dosa dia sampai diperlakukan dengan kejam. Memang perbuatan si Fazli ni tak masuk akal. Hari ni, bila dapat tahu Fazli dihukum gantung, Zu rasa adik Syafiah dah mendapat pembelaan. Walaupun hukuman ni tak dapat ubah apa yang dah berlaku, tapi sekurang - kurangnya keluarga arwah mendapat sedikit kelegaan. 


So, apa pengajaran yang kita boleh ambil dari kes ni?

1 ) Tolong kawal panas baran anda!! 
Bagi Zu marah dengan panas baran ni berbeza. Panas baran ni lagi teruk dari perasaan marah. Kalau baran ni macam tak boleh kawal. Silap sikit je nak bagi penampar. Salah sikit penyepak dapat. Semua nya nak guna fizikal. Hish. Memang tak suka benci la dengan orang baran ni. 

2 ) Jangan sampai cinta membutakan mata kita. 
Kalau ye pun sayang sangat. Cinta sangat. Tapi jangan la sampai perangai buruk pasangan pun kita nampak okey. Jangan la sampai kita merelakan pasangan tu melakukan perkara jahat. 
Tapi dalam kes ni, tak tau la. Nak cakap pun tak kena, sama - sama salah. hurm..


Rasanya tu je la ulasan untuk kali ni, segala salah silap harap dimaafkan. takziah untuk keluarga adik Syafiah. Al-Fatihah untuk arwah.
Related Posts with Thumbnails