UJIAN itu... | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Friday, March 4, 2011

UJIAN itu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


UJIAN - Bukan sebarang ujian seperti Ujian Bulan Feb atau Ujian Bulan Julai tapi ni ujian yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Setiap orang tak terlepas dari diuji. Tapi ketahuilah bahawa setiap ujian yang diberikan ada hikmahnya.





Ujian juga boleh datang dalam bentuk 'kehilangan' sesuatu nikmat. Kalau kita renung-renungkan, Allah bukan menarik sesuatu nikmat daripada kita. Sebenarnya Allah menggantikan nikmat tersebut dengan nikmat yang lain. 


Kita pilih contoh yang paling dekat dengan hidup kita. Adakalanya kita mengeluh kerana hujan. Kalau hujan payah nak keluar berurusan. Kalau hujan jualan merosot. Kalau hujan jadi begitu.. Kalau hujan jadi begini.. Tapi kita lupa, hujan itu rahmat buat tumbuh-tumbuhan yang dahagakan air untuk pertumbuhannya. Hujan itu juga rahmat untuk menurunkan suhu Bumi. Hujan itu rahmat buat petani-petani kerana tanaman mereka mendapat bekalan air secara percuma. Hujan itu rahmat yang mengurangkan kadar jerebu.


Ujian juga boleh datang dalam pelbagai bentuk. Orang kaya diuji dengan hartanya. Adakah dia akan menjadi sombong atau menjadi pemurah. Orang yang kurang kaya diuji dengan apakah dia redha dan sabar menempuh hari-hari mendatang atau adakah dia akan melencong dari jalan Islam lantas mula mengamalkan rasuah, judi dan sebagainya. 


Kita semua telah diuji sedang diuji dan akan diuji. Andai pada masa lalu kita sering mengeluh, lenyapkan sedikit demi sedikit tabiat itu. Jika kita sedang diuji, bersabarlah. Langit tidak selamanya mendung. Awan gelap pasti berarak pergi. Matahari pasti kembali memancar menyinari Bumi. Dan yang paling penting, apabila kita diuji pada masa akan datang, bisikkan pada diri "Aku redha dan aku yakin pasti ada hikmah disebalik yang berlaku". 




Wallahu'alam.

p/s: Semoga ujian yang Allah berikan menjadikan kita lebih tabah dan lebih dekat denganNya.
--------------------------------

Penulisan ini untuk kita semua termasuklah diri ZMN. Apa yang baik jadikan pedoman, apa yang buruk jadikan sempadan. 


Untuk bacaan bersama: 
salam sayang;
-ZMN-
Related Posts with Thumbnails