.:: ZULAIKHA ::.: komen

.::duit sewa rumah::.

Showing posts with label komen. Show all posts
Showing posts with label komen. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

cubaan photoshop tutorial

Assalamualaikum...hye ols!! hari ni zu nak share something yang Zu buat. FYI, sekarang ni (dulu pun sama sebenarnya) Zu dalam proses belajar hasilkan gambar(?) atau apa - apa effect menggunakan Photoshop. Buat masa ni Zu try text effect dulu. Nak buat yang lain tu..agak tak berapa terror lagi..huhu...



Ok.. nak di pendekkan cerita, hari ni (baru je kejap tadi) Zu belajar 1 trick baru. Nak tengok hasilnya?? 



haaa... ni lah dia... 



Amacam?? Ok ke KO ni? huhu.. komen? komen? Jom kita compare dengan contoh yang dia bagi....



Haaaa.. korang dah tengok kan?? So, apa pendapat korang? Siapa dah ada pendapat boleh scroll bawah ye. Kalau belum tak boleh...hehe...















Ok...Ni la website photoshop tutorial yang Zu belajar tu. Kalau korang nak jenguk - jenguk boleh la ke sini ye..


ataupun kalau nak terus ke tutorial 'Grunge Rubber Stamp' (nama dia) sila [klik sini].

Kalau korang rasa nak try jugak boleh je.. Syarat utama kena ada software yang berkenaan. software Photoshop la senang cerita..


budak baru belajar;
-zulaikha-

Sunday, May 2, 2010

Maaf. Exam. Rehat. Balik. Online. Update. Rindu. Jejak.

Assalamualaikum semua!! salam ceria di hujung minggu...



Maaf. plus Balik.
Maaf la kalau 2 3 hari ni Zu tak update and  tak rajin blogwalking. huhu. Tengah kemas - kemas. Biasa la kan.. nanti Zu nak balik rumah. Yippy!! Balik mana?? Mesti la balik Gombak.. hehe. Ada sesiapa orang Gombak tak kat sini? Angkat tangan please, nak kira berapa orang.. =)


Exam.
Hmm.. Selasa ni (4Mei) Zu ada paper subjek Falsafah dan Dasar. (nama penuh: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar)....Doakan Zu dapat jawab ye..  Psssttt.. tapi kan, macam orang tak ada exam je. haha,. Boleh lagi blogwalk..ngee...



Balik. plus tak Online. plus Rehat.
Ni nak bagi tau lagi, hee.. Lepas exam pagi tu Zu terus balik rumah ye..Dan bila kat rumah tak ada la nak online je macam sekarang ni. Tak nak la pergi CC selalu. Sekarang ni pun duit dah tak ada. T_T sedihkan? so, start Selasa sampai tak tahu lagi bila, blog ni akan direhatkan sementara. So, (once again) mungkin blog ni akan bersawang, berdebu, berhabuk, dan segala macam ber lagi.


Online. plus Update. plus Rindu. plus Maaf.
Kalau ada update dari Zu sepanjang cuti sem ni means tu dah rindu tahap cipan (tak nak guna cipan.kesian kat dia.) tak boleh tahan. hehe. dan Zu nak minta maaf sekali lagi kalau tak boleh nak balas semua kunjungan korang time Zu online tu. Mahal beb kalau duk situ lama - lama. Nak karang ayat pun dah take time.. huhu..


Jejak. plus Online.
So, siapa2 yang datang nanti and nak Zu lawat dia balik, tinggalkan la jejak kat komen ye sebab takut kalau tinggal kat chat box, nama korang akan hanyut di telan arus lautan pasifik ok. stop mengarut. sebab takut nanti nama korang akan turun ke bawah dan ke bawah dan ke bawah sampai nama korang hilang. (kalau tak silap shout mix save 150 mesej je.) so, kalau korang komen, boleh la Zu buat lawatan balas kat blog korang pulak bila Zu online nanti.


Rindu.
Ok la. Tu je kot nak merepek kali ni. Nanti mesti rindu nak merepek lagi. T_T   Haa.. kalau ada sesiapa yang rindu kat Zu (ada ke?) boleh la baca entry - entry lepas ye.


Nota lantai rumah: perkataan yang Zu bold tu bukanlah keyword untuk SEO ye. hehe.


salam sayang plus rindu,
-zulaikha-

Thursday, March 11, 2010

jangan baca jika anda berada dalam mood marah.

Assalamualaikum.. korang apa khabar? sihat? kalau sihat Alhamdulillah la, kalau sakit cepat2 la pergi jumpa doktor ye. Oh ya, entry ni merupakan entry gembira. Maka, kalau korang tengah marah atau korang tak puas hati dengan sesiapa, zu nasihatkan korang bertenang dulu. nanti kang, tak pasal2 korang marah zu. Untuk pengetahuan semua (walaupun korang tak nak tau) entry ini lahir (dah macam orang je main lahir2 ni) disebabkan oleh keterujaan tuan rumah membaca 1 komen yang ditempekkan ditulis di penulisannya sebelum ini.


Firstly, zu nak ucap terima kasih banyak2 kepada beliau sebab sudi jenguk blog zu. (ok. zu tau beliau memang ramah dan beliau bukannya jenguk dan komen blog zu sorang je). Tapi sebagai orang yang masih baru dalam dunia blog ni, lawatan beliau sangat2 dialu2kan. Korang jangan la kata zu gedik (eii..tolong sikit eh.) ke ape pulak ye. hehhe..


Ohhh.. ni tak bermakna lawatan orang lain  zu tak pandang ok.. nak nyanyi sikit. Please.please..please.. jangan pikir camtu..~ =)  Zu hargai semua orang yang lawat dan follow blog Zu. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih sebab korang masih setia melawat. Tak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, guru - guru, rakan taulan, adik beradik, saudara mara.. Opss. terlebih sudah~ =D


Ok. Back to our main topic. Beliau merupakan seorang blogger (baca: yang famous) *en. jutawan, pinjam ayat ye. ekeke..* dan beliau seorang yang busy. Thats why la Zu rasa teruja bila beliau sudi jenguk blog ni dan meninggalkan sepatah dua kata. 


Hmmm.. Mungkin korang tertanya2 siapa la gerangan yang menyebabkan zu begitu teruja kan? sabar. zu akan bagitau siapa orangnya. tungguuu.. hehe..

ok.. here we go!!!


ehh.. jap2. tak start enjin jet la. jangan marah ea.


tadaaaaaaaaaa!!!!



inilah beliau.
En. Mazidul Akmal Sidik
gambar ihsan dari profile blogger beliau


dan ini blog beliau. [klik sini]

 klik di sini untuk baca karangan saya.




Pesanan tuan rumah: harap maklum, ini bukan entry bodek ok. ini juga bukan entry untuk raih publisiti.
Related Posts with Thumbnails