.:: ZULAIKHA ::.: me myself n i

.::duit sewa rumah::.

Showing posts with label me myself n i. Show all posts
Showing posts with label me myself n i. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Salam Ramadhan.

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

 

Apa khabar semua. Saya harap sihat walafiat la ye. Bukan apa, ramai termasuk saya sendiri yang terkena batuk dan selsema. Huhu. Sebabnya? Tak jaga makan/minum. Err.. Ni sebab saya la, orang lain mungkin ada sebab mereka sendiri kot.

 

Almaklum la bila ada air sejuk time berbuka puasa memang tak dapat nak elak. Bagi je air apa-apa, asalkan sejuk. Nikmatnya tak terkata. Tapi kesannya, haaa.. Ini la dia.. Kan dah uhuk uhuk uhuk uhuk. Apa tu? Batuk la tu.. Lagi mau tanya itu bunyi apa. Adoi..

 

Sekarang ni, nak tak nak kena la tahan diri dari minum air sejuk. Tapi kadang-kadang terrrrlupa dan terrrminum air sejuk. hehe.. Cuma, lepas ni kena ingat-ingat sendiri la time minum tu. Time minum ais memang sedap, tapi sakit la. Apa pun, pandai makan, pandai la tanggung. Ye dak?

Thursday, August 25, 2011

Bila cikgu Zulaikha berucap…

Hye. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Hari ni kita dah 25 Ogos 2011 dan juga 25 Ramadhan 1432H. Maknanya esok lusa sekolah akan bercuti. Buat yang lupa atau yang dah malas nak ambil tahu, sekolah akan mula bercuti pada 27 Ogos 2011 (ataupun 26 Ogos 2011 bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu).

 

Dan itu juga bermakna, tempoh praktikal Zu kat SMK Sungai Pusu (SMKSP) tercinta pun dah nak tamat. Ya, Zu habis praktikal 26 Ogos 2011. Yakni ESOK! ya! ESOK! Macam tak percaya pulak, dah nak habis rupanya. Kadang – kadang rasa tak sabar, tapi bila fikir – fikir lagi rasa sedih pulak. Lepas ni entah bila la nak datang sekolah lagi.

 

So, dengan ini cik Zu nak bagi ucapan sikit .. boleh?

Here we go!

 

To all teachers yang jadi my teachers for 2nd time. Thanks sebab banyak membantu saya melalui hari – hari yang sangat mencabar sebagai seorang guru praktikal. Terima kasih tak terhingga buat Puan Muslimah(Pengetua SMKSP) yang sudi terima saya kat SMKSP ni, juga kepada Pn Nik Karimah(PK SMKSP) sebab bagi kepercayaan dan tunjuk ajar kat saya & cikgu praktikal lain, terima kasih juga buat Pn. Maizatul (PK Ko-k) atas tunjuk ajar yang diberikan. Last but not least, seinfiniti terima kasih untuk En. Abd Samat (PK HEM merangkap guru pembimbing saya) atas kepercayaan yang diberi untuk mengajar kelas 4 Ibnu Sina (sedih la pulak). Tak lupa juga buat Pn. Salfariza (guru Matematik 2 Digital). Thanks kak, your support and ideas sangat bermakna dan membantu saya. Kesimpulannya, TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA buat semua yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau pun tak langsung. Jasa kalian sangat bermakna buat insan kerdil yang baru berjinak – jinak dengan dunia pendidikan ni. Banyak lagi rasanya yang tak terbelajar. oh ya.. maaf sangat sebab tak dapat nak senaraikan nama semua…

 

And you guys, semua student SMK Sungai Pusu. Students kelas 2 Digital & 4 Ibnu Sina, student 2 Excel yang tution dengan cikgu. Student yang cikgu pernah relief kelas dia. Yang cikgu tak pernah relief kelas. Senang cerita semua sekali lah! Kalau cikgu ada marah – marah tu, cikgu marah sebab cikgu sayang kamu. Cikgu nak kamu jadi insan berguna. Insan berjaya. Cikgu tak nak kamu menyesal kemudian hari. So, belajar rajin – rajin okey, usaha tangga kejayaan. Don’t you ever dare to give up! Ingat!! yang penting hubungan sesama manusia, hubungan dengan Allah kita kena jaga. And after all, thanks for the great moments! gonna miss all of you~ <3

 

As a conclusion, thanks for the great moment! Love u!

Friday, January 14, 2011

Jangan pengaruh pelajar kami.!!

Haaa.. Garang tak?? Well tu hanya tajuk. Isi dalam dia? Entah la..Kalau nak tahu kena baca sampai habis. Boleh?

Ok. First and foremost, Syukur Alhamdulillah kita boleh bernafas lagi saat ni. And thanks to all of you yang baca blog ni (ade ke?). Entry kali ni Zu nak petik kata-kata dari seorang sahabat yang ditulis dalam facebook beliau.

Ok. Kat status sahabat ni dia tanya pasal siapa yang tak suka Matematik. Lepas tu ada la komen-komen dari kawan-kawan lain. So apa masalahnya?? Sabar.. Sabar.. Apa yang Zu nak cerita bukan pasal tu. Itu intro je. Karang kalau terus je pot pet pot pet sana sini, korang tak jelas pulak jalan cerita dia macam mana. Right? 

Bahagian yang buat Zu cantik menarik tertarik kau memang da bomb ialah ayat beliau ni...


"...cume pesanan ak, jgn ckp math susah dgn anak2 @ student ko ea.. kasihanilah kami yg pening utk fikirkan lesson plan yg boleh memikat hati dan memotivasikan pelajar supaya ghairah nak belajar math..
kalau kau berjaya meracuni fikiran 1 murid, murid tu akan meracun fikiran kawan2 dia at least 5 org.. 
1x5= 5 org akan becik gilak dgn math.. kalau satu kelas ada 30 orang,
30x5= 150 org bencik sama math.
kalau ko ada 4 kelas, student ko akan jadi 120 orang.. itu untuk satu batch.. 
satu batch saje boleh meruntuhkan minat 120x5=600 org benci sama math..
(penting x matematik di sini)
promote kan math untuk kami.. hehe..."


Yeah.. nampak tak di situ. Jangan cakap korang tak suka matematik kat anak-anak atau adik-adik atau yang sewaktu dengannya ye. Kesian kat Zu dan kawan-kawan. Dan tak lupa juga kesian kat cikgu-cikgu kat sekolah nun nak bagi murid-murid dia saaaayang bangat sama Math. 

FYI, ada satu subjek yang kitorang ambil semester ni kena buat rancangan pengajaran (lesson plan). Siap kena berlakon kat depan ibarat kat sekolah nanti. Perrrggghh... Punya la mencabar nak fikir lesson plan tu. Nak kena buat sesuatu yang menarik minat pelajar. Then baru sedar, jadi cikgu ni bukan sekadar masuk kelas ajar bla bla bla lepas tu balik. Banyak lagi nak kena fikir rupanya.

Dan ada 1 perkara yang betul-betul lari dari apa yang Zu fikir selama ni. Sebelum ni Zu ingatkan kita ajar student macam kita ajar kawan-kawan masa zaman sekolah dulu. Ye la. Zaman sekolah dulu, even sama-sama tak tahu, tapi boleh je nak tolong ajar member. Tapi zaman sekarang a.k.a akan datang.. Hurmm...

Jadi sebelum saya mengundurkan diri, saya nak ulang sekali lagi (ewah.. ayat tak mau kalah..) jangan la cerita kat kanak-kanak yang korang tak suka Matematik ataupun pi habaq kat depa yang Math ni susah.(eh, ok ke aku cakap utara?. kui3..). Kalau tak percaya cuba tengok ni [The beauty of Mathematics] 

p/s: Jangan suruh aku ajar Sejarah. Nanti diorang yang ajar aku balik. Huhu.


Update: Lupa pulak. Credit to Aisyah untuk quote tersebut. :)
Math lover;
-zulaikha-

Wednesday, October 27, 2010

30 keping 20sen, 40 keping sepuluh sen.

Ya. Itulah dia jumlah yang Zu tukar dekat cafe semalam. Jumlah tu Zu simpan sepanjang sem ni. Sikit? Memanglah. Zu bukan simpan tiap – tiap hari. Zu simpan bila ada duit syiling 20 sen dan 10 sen je.


Kenapa simpan 20 sen dan 10 sen je? Sebab.. tak nak beratkan beg duit a.k.a purse. Jadi, kalau ada baki seposen ke, dua posen ke semua tu masuk tabung la. Kalau duit 50 sen baru Zu simpan dalam purse. Sebabnya bila beli makanan, kalau tak harga genap, mesti ada 50 sen kat belakang tu. RM2.50. RM3.50. RM4.50. Haaa.. Bagi aje duit syiling tu. So, senang la makcik cafe tu. Diri sendiri pun senang jugak.


Sebenarnya simpan duit syiling ni boleh jadi salah satu cara untuk kita menabung. Cuma dalam kes Zu ni tabungannya tak lama. Hehe. Bila akhir sem, duit pun dah pokai, tukar aje la dengan mak cik cafe. Macam sekarang. Kan dah dapat RM10.00. :) Ok. Berbalik kepada point asal.


Simpan duit syiling ni memang boleh galakkan kita menabung secara konsisten. Ye la. Kadang – kadang kita ni liat sikit nak menabung. Ye dak? Kalau nak harapkan tiap – tiap hari simpan duit seringgit dalam tabung comey lagi cute tu memang tak terbuat la. Kan? Kan? Jadi ini lah cara dia. Memang la Zu akui lambat bebenor nak penuh. Tapi bukan ke orang tua –tua cakap SIKIT – SIKIT LAMA – LAMA JADI BUKIT??


Jadi bagi sesiapa yang rasa liat nak menabung ut, apa kata kita mula dengan cara ni. Siapa tahu satu hari nanti duit dalam tabung korang lagi banyak dari Zu. Waktu tu boleh la kita share. kan? kan? hehe.


Oh ya! Ni gambar duit tu. hehe. Nak jugak tunjuk kan?. Abaikan bungkusannya. Plastik itu aje yang ada. Ala. Untuk tukar je pun. Bukan nak bagi hadiah. So peduli apa.!


DSC00704 edit 

Ok. Lah. Zu nak sambung tengok cerita The Arrival. Sekarang dah part 23. Bagi sesiapa yang belum tengok lagi tu, Zu sarankan korang tengok. Rupa – rupanya banyak yang kita tak tahu dan banyak yang kita alpa + leka.





salam sayang;
zulaikha

Tuesday, October 26, 2010

sebab tu la aku panggil ko bestfriend!!

Assalamualaikum!! Entry ni khas untuk cik Azyan Azilah. Sebab apa?. sebab sesekali buat sesuatu yang buat orang tersenyum boleh jadi terapi untuk kita tahu?




Dulu kita sekelas,
ko tanya aku, aku tanya ko,
sekarang kelas kita jauh berbatu,
tapi
ko tetap cikgu aku. (cikgu BI)
ko jugak la yang aku cari kalau nak tanya pendapat. :)


Dulu kita balas - balas surat;
Sekarang dah moden, kita berbalas di FB, dan blog, dan formspring.
tapi
Nadanya masih sama. 
Hanya isi cerita yang berbeza.


Dulu....
(oke. aku dah tak ada idea.)


credit: picture


nota pengarang: Aku insan yang tak reti nak berpuisi, berpuitis. Maaf.

nota hati: Ni first time aku buat entry untuk seseorang.

Related post: Hati tisu

ai am me;
-zulaikha-

Thursday, October 14, 2010

Header baru blog dan koleksi header lama.

Assalamualaikum semua!!!Hye! (tanda - tanda mood ok)

Jeng!! jeng!! jeng!! Korang perasan tak blog ni dah bertukar header. Hehe. Sebelum ni Zu guna header lain. Sedar atau tak dah banyak header yang Zu guna untuk blog ni. Ok jom kita ingat balik kenangan - kenangan lalu...


Header #1


Header ni Zu buat guna PhotoScape je. Masa ni tak mahir langsung lagi guna Photoshop. So ubah sana sikit. Ubah sini sikit. Jadi la header ni. Memang seronok sangat masa tu. ye la, baru nak merasa header baru. Jom tengok entry ni "Header baru .::ZULAIKHA::. Apa pendapat anda?" 


Header #2


yang ni guna online editor je. Tak ingat guna apa. Maaf sangat. Sebab Zu just google je online photo editor. Sweet kan? Hahaha. *pengsan*


Lepas tu asyk tukar - tukar header tapi sekejap je guna. So rasanya tak perlu la list kat sini. Dan, lepas dah ok sikit guna Photoshop, Zu pun cuba buat header kat bawah ni.


Header #3

Zu suka header ni sebab ia terhasil dari proses eksplorasi. Bahasa pasarnya cuba - cuba sendiri. 


Header #4
Header ni terhasil masa masih dalam proses belajar Adobe Photoshop. 




Tak ingat sangat Zu guna header ni berapa lama. Tapi lepas tu Zu tukar sebab theme blog warna pink + merah. dan rasa macam header ni suram sikit.


Header #5


Sejujurnya Zu lagi suka header #4 berbanding header ni. Sebab bagi Zu yang #4 tu lagi smart *perasan lagi* even dia macam kelam. Tapi tak tau la pulak bagi orang lain. (=.=)'


Header #6 (The latest)



Yeah!! Header untuk hari ini. Dihasilkan menggunakan perisian Adobe Illustrator. Baru belajar dan masih dalam proses belajar. Rupa - rupanya adobe Illustrator lagi senang dari Photoshop eh. :) Hurm...

Ok la.. sekian sahaja memori header blog bersama cik Zulaikha. Kalau ada masa kita jumpa lagi. 

p/s: Korang suka yang mana?

pengarang: tiap kali belajar, mesti dalam bentuk header blog.


saya sayang blog saya;
-zulaikha-

Thursday, October 7, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 5 dan PEMENANG KATEGORI SUBJEK PALING MENAKUTKAN

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2010/2011

Ya.! Seperti apa yang anda semua lihat. Gambar diatas menunjukkan jadual exam saya untuk sem ni. 4 subjek kesemuanya; 3 subjek major dan 1 subjek elektif (Physical Chemistry 1). Maka calon - calon bagi KATEGORI SUBJEK PALING MENAKUTKAN untuk peperiksaan akhir bagi pelajar bernama Zulaikha ialah....


Approximation Theory a.k.a Teori Penghampiran

Complex Variable a.k.a Pembolehubah Kompleks

Partial Differential Equations a.k.a Persamaan Pembezaan Separa

Physical Chemistry 1 a.k.a Kimia Fizik 1




Johan bagi kategori subjek paling menakutkan bagi semester 1 sesi 2010/2011 jatuh kepada...

.....PHYSICAL CHEMISTRY 1.....

Dalam banyak - banyak tu, yang paling menakutkan subjek physical chemistry. Setelah 2 tahun meninggalkan subjek kimia, (last belajar masa matrik dulu) rasa payah jugak nak catch up balik. Pulak tu sekelas dengan dak -dak yang memang dah amik kimia sebelum ni. Adeh.. Berat. Kawan - kawan, doakan saya dapat jawab dengan baik ye.



Tempat kedua bagi kategori subjek paling menakutkan bagi semester 1 sesi 2010/2011 pula jatuh kepada...

.....Approximation Theory.....

Subjek ni Zu takut sikit sebab dia banyak melibatkan nombor - nombor. So apaadakes?? 

Bila banyak nombor, banyak kena tekan kalkulator.
Bila banyak tekan kalkulator, kebarangkalian nak tersalah tekan tu tinggi.
Bila dah tersalah tekan, jawapan pun akan tersalah.
Bila tersalah jawapan, 
kalau ada masa, semak balik. 
Kalau tak sempat? Habis.
Kalau sempat semak balik, then kena tekan kalkulator lagi.
Kalau kira kali ke 2 dapat jawapan sama tak apa.
Kalau kira kali kedua, lepas tu dapat jawapan tak sama.
Apa nak buat???

Haaa..nampak tak relation dia kat sini? Sebab tu saya risau sikit subjek ni....


Cukup la untuk dua tempat je kan?? Kalau banyak - banyak, muak pulak nanti. Okay la..Selamat belajar semua. Selamat menjawab test, exam dan apa - apa yang sewaktu dengannya.

Tak lupa juga TAHNIAH kepada kawan - kawan saya yang telah bergelar graduan. Korang dah konvo. Aku?? Hurmm....

Sekian. Terima kasih.

Nota: Yan, tak dapek la kite nak tengok ALTITUDE. Huhu. Exam oh exam....

love;
-zulaikha-

Saturday, September 25, 2010

Tak ada idea nak update or tulis blog? Jom baca ni.

Hye. Korang pernah tak rasa tak ada idea nak update? Niat nak update tu ada cuma tak tahu nak tulis apa. Haaa.. Kalau korang rasa tak ada idea jom try cadangan kat bawah ni..


1. Baca Surat khabar. (eww..skema je rasa)

Tak kisah la baca paper online atau yang beli kat kedai - kedai tu yang penting baca. Sebab dari paper ni korang boleh komen tentang berita berita terkini. Komen tentang gambar. Macam - macam la korang boleh tulis. Dekat Malaysia ni pun banyak surat khabar. kalau tak beli, boleh baca online. So, should be no prob la..

Tapi jangan la tulis atau komen semberono je. Kita kena pastikan yang penulisan kita tu tak menyentuh sensitiviti mana - mana pihak. tentang cara menulis tu tak payah la cerita ye sebab tu dah masuk bab lain. Kan?


2. Baca blog orang lain ataupun blog walking.

Haaa.. yang ini memang betul. Ada satu entry Zu kat sini terhasil daripada kerja - kerja blogwalking. Kalau tak percaya, baca tampalan ini : Stop the music please.

Selain dari tu, korang pun boleh bagi respon kepada penulisan blogger lain.


3. Share video di youtube.

You Tube jugak boleh bagi idea kepada blogger. Contoh yang Zu ingat, ada satu video tentang annoying orange tapi Zu lupa la pulak siapa blogger yang tulis tentang tu. Kalau nak best lagi, kena rajin - rajin cari video yang jarang dijumpai. Hurm..paling senang, share lagu yang korang suka. Lepas tu cerita la sikit kenapa? apa? bagaimana? dan macam - macam lagi la..Ok?


4. Tengok wayang.
Bagi sesiapa yang sentiasa follow movie -  movie baru kat Malaysia ni, boleh la review sikit tentang cerita yang korang tengok tu. Macam sorang brader ni, yakni pemilik blog AIDI-SAFUAN. Zu selalu la jugak baca komen dia walaupun Zu bukan kaki wayang. Antara movie yang telah di-review diulas oleh incik Aidi ni ialah.. Step Up 3, The Expendables, dan banyak lagi la.. korang cuba la tengok kat blog Aidi-Safuan okey?


5. ermm..ape lagi eh??




Nota penulis: Err.. entry ni pun sebenarnya lahir sebab Zu tak ada idea. Tak percaya?? Tengok gambar kat bawah ni.


See, dah lama tak update kan?? 4 post je untuk bulan ni. Ish..ish..ish..

sayang korang;
zulaikha

Thursday, September 2, 2010

Okey. Along surrender..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Jadi anak sulung memang la best. Boleh mintak tolong buat itu ini. haha. Tapi jadi along ni pun kena buli jugak tau. Entry kali ni nak cerita pasal kes - kes di mana aku sebagai seorang along terpaksa surrender dengan adik - adik. Sebelum tu nak introduce sikit adik - adik aku ni..

 Angah - 18 tahun
Eli - form 3
Amin - darjah 3
Akim - darjah 2
Syira - 5 tahun
Aina - 3 tahun

Okey. Tu dia intro tentang adik - adik aku. Now, the story begin..

Situasi 1.
Masa: Around 7.20pg. 

Lepas semua orang keluar pergi sekolah, mak abah pergi kerja, tinggallah aku, Syira dengan Aina. Biasanya pagi - pagi macam ni diorang tak bangun lagi. So, duduk lepak depan TV. Tengok  TV3 - Malaysia Hari Ini (MHI). Dalam 7.30 macam tu, dak kecik yang bernama Aina pun bangun dan datang kat aku.

Aina: Ayong, nak cite ai fi...
(Along, nak cerita hi-5...)

Aku: Tengok cerita ni kejap boleh? Jap lagi along tukar

Aina: Aaa.. Nak ai fi..( Time ni nada suara dia dah bertukar. Dah ada unsur - unsur nak nangis. )

Aku: Ala.. kejap je. 
Time ni still buat tak tau. Tapi bila dah tengok muka macam nak mengamuk..
Aku: Ye la.. ye la. (sambil tukar channel.)

Situasi ni selalu jadi bila ada segmen yang best. Dan selalunya bila cerita Hi-5 dia tu dah habis, (means lepas diorang nyanyi - nyanyi) aku terus cakap..

"Haaa.. dah habis dah. Kita tengok cerita along pulak eh." heheh.

Kalau mood Aina ok time tu, dia ikut je. Kalau tak, dia suruh tukar cerita kartun yang lain. Haisyy.. Ni okay lagi sebab dia bangun awal. Cerita Hi-5 tu tak habis lagi. Kalau cerita  tu dah habis, jenuh aku nak terangkan. P/s: Kalau segmen tak best, aku tukar je. Malas nak gaduh.

credit: google

Situasi 2.
Masa: Bila cerita Korea/Taiwan/Jepun/drama Mandrin dll.

Time macam ni kadang - kadang aku (biasanya aku dan angah dan/atau eli) menang. Kadang - kadang aku kalah. huhu. Biasanya bila kau nak tengok cerita - cerita macam ni ada je dak - dak kecik ni halang. Kalau hari Isnin sampai Khamis, mesti kena berebut dengan cerita Sinetron kat TV3. Kalau sinetron tu best tak pe jugak. Ni makin lama makin bosan.

Biasanya aku akan bukak TV3 dulu. Dari 2.30pm sampai pukul 3pm aku bagi je diorang tengok. Tapi bila dah nak pukul 3, mula la proses rundingan. Hasil rundingan, bila time iklan kitorang tukar channel. hahaha. Punya la tak nak mengalah. Ala.. Alaa.. nego dengan Aina ngan Syira senang. hehe. Tapi bila Amin dan Akim cuti. Proses rundingan makin payah. Kadang - kadang kalah! Ceh! Mana tak kalah, diorang bukak channel yang diorang nak, lepas tu sorok remote TV. Sabor je la. P/s: kadang - kadang aku sorok jugak. Hahaha.


Situasi 3.
Masa: Masa cuti. Saat bersuka ria.

Situasi ni biasanya antara aku, Amin dan Akim.. Permulaan cerita boleh jadi macam - macam. Ada yang aku menyibuk time diorang tengah main. Ada yang diorang saje kacau aku. Tak tentu. Tapi pertengahan dia, akan ada sesi kejar - kejar. Geletek - menggeletek. At first Amin jadi mangsa. Last - last, Amin ngan Akim bahan aku. Diorang geletek aku. dua lawan satu. Mana boleh!. Kalah la camni!! 
 
Aku gelak macam ni?? Eh, mesti la tak. Lagi comel ade la.. Hahahha. 
Ok. Fine! Aku tipu. Budak ni lagi comel. hehehe.

Time ni la aku akan cakap..
Okey! Okey! Along surrender! Tak nak main dah. Dah! Dah!

Dan Amin akan tersengeh je. Heh! Konon dah menang la tu!


Haaa.. tu la dia tiga situasi dimana aku sebagai seorang along terpaksa mengaku kalah. huhu. Korang pulak macam mana?

with love;
zulaikha

Saturday, August 28, 2010

I LOVE YOU NUFFNANG!!!

Haluu!.. Assalamualaikum. Apa khabar Malaysia?? Happy betul pagi ni. Nak tau kenapa? Hurm..ade la.. heheh. Heh! Mengada - ngada pulak. Lempang kang baru tahu!

Okay. Tak nak cakap banyak. Korang tengok la gambar ni.


Haaa.. Nampak tak? 

BE ku dah beranak.!! Erkk.. Ok. Perkataan yang tak sesuai. BE ku dah bertambah is better. Dari 3, dah jadi 5.! Meh baca entry ni: 1st, 2nd, 3rd Buffered earning. Duit raya dari Nuffnang.


Hoho. Tak sabarnya nak cukupkan lagi RMxx.xx. LOL.
Mana boleh bagi tau berapa earningku. Hahaha.

Kepada team Nuffnang; Thank You so Much!!


Lots of love;

Tuesday, August 17, 2010

Memori Ramadhan... part 2

Assalamualaikum.. Apa khabar?? Masih bersemangat?? Hari ni Zu nak sambung Memori Ramadhan Zu sepanjang tiga tahun sebelum ni.. Siapa yang belum baca lagi Memori Ramadhan Part 1, boleh la baca kat sini..

Hari ni Zu nak cerita tentang Ramadhan Zu tahun lepas... Oh ya.. Zu nak minta maaf banyak - banyak sebab terpaksa skip cerita dua tahun lepas. Semua ni atas sebab - sebab yang tak dapat dielakkan..Sebab dia menyentuh hal orang lain jugak.. maaf ye..


Ok.. Jom kita ceria - ceria semula!! Tahun lepas Zu berpuasa di UiTM Shah Alam. Best sangat walaupun terkejar - kejar nak pergi kelas. Dan selalunya kitorang akan buka puasa seringkas yang mungkin then pergi kelas. Pastu dalam kelas sambung makan kerepek atau apa saja makanan ringan. hehe.


Then kat sana kalau weekend boleh balik. Ahad petang baru balik kolej semula. Memang seronok. (^_^) Siapa tak seronok kalau dapat sahur and berbuka kat rumah dik oii... Biasanya kalau my roomate balik, Zu mesti balik jugak.. heh.. 


Selain dari tu, one thing yang Zu suka ialah part shoping raya dengan member plus roomate. Fuhh!! penat. tapi sangat best!! Shoping sakan. Tapi yang shoping sakan tu diorang la.. hehe.. Zu beli baju sehelai je. Tu pun kemeja yang for sure bukan untuk raya. ahaks..


Hurm.. rasanya tu je kot untuk kali ni. Jom tengok apa pulak kawan Zu cakap pasal puasa kat UiTM ni. ;) 


Maka dengan ini berakhirlah sudah slot memori ramadhan Zulaikha....Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca ;)


notapengarang: Perasan tak lately Zu suka buat entry ber-part. You all rasa ok ke you all tak nak dah yang ber-part ni.?
love;
-zulaikha-

Wednesday, August 11, 2010

Memori Ramadhan... part 1

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak. 
Selamat Sejahtera kepada non-Muslim.


Firstly, Zu nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam. Semoga kita sempat menggapai nikmat Malam Lailatul Qadar.. InsyaAllah..


ok.. Kita terus ke niat asal Zu tulis entry ni. 


Ramadhan 3 tahun yang lalu: Di KMNS
Seriously ni la zaman yang paling best dalam hidup Zu. Enjoy the life as a pre-university student. Kita tak payah bebel - bebel pasal setahun kat sana. Fokus masa bulan puasa je.  Okey?

Kita start dengan sahur. Kadang - kadang Zu bangun, kadang - kadang tak. Biasanya kat aras kitorang akan ada yang baik hati kejut sahur. Ketuk - ketuk pintu. Siapa yang bangun dulu akan tolong ketuk pintu bilik orang lain. One day, Zu teringin la jugak nak rasa pengalaman ketuk - ketuk bilik orang so Zu bangun awal untuk sahur. Pukul berapa tu tak ingat la pulak..hehe. Tapi yang penting lepas pukul 4 dan orang lain tak bangun lagi.. Excited sungguh time tu. Biasanya kalau bangun sahur kita rasa macam malas - malas sikit kan.. tapi pagi tu rasa energetic gila sungguh!!

maaf, gambar tak ada kaitan dengan pelajar

Oh ya, tahun tu a.k.a time tu jugak Super Saver memang tengah famous dan murah. So, sebagai seorang  remaja, Zu pun terlibat jugak dengan member - member baru thru phone. Ok. time tu handphone je la yang laku. Mana nak main lagi facebook ke twitter ke ape. Laptop pun tak ada lagi. hahah.. Hmm..Most of them adalah kawan kepada kawan kepada kawan...bla..bla..bla.. Memang sabor je la bila phone number kita berpindah dari seorang ke orang lain. Dah tau nak marah siapa. Tapi untung jugak, hari - hari ade orang kejut den. muahahahha.. Tapi sekarang dah tak buat dah perangai tu okey.. (^_^)v


Selain dari tu, benda best yang Zu suka time puasa kat KMNS ialah.....cepat teka!! jeng! jeng! jeng!!

Bazar Ramadhan!!!

Betulll!!! 10 markah! Balik kelas je singgah bazar dulu. Hehehe. Ops.. lupa nak bagi tahu, lokasi bazar tu on the way nak balik blok. So haruslah pergi kan?? (^__*) Menu berbuka pulak macam - macam, psstt..psstt... ni Zu nak bagi tips, kalau pergi bazar biasanya kita akan rasa nak beli semua makanan kan? no..no..no.. jangan buat macam tu.. nanti membazir. Better, hari ni beli makanan #1, esok beli makanan #2, and so on.. puasa kan 30 hari.. Bazar tu pulak tak pergi mana - mana. Relax~~

credit to en.google

Ok. kembali kepada cerita bazar tadi. Selain pergi bazar kat kolej, Zu and roomate / classmate selalu jugak pergi bazar kat pekan Kuala Pilah tu.. Kat situ banyak sikit choice.. :) Yang mana tak ada kat bazar kolej, kita beli lat luar ye.. lallalal....


Ok. Sahur sudah, bersuka ria kat bazar pun sudah. Jom kita pergi solat tarawih!! Kat sana solat tarawih lelaki kat surau, dan yang perempuan pulak kat dewan. Tapi tu awal - awal je..hukhukhuk...Lepas tu student perempuan solat kat surau jugak. (berlaku pengurangan di situ. heh!) Tapi biasa la, bila dah nak malam - malam terakhir Ramadhan tu, jadi ramai balik.. Semua tempat macam tu ke eh?.hurm~~ :( Ohh...moreh.... lupa pulak.. maaf, moreh tidak di sediakan.. heheh... amboiii.. dah makan kan tadi?? ;)
Fuh..(sambil menggeliat sikit) Sekian sudah segmen Memori Ramadhan bersama Zulaikha.. Anda pulak macam mana?? jom kongsi memori Ramadhan anda.. best ke.. tak best ke... kelakar ke.. jangan malu - malu okey!.. 

lots of love;

Tuesday, July 27, 2010

sumpah aku jeles!!

Assalamualaikum and salam sejahtera..


Hari tu Zu dapat mesej dari adik (panggil angah sudah le). Dia cakap dia tukar handphone dengan abah dan dia suruh Zu tengok a.k.a search gambar handphone baru dia ni. before this dia pakai N70. sebenarnya Zu pun tak kisah sangat la sebab abah + Zu + angah memang suka tukar - tukar handphone. hahaha.. Mak sabar je dengan kerenah kitorang. Sorry mak. So hari ni baru Zu teringat nak usha - usha (tengok) handphone dia tu..


Ni mesej yang Zu hantar baru je tadi.

"Angah pakai nokia ape?" 
 Dia reply..
"n97. Cari la.. hee"


Ok. Then, dengan kelajuan macam orang kena kejar dengan singa lapar Zu tanya la En. Google. 

 Dan ini jawapan En. Google.




Malas nak baca semua details pasal handphone ni. Terus je Zu klik gambar.



See??? Mana la den tak jeles.??

tapi yang angah punya warna hitam. Lebih kurang macam ni la...



Dah tengok dah?? haaa... Cepat - cepat! Tolong sabarkan Zu..huhuhu...

....dan....

to my PakWeNomborSatu; En. SE K810:

"Jangan risau sayang, I masih sayangkan U. 
dan I akan setia kat U as long as U sayang I & U tak buat perangai."


P/s: Masa beli SE K810 dulu, Zu cakap kat mak..

"Lepas ni lambat lagi la along beli handphone. Tunggu kerja dulu. "   <-- dah ada tanda - tanda nak curang. hahahha...


love;
-zulaikha-

Monday, July 19, 2010

cerita 3 hari. (part 3 - final)

Hye... Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Sihat? atau pun ada sesiapa yang demam? Kalau demam cepat - cepat la makan ubat ye.. Nanti melarat.... 


Hari ni, Zu nak sambung cerita kita yang tergantung sebelum ni.. Before that, Zu nak minta maaf sebab lambat sambung dan buat korang tertunggu - tunggu entry ni.. (erk..ada ke yang tunggu ni? huhu.. ke aku syok sendiri je?) T_T..Ok lah..tak nak sedih - sedih..  here we go!!


hari ke 3: RABU; 14 Julai 2010.


Hari ni bermula dengan baik sehingga pukul 11.00am. 


(10:35am) Aku: ‘Lambat nye lagi nak pukul 12.00. Alahai..’

(+/- 10.55am) Pensyarah subjek Complex Variable (TMK 3083): “Ok. Itu je untuk hari ni. Jumpa lagi hari Jumaat. “

Aku: Eh, awal pulak habis kelas hari ni.? Hmm.. mungkin hari first kot.



Then, semua coursemate keluar kelas (tak dipanggil lecture hall sebab bilik dia kecik je..). Dan diorang masuk ke kelas sebelah kecuali aku dan Umi.  Kitorang pergi kedai fotostat, keluar duit, take our branch (breakfast + lunch) sambil sembang – sembang, then kitorang pun pergi beli barang – barang sikit.



On the way ke bus stop untuk balik kolej…



(11.30am) Ida (salah seorang coursemate): Zu, Umi. Korang pergi mana? Tak masuk kelas tadi.. Kelas PDE (partial differential equation).

Aku: Eh, orang tak de kelas..('orang' sebagai ganti kepada 'saya')

Umi diam je.


Ida: Eh, ape pulak tak ade nye. Kita kan sama group.?

Aku: Eh, ye ke. Orang group lain la.. (sambil tangan keluarkan fail dari beg. Tengok jadual.)

Aku: Eh, ha’ah laa. Laaa.. Orang ingatkan puan habiskan kelas awal tadi. Haha.

Ida: (Ida gelak.) Nasib baik lecturer tak masuk tadi.

Umi: Saya pun ingat kelas dua jam. (ayat dia lebih kurang cam tu la..dia pun gelak jugak)

Aku: Orang pun ingat kelas dua jam. hahaha. Hari pertama kelas dah ponteng. 


note: Ayat – ayat dalam ni tak ikut 100% tapi main point ada. 


………………………


Haaa… itu lah dia cerita terakhir untuk sesi kali ni. Confident kan? Meh sini nak tunjuk kat korang jadual Zu tu.

jadual terbaru sem 5

Ini jadual untuk 1 week. Ok. Kita zoom ke hari Rabu jam 9.00am ke 12pm.



jadual terbaru sem 5

Haaa.. dah tengok?


TMK 3083 dengan TMK 3093 kan dah nak – nak sama je. Dah tu pulak dua – dua group A. Kelas pula kat tempat yang sama, sebelah menyebelah je.  Mana lah Zu tak tertukar. Adoiii….



p/s: Bila dah balik bilik baru Zu teringat yang if 2 hours punya kelas Zu akan merge cell. Tengok gambar kat bawah pulak.


jadual terbaru sem 5  

so, habis la cerita kita untuk sesi ni. Moral of the story:
  • tengok jadual anda.
  • jangan over confident
Jumpa lagi lain kali.. (tu pun kalau Zu rajin nak bercerita.. heheh)...sekian..
assalamualaikum..

-zulaikha-

Thursday, July 15, 2010

cerita 3 hari. (part 2)

Hye.. Assalamualaikum.. Dalam entry sebelum ni Zu dah tulis cerita hari isnin kan? Kali ni hari selasa pulak ye. Konsep dia masih sama. Ini cerita tentang diri sendiri. Maaf lah kalau membosankan korang. Zu ingatkan nak tulis je semua dalam 1 post, tapi mengenangkan entry tu akan cecah lantai.. So, terpaksa la Zu pendekkan kepada part 1, part 2, dan part 3.


Selasa:
Hari ni tak ada kelas. Kelas dah dibatalkan. yess!! (rujuk part 1). Tapi still tak boleh santai - santai. Kena siapkan kerja cepat - cepat. ok. Teruskan kerja.. Masa makin suntuk. Nak kena pergi pekan lagi. Nak bank in duit kat mak. Urgent! Keluar dalam kul +- 12.40. Balik dari bank dah +- 2.40pm.. Kerja x siap lagi!!! waaa!!! tolong!!.

'Zulaikha,! think positive.! sempat lagi. Jangan gelabah. Nanti semua kerja tak jadi.'


Maka, hati pun tenang sikit. Memang kelam kabut la time tu. Dengan pakwe no.2 (En. Lappy) yang buat hal. Dia hang pulak. adoyai.. Nak manja - manja pulak time ni.. Tadi sebelum keluar pergi pekan dah hang dah sekali. Nasib baik sempat save semua. Kalau tak, meraung la jawabnye.. huhu..


Then, around 5.00pm (kot), ketua blok bagi tau yang Pengetua kolej nak datang malam ni. Adeh. Ni satu lagi kejutan.! dan kejutan yang lebih best lagi ialah pengetua nak tengok montaj aktiviti - aktiviti sebelum ni. Montaj AJK tu dah 95% siap. Tinggal yang tu kejap. Pergi collect gambar dari AJK lama. Time ni memang gelabah habis. Semua kelam kabut.  Dengan bantuan Umi, Nadia (our leader) and Najwa, semua tu siap jugak akhirnya. Kalau tak silap dalam pukul 8.30 semua dah siap.


Kat dewan pulak, En. Lappy tak boleh nak detect projector.. Haish.. so pinjam lappy orang lain.. mula - mula tu agak terkial - kial jugak la nak guna. Dengan berdebar - debar nya lagi. Memang mencabar. Dia punya window 7. Zu ni guna XP je.. Pening jugak la sikit. Lama - lama makin ok. Sepanjang majlis tu berlangsung, kira ok la kot.. (bagi Zu la.) tapi masih boleh diperbaiki lagi.


Lepas majlis tu menang rasa lega sangat - sangat. Rasa ringan je. Sungguh! Zu ada la jugak suruh diorang komen. Diorang kata ok.. harap - harap betul la dan bukan untuk sedapkan hati Zu je.. huhu.. Malam tu boleh la tidur dengan lena...alhamdulillah..


Sekian terima kasih...


Ok.. cerita hari Selasa dah habis.. kita tunggu part 3 untuk cerita hari Rabu.. Cerita apa?? tunggu~~

Sunday, May 2, 2010

Maaf. Exam. Rehat. Balik. Online. Update. Rindu. Jejak.

Assalamualaikum semua!! salam ceria di hujung minggu...



Maaf. plus Balik.
Maaf la kalau 2 3 hari ni Zu tak update and  tak rajin blogwalking. huhu. Tengah kemas - kemas. Biasa la kan.. nanti Zu nak balik rumah. Yippy!! Balik mana?? Mesti la balik Gombak.. hehe. Ada sesiapa orang Gombak tak kat sini? Angkat tangan please, nak kira berapa orang.. =)


Exam.
Hmm.. Selasa ni (4Mei) Zu ada paper subjek Falsafah dan Dasar. (nama penuh: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar)....Doakan Zu dapat jawab ye..  Psssttt.. tapi kan, macam orang tak ada exam je. haha,. Boleh lagi blogwalk..ngee...



Balik. plus tak Online. plus Rehat.
Ni nak bagi tau lagi, hee.. Lepas exam pagi tu Zu terus balik rumah ye..Dan bila kat rumah tak ada la nak online je macam sekarang ni. Tak nak la pergi CC selalu. Sekarang ni pun duit dah tak ada. T_T sedihkan? so, start Selasa sampai tak tahu lagi bila, blog ni akan direhatkan sementara. So, (once again) mungkin blog ni akan bersawang, berdebu, berhabuk, dan segala macam ber lagi.


Online. plus Update. plus Rindu. plus Maaf.
Kalau ada update dari Zu sepanjang cuti sem ni means tu dah rindu tahap cipan (tak nak guna cipan.kesian kat dia.) tak boleh tahan. hehe. dan Zu nak minta maaf sekali lagi kalau tak boleh nak balas semua kunjungan korang time Zu online tu. Mahal beb kalau duk situ lama - lama. Nak karang ayat pun dah take time.. huhu..


Jejak. plus Online.
So, siapa2 yang datang nanti and nak Zu lawat dia balik, tinggalkan la jejak kat komen ye sebab takut kalau tinggal kat chat box, nama korang akan hanyut di telan arus lautan pasifik ok. stop mengarut. sebab takut nanti nama korang akan turun ke bawah dan ke bawah dan ke bawah sampai nama korang hilang. (kalau tak silap shout mix save 150 mesej je.) so, kalau korang komen, boleh la Zu buat lawatan balas kat blog korang pulak bila Zu online nanti.


Rindu.
Ok la. Tu je kot nak merepek kali ni. Nanti mesti rindu nak merepek lagi. T_T   Haa.. kalau ada sesiapa yang rindu kat Zu (ada ke?) boleh la baca entry - entry lepas ye.


Nota lantai rumah: perkataan yang Zu bold tu bukanlah keyword untuk SEO ye. hehe.


salam sayang plus rindu,
-zulaikha-
Related Posts with Thumbnails