Bila cikgu Zulaikha berucap… | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Thursday, August 25, 2011

Bila cikgu Zulaikha berucap…

Hye. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Hari ni kita dah 25 Ogos 2011 dan juga 25 Ramadhan 1432H. Maknanya esok lusa sekolah akan bercuti. Buat yang lupa atau yang dah malas nak ambil tahu, sekolah akan mula bercuti pada 27 Ogos 2011 (ataupun 26 Ogos 2011 bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu).

 

Dan itu juga bermakna, tempoh praktikal Zu kat SMK Sungai Pusu (SMKSP) tercinta pun dah nak tamat. Ya, Zu habis praktikal 26 Ogos 2011. Yakni ESOK! ya! ESOK! Macam tak percaya pulak, dah nak habis rupanya. Kadang – kadang rasa tak sabar, tapi bila fikir – fikir lagi rasa sedih pulak. Lepas ni entah bila la nak datang sekolah lagi.

 

So, dengan ini cik Zu nak bagi ucapan sikit .. boleh?

Here we go!

 

To all teachers yang jadi my teachers for 2nd time. Thanks sebab banyak membantu saya melalui hari – hari yang sangat mencabar sebagai seorang guru praktikal. Terima kasih tak terhingga buat Puan Muslimah(Pengetua SMKSP) yang sudi terima saya kat SMKSP ni, juga kepada Pn Nik Karimah(PK SMKSP) sebab bagi kepercayaan dan tunjuk ajar kat saya & cikgu praktikal lain, terima kasih juga buat Pn. Maizatul (PK Ko-k) atas tunjuk ajar yang diberikan. Last but not least, seinfiniti terima kasih untuk En. Abd Samat (PK HEM merangkap guru pembimbing saya) atas kepercayaan yang diberi untuk mengajar kelas 4 Ibnu Sina (sedih la pulak). Tak lupa juga buat Pn. Salfariza (guru Matematik 2 Digital). Thanks kak, your support and ideas sangat bermakna dan membantu saya. Kesimpulannya, TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA buat semua yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau pun tak langsung. Jasa kalian sangat bermakna buat insan kerdil yang baru berjinak – jinak dengan dunia pendidikan ni. Banyak lagi rasanya yang tak terbelajar. oh ya.. maaf sangat sebab tak dapat nak senaraikan nama semua…

 

And you guys, semua student SMK Sungai Pusu. Students kelas 2 Digital & 4 Ibnu Sina, student 2 Excel yang tution dengan cikgu. Student yang cikgu pernah relief kelas dia. Yang cikgu tak pernah relief kelas. Senang cerita semua sekali lah! Kalau cikgu ada marah – marah tu, cikgu marah sebab cikgu sayang kamu. Cikgu nak kamu jadi insan berguna. Insan berjaya. Cikgu tak nak kamu menyesal kemudian hari. So, belajar rajin – rajin okey, usaha tangga kejayaan. Don’t you ever dare to give up! Ingat!! yang penting hubungan sesama manusia, hubungan dengan Allah kita kena jaga. And after all, thanks for the great moments! gonna miss all of you~ <3

 

As a conclusion, thanks for the great moment! Love u!

1 127 comments:

pyejal said... [Reply to comment]

Selamat bercuti hari raya cikgu!

Related Posts with Thumbnails