Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Alhamdulillah pengajian Semester 1 Sesi 2011/2012 sudahpun bermula. Selamat mendaftar dan selamat menjalani minggu orientasi buat semua pelajar-pelajar baru di semua IPT. Walau di mana pun jua anda meneruskan pengajian, rancanglah hidup anda, masa anda dan pengajian anda dengan baik.
Bergelar seorang mahasiswa/i sahaja belum cukup untuk kita berbangga dengan gelaran ‘pelajar universiti’. Selagi kita tidak menggenggam segulung ijazah, selagi itu kita perlu berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk diri kita dan untuk kedua ibu bapa. - Itu antara pesan seorang kawan abah kat Zu dan Angah. Masa tu Zu ikut Abah dan Mak pergi hantar Angah kat UTM kampus KL.
Bila Zu fikir-fikir balik, mendalam maksud ayat tu. Itu bukan je nasihat untuk pelajar-pelajar baru, tapi peringatan untuk senior-senior. Apatah lagi yang bakal jadi super duper senior. Walaupun tinggal satu semester je lagi, selagi tak amik final exam, selagi tak dapat transkrip, selagi tak ambil scroll tu selagi itu lah perjuangan belum selesai.
Jadi, siapa pun kita, pelajar semester satu, dua, tiga, empat, dan seterusnya mahupun pelajar semester akhir selagi kita tak grad dengan keputusan yang boleh membanggakan ibu dan ayah, selagi tu kita tak boleh leka, dan kita mesti fokus dan sentiasa berusaha untuk dapat kan apa yang kita cita-citakan.
Dan yang paling penting, kejar cita-cita dan cinta akan menyusul kemudian. Itu pesan yang akan sentiasa ZMN pegang sampai bila-bila.
Sehingga berjumpa lagi! Take care!
Love;
-Zulaikha-
0 127 comments:
Post a Comment