.:: ZULAIKHA ::.: penggunaan internet oleh pelajar

.::duit sewa rumah::.

Showing posts with label penggunaan internet oleh pelajar. Show all posts
Showing posts with label penggunaan internet oleh pelajar. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

Betul ke internet membuatkan anda tak tidur malam?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kawan - kawan Zu hari ni? Sihat? Hari ni Zu tak nak tulis tentang kebaikan mendapat tidur yang cukup atau apa - apa yang sewaktu dengannya, tapi Zu nak ajak korang sembang - sembang sikit.. Apa topik sembang - sembang kita hari ni?? Haaa.. Jom tengok kat bawah ni..

Betul ke internet buat anda tak tidur malam?

Jawapan: 
a) Ya
b) Tidak
c) Mungkin 
(macam kat sekolah pulak)

Ok. Kalau tanya Zu, Zu akan jawab MUNGKIN.


Kalau masa muda belia zaman first year dulu mungkin jawapan dia YA. Sebab masa tu baru dapat laptop, plus internet yang agak laju berbanding internet cyber cafe kat rumah tu. Memang rasa tak boleh tinggal la. Selalu tidur lambat. Kalau nak compare masa study dengan online, boleh kata online lagi banyak. JANGAN TIRU! Masa tu kalau tak silap facebook tak famous lagi. Ntah la dah ada atau tak. Orang ramai masih guna friendster dan Yahoo! Messenger. 


Bila final exam, baru la kelam kabut. Masa tu la baru nak rasa menyesal. Masa tu konon tak nak bukak seminggu. Memang la berjaya, tapi gelisah macam kucing hilang anak. Ish..Ish..Ish..


Waktu dapat result, rasa sedih tapi nak buat macam mana, dah sape suruh awak main - main. Tapi syukur Alhamdulillah walau pun sipi - sipi je lagi nak ... (part ni tak nak bagi tau la..).


Sekarang ni jawapan Zu dah bertukar. Jawapan buat masa ni ialah MUNGKIN. hehe. Sebab bila dah ngantuk sangat internet laju tahap apa sekalipun, bantal jugak yang Zu cari. 


Korang pulak macam mana? Betul ke internet buat korang tak tidur malam?

p/s: Kalau tak ada internet macam mana nak update blog.. huhu..Yang penting, jangan jadi macam gambar ni sudah..

credit: google

Soalan asal:  YouthSays
pengguna internet tegar;
-zulaikha-
Related Posts with Thumbnails