.:: ZULAIKHA ::.: April 2011

.::duit sewa rumah::.

Friday, April 29, 2011

perubahan kecil

Assalamualaikum dan salam ceria. Apa khabar hari ni? Sihat? Alhamdulillah kita masih diberi nikmat kesihatan yang baik. Bagi yang kurang sihat, demam dan sebagainya, anggaplah ia suatu ujian untuk kita meningkatkan lagi aras iman. InsyaAllah.


Hari ni ada beberapa perubahan berlaku kat blog ni. Antaranya...

1. Pertambahan box page 'Blog Zulaikha' dan widget Networked Blogs.

Jenuh fikir nak buat page Blog Zulaikha ke tak. Nak, tak nak, nak, tak nak, nak, tak nak. Last sekali nak. Maka wujudlah page Blog Zulaikha kat facebook. Nanti pakat ajak orang kampung like ye. kehkehkeh.. Maaf la, tak sempat nak personalize habis. Gambar pun under construction. 

Link:


2. Tanya ZMN

Widget formspring ni sebenarnya memang dah ada kat blog ni, cuma hari ni Zu tukar kedudukan jadikan dia kat pages. Kalau korang rasa nak tanya apa, sila zass kat situ ye.

Kalau tak pun, klik gambar untuk tanya ZMN. :)


3. Dua tu je la kot yang bertambah. Ada yang berkurang jugak. Kalau korang perasan, bagus la. Kalau tak, cepat cari apa yang kurang! Okay~ Memain je.


Okay la, sampai sini je dulu pot pet pot pet hari ni. Eh, awak nak tahu tak? 6 Mei 2011 ni umur blog ni cukup dua tahun. Thanks sebab sentiasa menyokong blog ni ye. 

Monday, April 25, 2011

mengulang kenangan

29 Januari 2002
SMK Sungai Pusu

Seorang pelajar, Z datang dengan family dia untuk mendaftar di asrama. Masa tu umur dia 13 tahun. Dalam excited, dia sebenarnya sedih, takut, tak tahu nak buat apa, dan macam - macam lagi perasaan yang ada. Lepas daftar, kemas - kemas barang semua, family dia pun balik. Z pun mula belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Dengan kawan - kawan. Kawan pertama dia, Nursofia Diana.

Pada tahun ketiga dia di sekolah tu (Form 3 la ni), dia berbincang dengan cikgu dia dan kawan dia tentang cita - cita, dan hala tuju selepas SPM. Bila ditanya "Kamu nak jadi apa nanti?" Z jawab "Saya nak jadi cikgu". Itu yang Z tahu. Haluan mana? Dia belum fikirkan.

Tahun keempat. Dia mula pasti hala tujunya. Cikgu Matematik. UPSI. Sebabnya? Sebab cikgu matematik dia pun dari UPSI juga. Itu je alasannya. Course? Dia tak pasti course yang dia nak ni macam mana. Yang dia tahu dia nak B.Sc (Math). Dalam fikiran dia, mesti course ini belajar sains(kimia) dan matematik. Dua subjek yang dia suka. Dia sangat suka "B.Sc (Math)" tu. Rasa something bila dapat title tu.

Dalam pada tu, Z ada cita - cita lain jugak. Dia nak jadi pharmacist. Kalau tak pun nanti dia nak amik Master dalam Psychology. Tiga benda tu je la yang dia tayang kat pintu almari.

Masa berlalu. Banyak yang dah berubah, termasuklah cita - cita dia dulu. List cita - cita bertukar. Jadi cikgu jatuh tempat nombor tiga.


9 Mei 2011
SMK Sungai Pusu

Rezeki setiap orang Allah dah tetapkan. 9 tahun dulu dia datang sebagai student, 2 minggu lagi dia datang sebagai guru praktikal. Kalau dulu dia datang menuntut ilmu dari cikgu - cikgu, sekarang juga begitu. Secara tak langsung, dia belajar di sekolah ni sekali lagi.

Lepas habis praktikal bulan Ogos ni, dia ada 1 semester lagi. Lepas tu, kalau tiada aral melintang, dia akan dapat B.Sc. Mathematics yang dia nak dulu. InsyaAllah.


p/s: Kawan - kawan, doakan Z berjaya capai apa yang dia hajatkan ye.

Wednesday, April 20, 2011

JATUH CINTA SAMA DIA...

Assalamualaikum dan salam ceria.




Ya! Tajuk di atas tu betul. Awak semua tak salah baca. Kali ni betul - betul Zu jatuh cinta sama dia. Nak tahu siapa dia tu? tuuu.. gambar kat bawah tu.. jemput la tengok.. hehe..



Sony Ericsson Xperia arc
klik gambar untuk lebih jelas

Ngeh3.. tengok la.. Siapa tak cair beb..



Asalnya tadi Zu tengah baca blog Blogger Buzz, masa selak entry - entry lama dia tetiba nampak tajuk Introducing Blogger Android App. Excited kejap. Lepas tu terus google sony ericsson with android operating (klik link kalau nak tahu apa google jawab). Tak cukup dengan tu, Zu buka pulak website Sony Ericsson(Malaysia). Haaa.. Kat sini la den jatuh cinta pandang pertama tu. Sebab bila buka je website ni, nampak gambar Xperia arc. Handsome! hehe..




Untuk makluman, antara smart phone Sony Ericsson yang guna Android operating system (OS) (klik link kalau nak tahu) ni adalah my sweet heart kat atas tu. hehe.. Apa tu Android operating system? Meh baca kat sini - Android (operating system). Kalau nak lebih lagi, kat sini ada sedikit info pasal smartphone dan OS. Nak lagi? Cari sendiri la pulak..




Orite. Berbalik kepada cerita kita tadi, lepas bukak website Sony Ericsson dan buat comparison antara Xperia arc, dan beberapa smartphone lain, Xperia X10, Xperia X10 mini, dan Xperia X10 mini pro,  ternyata cinta pandang pertama itu tidak mengecewakan. 


Sebenarnya, bila tengok gambar Xperia X10 kat wikipedia handsome la jugak, okay la.. okay la.. tengok kat website SE pun still Xperia X10 handsome cuma ntah la.. Tak tertarik. Tak ada kimia (baca: chemistry) kot. Yeah.. Mungkin jugak kimia saya dengan smartphone kat bawah ni.. hehe



Siapa tahu kalau - kalau kita berjodoh, kan Xperia arc sayang?


Beberapa perkara menarik yang Zu suka tentang my sweet heart ni sebab:

- Ada application for blogger. Zu tak tahu OS lain ada atau tak, tapi since kesayangan saya support blogger okay la kan, buleh update blog di mana saje. hehe.. Kira menepati citarasa la.


- Built-in GPS (okay, yang ini sangat membantu sebab bab - bab jalan ni saya agak memang fail.)

- Wi-Fi support. Ini pun kira sangat membantu.

- Camera dia 8.1mp (boleh tahan la, nampak jerawat semua tu..)

- Last but not least, FM radio. Ni mungkin nampak macam pelik, yeah..mungkin. Tapi ni la salah satu benda wajib yang perlu ada bagi handphone Zu. Jangan main - main.!


Okay lah. Panjang berjela Zu bebel pasal pakwe-to-be ni. hehe.. Punya la banyak link di sediakan. Boleh bayang tak Zu bukak semua link tu semata - mata untuk entry ni? Boleh bayang tak betapa saya dah jatuh cinta sama ini Xperia arc?


Apa pun, still kena tunggu harga dia turun.. huhu. Paling tidak, kena tunggu ada duit. Sabo je la~ Err, kalau buat sebagai hantaran boleh ke? haha...



Nota Zu: DSLR ke Xperia arc?


Update: Muhammad Abdul Rahim kata, harga dia RM2099. T__T lambat lagi la nak dapat ni.. huhu..

Monday, April 18, 2011

bila huruf - huruf menunjukkan perasaan

Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Salam ceria baru habis satu paper. hehe.. Baru satu paper dah nak kecoh..


Orite, dalam entry sebelum ni Zu ada tunjuk beberapa perasaan yang boleh dibina dengan menggunakan huruf - huruf kan? Kalau ada sesiapa yang belum baca, boleh jenguk - jenguk kat sini ye. Kali ni, Zu nak sambung perasaan - perasaan lain pulak.


Check it out!~


"iiiiiiiiiiiiiiiiiiiii                     i"
terasing


"uuuuuuuuuuu  n  uuuuuuuuuuuuu"
sedih


"db  bd  qp  pq  dp  qb"
keliru


"zzzzzzzzzzzzzzzzzzz"
mengantuk
(okay. yang ni semua tahu rasanya. kan?)


Okay. Sekarang Zu dah "                       " (baca: blank). Itu je la setakat ni. Nanti kalau idea datang, kita sambung lagi ye. Andaikata ada yang tak berapa jelas/faham dengan entry ni, cuba take 5 kejap, bancuh kopi teh dsb lepastu baru sambung. 


Haaa.. Yang mana tengah exam atau nak exam tu, GOOD LUCK and ALL THE BEST Zu ucapkan. Oh ya, Zu ada 3 paper je final sem ni. Kalau ikutkan ada 6 subjek yang Zu ambil, tapi lagi 3 tu tak ada final exam. Satu dah lepas, ada lagi dua. Korang?

Friday, April 15, 2011

take 5

"                                                            "
blank


"asksanfcigkjnfkjfclwckinfcaflhckinlkxvl"
celaru/berterabur/dll


"a b z"
tak sabar nak habis
(baca: dari 'b' terus nak ke 'z')



Sebenarnya banyak lagi perasaan yang ada. Tapi sebab ini entry take 5, so kena tulis sikit je la.
Sekian.


update: tempat melepak minggu ini


Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI

Friday, April 8, 2011

PENULISAN ILMIAH vs PENULISAN DI BLOG

Assalamualaikum. Hye. 




Singgah sini jap untuk bebel-bebel sebelum pergi library, cari bahan untuk penulisan ilmiah. Err.. skema pulak rasanya. Okay la, untuk proposal thesis. Zu agak busy ye minggu ni dan minggu depan. Ohh. Bukan agak lagi dah, tapi memang busy. Bukan buat-buat. Tapi sempat lagi kau hapdet (baca: update) blog kan? =.=' 




Sebenarnya nak cakap pasal ni..


Banyak lagi draft yang tak disambung.




Haaa.. See, alahaii.. bila la nak sambung semua draft yang ada tu. Huhu. 




Okay la. Jam kat lappy dah pukul 8.13am. Nak pi siap-siap, mau pigi library. huhu.




Tata~~~ Jumpa lagi~~


p/s: gigih jugak nak mengemaskini (baca: update) blog. Entry pendek-pendek pun jadi la...
p/s/s: Oh ya. Jawapan penulisan ilmiah vs penulisan di blog: mesti la penulisan blog menang!! haha. tengok ni. nak pi buat penulisan ilmiah pun sempat lagi menulis blog. hahaha.


#okbye
eh, dah 8.20am.. arrrghhh..

Wednesday, April 6, 2011

Menabung: Jaminan kewangan di akhir-akhir semester.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Waahh. Tajuk tu dah macam pakar ekonomi je kan? hehe. Well, Zu nak tanya sikit. Korang ingat lagi tak entry menabung yang pernah Zu share dulu? Ingat lagi tak berapa ringgit? Kalau tak ingat, meh baca kat sini.


Haa. Itu untuk semester lepas, sekarang kita tengok pulak berapa total collection Zu untuk semester ni. 


Tadaaaa..

tulisan dalam gambar: 
RM0.10 x 70 kpg keping
RM0.20 x 40 kpg keping


Alhamdulillah, dapat RM15 semester ni. Okay la kan, semester lepas RM10 je. Lepas jugak la duit makan kat cafe tu.. Hehe..


Sebenarnya kawan-kawan, tak susah pun nak menabung cuma nak start simpan dan nak consistent tu yang payah sikit. 


Dan macam biasa, duit tabung saya mesti kering bila hujung semester. =.='

Monday, April 4, 2011

[VIDEO] Sedetik Lebih - Anuar Zain #ABPBH 2010


- ANUAR ZAIN: SEDETIK LEBIH -
lot of thanks to antclock92 coz upload this video at Youtube.


Mesti ramai gadis-gadis (dan mak gadis) kat luar sana admire dengan Mr. Right saya Anuar Zain kan? 

Semalam Zu tak tengok pun Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010). Just tengok kat time line Twitter je. Memang penuh time line tu dengan #ABPBH atau #abpbh. Nama Anuar Zain pun mencanak naik time tu. 


Bila dengar Anuar Zain perform semalam rasa exited jugak la nak pergi tengok. Tapi perasaan malas nak pergi bilik TV lagi tinggi dari perasaan excited. Haha. Conclusion? Duk bilik je la. So, hari ni awal-awal lagi dah cari video Anuar Zain perform masa ABPBH 2010 semalam. Hasilnya... 


Tadaaa.. 


video kat atas tu la..


Suke sangat dengar dia nyanyi.. hehe..


and last but not least


~Anuar Zain~
gambar: google

Saturday, April 2, 2011

5 blog paling kerap dilawati 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ni kita akan bercerita tentang "5 blog paling kerap dilawati 2011". Entry ni based on projek membina network blogger anjuran  @denaihati. Kalau rasa nak tahu lebih lanjut, boleh baca entry 5 blog paling kerap dilawati 2011 | DenaiHati.


Malas nak cakap banyak, jom kita tengok siapa yang kena!


.::5 BLOG YANG KERAP DILAWATI 2011::.


tempat pertama dimenangi oleh..


kedua


ketiga


keempat


kelima


Tu la 5 blog yang selalu Zu lawat. Entry diorang best-best sebabnya once baca 1 entry mesti nak klik entry-entry diorang yang lain pulak. hehe..


Yang tak tersenarai tu jangan sedih-sedih, bukannya Zu tak pergi blog korang cuma boleh senarai 5 je kali ni. 


Zu tak nak tag/ ajak sesiapa. Ye la kot-kot diorang ni busy. Tapi kalau ada sesiapa yang baca blog ni dan rasa nak buat entry 5 blog paling kerap dilawati 2011 ni amat dialu-alukan. 


Sekian. Terima kasih.
Related Posts with Thumbnails