.:: ZULAIKHA ::.: 2012

.::duit sewa rumah::.

Thursday, November 15, 2012

cuti - hari untuk bersukaria

wohaa.. seronok sungguh kerja berselang cuti ni. Sehari kerja, sehari cuti. Memang masyuukkk.. Kan best kalau setiap minggu dapat kerja macam ni.

Dan cuti kali ni memang masyuk. Start dari hari Ahad lepas keluar dengan kawan-kawan sesama praktikal a.k.a classmate serta supervisor kami a.k.a kakak best.

Then hari selasa pergi kenduri cukur jambul dan aqiqah anak sepupu yang bernama Aina. Dapat jumpa saudara mara dari perak juga. :) sambil tu dapat lawat anak sepupu sorang lagi. Adam namanya.

Hari ni. Hari Khamis, cuti sempena sambutan Awal Muharam 1434H. Mak jemput diorang datang lunch kat sini sebelum diorang bertolak balik ke Perak semula. Memang enjoy! Makan beramai-ramai macam ni memang seronok. Tak sabar nak jumpa diorang lagi time balik kampung nanti. (^_^)

So, ini kisah cuti saya. Kisah cuti korang macam mana?

Monday, November 12, 2012

cubaan

Kehidupan dan cubaan serta dugaan memang tidak dapat dipisahkan. sekian.

Saturday, September 1, 2012

Bertemu dan diduga

assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini hari pertama dalam bulan september. Berita kemungkinan tarikh temuduga jatuh pada bulan september - disember sedikit sebanyak mengocak riak kehidupanku. Ini bukan temuduga biasa. Ini temuduga dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Kesannya layak atau tidak aku bergelar guru suatu hari nanti. Andai aku lulus, penempatan akan diberikan. Andai aku gagal (minta dijauhkan dari keputusan ini), aku harus mencari kerja lain. Dan pastinya mencari kerja lain itu amat perit.


Suasana di fb turut berubah. Kawan-kawan mula berkongsi tips dan bahan bacaan untuk temuduga ini. Bahan bacaan mula dimuat turun. Banyak rupanya perkara yang perlu diketahui. Bahang tekanan mula terasa. Kuatkan diri.



- Turut merasai debaran temuduga pada 3 Sept 2012. Semoga berjaya!

Friday, August 31, 2012

Best raya ever!

Best raya ever! or at least sehingga tahun 2012.

Kita start dengan intro which is raya tahun ni Zu beraya di dua tempat. KL dan KLTN. Hari raya pertama sampai raya ketiga raya kat KL. Raya ke empat, 22.08.2012 tu baru balik kampung sampai la Isnin 27.08.2012. 

Pagi raya tu kitorang pakat pakai jubah. :) and for me, it is my first jubah. Warna hitam corak hijau. Cantik!! *perasan. Rasa excited je raya sebab beli guna duit sendiri.. hehe.. Plus dengan tudung dan brooch hadiah dari akak-akak di BPK, MARA. Thanks ye! Cantik pulak teman pagi raye tu. haha.. *perasan lagi! Lepas pakai cantik-cantik tu bersalam-salaman la dengan mak abah dan adik-adik. Dapat duit raya, bagi duit raya. :) Rupanya perasaan bagi duit raya tu pun seronok jugak ye. hee. Tapi seronok kalau cukup budget la. Kalau dah over budget macam tak berapa seronok sikit. kihkihkih.. 


Raya - raya lepas tu macam biasa, raya rumah orang dan orang datang raya rumah kita. Sampai la raya ke empat. 22 Ogos 2012. Hari balik kampung. Zu dengan angah balik naik bas, yang lain balik naik kereta. Konvoi kereta-bas. Excited sebab dah lama tak naik bas balik kelantan. Kalau bas KL-Tg.Malim or KL-Seremban tu biasa la. Situasi ni baru kena dengan lagu ~~

"Perjalanan jauh tak ku rasa,
kerna hati ku melonjak sama,
ingin berjumpa sanak saudara,
yang selalu bermain di mata..

OoO balik kampung!
OoO balik kampung!
OoO balik kampung!
Hati girang!!"


22 Ogos 2012; malam - ber-bbq di rumah tok ayah. Semua saudara sebelah mak ada, err tak semua la sebab ada seorang sepupu,isteri dia dan anak-anak dia tak balik. Paksu pun tak dapat datang sebab paksu oncall. Walaupun hujan, bbq tu tetap meriah! meriah bab bakar-membakar sambil sembang menyembang je.


Dan jumaat lepas, 24ogos2012 - meronda di pesisir Pantai Irama, naik belakang 4x4 tu lepas tu pakuda bawa kitorang sepanjang pantai tu.Pergh!! Rasa macam YB melawat kawasan pulak. Malam tu pulak ber-bbq lagi sekali. Tapi kali ni kat Tok Bali pulak. Disebabkan hujan, maka kitorang melepak bawah jambatan tok bali tu :) 

Jeng! Jeng! Jeng! Semua ada!
Kat sebelah kiri ada lagi satu tempat bakar :)


Sabtu, 25 Ogos 2012 - Kenduri kahwin paksu sebelah ayah. Dan kehadiran tetamu istimewa :) dan malam tu beraya lagi =) 


26 Ogos 2012 - Lepas kemas-kemas rumah, paksu bawa ke Jeram Linang pula. Yang ini pun masyuuukkk... Mandi manda tak payah risau nak jaga budak kecil. Memang la masyukk. Ohyeah, dah boleh apply teknik berenang yang kak wani ajar. Menjadi pulak tu!! Terbaik!!


27 Ogos 2012 - bertolak pulang ke KL. Dah banyak cuti oiii.. Kerja la pulak. huhu..

Cukup la setakat ni cerita ceriti ni ye. Nanti Zu cerita lagi, kalau ada cerita la...Maaf la tak dapat nak letak banyak-banyak gambar. Kalau nak tengok jugak, boleh tengok kat fb..


Selamat Hari Raya AidilFitri ikhlas dari zulaikha and family bagi pihak http://zulaikhamohdnor.blogspot.com

Wednesday, August 1, 2012

Salam Ramadhan.

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

 

Apa khabar semua. Saya harap sihat walafiat la ye. Bukan apa, ramai termasuk saya sendiri yang terkena batuk dan selsema. Huhu. Sebabnya? Tak jaga makan/minum. Err.. Ni sebab saya la, orang lain mungkin ada sebab mereka sendiri kot.

 

Almaklum la bila ada air sejuk time berbuka puasa memang tak dapat nak elak. Bagi je air apa-apa, asalkan sejuk. Nikmatnya tak terkata. Tapi kesannya, haaa.. Ini la dia.. Kan dah uhuk uhuk uhuk uhuk. Apa tu? Batuk la tu.. Lagi mau tanya itu bunyi apa. Adoi..

 

Sekarang ni, nak tak nak kena la tahan diri dari minum air sejuk. Tapi kadang-kadang terrrrlupa dan terrrminum air sejuk. hehe.. Cuma, lepas ni kena ingat-ingat sendiri la time minum tu. Time minum ais memang sedap, tapi sakit la. Apa pun, pandai makan, pandai la tanggung. Ye dak?

Sunday, July 22, 2012

Friday, June 8, 2012

Blog

Hai...

Jam kat kappy dah menunjukkan angka 2.19am tapi mata ni tak rasa mengantuk lagi. Mungkin dah terlepas waktu tidur kot. So, untuk masa yang ada ni lebih baik Zu update blog.. Edit - edit blog.. Kan? Kan? Kan?


Haa.. Perasan tak apa yang dah berubah kat blog Zu ni?


Yezza... Tulisan dah lain. Nak tahu tak? Sebelum tukar tulisan tadi, Zu tenung-tenung la blog Zu ni, Zu rasa macam skema pulak. Huhu. Bentuk tulisan macam formal je. So, sekarang Zu dah tukar font baru. Hee. tak tahu la hasilnya okey ke tak. Korang suka tak?~ Hehe..


Ahhaa! Dalam entry ni jugak Zu nak ucapkan selamat datang ke dunia blog kepada adik kesayangan a.ka. pemilik blog Tentang Aku . Kalau korang bosan tak tahu nak buat apa, boleh la singah-singah baca blog dia. Hehe. Promot jangan tak promot..! (10% ye sis!! Haha..)


Okay lah, rasanya sampai sini je la pertemuan kita hari ni. Zu kena paksa tidur jugak macam mana sekali pun sebab esok my family and I nak pergi Terangganu :) Doakan kami selamat pergi dan selamat balik sini semula ye :) Terima kasih..


Take care! Tata~

Tuesday, June 5, 2012

realiti fantasi


antara keperluan dan kehendak.
antara kepentingan dan keinginan.
nafsu meronta, hati keliru, akal menahan.
impian yang tinggi berpaksikan realiti.
bilakan pasti?

Wednesday, May 23, 2012

Wishlist

“Aku nak beli benda tu, tapi sekarang ni tak ada duit lagi. Tunggu kerja dulu la” 


Itu statement yang biasa Zu bagi bila nak pujuk diri sendiri suatu masa dahulu. Sekarang ni, perasaan nak beli itu nak beli ini masih lagi membuak - buak dan wishlist pun semakin panjang. Yezza, bila list pun dah panjang Zu jadi tak tahu nak beli mana dulu. 


Nak beli ikut kepentingan atau beli ikut harga? 


Beli ikut harga ni maknanya beli yang termurah dalam senarai dulu, lepas tu baru beli yang makin mahal. Kalau beli ikut kepentingan pulak, alkisahnya tak dapat la nak galaxy tab bagai.. huhu.. 


Apa pendapat awak? Jangan lupa share idea kat ruang komen ye.. Terima Kasih!! :)

Tuesday, May 22, 2012

Happy 3rd Anniversary Sayang

Firstly, sorry sangat – sangat sebab lambat wish dan lambat buat entry ni. 


Alhamdulillah, dah tiga tahun kita bersusah senang sama - sama. Waktu ada masa ada idea, banyak kali la Zu jenguk kamu. Tapi bila idea kering, kamu duduk sensorang. 


Sorang ke? Ahh.. Tak kisah la.. 


Tapi apa pun yang berlaku, jangan risau sayang. Kamu tetap dalam hati. 
Kan nama kita sama :D 


Dan tak lupa juga kepada 


Pengunjung kami, terima kasih kerana terus bersama. Kehadiran kalian sememangnya bermakna dan berjaya membuatkan saya terus mencoret sesuatu di sini. 


Doakan saya terus bersemangat dan banyak idea untuk membebel kat sini lagi ye. Thank you! 


Love;
-zulaikha-

Sunday, May 20, 2012

Ada chemistry...

Hi Chemistry, rupa - rupanya kita ni ada chemistry jugak ye!! :)


Firstly, lot of thanks to Alumni SMK Sungai Pusu sebab sudi jemput saya untuk jadi fasi subjek Kimia bagi Detention Class yang dijalankan 19 May lepas. Actually tawaran tu diterima dengan perasaan yang bercampur - baur. Excited dan takut. Don't know why bila melibatkan sekolah dan asrama saya jadi excited! Maybe sebab kenangan yang banyak kat situ kot~ Selain dari rasa teruja tu, saya juga rasa takut sebab dah lama tinggal subjek Kimia, and now kena ajar adik - adik form 4 dan form 5 subjek tu!! Jadi, berbekalkan ilmu yang masih diingat (sebab kena ajar adik jugak kat rumah) maka saya terima tugas ni.


Berat jugak rasanya ajar Kimia ni memandangkan saya ingat part kira - kira je. Part baca - baca mostly dah tak berapa ingat sangat. Huhu. Terpaksa la diorang baca sendiri sebab saya tak dapat nak terangkan dengan lebih lanjut. Maaf la ye.


Tapi, part yang saya paling suka ialah part jawab soalan. Ouh, walaupun skema jawapan diberi, saya kena cuba buat soalan tu dulu okey. Nanti diorang tanya, tak la terkujat! Dan masa jawab soalan tu serius rasa macam zaman dolu - dolu. Ala.. Zaman form 4 form 5 dulu tu~~


Tapi........


Bila tengok keliling, semua junior2. Ada yang baru habis matrik dan asasi. Time tu tersedar sekejap, dah tua saya ni ye. =.=' Huhu..

Monday, May 14, 2012

Tripple K: Konvo Kerja Kahwin


Hye guys. Apa khabar?

Alhamdulillah secara rasminya Zulaikha bt Mohd Nor telah bergelar Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris. Syukur sekali lagi sebab Zu dan keluarga tak ada halangan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke-14 UPSI. Err.. tak ada halangan ke? Actually, adik – adik terpaksa dipontengkan. Haha.. Luckily Eli, Amin, Akim dan Syira tak ada exam pada hari Selasa 8 Mei 2012 so boleh la mereka dipontengkan and thanks a lot untuk angah yang sanggup tak datang kelas dia. Ponteng ler jugak tu.. Hehe.. Luv you sis! Semoga subjek tu angah boleh dapat A!. Tak dilupakan Mr. F yang sudi datang dan menambahkan makna kepada hari yang sememangnya sangat bermakna bagi saya.

Done for the first K. Kalau ada request baru Zu cerita lagi. Hehe.. Kalau ada la..

Rasanya ini kali kedua Zu kerja since Zu pernah kerja selama 4 hari masa lepas SPM dulu. Haha. Kenapa 4 hari? Hurm.. Sebab tak ada soul kerja kat situ kot. Hehe.. Apa pun, untuk 4 hari tu dapat la RM80. Boleh la pergi Pesta Buku Antarabangsa KL dengan kawan-kawan sekolah. Hehe..

Kerja untuk 2nd time ni Alhamdulillah bertahan lama sikit. At least kalau sehingga hari ni ada la 1 bulan 5 hari. Sempat la selesaikan urusan konvo tu dengan gaji pertama. ^_^ Cuma setakat ni kerja adalah berkadar songsang dengan enjoy. Huhu. Tak apa la, mungkin semua ni masa permulaan kerja je. Hurm.. (positif habis~~ huhu)

And for the last K. Sabor la dulu akak abang. Seru tak sampai lagi. Agak-agak dah sampai masanya nanti, teman kabo ler..


Itu je la buat masa ni, nanti teman cerita lagi. Selamat malam :)

Tuesday, April 3, 2012

Rindu merantau

Assalamualaikum! Selamat pagi!

 

Tingkatan 1 hingga 5 = 5 Tahun

Matrikulasi = 1 Tahun

Universiti = 4 Tahun

Total = 10 Tahun.

Sepuluh tahun dah rupanya aku duduk jauh (jauh la sangat) dari family. Eceh.. Sebenarnya tak de la jauh mana, sebab boleh je train komuter tu sampai kat setiap tempat aku merantau tu..

 

Bila dah duduk kat rumah ni, baru aku sedar yang best jugak merantau ni.. haha.. Nak tahu apa yang best, kamu kena la merantau jugak. Muahaha…

 

Kalau dulu, tiap kali nak balik kolej, mesti rasa berat hati. Sampaikan sem last kat U, aku boleh postponed balik kolej ke hari isnin. Mentang – mentang la hari isnin tak ada kelas.. hehe.. Sekarang ni mana ada lagi dah.. huhu… Duduk je la kat umah sampai kawen. Opss.. Over tu.. Sampai posting la kot.. (Posting dengan kawen mana dulu ek? haha..)

 

Bila fikir-fikir balik, aku rasa teruk pulak. Huhu.. Dulu orang bagi merantau sibuk cakap “Lamanya”.. Tapi sekarang baru rasa rindu zaman dolu-dolu.. Serius ohhh.. Boleh tak nak balik ke zaman sekolah?

 

Okey la.. Cakap macam mana pun tak mungkin aku balik ke zaman dulu kala.. Hidup mesti diteruskan… Selamat maju jaya! :)

 

p/s: Teringin nak posting kat johor. Hahaha.. Boleh aku teruskan dengan hajat hati (Tak boleh la cerita apa hajat hati aku.. hehe)… Tapi mak macam tak bagi je kerja jauh-jauh… Hurm….

Monday, April 2, 2012

Kelaut lagi

Hye..Hye..Hye… Apa kabar semua!! Harap – harap korang semua sihat dan okey saje~~

 

Yeah.. Topik sembang petang kita pada hari ini adalah seperti diatas. Jangan risau sebab sebenarnya laut yang dimaksudkan bukanlah laut betul – betul tapi lebih kepada melalut.

 

Oh ya. Hakikat kejadian entry hari ni disebabkan penulis yang agak tak tahu nak buat apa di rumah memandangkan penulis baru sahaja habis internship dan sedang menunggu keputusan permohonan kerjanya. Selain daripada itu, rumah penulis juga yang jauh dari laut menolak kemungkinan yang penulis sedang menangkap ikan di laut.

 

Jika sebelum ni korang ternampak blog ni kosong tanpa ada sebarang entry, harap maaf dan harap maklum sebab penulis sebelum ni sangat busy. Tapi, mulai hari ini sehingga tak tahu bila, blog ini tidak lagi sunyi sepi sebab dah ada satu entry. Diharapkan entry blog ini akan sentiasa bertambah dan bertambah dan bertambah dan bertambah.

 

Sekian entry agak merapu dari saya. Terima kasih.

Saturday, March 3, 2012

Jan 19, 2012 - Mar 3, 2011

Hi guys!!

Pergh... Dah macam hidup segan mati tak mahu je blog ni! Lama benor tak mengupdate yer.. Ade la dalam sebulan lebih.. Nuffnang aku pun dah macam tak de je... Fulus memang dah tak gerak - gerak dah la.. Maaf la ye sebab biarkan blog ni macam rumah yang tak bertuan. Tak sempat nak melayan blog ni. Huhu..


Alkisahnye sekarang ni ZMN tengah buat latihan industri a.k.a praktikal. Kat mana? Biarlah rahsia~~ Macam lagu siti tu.. Keh keh keh.. Hidup berkerja ni memang absolutely tak sama dengan hidup belajar. Penat dia pun tak sama dengan penat belajar. Sekarang ni hidup ZMN pergi kerja lepas subuh balik dah nak maghrib. Ada tu balik lepas maghrib dah pun. Balik dah nak isyak pun pernah jugak.. T__T Bila malam je penat, tak sempat nak online. Huhu. 5 days a week. Bila sampai hari jumaat je excited. Esok cuti wehh.. Sape tak suka!


Ni pun ZMN curi masa kejap nak update blog kesayangan (kesayangan ke kalau biar je tak berupdate? hoho).   Okey la kengkawan. Cukup la tu sikit - sikit.. Nanti kalau ada apa - apa, ZMN update lagi okey?! See ya!!

Thursday, January 19, 2012

Selamat tinggal.

29 Jun 2008 - 19 Jan 2012


19 Januari 2012
12:58pm
Meja Najwa, or might be 'bekas' meja Najwa.


Mungkin ini merupakan entry terakhir yang aku taip dari bumi Tanjong Malim. Lebih spesifik, Kolej Za'ba, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tempat suka duka sepanjang hampir 4 tahun. 


Kalau nak diceritakan segala suka duka tu, mungkin 3 hari 3 malam pun belum tentu habis. Dan yang pasti belum tentu aku setegar tu nak taip entry panjang berjela. Okey, so lepas ni apa? Destinasi yang pasti lepas ni balik Gombak. Bersiap sedia untuk buat Latihan Industri dan bersiap sedia menempuh alam pekerjaan. Kerja apa? Itu belum pasti sebabnya hanya Allah yang tahu rezeki yang telah ditetapkan untukku. 



Buat teman seperjuangan, ampun dan maaf andai diri ini tidak mampu menjadi yang terbaik untukmu. Terima kasih juga kerana menerima diri ini seadanya. Terima kasih untuk segala kenangan yang tercipta. Perjuangan kita belum selesai. Ingat! Sebagai Pilot kita kena terbangkan pesawat dengan baik. Jangan hancurkan harapan orang.



Okay lah. Last but not least, lagu ni untuk kalian. Untuk insan - insan yang aku rindu dan bakal dirindui. Selalunya, orang akan bagi lagu sedihkan? Tak pe la.. Kali ni tak ada lagu sedih. Ada jodoh kita jumpa lagi. 





salam  sayang;
zulaikha mohd nor
D 200810#####

Friday, January 13, 2012

Menulis blog: Aku ingin menulis sepertinya. [part 1]

Blog yang bermanfaat.

Niat dihati nak kongsi satu doa untuk jadi insan yang bersyukur tapi saya terlupa ayat tersebut. Mujur doa tu diberikan oleh seorang sahabat, jadi terus tergerak hati untuk tanya dia. Dalam kiriman SMS yang dibalas, sahabat tadi minta saya lihat blognya. Katanya dia dah post doa tersebut dalam blog. Lepas buka blog sahabat ni, perkara pertama yang saya buat bukanlah cari doa berkenaan, tapi baca dulu kandungan blognya. 


Ya Allah. Blog ini sangat ber'isi'. Jauhnya beza dengan blog saya. Kalau dibuat perbandingan, saya rasa blog saya kosong. Tidak berisi. Sebab, saya terfikir, apa manfaat yang orang boleh dapat dari blog saya? Ya. Itu definisi berisi yang saya sebut tadi. Berisi dalam ertikata memberi manfaat kepada orang lain.



Untuk sejenak, saya berfikir. Adakah pembaca blog saya dapat manfaat dari apa yang saya kongsikan? Saya tak pasti. Melihat kepada penulisan sahabat ini juga membuatkan saya berfikir. Bila saya mampu menulis seperti dia? Menulis sebagai medium perkongsian apa yang dibacanya. Menulis dengan matang. Dan sekali lagi saya terfikir. Dari mana saya harus mula?



Sementara saya mencari halatuju blog ini, saya kongsikan kepada anda semua blog sahabat tersebut. Blog Pengemis Nur Tuhan

Saturday, January 7, 2012

Semester akhir, tapi belajar tak habis.!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tak sangka kan? lagi 9 hari je nak habis semester ni. Mungkin ni sem terakhir saya bergelar pelajar (degree la. Master insyaAllah kalau ada rezeki..). Harap - harap sem ni last. Tak mau kena repeat or extend. Tak sabar dah nak habis sem ni. Macam tak percaya, empat tahun berlalu dengan sangat cepat! Masa masuk UPSI dulu, rasa macam.. "Empat tahun? lamanya~~" Tapi... biasala... permainan waktu. Ceewaaah! Pejam celik pejam celik, tinggal lagi dua minggu je lagi bergelar pelajar UPSI dengan no. matrik D 2008 bla bla bla.


Tapi, walau apa pun, proses pembelajaran kita tak akan terhenti. Teringat comment seorang kawan kat Facebook. "Belajar tak kan pernah habis." - Betul cakap dia. Walaupun nanti secara rasminya dah tak bergelar pelajar, tapi proses pembelajaran mesti diteruskan. Belajar daripada alam. Belajar daripada kesilapan. Dan yang paling penting, belajar untuk perbaiki diri dari segenap aspek.


Jadi, untuk masa yang singkat ni. Marilah kita set balik minda bahawa pembelajaran takkan pernah terhenti. Ia satu proses yang panjang. Dan tempohnya adalah seumur hidup kita. Jadi, walau apa pun yang berlaku. Teruskan belajar.


p/s:: Belajar untuk mengajar. Belajar untuk berkongsi. Belajar untuk menerima.


with love;
Zulaikha Mohd Nor
Student of  School of Life.

Sunday, January 1, 2012

rindu sangat - sangat.

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.


AMARAN: Entry ni dalam mood super duper fast.


Sekarang ni aku masih dalam mood study, sebab 3 4 5 Jan 2012 ni ada exam. Dah la tiga - tiga tu subjek major. Berturut - turut pulak. Gilak ah.. Tapi.. tapi.. tapi... Bagi aku chance update blog ni kejap eh. Boleh??. Ye la.. Gian kot~~ Lama bebenor dah tak update. 


First of all. HAPPY NEW YEAR kat reader blog ni. Kat kawan - kawan yang mengenali diri saya. Kat keluarga - keluarga. Kat cikgu - cikgu. Kat students saya. Senang cite, kat semua orang la...


Okey. Second, tolong soalan saya dapat jawab exam dengan baik. Dapat lulus cemerlang. Dapat grad dengan bergaya. Eh? Dan tolong doakan kawan - kawan saya jugak.


Third, tolong doakan kelancaran proses Latihan Industri (LI) kami student ISM Sains (Matematik) dengan Pendidikan di tempat pilihan masing - masing. Ok. Malas nak story pasal LI. Kata super duper fast kan? Mana boleh story panjang - panjang. :D


Forth, eh, cukup la tu. Lain kali la pulak. Oh ya, jumpa lagi lepas paper History 9 Jan 12 Nanti.
Jangan nanti aku dah tak ada idea sudah la.. Huhu...


Tata.. Sayokobes. Eh silap, Sayonara!. Chow!


Err.. Assalamualaikum la. 


Eh, chop. Ajak la kawan - kawan dengan sedara - mara lawat blog ni. Biar duit aku bertambah jadi juta - juta lemon. Hehehe...


Okey. Ni betul - betul Chow. Adios amigo!
Related Posts with Thumbnails

.::sejarah penulisan::.