.:: ZULAIKHA ::.: 2010

.::duit sewa rumah::.

Wednesday, December 1, 2010

Domain Giveaway dari Yanmieonline.com dan Ihosterz.com

Saat – saat Zu tengah study untuk Paper Physical Chemistry pukul 2.30pm jap lagi, tetiba tangan gatal – gatal klik icon TweetDeck. Lepas tunggu loading 2, 3 saat dan baca apa yang patut. Mata Zu stop kat tweet ni.
tweet
Eh, dia tanya kak yan?
kak yan buat giveaway ke?
Domain giveaway pulak tu

Tak boleh jadi ni. Terus tekan arrow ke bawah. Cari Tweet kak yan yang sebelum ni.
tweet 2
SAH!! Memang sah kak yan buat DOMAIN GIVEAWAY!!

So apa lagi.! TAk payah tunggu lama. Terus je klik link tu. Kalau buat lepas habis exam takut tak sempat pulak. Huhu. Nanti nak kemas beg lagi, nak balik rumah malam ni la katakan.. hehe. Eh, melalut pulak.

Bila buka blog kakyan, mata terus point ke gambar ni. Nampak je huruf WWW tu terus berdebar – debar. haha. Bajet la kau. Bukan apa, dah lama berangan nak ada domain sendiri ni. Eceh..



Kalau korang nak tahu, ada 5 domain yang nak diberikan.! Saya ulang. LIMA domain! Kalau ikut yang saya belajar, probability nak menang lebih tinggi dari just 2 or 3 domain yang diberi. Hehe. Heh! Bajet boleh menang je kau ni.

Ok. tengok due date pulak.

“..GiveAway ini berlangsung dari 24/11/2010 – 20/12/2010…”

Caya lah!! Masih ada masa! Ehem.. ehem..Kalau jodoh tak kemana. Ye dak? Kuikuikui..

Ok. Rasa excited dah surut sikit.. Dah boleh bercerita dengan tenang. Eh, tak boleh cerita banyak laa. Huhu.. Nak sambung study. Haa.. Awak yang tengah baca ni! Meh la join sekali. Kita pakat meriahkan giveaway kak yan. Jom!!

” Domain GiveAway Yanmieonline.com ini di taja bersama Ihosterz.com dan Cikmin.com

Nota kimia: eh, nanti nak pakai nama ape eh? hehe…

salam rindu;
-zulaikha-

Thursday, November 25, 2010

Tahap Gred Mata Wang Kertas (Bank notes)

Hye readers.! Apa kabar? 

Hari ni Zu belajar satu perkara baru iaitu macam mana nak tentukan nilai Gred Mata Wang kertas. Terima kasih kepada bendiiptho sebab Zu cara tentukan gred ni dari bahan yang beliau upload. Terima kasih juga kepada http://fazilnumismatic.blogspot.com/. Lepas tengok blog beliau, baru Zu tahu rupanya duit - duit lama ni dijual mengikut nilai gred wang kertas tersebut.

Berikut Zu kongsikan apa yang Zu baca..


------------------------------

TAHAP GRED MATA WANG KERTAS (BANK NOTES) 


Ini merupa pengenalan bagi mereka yang ingin menjadi pengumpul wang kertas. Ianya penting kerana selain keluaran dan tahap susah untuk mendapatkan sesuatu wang kertas, tahap gred mata wang kertas juga memainkan peranan penting terhadap nilai semasa sesuatu yang kertas khasnya. Saya senaraikan disini tahap gred mata wang yang selalu digunakan;


Uncirculated (UNC) 
Sempurna, setiap penjuru duit adalah tajam, tiada kesan lipatan, warna tidak pudar, kertasnya kukuh dan bersih 


About Uncirculated (AU) 
Kelihatan sempurna tetapi bahagian tengah atau penjuru terdapat sedikit kesan lipat,mempunyai penjuru yang tajam, tiada kesan calar, warna tidak pudar dan permukaan bersih.


Extremely Fine (EF) 
Maksimum 3 kesan lipat yang minor atau 1 kesan calar, mempunyai penjuru yang tajam, warna tidak pudar dan permukaan bersih.


Very Fine (VF) 
Terdapat beberapa kesan lipatan, permukaan sedikit kotor, warna sedikit pudar, penjuru mungkin koyak tetapi tidak pada bahagian sisi, masih mempunya penjuru yang tajam dan kertas masih kelihatan keras.


Fine (F) 
Terdapat banyak kesan lipat dan calar. Terdapat sedikit kotoran, sisi mungkin terkoyak sedikit atau terdapat lubang staple atau lubang pin tetapi tidak ditengahnya. Warna kelihatan masih elok tetapi tidak terang.


Very Good (VG) 
Penjuru koyak dan tidak tajam. Warna pudar, terdapat lubang-lubang kecil, tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.


Good (G) 
Permukaan koyak, mempunyai banyak kesan lipat dan calar yang kuat. Terdapat lubang-lubang tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan. Terdapat kesan contengan tulisan.


Fair (FA) 
Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan.


Poor (P) 
Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian besar daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan dan bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape.




Sumber: bendiiptho

------------------------------

Kalau korang nak tengok koleksi duit - duit lama, jom ke http://fazilnumismatic.blogspot.com. Untuk pengetahuan yang lebih mendalam sila layari www.google.com

Harap kita dapat sama - sama berkongsi ilmu. 

Salam sayang;
-zulaikha-

Tuesday, November 23, 2010

once a blogger, always a blogger.

Wahh. Tajuk kemain lagi. Bukan apa, dah lama tak update blog. So hari ni rasa gatal tangan jap nak menulis. Walaupun study tak habis lagi. Ish..ish,,ish,, Jangan ikut ye. 


perkara #1:

Semoga berjaya buat adik - adik yang ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Buat elok - elok. Bila sebut pasal SPM ni teringat cerita sedih masa Zu SPM dulu. Agak terkilan sebenarnya sebab tak baca subjek Bio tu betul - betul. Lagi satu subjek yang buat Zu terkilan ialah subjek BI. Memang sadis ceritanya. Tapi nak buat macam mana. Benda dah lepas. Biar je la.. Kan?

Tapikan, rindu woo nak ambik SPM balik. Haa.. Antara kenangan yang tak boleh dilupakan! Zu jadi saksi masa pengawas peperiksaan nak buka soalan. Bagi yang dah terlupa, soalan tu dia isi dalam beg plastik hitam (bukan beg sampah tu oii. jangan salah bayang). So, bila nak gunting beg tu kena ada saksi. Lepas tu saksi akan tanda tangan. Lebih kurang macam tu la.. Masa tu mula la perasan, famous sign gue. Haha. (Ok. Kalau nak muntah ke nak apa, silakan...)


Ok. Tu cerita SPM Zu..So, once again GOOD LUCK!. Do the best! terutama untuk bebudak SMK Sungai Pusu, Gombak :)


Perkara #2:

HAPPY BIRTHDAY TO NUR FARAHIN BT RAZLAN. 

Hari ni birthday beliau. Lagi sebulan lebih, birthday den pulak. hehe. Oh ya, Cik farahin ni sekelas dengan Zu masa kat matrik (KMNS) \(^_^)/


Perkara #3:

Zu telah di-tag oleh Jiha. Due date 30 Nov 2010. nanti Zu buat ye. Sekarang tak sempat lagi. Huhu.. Lepas paper PDE (Partial Differential Equation), Zu buat. InsyaAllah. 


Ok.. Tu lah dia perkara yang nak dibebelkan hari ni. Sekarang kita sambung study balik. Kalau entry tak ada kaitan dengan tajuk maaf la ye. Tajuk tu just nak bagitau saya gian nak menulis setelah 2minggu lebih tak mengarang. hehe.. :) 

Sekian. Roger n out!

Assalamualaikum.

salam rindu;
-zulaikha-

Saturday, November 6, 2010

Awak ada nampak iklan Toyota Altis tak?

Assalamualaikum. Selamat pagi. 

Ni say nak tanya, awak ada nampak tak iklan Toyota Altis? Rasanya dah lama saya tak nampak iklan tu. Kalau awak pun tak nampak, saya rasa iklan tu dah jadi metered earning la kot. Kan?


Tapi, kalau dia dah jadi metered earnig, kenapa still tercongok kat list BE? Hurmm. Musykil. 


Tapi kannn,...
Kalau lah dia dah jadi ME, sedih la saya. huhu. Sebab, lagi satu sen je nak cukup RM**. Wekk.. :P saje je tak nak bagi tau nilai dia. Pandai - pandai la korang teka ye. Hehehe.


Ok. Lah, nak tanya tu je sebenarnya. Dah lama duk perhati Toyota ni. Tak berubah tak berganjak pun nilai dia. 


p/s:
Kalau awak tengah periksa atau nak periksa, Semoga berjaya ye! Gambateh!!

Kalau awak dah kerja, kerja elok - elok tau. Jangan ponteng. (^_^)v


Nota pengarang:Kalau duk rumah agak2 study tak? hurmm..

-zulaikha-

Thursday, November 4, 2010

kenapa saya tak online dirumah & kisah broadband

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. 


Waktu kamu membaca entry ni rasanya saya sudah berada di rumah. Sedang berehat bersama keluarga tersayang. Mungkin juga tengah berkongsi cerita bersama angah dan eli. Atau mungkin tengah bermain ala kanak - kanak bersama syira dan aina.


Walau apa pun yang saya tengah buat, saya nak cakap terima kasih sebab kamu sudi datang dan baca blog saya. Kalau kamu komen kat blog saya, bertambah terima kasih. Maaf sebab saya tak dapat jenguk blog kamu buat masa ni. Tunggu saya pulang ke kolej baru boleh melawat kamu. Ataupun tunggu saya punya broadband sendiri baru saya boleh online di rumah dan melawat blog kamu. Harap kamu tak marah ye. 


Bercerita tentang broadband, saya rasa dah tak sabar nak berkerja sebab nak beli broadband sendiri. Mungkin kamu pelik, kenapa perlu tunggu kerja. Minta saja dengan abah atau emak. Jawapan saya tidak dan tidak perlu. Mereka telah banyak bersusah payah untuk saya. Jadi saya tidak boleh menyusahkan mereka lagi.


Saya juga bukan penerima biasiswa JPA atau KPM. Saya hanya berhutang dengan PTPTN untuk menyara sebuah kehidupan di universiti. Justeru, walaupun untuk membayar RM70+- sebulan, saya tidak mampu. Sedangkan untuk menanggung diri selama satu semester pun sudah tercungap - cungap, ini pula untuk menambah beban baru. Maka, keputusan untuk membeli broadband sewaktu di universiti juga saya kira tidak dan tidak perlu. Jadi hanya dengan berkerja saya mampu mendapatkan keinginan ini. InsyaAllah. Doakan saya ya.


Untuk makluman, ini adalah pendapat dan sebab mengapa saya tidak mempunyai broadband. Tiada kena mengena dengan sesiapa yang broadbandnya dibeli dan diberikan oleh ibu bapa mereka. Juga tiada kena mengena dengan sesiapa yang memiliki broadband menggunakan wang biasiswa. Harap kamu tak salah faham.


aku: kenapa sekarang ni kerap sangat nampak gamba dia kat photo memories FB?

tetap sayang kamu;
-zulaikha-

Tuesday, November 2, 2010

Berperang dengan nombor 22.

Alhamdulillah. Selesai sudah proses pendaftaran kursus untuk semester hadapan. Proses penambahan jam kredit juga berjalan dengan baik walaupun masing - masing agak kelam kabut. Sem depan saya akan berdepan dengan 22 jam kredit. Jumlah yang sangat banyak saya kira. Kalau orang lain cakap sikit tu tak tau la kan. Setiap orang ada pandangan masing - masing.


Nak tengok subjek apa yang bakal perperang dengan saya sem depan? Ni dia...

Koperasi (1 credit hour)
Research Project (6 credit hours)
Matematik Perniagaan (3 credit hours)
Numerical Solution of Linear Algebra (3 credit hours)
Pengajaran Teknologi dan Penaksiran 2 (6 credit hours)
Introduction to Mathematical Modelling (3 credit hours)

Total: 22 credit hours

Ohh.. Saya cakap berperang kan tadi? Sebabnya berperang nak siapkan assignment, nak kuiz lagi, test lagi, presentation lagi. Itu je, bukan la perang guna senapang ke, pedang ke, tombak ke. alaa.. semua orang pun berperang dengan menda - menda macam ni kan? :)


Alamak!!. Perut dah menyanyi macam - macam lagu ni. Mintak izin pergi makan dulu ye. heee.. Korang dah makan? kalau belum jom la. Makan sama, tapi tempat lain - lain. Bayar of course la asing. Hehehe. :)

Jom layan gambar ni sat. Hee. Jangan marah ea.. :)

Gambar: Saya suka subjek Math :)

Maklumat tambahan:
Adik - Adik, Kakak - Kakak, Abang - Abang;
Kalau belum daftar lagi, boleh daftar kursus kat sini ye: MYSIS UPSI


Nota pengarang: Tak sabar nak balik rumah. Nak jumpa adik chumil. Nak makan masakan mak :) Nak balik Kelantan Raya Haji ni InsyaAllah. nak itu.. Nak ini.. Oh, study jangan lupa. Exam weh! Exam!


-zulaikha-

Sunday, October 31, 2010

pendapat saya tentang CEREKARAMA AKU INGIN KE SYURGA (TV 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kalian? Kita akan bercerita sekitar cerekarama: Aku ingin ke syurga. Bagi sesiapa yang masih samar - samar, harap maaf ye. :)


Mula - mula zu tengok cerita ni memang sangat kecewa. Sebab dalam 30 - 40 minit pertama zu nampak hanya perbuatan yang tak baik. Tolong lah! Berjudi. Kurang ajar dengan emak. Semua kerja - kerja jahat si Hanafi (lakonan Zamarul Hisyam)  tu buat. kecewa sebab scene yang ditayangkan sangat tak elok untuk budak - budak!. Masa ni juga rasa macam nak rotan - rotan je dia. Geram tahu??!! Bila si Hanafi tu kena pukul dengan gengster, rasa macam kesian pulak. Mula dari scene kena pukul ni, si hanafi ni dah mula melalui saat - saat pembalasannya.


Okay. Zu bukan nak tulis tentang sinopsis cerekarama ni. Kalau nak tau sinopsis, korang boleh cari dekat google.  Apa yang zu nak tekankan kat sini ialah moral of the story. Nilai - nilai yang patut kita ambil dari cerita ni..


1. Walaupun anak buat jahat dekat emak, emak akan tetap sayang anak dia. Jadi, sayangilah ibu anda. 

Dalam cerita ni mak cik tu tak pukul pun anak dia kan? Lepas tu, bila anak dia balik rumah dalam keadaan sakit dan tak boleh nak urus diri sendiri tu, mak cik tu masih nak jaga dia kat rumah. Tak nak hantar kat hospital.


2. Setiap orang yang berdosa tu akan diampunkan oleh Allah kalau dia bertaubat nasuha dan dia minta maaf kat semua orang telah dianiaya.

Bak kata ustaz X (tak ingat nama) dalam cerita tu, selagi nyawa kita masih ada, kita masih ada peluang untuk bertaubat. Jadi, bertaubat lah. Bukan setakat tau buat. Ok. Ayat last tu bukan ayat ustaz tadi.


3. Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali. 

Mungkin kita patut cakap ayat ni kat budak - budak yang join tengok cerekarama tadi. Boleh juga pesan kat adik/anak macam ni..

"Jangan buat jahat. Nanti tuhan marah, lepas tu dapat balasan atas perbuatan jahat kita."

Ni sekadar cadangan je ye. Korang boleh reka ayat lain yang lagi baik. :)



Kesimpulannya, kita patut ambil pengajaran dari setiap cerita yang kita tengok. Tapi jangan la pula pegi tengok cerita - cerita lucah! Hampeh!!


nota pengarang: Baru first time tengok cerita sambil online. Sangat best rupanya ye! Ok lah. Mata pun dah mengantuk, selamat malam semua. Mimpi indah ye! :)


salam sayang;
-zulaikha-

Wednesday, October 27, 2010

30 keping 20sen, 40 keping sepuluh sen.

Ya. Itulah dia jumlah yang Zu tukar dekat cafe semalam. Jumlah tu Zu simpan sepanjang sem ni. Sikit? Memanglah. Zu bukan simpan tiap – tiap hari. Zu simpan bila ada duit syiling 20 sen dan 10 sen je.


Kenapa simpan 20 sen dan 10 sen je? Sebab.. tak nak beratkan beg duit a.k.a purse. Jadi, kalau ada baki seposen ke, dua posen ke semua tu masuk tabung la. Kalau duit 50 sen baru Zu simpan dalam purse. Sebabnya bila beli makanan, kalau tak harga genap, mesti ada 50 sen kat belakang tu. RM2.50. RM3.50. RM4.50. Haaa.. Bagi aje duit syiling tu. So, senang la makcik cafe tu. Diri sendiri pun senang jugak.


Sebenarnya simpan duit syiling ni boleh jadi salah satu cara untuk kita menabung. Cuma dalam kes Zu ni tabungannya tak lama. Hehe. Bila akhir sem, duit pun dah pokai, tukar aje la dengan mak cik cafe. Macam sekarang. Kan dah dapat RM10.00. :) Ok. Berbalik kepada point asal.


Simpan duit syiling ni memang boleh galakkan kita menabung secara konsisten. Ye la. Kadang – kadang kita ni liat sikit nak menabung. Ye dak? Kalau nak harapkan tiap – tiap hari simpan duit seringgit dalam tabung comey lagi cute tu memang tak terbuat la. Kan? Kan? Jadi ini lah cara dia. Memang la Zu akui lambat bebenor nak penuh. Tapi bukan ke orang tua –tua cakap SIKIT – SIKIT LAMA – LAMA JADI BUKIT??


Jadi bagi sesiapa yang rasa liat nak menabung ut, apa kata kita mula dengan cara ni. Siapa tahu satu hari nanti duit dalam tabung korang lagi banyak dari Zu. Waktu tu boleh la kita share. kan? kan? hehe.


Oh ya! Ni gambar duit tu. hehe. Nak jugak tunjuk kan?. Abaikan bungkusannya. Plastik itu aje yang ada. Ala. Untuk tukar je pun. Bukan nak bagi hadiah. So peduli apa.!


DSC00704 edit 

Ok. Lah. Zu nak sambung tengok cerita The Arrival. Sekarang dah part 23. Bagi sesiapa yang belum tengok lagi tu, Zu sarankan korang tengok. Rupa – rupanya banyak yang kita tak tahu dan banyak yang kita alpa + leka.





salam sayang;
zulaikha

Tuesday, October 26, 2010

sebab tu la aku panggil ko bestfriend!!

Assalamualaikum!! Entry ni khas untuk cik Azyan Azilah. Sebab apa?. sebab sesekali buat sesuatu yang buat orang tersenyum boleh jadi terapi untuk kita tahu?




Dulu kita sekelas,
ko tanya aku, aku tanya ko,
sekarang kelas kita jauh berbatu,
tapi
ko tetap cikgu aku. (cikgu BI)
ko jugak la yang aku cari kalau nak tanya pendapat. :)


Dulu kita balas - balas surat;
Sekarang dah moden, kita berbalas di FB, dan blog, dan formspring.
tapi
Nadanya masih sama. 
Hanya isi cerita yang berbeza.


Dulu....
(oke. aku dah tak ada idea.)


credit: picture


nota pengarang: Aku insan yang tak reti nak berpuisi, berpuitis. Maaf.

nota hati: Ni first time aku buat entry untuk seseorang.

Related post: Hati tisu

ai am me;
-zulaikha-

Monday, October 25, 2010

ShoutMix telah menumpaskan ChatBox!!

Hye, Assalamualaikum. Salam sejahtera. Selamat menyambut hari isnin! 


Pada suaru hari yang hening, diriku sesaja menaip kat Google 'Shoutmix VS chatbox'. Setelah diterjah laman sesawang (website) yang tersenarai, memang banyak perbezaan, kelebihan serta kekurangan antara keduanya. Ada yang cakap shoutmix ni kengkadang ada suka buat hal. Chatbox kureng sikit perangai menggedikya a.k.a suka buat hal. Ada jugak kata - kata bahawa shoutmix menyenangkan masa blogwalking sebab kita tak perlu tulis nama dan URL banyak kali. Kalau chatbox pulak, kita kena tulis banyak kali.


Masa diriku mencari tu, tak ingat pun yang diriku ni guna ChatBox ke ShoutMix. Ohh.. baru tahu, rupanya diriku pun guna Chatbox. Kesian kat pelawat blog ni kan? Tiap kali blogwalking, mesti kena tulis details banyak kali.. Isk..isk..isk.. Maka, untuk menyenangkan anda blogwalking ke sini, diriku dah tukar ke shoutmix! Hoyeah!


Oh, ya, kalau shoutMix kat blog ni menggedik tak nak tunjukkan diri dia, sila rotan refresh (tekan je F5). Nanti dia akan muncul dan mula menggedik dihadapan kalian. 


Ok. Lah.. Selamat menjamu selera berblog. Lagi satu, jangan risau kalau anda dah komen kat chatcox. Scriptnya masih ku simpan. Malah telah ku letak dalam http://zulaikhajunior.blogspot.com | blog untuk blogwalking.


Ada lagi!!!! Jangan lupa letak kink anda kat ruangan BlogList kat atas tu ye.. :)

sayang kamuu;
-zulaikha-

Saturday, October 23, 2010

Jemput anda semua untuk letak link blog anda..

Hye.. Assalamualaikum. Hari ni, blog ni dah mengalami sedikit perubahan. Korang perasan tak? Haaa.. Kalau nak tahu, zu dah tambah satu page kat blog ni. page untuk semua blogger kongsi link blog korang

Jemput la letak link korang ye. Lagi satu, kalau rasa - rasa tak tau nak terjah blog siapa masa blog walking, boleh la jenguk - jenguk kat page zu ni. 


Oh ya, zu harap sangat tak ada sesiapa yang salah guna. Harap sangat tak ada sesiapa yang ketak link 'selain dari link blog dia'.. ehem..ehem.. paham paham la kan link ape yang dimaksudkan~~ 


Oklah, sekian saja dari saya untuk hari ni. Haa.. Esok saya ada pertandingan memanah, doakan arrow saya tak mensasar ke padang ye. huhu.. dan doakan tangan saya tak cedera lagi  T__T


.klik gambar untuk letak link.



atau pun korang boleh jugak letak link kat blogwalking list zu. 


tapi yang kat blog ni lebih digalakkan. :)

Wednesday, October 20, 2010

Cubaan teknik SEO berjaya!!. Syukur.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!

Alhamdulillah. Syukur, akhirnya cubaan zu untuk buat eksperimen tentang SEO (Search Engine Optimization) berjaya. Buktinya, blog ini berjaya mendapat unique visitor (UV) daripada hasil carian di Google, Yahoo! dan sebagainya.


Jom tengok gambar - gambar kat bawah ni. Oppss. Ni bukan untuk berlagak ye!. Sekadar untuk berkongsi kegembiraan. \(^_^)/ Lagi pun, ramai lagi blogger kat luar sana dapat UV dari SEO. So, motif menunjuk - nunjuk tak ada dalam entry ni okey!. :)


Statistik pengunjung dari SEO untuk hari ini sehingga jam 3.30pm

Ada empet ketul untuk hari ni. Ok la tu kan? Bak kata orang yang memiliki sebuah rumah warna coklat dekat selatan tanah air, sikit - sikit lama - lama jadi bukit. OK. Abaikan ayat bermula dari perkataan YANG sampai TANAH AIR. 


Ini pulak pengunjung yang datang dari search engine turbo untuk minggu ni.


Untuk minggu - minggu sebelum ni zu rasa tak perlu la nak tunjuk. Nanti jadi riak pulak. Tak baik. Kan? Kan?


Kebanyakan keyword ni merujuk kepada entry zu pasal maksud disebalik warna bunga mawar dan  kaligrafi cina. Ada jugak yang masuk dari keyword facebook sign in. Tu pulak sebab ada salah satu entry Zu tentang facebook



Kalau korang nak tahu, banyak lagi yang zu tak tahu, nak tahu, perlu tahu, makan tauhu pasal SEO ni. So memang kena banyak belajar dan banyak menulis la. TAPI... Kadang - kadang tak sempat. Kerja banyak. (-.-)'



Ok la. Sebelum mencarut mengarut yang tak tentu pasal, baik kita berhenti kat sini. Kita sambung cerita lain kali pulak. Boleh? Korang jaga diri ye. Yang mana nak exam tu, good luck. jangan nakal -  nakal ye. Sayang korang! Ahakss..



Oh ye. Kalau nak tahu apa yang diorang nampak bila search kat google or yahoo, cuba la klik tiga link ni. makna disebalik warna bungacara penulisan kaligrafi cina,  dan facebook sign in


saya sayang blog saya;
-zulaikha-

Tuesday, October 19, 2010

ayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Post kali ni nak ajak korang layan lagu ni. Syahdu la pulak. 


Tajuk: Ayah.
Penyanyi: Kumpulan Aeman
Album: Permata Ayah Bonda

ketika berjauhan
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.


Dengar di Youtube: Ayah - Aeman
Sumber lirik: LirikNasyid.com

Friday, October 15, 2010

MAKSUD DISEBALIK WARNA BUNGA MAWAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang kita sedia maklum sekarang ni musim Konvokesyen di kebanyakan Universiti. Justeru, pemberian bunga mawar atau dikenali juga sebagai bunga ros kepada graduan amat sinonim dikalangan kita. Pasti kita tertanya - tanya apakah makna disebalik warna bunga tersebut. Maka, pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua makna disebalik warna bunga mawar. Harapnya ia dapat membantu anda dalam memilih bunga yang sesuai untuk diberikan kepada teman - teman yang bergraduat.


................................................

Mawar Merah (Red roses)
Meaning: Love, Respect, Courage, Passion, Well Done, Congratulations


Ros merah biasanya diberikan untuk menyatakan perasaan cinta. Ia juga sebagai simbolik kepada keberanian dan penghargaan.



Mawar putih (White roses)
Meaning: Purity, Secrecy, Innocence, Reverence, Worthiness


Sesuai dengan warnanya, mawar putih melambangkan kesucian dan ketulusan hati.



Mawar merah jambu / Merah muda ( Pink roses)
Meaning: Happiness, Elegance, Romance, Admiration, Sweetness, Thank You


Mawar pink secara umumnya membawa maksud kegembiraan. Makna pada mawar pink bergantung kepada kepekatan warnanya. Warna pink pucat/muda (light pink) simbolik kepada kekaguman atau simpati terhadap penerima. Warna yang lebih pekat/tua (deep pink) memberi simbolik kepada penghargaan dan terima kasih.



Mawar peach (Peach roses)
Meaning: Appreciation, Sincerity, Gratitude, Modesty

Mawar peach sebagai simbolik kepada penghargaan. Ia juga boleh digunakan untuk menyatakan terima kasih.



Mawar kuning (Yellow roses)
Meaning: Friendship, Caring, Welcome or Welcome Back, Joy


Bunga mawar kuning menjadi lambang persahabatan dan kegembiraan. TAPI bunga ros kuning juga lambang cemburu. Jadi untuk mengelakkan salah faham, bagi bunga dengan nota sekali. Nanti kalau salah faham lagi haru.



Mawar Biru (Blue roses)


"Blue roses also convey inner feelings of love at first sight, being enchanted by something or someone. The color blue is also traditionally associated with royal blood, and thus the blue rose can also denote regal majesty and splendor" [Wikipedia]. Tetapi mawar biru juga sebagai simbol misteri atau  sesuatu yang tak dicapai. 

Nota: Bunga mawar biru sebenarnya tidak wujud secara semulajadi. Menurut Wikipedia "Blue roses do not exist within nature, as they lack the gene which produces the blue pigment. Traditionally, white roses have been dyed blue and recently researchers have used genetic modification to create blue pigmented roses."

................................................



Sekian saja info tentang rahsia disebalik warna bunga mawar. Harap dapat membantu kalian dalam memilih warna bunga untuk dihadiahkan kepada teman - teman. Tak lupa juga, TAHNIAH diucapkan kepada para graduan. 


Kredit
Gambar: Google.com

p/s: Orang cakap kalau tanam bunga ros, kita kena selalu bercakap dengan pokok tu. baru bunga tu tumbuh cantik. Betul ke eh? Siapa tahu?

nota pengarang: Jangan terkejut ye ayat kali ni agak skema. Ni untuk kegunaan masa akan datang. (^_^)

red & white rose lover;
-zulaikha-
Related Posts with Thumbnails

.::sejarah penulisan::.