.:: ZULAIKHA ::.: March 2010

.::duit sewa rumah::.

Wednesday, March 31, 2010

.

Sangat menyakitkan bila 
semakin kita nak lupakan seseorang/ sesuatu, 
makin kuat ingatan kita kat orang/ sesuatu itu.



love;
- me-

Monday, March 29, 2010

Header baru .::ZULAIKHA::.. Pendapat anda?

Selamat pagi!!

Sebenarnya dah lama teringin nak ada header yang ok sikit berbanding yang dulu. Tapi tak berkesempatan nak buat. Plus tak ada idea. Saya ni tak de la kreatif sangat. huhu..

Semalam, atas rasa yang membuak2 nak ada header baru. Kugagahkan jua mata buat header ni. Masa tu dah pukul 3 kot. Huhu.. Ohh.. Janganlah puji kesemangatan saya. Hahaha. Perasan!!



Maka, terhasillah header yang korang tengok ni. Tapi tak berapa nak puas hati sebab tulisan dia macam kabur. kan? tak apa la. Nanti kalau ada masa saya buat yang lain.

Sebenarnya ada beberapa pilihan. Almost same, tapi lain warna tulisan je. Kenapa tak pilih? Hmm.. Entah la. Hahah.

Hmmm.. nak cerita apa lagi ye? Kalau nak tau apa2 tanya la ye. hehe. Kat sebelah tu ada ruang soalan. =) Seringgit satu soalan tau~ hehe. Tak de la. Memain je.

Okay2. Sebelum Zu mengarut lebih2. Baik stop dulu.

Oh ya. Ok2. ni last (maybe). Jemput pisang la komen ye. Segala komen anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Kalau korang dah tak tau nak buat apa plus terlebih rajin, and nak tolong buatkan header untuk .::ZULAIKHA::. pun boleh. Ekekek. Jasa korang amat dihargai. (cik zu oii, ingat mereka tak ada kerja lain ke??)

Nota lantai rumah: I’m addicted to blogging. =)

salam kasih sayang;
-zulaikha-

Sepuluh is ten. Ten is 10. Therefore sepuluh is equal to 10.



Tengok Bent 10 pagi - pagi,
Lepas tengok baru mandi,
pukul satu tak tido lagi, 
Buat tag dari Shidi.

ewahhh.. sempat lagi berpantun ye.. haha..

Ini tag kedua untuk Zu. Tag ni dari Shidi. Thanks to Shidi. Ok la.. Tak nak cakap banyak. Jom kita tengok apa kesnya dengan tag ni.


[1] Siapakah diri anda di rumah?
Jawapan : Anak sulung dari 7 adik beradik.

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Jawapan : Tak tau la. Kena tanya diorang.

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Jawapan : 

a) kamera digital sendiri. Sekarang ni ambil guna k810 je lagi tapi ok la.

b) Lesen kereta. Tak tau la bila nak ambik ni.
c) Dapat cek dari Nuffnang. Sekarang ni ciput je ada.
d) Naik kapal terbang. Huhuhu..
e) Pakwe merangkap bakal tunang and bakal suami. =D ni mau kena marah ngan mak sebab tak habis belajar lagi dah sibuk nak kahwin. hahaha.

[4] Siapakah nama pasangan anda?
Jawapan : Nanti dah ada saya bagi tau ye. Setakat ni tak ada lagi.

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
Jawapan : 

- Ada matlamat.
- Ada sense of humor.

- dia smart di mata saya. Smart tak bererti hensem ok!
- Caring.
-Lebih tinggi dari saya. =)

[6] Bila tarikh anda couple?
Jawapan : Bakal di umumkan.

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Jawapan : Belum ada.

[8] Lagu tema cinta anda?
Jawapan : Lagu tema cintan cintun tak ada. 

Tapi lagu berkaitan hati ada la..
NIDJI - Hapus aku
KERISPATIH - Mengenangmu.
IN TEAM - Doa seorang kekasih
hmm.. dah la tu. Karang berjela2 pulak.

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Jawapan : Buang sifat buruk dia. Kalau dia seorang perokok, saya harap dia buang tabiat tu. Saya tahu ia susah Tapi saya akan bantu dia. 

Cheeewah. Ayat macam real je.

[10] Tag 10 rakan ada yang lain
Jawapan : Maaf la. Saya tak ada idea nak tag siapa. Kalau rasa nak buat, buat la. kalau tak nak, tak pe.





Sekian sepuluh soalan dari Shidi. =)


with love;
-zulaikha-

Saturday, March 27, 2010

Saya menyokong EARTH HOUR!!

Earth Hour 2010

haluuuuuuuuu.. Saya menyokong earth hour.!! Tapi siapa kata saya tak boleh update entry?? kan? =) Berbekalkan sebuah laptop dan baterinya yang mampu bertahan lagi 1 jam 10 minit, saya berhajat nak buat 1 entry. Apa – apa entry pun.

Hmm. sebenarnya tadi saya pun dah terlupa sebenarnya nak tutup lampu. Tetiba housemate tutup lampu. Terkejut I. Nasib baik dah siap mandi. =)

Ok. Sekarang jom kita tutup lampu sebagai tanda kita menyokong earth hour.

3330349915_2e5328577e

oh ya.. Happy Birthday to my sis. Elly. Sweet 15. Semoga dapat result gempak PMR nanti. =) Sayang kamo0o… jadi adik yang baik yer..

nota lantai rumah: first time post entry guna Windows Live Writer. (^_^)v

penyokong earth hour;
-zulaikha-

Pesta Buku Antarabangsa 2010. (siri 1)

assalamualaikum.. mood untuk mengemaskini (update) blog muncul lepas dapat tahu yang GengBlogger (GB) dah boleh bukak. yippy!! Rupanya kuat jugak pengaruh Gb ni dalan hidup saya. hehe Sepanjang GB ada masalah, saya pun jadi tak semangat nak update blog. Ye la.. Tak boleh nak ping blog. hahah..


Pesta Buku Antarabangsa 2010.
Tempat: PWTC

Alhamdulillah.. Akhirnya jadi juga rancangan nak pergi pesta buku tahun ni. Dah beberapa tahun saya tak berkesempatan nak pergi. T_T. Masa balik rumah minggu lepas pun hajat hati nak pergi dengan adik2. Tapi tak sempat. Sampai rumah pun dah petang (Sabtu). Then, semalam....


Farah: Zu, nak gi book fair tak esok?
Aku: Nak!!!


lepas tengok status cikgu rajiah kat facebook, lagi bertambah semangat Zu nak pergi.. hehe..

Ok. Nak pendekkan cerita, pada hari ni. Jumaat, 26 Mac 2010. Lepas kelas Linear Programming. (ok..ok.. lepas kelas kitorang gi lunch dulu) Zu, Farah and Syu (akan disebut sebagai kitorang) pun bertolak ke PWTC. bertolak dari Tg. Malim pukul 1pm. Nasib baik sempat kejar bas pukul 1). Lepas enak2 tidur dalam bas dan melihat adik cute dalam train, kami pun menjejakkan kaki di PWTC pada jam +- 3.00pm. Masa nak pergi solat zohor, Zu ternampak seseorang... nak tahu siapa??


jeng.jeng..jeng...


 Maaf cikgu sy cilok gambar cikgu =) 

Mula tu ragu - ragu jugak nak tegur. Takut salah orang, Then fikir - fikir balik, kalau salah biar la kan.Susah apa. heh.

haaaaaaa...Nasib baik tegur, kan betul tu cikgu gue..hehhe.. Sukanya!! Sembang la jap.. Sekejap je.. Takkan la tegur2 pastu blah cam tu je. Haa.. Cikgu Shakirah pun ada. (^_^)v

Cikgu jangan marah ye sy ambik gambar ni =)

tapi cikgu Rajiah tak ada time tu. Tak apa lah.. Tak ada rezeki barangkali..




then, kitorang pun pergi surau. 

 


Nak tahu tak? Kat surau tu Zu jumpa Cikgu Rajiah. Yeaa!!! Seronok! 

sumber: fb cikgu Rajiah =)


Haa.. sebenarnya SMKSP ada buat rombongan ke PBAKL 2010 ni. 
Cikgu cakap diorang pergi 3 buah bas.. Wooo.. ramai tu...


- i.k.l.a.n -
Teringat time sekolah dulu2..
ni la lencana sekolah Zu (Form 1 - Form 5)
- proud to be SMKSP's student -
- i.k.l.a.n.t.a.m.a.t -



ok. Kita teruskan perjalanan. 

Jalan2 lagi.. Then, terjumpa cik Hawa pulak. F.Y.I, cik Hawa ni jiran Zu masa kat UiTM.

 sumber: fb cik hawa


Murah rezeki betul hari ni. Jumpa ramai orang.. hehhe..
Haaa.. Anda pula bagaimana? Ada terjumpa sesiapa??
Kongsikan bersama pengalaman anda di ruangan komen.. =)


Bersambung..Nantikan Pesta Buku Antarabangsa 2010. (siri 2)
salam sayang;
-zulaikha-

Wednesday, March 24, 2010

tutorial untuk tukar colour shoutbox (untuk hidden shoutbox)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tutorial ni lahir lepas Zu terbaca 1 reply komen kat anarm.net.

ni komennya.

 -->klik gambar untuk lebih cantik jelas<--

Maka, dengan suka hati saya ingin menjawab persoalan beliau. Kepada sifu - sifu blogger, sila tegur kalau saya salah.

----- TUTORIAL BERMULA -----

Penting: Tutorial ini hanya sah jika anda telah menyembunyikan chatbox anda. Jika anda berminat untuk menyembunyikan chatbox anda, sila rujuk pakar. 

1 - Pergi ke source gambar yang anda nak. (kalau korang dah ada pilihan, sila ke langkah 3)

2 - Pilih mana - mana warna yang anda suka. Zu suka warna merah. So, Zu pilih yang merah.

Ni ada beberapa pilihan. Korang pilih la nak yang mana.


                    
 credit: pisyek.com 

3 - Right klik kat gambar pilihan. Pilih view image.

4 - copy link gambar tu. Rujuk address bar. 

5 - paste kat tempat yang berwarna hijau. 

 ---> credit: anarm.net <---

Maaf. Zu hanya boleh tunjuk tempat untuk paste kod tu je dan dalam bentuk image. Rujuk anarm.net untuk code yang boleh di copy sebenar.

6 - Lepas paste tu korang boleh la save dan tengok hasilnya.

rujukan : anarm.net dan  pisyek.com


Amaran: Segala kecacatan (error) yang berlaku pada blog korang, pihak .::ZULAIKHA::. tidak akan bertanggung jawab. So kalau nak selamat, save dulu html chatbox korang kat mana - mana. hehhe
----- TUTORIAL TAMAT -----


Nota lantai rumah 1: Maaf kalau entry ni tak mesra pembaca (reader friendly).. Segala kekurangan pada entry ni atas harap dimaafkan.

Nota lantai rumah 2: Jutaan terima kasih kepada saudara anarm dan saudara pisyek.

truly asia;
-z.u.l.a.i.k.h.a-

Sunday, March 21, 2010

=giveway contest b'day blog cik fa=

Ini merupakan 1st giveway contest yang Zu join. 

Contest ini sempena birthday blog cik fa yang berusia 1 tahun  pada 27Mac ni. Sempat lagi kalau korang nak masuk. Jom kita pakat join!!Kita meriahkan contest Cik Fa.

>kek aiskrim yang sedap<

ok.. jom kita buat check list.
1. jadi follower blog cik fa. [done]
2. Letak banner pada entry dan side bar. [dah jugak]
3. buat entry tentang contest. [ni la entry tu]
4. submit link entry kat ruang komen blog cik fa. [after publishing this.]

Tarikh tutup: 26 Mac 2010. <-- sempat lagi ni.. Tak percaya?? Jom terjah sini. 


wish me luck.. =)

Saturday, March 20, 2010

(off to gombak) + (off until sunday) = home sweet home.

hoyeah!!!!!!!
masa yang dinanti telah tiba!! 
Kejap lagi saya nak balik rumah. =) yippy!!!
Tata semua..  jangan jeles ye.. heheheh..
Balik kampung.. 0o0o. balik kampung...0o0o balik kampung.. hati girang!!!


- oh ya, sorry sangat - sangat sebab lama dah tak update blog kemas rumah ni. Sorry jugak sebab tak dapat buat lawatan segera. huhu.. Jangan risau. Zu pasti akan buat lawatan tu, cuma agak lambat sikit ye. Semalam zu sempat buat lawatan balas kat beberapa orang. Bagi yang belum dilawat tu, harap korang bersabar ye.. =)

-I will be back on Sunday. (Kalau tak pun Monday.. hahahha)

- to shidi, sorry tak sempat nak buat tag lagi. Nanti Zu buat ye. 

my first doodle =) 
haha. happy punya pasal.

ohh.. baru perasan yang Zu salah eja. heee.. uptade = update. I'm really sorry. (updated on 21March2010, 9.15pm)

love;
-z.u.l.a.i.k.h.a-

Sunday, March 14, 2010

menulis kaligrafi cina.

Nota bumbung rumah: Ini entry express.

Jam kat lappy menunjukkan angka 3.56pm. Kejap lagi zu ada pertandingan menulis kaligrafi cina. Heheh.. F.y.i contest ni sempena Festival Gong Xi Fachai Kolej Za'ba.. Kalau U all nak tau lebih lanjut sila request ye. hehhe.. F.y.i lagi, Zu masuk ni pun sebab nak kumpul mata (untuk apply kolej sem depan) walaupun tahu peratus nak menang tu sikit. T_T

Oh ya.. matlamat utama zu post  entry ni sebenarnya nak share sikit bakat yang terpendam ni. ewahhh...

ni contoh cara - cara menulis kaligrafi.






credit to my sony k810 for this picture.

Berbekalkan berus dan ink yang dibeli pada hari isnin lalu. Ingatkan mahal, rupa - rupanya tak sampai RM2.00 pun..hehhe.





credit to my sony k810 for this picture.

Ni cubaan ke berapa kali tah. Komen please...Okay. Memang la tak sama sangat. Arghh.. please cheer me up. 





credit to my sony k810 for this picture.

Ni dari jarak yang lebih dekat. Oh ya.. Lupa nak bagi tau. Gambar ni pun baru ambik tadi. Sebab baru je jadi tulisan ni. Selama ni tak jadi pun. T_T. Err.. tulisan yang tak jadi tu Zu dah buang. so tak dapat  nak show kat sini.





ok la.. kalau korang nak tau lebih lanjut boleh la tanya incik Google ye.. 

sekadar perkongsian: ni website yang Zu rujuk masa nak belajar calligaphy ni..


Selamat Mencuba!!!! Doakan tulisan Zu tak buruk ye petang ni.. huhu... 





with love;
-zulaikha-

kenapa kau suka keluar malam - malam?

geram!! geram!! haisy... patut la siang hari kau tidur. rupanya kau berjaga malam ye? Bila malam baru kau sibuk nak keluar tunjuk muka. Kau tahu tak itu time orang tidur??? ohh. semestinya kau tak tahu. Miungkin salah aku sebab aku lupa nak bagi tahu kau. T_T.

Kalau korang nak tau. Ni la gerangan cek mek molek yang suka keluar tengah - tengah malam tu. 

tengok!! dia keluar pukul 4 lebih. ade ke orang berjaga time ni???


ni ada lagi satu kembar dia. haisy.. dua - dua sama je.



haaa... kan aku sorang je online tu..alahai...


ok lah.. aku pun dah mengantuk ni. Tidur dulu ye.. ZzZzZzZzZ...

salam sayang;
-z.u.l.a.i.k.h.a-

Saturday, March 13, 2010

Pengalaman pertama... <- Baca elok2. Bukan malam pertama.

Al kisahnye, Zu tengah blogwalking sana sini sambil membaca entry2 terbaru dari blogger2 lain [klik sini untuk senarai blog]. Lalu bila sampai kat nama ThE sToRy oF LiFe jari Zu klik kat tajuk entry beliau. Sila klik kalau nak tau lebih lanjut. hehe..

Hasilnya??? Zu dapat 1 kerja rumah. dan disebabkan Zu sangat rajin pada time itu, Zu decide nak wat home work ni. Kalau tak, den biar je.. ngeh..ngeh..ngeh... Errkk.. Maaf la cikgu ASaDa RyutaRo, saya lambat hantar assignment..



ok...
selamat membaca!!



soalan 1 : apakah hubungan anda dengan dia?
Dia? siapa dia? *buat muka tak tau*. Ohh.. maksud kamu beliau? emm.. ada 3 hubungan. pilih la nak yang mana.
1. aku - blogger.com - beliau.
2. beliau - gengblogger - aku.
3. aku - nuffnang - beliau.
Yang tu je yang aku tau. 

soalan 2 : 5 impression terhadap dia.
5?? banyak nyer. 
=> beliau rajin menulis + menaip. mungkin sebab tu la beliau tulis blog.
=> beliau seorang cikgu yg best. Sebab tu la murid2 suke kat dier. (sila rujuk entry beliau)
=> beliau ni jiwang jugak ek..  hahahhahabis la aku nanti kena marah ngn cikgu. hoho. (rujuk entry blog beliau la. Malas nak cerita. Kang beliau marah.)
=> beliau dapat memberikan kerjasama dengan baik. Sebab beliau jawab je tag w/pun tag itu panjang berjela.
=>tak ada jawapan. sebab dah tak tau nak tulis apa.

fakta: jenuh aku belek2 blog beliau. hoho. Tu la... siapa suruh beliau tag reader. kan?. 

soalan 3 : perkara yang paling memorable dia lakukan kepada awak.
mungkin bila beliau conteng2 comment kat rumah blog aku.

soalan 4 : perkara yang paling memorable dia katakan pada awak.
beliau dan aku tak pernah berkata2. Kitorang menaip je. hahha.. tak menjawab soalan.

soalan 5 : kalau dia kekasih awak?
Huish.. Tak nak jawab la. Kang tak pasal2 aku kena kejar dengan awek beliau.

soalan 6 : kalau dia musuh awak?
ape kes musuh2 ni. Tak baik untuk kesihatan lagipun tak pernah la pulak terfikir nak jadikan beliau musuh aku.

soalan 7 : kalau dia kekasih awak, awak akan..
suruh beliau belanja aku banyak2. hahhahahahahahah. *gelak kejam* eh, aku bukan mata duitan la. $_$ (habis la aku.. memang sah kena kejar dengan awek beliau)
soalan 8 : kalau dia musuh awak, mungkin kerana..
Mana la aku tau...kamu agak2 apa ye?

soalan 9 : overoll impression tentang dia.
ape ek?? hmm.. beliau best!! (cikgu, nanti belanje ye.. ekekke)

soalan 10 : the most desirable thing to do to her/him.
Belanja beliau. err.. tapi tak tau beliau duk kat mana. *ayat mengelat* so tak dapat la nak belanja. hahahhahahah..

soalan 11 : apa awak rasa pandangan orang terhadap awak?
saya rasa mereka pandang saya dengan mata. hahhaha.. sangat tidak menjawab soalan.

soalan 12 : apakah sebenarnya perangai anda?
boleh jadi banyak cakap dan boleh jadi sangat pendiam.
Suka kumpul masalah dalam hati + sendiri. Pastu nanti mula la jadi pendiam. Then, nangis sendiri.

soalan 13 : perangai anda yang anda benci.
Terlebih - lebih rajin menghadap laptop. *paham2 la sendiri* =)

soalan 14 : orang yang anda ingin bersama.
Mereka yang saya sayang dan mereka yang sayang saya.

soalan 15 : katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda.
Terima kasih sebab suka saya. (^-^ ).

soalan 16 : tag 5 orang..
dan tak lupa juga orang yang baca tag ni. muahahaha...buat jangan tak buat. 
kalau dah buat bagi tau. nanti aku baca..

soalan 17 : no 2 ada hubungan dengan siapa?
Dia ada hubungan dengan saya. Oiii statement tak leh bla.. Hubungan sebagai kawan laa.. kan amad??

soalan 18 : no 3 lelaki atau perempuan? dan ada hubungan dengan siapa?
Lelaki. Dia ada hubungan dengan keluarga dia. Selain dari tu, dia tak cakap kat saya dia ada hubungan dengan siapa.

soalan 19 : no 1 single kah?
ohhh... sudah tentu TIDAK. Dia sudah berpunya. 
Pesanan kepada sesiapa yang nak ngorat dia: korang gi cari awek lain la. *saya single lagi. erkk.. ape kaitan???*

soalan 20 : no 4 belajar apa?
belajar math kat UPSI, Australia. hahahhahah...

soalan 21 : no 5 buat apa?
Tak pasti. Mungkin kejap lagi bersiap nak pergi pasar malam dengan saya. muahahaha..



ehhhhhhhh.. dah habis??? fuhhhhh.. lega.. jenuh jugak nak siapkan tag ni. hadoiii....

Nota Lantai Rumah: Ohh. lupa nak bagi tau apa kaitan pengalaman pertama dengan tag ni. F.Y. I, ni 1st tag yg Zu buat. Ni pun dapat secara tak langsung. hoho.

p/s: kepada sesiapa yg confuse (ade ke?) : Beliau, incik, cikgu, ASaDa RyutaRo adalah orang yg same. jangan fenin2 ok.

p/s/s: kalau dah buat tu tinggal link ke entry tersebut kat bahagian komen. ok.?

Thursday, March 11, 2010

jangan baca jika anda berada dalam mood marah.

Assalamualaikum.. korang apa khabar? sihat? kalau sihat Alhamdulillah la, kalau sakit cepat2 la pergi jumpa doktor ye. Oh ya, entry ni merupakan entry gembira. Maka, kalau korang tengah marah atau korang tak puas hati dengan sesiapa, zu nasihatkan korang bertenang dulu. nanti kang, tak pasal2 korang marah zu. Untuk pengetahuan semua (walaupun korang tak nak tau) entry ini lahir (dah macam orang je main lahir2 ni) disebabkan oleh keterujaan tuan rumah membaca 1 komen yang ditempekkan ditulis di penulisannya sebelum ini.


Firstly, zu nak ucap terima kasih banyak2 kepada beliau sebab sudi jenguk blog zu. (ok. zu tau beliau memang ramah dan beliau bukannya jenguk dan komen blog zu sorang je). Tapi sebagai orang yang masih baru dalam dunia blog ni, lawatan beliau sangat2 dialu2kan. Korang jangan la kata zu gedik (eii..tolong sikit eh.) ke ape pulak ye. hehhe..


Ohhh.. ni tak bermakna lawatan orang lain  zu tak pandang ok.. nak nyanyi sikit. Please.please..please.. jangan pikir camtu..~ =)  Zu hargai semua orang yang lawat dan follow blog Zu. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih sebab korang masih setia melawat. Tak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, guru - guru, rakan taulan, adik beradik, saudara mara.. Opss. terlebih sudah~ =D


Ok. Back to our main topic. Beliau merupakan seorang blogger (baca: yang famous) *en. jutawan, pinjam ayat ye. ekeke..* dan beliau seorang yang busy. Thats why la Zu rasa teruja bila beliau sudi jenguk blog ni dan meninggalkan sepatah dua kata. 


Hmmm.. Mungkin korang tertanya2 siapa la gerangan yang menyebabkan zu begitu teruja kan? sabar. zu akan bagitau siapa orangnya. tungguuu.. hehe..

ok.. here we go!!!


ehh.. jap2. tak start enjin jet la. jangan marah ea.


tadaaaaaaaaaa!!!!



inilah beliau.
En. Mazidul Akmal Sidik
gambar ihsan dari profile blogger beliau


dan ini blog beliau. [klik sini]

 klik di sini untuk baca karangan saya.




Pesanan tuan rumah: harap maklum, ini bukan entry bodek ok. ini juga bukan entry untuk raih publisiti.

Tuesday, March 9, 2010

photo sharing

nota bumbung rumah: Zu nak minta maaf kepada sesiapa yang terbaca entry ni sebelum zu edit title entry. kesilapan tidak disengajakan.


assalamualaikum.. hari ni zu tak nak cakap banyak2. zu just nak share gambar2 je.
layan..zass...



"Duit untuk hidup tapi bukan hidup untu duit" - renung2kan.





kalau bawak motor tu pandai2 la pakai helmet. haisy.. aku pon reti daa...







saya tak bersalah la... bukan saya yang curi ikan tu. 
moral of the pict: jangan suka buli2 binatang apatah lagi buli orang.





shhh.. i'm studying. don't disturb me!







 last pict for today. 
saje je letak gambar cacing. Korang geli tak????
hahhahahahahhaha...*gelak kejam. tak tau jadi ke tak*

Monday, March 8, 2010

[tips] Tingkatkan taffic blog!! Rugi kalau tak cuba!!

First of all bagi salam dulu.. Assalamualaikum (jawab jangan tak jawab). Hari ni zu nak share tips and trick untuk tarik traffic ke blog korang at the same time menambah back-link ke blog kesayangan korang.. 
 

ok. Nampaknya masing - masing dah tak sabar ye..sabar2. yezza.. here we go!!!




Senang je cara dia. Korang ikut je step2 di bawah ni elok2..

a.     Post satu artikel seperti ni atau boleh copy artikel ni kalau mahu. Then, bagi tajuk yang gempak dan best. 
b.     Korang copy link URL kat bawah ni dan letak dalam artikel ni jugak.


Next,
Korang baca ni BETUL2 dan BANYAK2 kali. kalau tak faham ulang lagi. ini penting untuk pastikan trick ni berjalan lancar. 

1)   Sebelum korang meletakkan Link URL web-web komuniti di atas ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2) INGAT!!!  Jangan Ubah urutan link - link tersebut. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62
wow!!!!!! tak ke banyak tu???? 
bayangkan kalau semua blogger buat benda yg sama n ini berjalan dengan sempurna maka korang akan dapat backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang korang tak pernah bayangkan sebelum ni.

kalau ada pengunjung datang ke blog korang dari Link List yang di-list-kan kat atas maka korang akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog korang jugak.

Ingat! Aturan permainan, link blog korang harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil korang dapat Maksimum backlink.

Jangan salahkan sape2 kalau korang tak ikut step2 tadi dengan betul dan link korang tiba-tiba berada di urutan No.1 & menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah sekali okay (No.15)!! jangan tamak. lagi atas korang duduk, lagi cepat korang dikeluarkan dari list nanti.
good luck!! semoga kita dapat tengok hasilnya nanti. =D

luv u all;
-zulaikha-

Saturday, March 6, 2010

.no entry.

apa kejadahnya zu buat post no entry ni? dia tak bagi masuk blog dia ke??



kawan2 baca baik2 tau.. zu bukan tak bagi baca blog ni. bukan. jangan salah faham ye.. korang nak jelajah and khatamkan semua entry zu pon tak pe. zu alu - alukan. no entry kat sini bermaksud tiada entry. eh, entry dalam bahasa melayu maksudnya apa ye? hoho.. 



korang perasan tak dah seminggu blog ni terbiar. dah macam anak terbiar pun ada. nasib baik blog ni kita tak nampak debu2. kalau tak, mesti dah penuh bersawang kan? hehehuhu. fyi, zu sentiasa buka blog ni, cuma tak berpeluang nak update je. huuu.. busy ohhh.. dengan assignment yang banyak, test + kuiz lagi, teater (minggu lepas je), lagi ape ek? haa.. facebook lagi. hehe.. (macam mana nak hilangkan facebook-addicted ye?) hoho. 


haaa.. lagi satu, terima kasih la kepada yang sudi jenguk2 blog zu even tak ada entry baru. saya sangat terharu. (^.^) terima kasih banyak2 berjuta - juta kat siapa2 yang dengan baik hati mengklik tabung zu. hati korang memang baik. =D nanti zu klik tabung korang balik ye.. lagi satu, zu nak minta maaf jugak kat siapa2 yang zu x sempat nak lawat blog dia. awak maafkan saya eh.. =( 

haaa.. nak carita tentang perjumpaan blogger esok.. zu rasa sedih jerr sebab tak dapat pergi. T_T mesti best kan? huhu.. siapa2 yang free tu jemput la datang ye. kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh skodeng2 kat blog en.mazidul dan blog ondscene okay. bagi yang tinggal berdekatan dengan negeri selagor amatlah digalakkan. para blogger dialu2kan untuk bawa keluarga dan rakan2. nota untuk para - para sakura blogawan a.k.a blogger, anda digalakkan untuk berpakaian warna merah (calit merah sikit pon takpe)


sekian saya melaporkan untuk info @ .::ZULAIKHA::. 



-zu the owner-
Related Posts with Thumbnails

.::sejarah penulisan::.