Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jadi anak sulung memang la best. Boleh mintak tolong buat itu ini. haha. Tapi jadi along ni pun kena buli jugak tau. Entry kali ni nak cerita pasal kes - kes di mana aku sebagai seorang along terpaksa surrender dengan adik - adik. Sebelum tu nak introduce sikit adik - adik aku ni..
Angah - 18 tahun
Eli - form 3
Amin - darjah 3
Akim - darjah 2
Syira - 5 tahun
Aina - 3 tahun
Okey. Tu dia intro tentang adik - adik aku. Now, the story begin..
Situasi 1.
Masa: Around 7.20pg.
Lepas semua orang keluar pergi sekolah, mak abah pergi kerja, tinggallah aku, Syira dengan Aina. Biasanya pagi - pagi macam ni diorang tak bangun lagi. So, duduk lepak depan TV. Tengok TV3 - Malaysia Hari Ini (MHI). Dalam 7.30 macam tu, dak kecik yang bernama Aina pun bangun dan datang kat aku.
Aina: Ayong, nak cite ai fi...
(Along, nak cerita hi-5...)
Aku: Tengok cerita ni kejap boleh? Jap lagi along tukar
Aina: Aaa.. Nak ai fi..( Time ni nada suara dia dah bertukar. Dah ada unsur - unsur nak nangis. )
Aku: Ala.. kejap je.
Time ni still buat tak tau. Tapi bila dah tengok muka macam nak mengamuk..
Aku: Ye la.. ye la. (sambil tukar channel.)
Situasi ni selalu jadi bila ada segmen yang best. Dan selalunya bila cerita Hi-5 dia tu dah habis, (means lepas diorang nyanyi - nyanyi) aku terus cakap..
"Haaa.. dah habis dah. Kita tengok cerita along pulak eh." heheh.
Kalau mood Aina ok time tu, dia ikut je. Kalau tak, dia suruh tukar cerita kartun yang lain. Haisyy.. Ni okay lagi sebab dia bangun awal. Cerita Hi-5 tu tak habis lagi. Kalau cerita tu dah habis, jenuh aku nak terangkan. P/s: Kalau segmen tak best, aku tukar je. Malas nak gaduh.
credit: google
Situasi 2.
Masa: Bila cerita Korea/Taiwan/Jepun/drama Mandrin dll.
Time macam ni kadang - kadang aku (biasanya aku dan angah dan/atau eli) menang. Kadang - kadang aku kalah. huhu. Biasanya bila kau nak tengok cerita - cerita macam ni ada je dak - dak kecik ni halang. Kalau hari Isnin sampai Khamis, mesti kena berebut dengan cerita Sinetron kat TV3. Kalau sinetron tu best tak pe jugak. Ni makin lama makin bosan.
Biasanya aku akan bukak TV3 dulu. Dari 2.30pm sampai pukul 3pm aku bagi je diorang tengok. Tapi bila dah nak pukul 3, mula la proses rundingan. Hasil rundingan, bila time iklan kitorang tukar channel. hahaha. Punya la tak nak mengalah. Ala.. Alaa.. nego dengan Aina ngan Syira senang. hehe. Tapi bila Amin dan Akim cuti. Proses rundingan makin payah. Kadang - kadang kalah! Ceh! Mana tak kalah, diorang bukak channel yang diorang nak, lepas tu sorok remote TV. Sabor je la. P/s: kadang - kadang aku sorok jugak. Hahaha.
Situasi 3.
Masa: Masa cuti. Saat bersuka ria.
Situasi ni biasanya antara aku, Amin dan Akim.. Permulaan cerita boleh jadi macam - macam. Ada yang aku menyibuk time diorang tengah main. Ada yang diorang saje kacau aku. Tak tentu. Tapi pertengahan dia, akan ada sesi kejar - kejar.
Geletek - menggeletek. At first Amin jadi mangsa. Last - last, Amin ngan Akim bahan aku. Diorang geletek aku. dua lawan satu. Mana boleh!. Kalah la camni!!
Aku gelak macam ni?? Eh, mesti la tak. Lagi comel ade la.. Hahahha.
Ok. Fine! Aku tipu. Budak ni lagi comel. hehehe.
Time ni la aku akan cakap..
Okey! Okey! Along surrender! Tak nak main dah. Dah! Dah!
Dan Amin akan tersengeh je. Heh! Konon dah menang la tu!
Haaa.. tu la dia tiga situasi dimana aku sebagai seorang along terpaksa mengaku kalah. huhu. Korang pulak macam mana?
with love;
zulaikha