Best raya ever! | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Friday, August 31, 2012

Best raya ever!

Best raya ever! or at least sehingga tahun 2012.

Kita start dengan intro which is raya tahun ni Zu beraya di dua tempat. KL dan KLTN. Hari raya pertama sampai raya ketiga raya kat KL. Raya ke empat, 22.08.2012 tu baru balik kampung sampai la Isnin 27.08.2012. 

Pagi raya tu kitorang pakat pakai jubah. :) and for me, it is my first jubah. Warna hitam corak hijau. Cantik!! *perasan. Rasa excited je raya sebab beli guna duit sendiri.. hehe.. Plus dengan tudung dan brooch hadiah dari akak-akak di BPK, MARA. Thanks ye! Cantik pulak teman pagi raye tu. haha.. *perasan lagi! Lepas pakai cantik-cantik tu bersalam-salaman la dengan mak abah dan adik-adik. Dapat duit raya, bagi duit raya. :) Rupanya perasaan bagi duit raya tu pun seronok jugak ye. hee. Tapi seronok kalau cukup budget la. Kalau dah over budget macam tak berapa seronok sikit. kihkihkih.. 


Raya - raya lepas tu macam biasa, raya rumah orang dan orang datang raya rumah kita. Sampai la raya ke empat. 22 Ogos 2012. Hari balik kampung. Zu dengan angah balik naik bas, yang lain balik naik kereta. Konvoi kereta-bas. Excited sebab dah lama tak naik bas balik kelantan. Kalau bas KL-Tg.Malim or KL-Seremban tu biasa la. Situasi ni baru kena dengan lagu ~~

"Perjalanan jauh tak ku rasa,
kerna hati ku melonjak sama,
ingin berjumpa sanak saudara,
yang selalu bermain di mata..

OoO balik kampung!
OoO balik kampung!
OoO balik kampung!
Hati girang!!"


22 Ogos 2012; malam - ber-bbq di rumah tok ayah. Semua saudara sebelah mak ada, err tak semua la sebab ada seorang sepupu,isteri dia dan anak-anak dia tak balik. Paksu pun tak dapat datang sebab paksu oncall. Walaupun hujan, bbq tu tetap meriah! meriah bab bakar-membakar sambil sembang menyembang je.


Dan jumaat lepas, 24ogos2012 - meronda di pesisir Pantai Irama, naik belakang 4x4 tu lepas tu pakuda bawa kitorang sepanjang pantai tu.Pergh!! Rasa macam YB melawat kawasan pulak. Malam tu pulak ber-bbq lagi sekali. Tapi kali ni kat Tok Bali pulak. Disebabkan hujan, maka kitorang melepak bawah jambatan tok bali tu :) 

Jeng! Jeng! Jeng! Semua ada!
Kat sebelah kiri ada lagi satu tempat bakar :)


Sabtu, 25 Ogos 2012 - Kenduri kahwin paksu sebelah ayah. Dan kehadiran tetamu istimewa :) dan malam tu beraya lagi =) 


26 Ogos 2012 - Lepas kemas-kemas rumah, paksu bawa ke Jeram Linang pula. Yang ini pun masyuuukkk... Mandi manda tak payah risau nak jaga budak kecil. Memang la masyukk. Ohyeah, dah boleh apply teknik berenang yang kak wani ajar. Menjadi pulak tu!! Terbaik!!


27 Ogos 2012 - bertolak pulang ke KL. Dah banyak cuti oiii.. Kerja la pulak. huhu..

Cukup la setakat ni cerita ceriti ni ye. Nanti Zu cerita lagi, kalau ada cerita la...Maaf la tak dapat nak letak banyak-banyak gambar. Kalau nak tengok jugak, boleh tengok kat fb..


Selamat Hari Raya AidilFitri ikhlas dari zulaikha and family bagi pihak http://zulaikhamohdnor.blogspot.com

2 127 comments:

Tentang Aku said... [Reply to comment]

kehadiran tetamu istimewa je ke cerita? xraya rumah die ke?haha

zulaikha said... [Reply to comment]

@Tentang Aku

cerita tu dulu cukup la buat masa ni :) raya rumah dia? eh, mesti la.. :D

Related Posts with Thumbnails