Bertemu dan diduga | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Saturday, September 1, 2012

Bertemu dan diduga

assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini hari pertama dalam bulan september. Berita kemungkinan tarikh temuduga jatuh pada bulan september - disember sedikit sebanyak mengocak riak kehidupanku. Ini bukan temuduga biasa. Ini temuduga dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Kesannya layak atau tidak aku bergelar guru suatu hari nanti. Andai aku lulus, penempatan akan diberikan. Andai aku gagal (minta dijauhkan dari keputusan ini), aku harus mencari kerja lain. Dan pastinya mencari kerja lain itu amat perit.


Suasana di fb turut berubah. Kawan-kawan mula berkongsi tips dan bahan bacaan untuk temuduga ini. Bahan bacaan mula dimuat turun. Banyak rupanya perkara yang perlu diketahui. Bahang tekanan mula terasa. Kuatkan diri.



- Turut merasai debaran temuduga pada 3 Sept 2012. Semoga berjaya!

1 127 comments:

QA's ~ mamapapa said... [Reply to comment]

ape perkembangan lepas interview?moga baik2 saje..jmput follow kmbali,ye :)

Related Posts with Thumbnails