Tajuk? - Tak ada. | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Monday, February 28, 2011

Tajuk? - Tak ada.

Hari ni cukup 16 hari blog ni terbiar sepi. Tak ada sebarang update. Jenguk pun kadang-kadang tak. Bukan tak pernah membiarkan blog ni sunyi sepi, cuma kali ni alasan yang berbeza. 


Seriously, momentum blogging dah kurang. Kalau dulu tengok blog sendiri pun boleh rasa teruja. Sekarang tak dah.. Pandangan kosong. Pandang sebelah mata. Dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Mungkin patut tukar theme kot. Huhu. Nanti-nanti la..


Mungkin jugak sebab sem ni banyak aktiviti-aktiviti lain. Ok, biasanya kalau banyak aktiviti banyak la benda nak dicerita kan? Tapi.. ntah la. Still rasa nak bercerita tu tak ada. Kenapa eh? Dulu bukan main rancak berceloteh.. hurmm..


Haaa.. Ni lagi satu, sekarang ni draft makin banyak. Tulis-tulis, lepas tu ingat nak sambung lain kali but then, terbiar sepi jugak. Tapi tak ralat sangat, sebab most of them bukan cerita pasal aktiviti ZMN. Post pasal fakta yang tak berapa nak fakta. Bila-bila pun boleh publish.. hehe.


Ok. Sampai sini je la dulu. Tak boleh panjang-panjang, ni sekadar warm up je. Karang kalau tak warm up nanti lenguh-lenguh badan pulak. Al-kisahnya orang dah lama tak update.. kan?


p/s: Best la pulak guna ZMN ni. Pasni no more Zu la.. hehe.


salam sayang;
-ZMN-

2 127 comments:

Along Tapa said... [Reply to comment]

laaa..dah tak pakai zu lagi, dah susahla nak manja2...hihi..

kalo dah lama tak update memang cenggitu la penyakitnya..ubat dia...buat bodoh jek buat satu entri mengarut..pastu post..dah dapat momentum balik baru update..kan??

Gorengbaek - Kenapa Along Tapa sorokkan identiti....

Hangit Habis dah - Sikit-sikit complain...jalan keluor mana???

Kerat Senget - masturah idrus

zulaikha said... [Reply to comment]

@along
kalau perlu baru pakai nick name zu..

smoge lpas ni xkering idea nk update.. huhu..

btw, thanks 4 droppin by ;)

Related Posts with Thumbnails