Diari Cikgu Praktikal: Sambutan Hari Guru Slot 1 | .:: ZULAIKHA ::.

.::duit sewa rumah::.

Tuesday, May 17, 2011

Diari Cikgu Praktikal: Sambutan Hari Guru Slot 1

Halluuuuu.. Assalamualaikum semua!


Wahh.. Seronoknya cuti hari ni. Apa plan you all hari ni? Rehat kat rumah je atau dah plan nak pergi jalan - jalan? Hurm.. Apa pun planning you all, harapnya plan tersebut berjaya. Orite, dalam entry kali ni, kita akan bercerita tentang sambutan hari guru kat sekolah Zu.


Hari Isnin 16 Mei 2011 bermula dengan ceria dan excited. Hampir terlupa yang saya ni guru praktikal je. Haha. Sambutan Hari Guru Slot 1 bermula dengan perarakan masuk pihak pentadbir dan guru - guru. Sebelum masuk pintu dewan tu, ada persembahan silat dari pelajar. Lepas tu pihak pentadbir dan guru - guru masuk dan mengambil tempat masing - masing. Then ada bacaan Surah Yaasin.


Majlis diteruskan dengan bacaan doa, bacaan Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia.dan Perutusan Perdana Menteri. Lepas tu ada ucapan perasmian oleh Puan Pengetua.Then the best part sampai.


Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia, dan lagu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Punya la panjang tajuk dia..huhu. Tapi Zu suka lagu Kami Guru Malaysia je. Haha. Then ada bacaan ikrar guru.


Aktiviti seterusnya, sukaneka. Zu tak involve mana - mana sukaneka. Just jalan - jalan keliling sekolah ambil gambar. Sempat la jugak naik ke asrama puteri tapi tengok dari pagar je la. Dah cantik wehh... Banyak berubah. Beruntung betul budak - budak ni. Alang - alang dah naik asrama ni kan.. bergambar la kejap..hehe. oh! lupa nak bagi tahu, kat court bola jaring (depan aspuri a.k.a asrama puteri) ada perlawanan bowling kelapa.


Kat kantin pulak ada pertandingan memasak tanpa menggunakan api. Jenuh la duk fikir, macam mana la memasak tanpa menggunakan api tu. Rupa - rupanya, masak sandwich! Memang la tak payah guna api. Kreatif - kreatif semua peserta. Caya lah cikgu! Sebelum pertandingan masak - memasak, ada pertandingan makan durian. Pergghh. Sedap tu. Tapi Zu terlambat, sampai - sampai je diorang dah habis. Dah nak kemas dah pun.


Untuk cikgu - cikgu yang mengandung pun ada aktiviti ye. Pertandingan memasukkan benang dalam jarum. Bukan satu jarum je, tapi 5 jarum yang halus - halus je lubangnya. Bunyi macam senang, tapi mencabar juga. Cikgu - cikgu yang tak pregnant dan berkaca mata pun boleh join. Pertandingan yang ni Zu sempat ambil 1 2 gambar. hehe.


Treasure Hunt! Ada satu check point ni, peserta kena tulis lirik lagu sekolah. Bagi cikgu - cikgu dan murid - murid lama okay la. Bagi cikgu praktikal dan cikgu - cikgu baru? Kena la panggil student lain untuk bantu. Err.. sebenarnya.. sebenarnya.. Zu pun dah tak ingat sangat lagu sekolah. Ingat rangkap first tu je. Ceit!


Eh, panjang dah ni. Nak stop ke nak teruskan?Okaylah, kita teruskan sikit je lagi. Banyak lagi aktiviti yang ada, lawan chess, bola tampar, futsal, musical chair (dua kategori: guru lelaki dan guru perempuan) dan ada beberapa aktiviti lagi.


Lepas habis semua aktiviti tu, ada acara penutup. Semua orang kena turun ke dewan semula untuk penyampaian hadiah dan persembahan pelajar. Ada pelajar kelas apa saya tak ingat, buat tayangan filem pendek. Memang terbaik la. Ada juga penyasyid sekolah buat persembahan. Ada sketsa juga. memang berbakat la diorang ni!


So, itu je la cerita untuk kali ni. Untuk slot 2, lain kali pulak ye. Adios amigo!


p/s: ada ahmad syazwan juga.

2 127 comments:

shafiqabdshukor said... [Reply to comment]

selamat hari guru..

en. suhaimi said... [Reply to comment]

selamat hari guru semua kepada semua guru2 aku gak dulu


http://jutawan-dinar-iraq.webs.com

Related Posts with Thumbnails