salam... ni ada aktikel yang zu rasa menarik untuk dikongsi dengan korang... artikle ni saya petik dari buku "Teori Pendidikan Pemikiran Global" karya Dato' Prof. Dr. Mohd. Yusof Hasan.
-HATI DALAM BUDAYA MALAYSIA-
Dalam kebudayaan masyarakat Melayu terdapat beberapa simpulan bahasa yang berkait rapat dengan hati atau kalbu. Ada beberapa cerita dalam anekdot dan episod dalam kehidupan orang - orang Melayu. Misalnya:
"Kita mesti menjaga hati orang tua-tua kita kerana mereka senang jauh hati, susah hati dan makan hati. Mereka akan berasa teguh hati dan tetap hati serta sentiasa terbuka hati kalau kita berhati-hati dalam usaha menawan hati mereka. Pintu hati mereka akan terbuka sekiranya kita dapat mencuri hati mereka. Oleh itu janganlah bersifat busuk hati, tanpa berhati perut dan sebaliknya sentiasa bersih hati dan suci hati kita."
Kini manusia menghadapi masalah hati - hati yang baik dan hati yang jahat. kalau semua baik hati dan bersih hati, kekacauan tidak berlaku, pergaduhan tidak berlaku, dan peperangan tidak berlaku.
Moral of the story: jagalah hati anda. jangan jadi busuk hati.
0 127 comments:
Post a Comment