Hari Valentine.
dimana kita dapat lihat pasangan masing-masing berasmara; memberi bunga; coklat; menonton wayang dan sebagainya. Bagi pasangan-pasangan di serata dunia; tarikh 14 februari membawa makna yang sangat besar; tapi kita sebenarnya buta; konspirasi "mereka" untuk menyesatkan kita sentiasa berterusan.
dimana kita dapat lihat pasangan masing-masing berasmara; memberi bunga; coklat; menonton wayang dan sebagainya. Bagi pasangan-pasangan di serata dunia; tarikh 14 februari membawa makna yang sangat besar; tapi kita sebenarnya buta; konspirasi "mereka" untuk menyesatkan kita sentiasa berterusan.
kalau kita baca buku teks KBSM (kerja berat sampai matil) ; memang tak diceritakan langsung perihal Hari Valentine; in terms of Bahasa Malaysia; Hari Memperingati Kekasih. Tahukah anda bahawasanya sejarah Hari Valentine ini agak klasik dan memang boleh memesongkan akidah kita wahai pembaca blog yang beragama Islam sekalian?
Kalau nak diikutkan; banyak versi sejarah pasal Hari Valentine nih; tapi setelah dikaji dan diselidiki; pakar sejarah mendapati bahawa Hari Valentine ini berasal dari sebuah upacara bangsa romawi dahulukala (Romans) untuk memperingati sebuah grand event pada 15 Februari yang dinamakan "Lupercalia"
tujuan Lupercaria diadakan adalah untuk memperingati Juno (Tuhan Perempuan) dan juga Pah (Tuhan Alam); ketika itu bangsa romawi yang muda mudi (lelaki dan perempuan) akan mengundi pasangannya(pilihanraya) ; kemudian bertukar hadiah sebagai pernyataan cinta kasih. Kemudian mereka akan berpesta dan..Wallahualam; gunakan imaginasi anda sendiri. Selama upacara ini juga; kaum muda akan menyebat sesama sendiri dan ramai kaum wanita mahu disebat kerana mereka mempercayai akan memperoleh kesuburan yang baik.
Kemudian; apabila agama Kristian Katolik menjadi agama rasmi Rom; para pentadbir; penguasa serta tokoh-tokoh agama Romawi mengambil alih upacara ini dan mengubahnya serta diselitkan unsur-unsur Kristianisasi; seperti menukarkan nama-nama gadis dengan nama-nama paderi atau paus.
Antara tokoh-tokoh yang bertanggungjawab akan perihal ini adalah seperti Caesar Constantine dan Pope (Paus) Gregory I. Gregory I telah menjadikan upacara Romawi kuno ini kepada acara gereja dengan nama Saint Valentine's Day untuk memperingati kematian St. Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari.
apa pula kaitannya dengan St Valentine sampai ada hari yang istimewa diletakkan namanya; mengikut sejarah; Paderi Valentine melanggar perintah Caesar Claudius II dimana tentera hendaklah tidak berkahwin. Caesar Claudius II beranggapan bahawa tentera yang tidak berkahwin lebih gagah dan mempunyai konsentrasi yang tinggi di medan peperangan berbanding dengan tentera yang berkahwin; namun Paderi Valentine melanggarnya dengan mengadakan upacara perkahwinan secara sembunyi sehingga ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari; tragedi ini membuatkan Paderi Valentine dianugerahkan gelaran "Saint"; maka jadilah Hari Valentine.
Trend mengirim kad Valentine dipengaruhi dari Duke of Orleans; ketika dipenjara di Menara London, mengirim surat beserta puisi kepada isterinya di Perancis ketika 14 Feruari , kemudian penyair Perancis ; Geoffrey Chaucer menjadikan ianya kepada trend dan diikuti sehingga kini.
Ucapan "Be My Valentine" pula ada sejarahnya juga . "Valentine" dalam bahasa latin bermaksud; "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa" kata-kata ini ditujukan oleh Nimrod kepada Lupercus, tuhan Rom dahulukala. Jadi ; "Be My Valentine" menjadikan ianya satu statement; yang boleh mensyirikkan kita kerana ianya bermasud, "Jadilah Yang Maha Perkasaku,etc."seolah-olah menyembah berhala.
Cupid pula adalah (baby cute bersayap yang anda lihat sentiasa di kad, atau didalam televisyen) adalah anak kepada Nimrod sendiri; dan dipanggil tuhan "cinta" kerana rupanya agak kacak sehinggakan berzina dengan ibunya sendiri.
Jadi, Hari Valentine menjadi budaya anak-anak remaja sekarang, terutamanya MELAYU yang senang berjangkit dengan trend-trend barat. sedarlah kalian. berbaloikah kalian menyambut Hari Valentine yang "penuh bersejarah nanti"?
Fikirkanlah.
=artikel dipetik dari blog Hudzaifah.=
0 127 comments:
Post a Comment